Sabtu, 21 Julai 2012

shalehudin

shalehudin


KUBUR Umno lebih dalam kerana...

Posted: 21 Jul 2012 10:44 AM PDT

Wartawan Utusan ajar 'putar' fakta

Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak.

Menurutnya, langkah itu adalah "serangan berhemah" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN "dibicarakan" dalam ruang politik negara.




"Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan).
"Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan.
"Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK," kata Zaini.

Beliau turut mengakui kelebihan kini berpihak kepada pembangkang dalam perang psikologi politik menerusi media sosial.

"Kalau kita lihat sebelah sana, media (mereka) tidak tengok duit.
"Di sana mereka kerja dengan hati, perasaan, dan fisabilillah (di jalan Allah).
"Tetapi kita di sini, minta maaf kalau saya cakap, tidak ada duit tak jalan (jentera)," kata Zaini sewaktu bercakap pada forum Media Sosial: Mengurus Isu, Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat di Kuala Lumpur.

Zaini yang popular dengan kolum Cuit dalam akhbar Utusan Malaysia turut mengakui bahawa media kini memainkan peranan yang jauh lebih penting berbanding faktor wang dan jentera dalam memenangi pilihan raya.

"Dalam konteks Malaysia, media dah jadi tempat pertama (dalam memenangi pilihan raya)," kata Zaini.

Ketua Sekretariat Himpunan Ulama Muda Umno, Fathul Bahari Mat Jahaya yang turut menjadi panelis forum pula menggesa pengamal media sosial agar memeriksa fakta di sebalik sebarang dakwaan yang bersifat politik.

"Islam dan agama lain ajar kita kalau ada tohmahan, kita kena ada bukti sama ada ia benar atau tidak benar," katanya.
Pada masa yang sama, beliau juga menggesa pengamal media sosial pro-BN supaya mengamalkan "muslihat" dalam perang psikologi terhadap pembangkang.
Menurutnya, Nabi Muhammad turut mengamalkan muslihat dalam peperangan dengan menghitamkan rambut tentera Islam yang berusia agar kelihatan muda dan gagah pada mata musuh.- Malaysiakini


BEDEBAH betoi, depa tipu aku rupanya...!!!

Posted: 21 Jul 2012 06:00 AM PDT

Tepat sekali dakwaan UMNO selama ini bahawa..

Allah Bersama UMNO.. (ABU)

PAS itu Parti Ajaran sesat..
Sesat di dunia dan juga sesat di akhirat.


PAS sesat sebab menjalinkan Tahalul Siasi dengan Kafir Harbi DAP.

Allah Besama UMNO..
UMNO menjalankan Tahalul Siasi dengan 12 komponen Parti bukan islam Dalam BN..

PAS sesat kerana memperjuangkan agama semata-mata
PAS sesat kerana menentang perjuangan Bangsa Melayu..

PAS sesat kerana mahu memberi hak yang sama rata kepada ke semua bangsa dalam negara kita..

Allah Bersama UMNO
Kerana UMNO memperjuangkan Agama dan BANGSA

Saksikan Rakaman Video di bawah ini sebagai bukti bertapa sesatnya PAS

Perjuangan Ikhwanulmuslim di Mesir adalah sama seperti Perjuangan UMNO di Malaysia..

Wakil Ikhwanulmuslim telah diutuskan oleh Presiden baru Mesir saudara Morsi ke Perhimpunan UMNO di Bukit Jalil bersama PM kesayangan kita Dato` Seri Najib Tun Razak..

========================================

Ehh.. Silap Video kerr..??
Aku Ingat Ikhwanulmuslim sama dgn Perjuangan UMNO..
Rupanya Ikhwanulmuslim sama dgn PAS lah pulak..

Yang mana satu betul ini...??
Dalam TV UMNO dakwa Perjuangan Ikhwanulmuslim sama dgn Perjuangan UMNO..

BEDEBAH betoi, depa tipu aku rupanya...!!!

FB

TERKINI: Naib Pengerusi PKR Terbunuh...

Posted: 21 Jul 2012 05:35 AM PDT

Terkini!! Naib Pengerusi PKR Terbunuh Helikopter dinaiki mangsa terhempas

KUCHING: Selang dua jam selepas penemuan mangsa pertama, Siti Khuzaimah Anwar, pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat Peter Ato Mayau di perairan berhampiran Kampung Tebelu, Sebuyau.


Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Law Hong Soon yang mengesahkan penemuan kira-kira pada jam 2 petang tadi, berkata mangsa tersebut juga dijumpai dalam keadaan lengkap berpakaian tetapi tanpa jaket keselamatan di tubuh.

Katanya, mayat Peter yang merupakan jurutera Sebiro Holdings dan juga Naib Pengerusi PKR Sarawak itu dibawa ke Hospital Daerah Simunjan untuk bedah siasat.

Pada kira-kira jam 11 pagi tadi, nelayan tempatan menjumpai mayat Khuzaimah seorang daripada tiga yang hilang dalam insiden helikopter terhempas di muara Sungai Teriso, Sri Aman semalam.

Mayat Khuzaimah, 27, dari Semariang di sini, ditemui terapung di kawasan perairan dekat Maludam.

Law berkata mayat mangsa lengkap berpakaian tetapi tanpa jaket keselamatan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Daerah Simunjan untuk bedah siasat dan akan diserahkan kepada keluarga mangsa.

Gerakan mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa insiden helikopter Eurocopter EC120 terhempas milik Sebiro Holdings masih diteruskan membabitkan polis, bomba, JPAM dan penduduk tempatan. Mereka yang masih hilang ialah Peter Ato Mayau dan Henry Loh.

Dr Wan Azizah Ismail ‏@drwanazizah-Twitter
Takziah buat keluarga mendiang Peter ato Mayau, K.cbg mambong & N.MPN Sarawak yg terlibat dlm kemalangan helikopter

Berita Berkiatan:

HELI TERHEMPAS, TIGA HILANG

MASIH BERHARAP..... Ahli keluarga Peter ketika menunggu berita tentang insiden tersebut di jeti penumpang Pekan Sebuyau, semalam.

KUCHING: Seorang juruterbang warga Jerman terselamat manakala tiga lagi penumpang, termasuk Naib Pengerusi PKR Sarawak Peter Ato Mayau, masih hilang apabila sebuah helikopter milik syarikat Sebiro Holdings terhempas di muara Sungai Triso, Sri Aman, pagi semalam.
Helikopter yang diterbangkan Riko Steger, 35, terhempas pada kira-kira jam 9.30 pagi setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 9 pagi dengan membawa tiga pekerja syarikat tersebut atas urusan kerja di Nanga Merit, Kapit.
Mangsa yang masih hilang ialah Peter yang juga jurutera, 53, juruukur bahan Siti Khuzaimah Anwar dan arkitek Henry Loh. Mereka dikatakan dalam perjalanan untuk melakukan pemeriksaan terhadap projek pembinaan sekolah di tempat dituju.
Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mat Jusoh Mohamad berkata, Rko yang menerbangkan helikopter Eurocopter EC 120 berenang dengan jaket keselamatan kira-kira empat jam untuk tiba di Kampung Tebelu yang terletak 20 kilometer dari Pekan Sebuyau.
"Maklumat awal yang kita terima, ketika kejadian heli-kopter terbang dalam cuaca buruk dan dikatakan mengalami masalah teknikal," kata-nya kepada pemberita.
Mat Jusoh berkata, gerakan mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa yang hilang masih diteruskan polis dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Gerakan mencari dan me-nyelamat dihentikan pada jam 7 malam tadi dan diteruskan pagi ini.
Pemilik Sebiro Holdings, Datuk Sng Chee Hua turut mengesahkan helikopter ter-sebut adalah milik syarikat-nya dan digunakan oleh para pekerjanya yang terbabit dalam insiden berkenaan.
Sementara itu, ahli keluarga Peter bergegas ke Pekan Sebuyau sejurus dimaklumkan tentang insiden terbabit dan mengharapkan berita gembira ketika menunggu di Balai Polis Sebuyau.
Isteri Peter, Agnes Batang, 45, memberitahu beliau sen-diri menghantar suaminya ke pejabat Sebiro pada kira-kira jam 8 pagi semalam.
"Saya ada cakap sama (pada) dia (Peter)… cuaca tidak bagus untuk terbang, tapi suami saya diam saja," kata Agnes yang mempunyai tiga anak berusia antara 25 dan 18 tahun.
Menurut Agnes, pada kira-kira jam 8.30 pagi, beliau menghubungi suaminya untuk bertanya siapa yang akan menghantarnya ke lapangan terbang dan dijawab Peter: "Jangan risau, ada orang hantar."
Pada kira-kira jam 2 petang, Agnes menerima panggilan memaklumkan kejadian yang menimpa suaminya.
Peter pernah bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Negeri 2011 dalam pertandi-ngan tiga penjuru menentang Roland Sagah daripada Barisan Nasional (BN) dan Ateng Jeros (SNAP) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat. Sagah menang. (UB)

TAHNIAH Najib, SATU lagi sejarah dunia...

Posted: 21 Jul 2012 04:07 AM PDT

Kesian kat Najib...
Pusing la kot mana pun, dia jugak la yang akan kena...
Nak harap kan Mahathir...
Mahathir sendiri pun belum tentu selamat lagi...
Nak harap kan Muhyiddin...
Muhyiddin sengeh dok INTAI kerusi Perdana Menteri...


Kahkahkah...

Tak pa...
Sekurang kurangnya bangsa Umno patut sangat berbangga pasai Piem hampa dah cipta satu lagi sejarah dunia... Satu satunya Piem dalam dunia yang MENOLAK DEBAT...

BANGGA woo... Kahkahkah...


BUTA ja Najib kena sebijik... hehe...

Posted: 20 Jul 2012 09:08 PM PDT

Nie pun termasuk dalam kategori MUFSIDUN jugak neh...


Pemimpin zalim dan korup, itu 'mufsidun'

KUALA LUMPUR 20 Julai: Pemimpin yang zalim, amal rasuah, aibkan orang dan merosakkan masyarakat itu lebih layak digelar 'mufsidun', kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.


Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melabel peserta Bersih sebagai 'mufsidun' yang bermaksud golongan membuat kerosakan perpaduan antara kaum dan sesama umat Islam dan imej negara.

Najib berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dalam Majlis Perhimpunan Perdana warga imam dan ahli jawatankuasa masjid seluruh negara di Serdang pagi semalam.

"Istilah yang digunakan Najib itu tidak tepat sama sekali, peserta yang mengambil bahagian dalam Bersih termasuklah sasterawan negara, A. Samad Said, ilmuan agama, peguam dan ahli profesional, adakah mereka semua 'mufsidun'?" soal Mohd Nor.

Menurut Muhamad Nur, istilah 'mufsidun' sepatutnya digunakan dalam konteks yang 'syumul' iaitu secara menyeluruh, bukan hanya kerana rakyat berhimpun menuntut keadilan terus dilabel sedemikian rupa.

"Mereka yang hadir pada himpunan 28 April lalu lebih sesuai digelar 'al-muslihun' kerana mereka berjuang memperbaiki sistem pemerintahan negara yang semakin korup dan zalim," katanya.
"Bukan hanya tok imam yang perlu jadi 'muslihun', tapi setiap orang, tak kira pengamal undang-undang, pegawai kerajaan malah pemimpin sendiri, bukannya ambil duit rakyat kemudian mengagihkan sesama keluarga mereka," sindirnya.

TERHOT: Kerajaan Selangor dah mengganas... Mai baca

Posted: 20 Jul 2012 06:29 PM PDT

S'gor usaha pecat CEO, pengerusi SYABAS

Kerajaan Selangor akan mengemukakan cadangan kepada lembaga pengarah Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya memecat pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutifnya.

Keputusan itu diambil ekoran kedua-dua pihak itu didakwa tidak hadir memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri.

"Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji pengerusi eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun," kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Berikut kenyataan penuh Khalid:

Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri Selangor lanjutan daripada kenyataan dan cadangan untuk membuat catuan air yang diumumkan oleh SYABAS. 
Tujuan jawatankuasa ini untuk memantau secara harian keberkesanan, kecekapan perkhidmatan SYABAS dan kedudukan semasa pembekalan air kepada pengguna termasuk meninjau sendiri di tapak masalah kekurangan bekalan air yang dicanangkan oleh SYABAS. 
Jawatankuasa ini akan mengkaji cadangan penambahbaikan dan pemulihan ke atas masalah bekalan air yang dihadapi. SYABAS telah diminta membentangkan dan melaporkan kepada Jawatan kuasa tersebut perkara-perkara berikut: 
1. Pengeluaran air harian bagi setiap loji air dan paras empangan; 
2. Permintaan air berdasarkan bil air (metered consumption) dari Januari 2012 hingga sekarang; 
3. Unjuran permintaan air yang disediakan oleh SYABAS; 
4. Maklumat mengenai paras kolam utama(balancing reservoir-terminal reservoir-service reservoir); 
5. Kawasan yang mengalami masalah gangguan bekalan air; 
6. Maklumat terperinci mengenai rangkaian paip air utama termasuk kolam air hingga ke kawasan yang bermasalah termasuk NRW; 
7. Punca-punca utama (micro) yang menyebabkan kawasan tersebut mengalami masalah air; 
8. Cadangan penyelesaian yang dirancang oleh SYABAS ke atas masalah yang dibangkitkan; dan 
9. Emergency response plan yang disediakan oleh pihak SYABAS. 
Berdasarkan kepada hasil penelitian dan penyiasatan yang dibuat oleh jawatankuasa ini selama tiga hari, kerajaan negeri Selangor merumuskan bahawa: 
1. Kerajaan Negeri Selangor akan mengemukakan cadangan kepada Lembaga Pengarah SYABAS supaya memecat pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutif SYABAS kerana tidak hadir memberikan penjelasan kepada jawatan kuasa tersebut. Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji pengerusi eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun. 
2. Kerajaan negeri Selangor bersedia membelanjakan peruntukan bagi membina loji rawatan air baru untuk tujuan meningkat kapasiti pengeluaran air terawat dan dengan serta merta akan memanggil tender untuk Projek Mitigasi 2 yang berjumlah RM225 juta. 
Langkah yang diambil kerajaan Negeri ini bagi melindungi kepentingan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terjejas kerana kegagalan SYABAS membekalkan air bersih seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi. 
Kerajaan Selangor yakin kerajaan persekutuan tidak akan cuba menyulitkan usaha yang dirancangkan ini demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat. - Malaysiakini

Tiada ulasan: