Addin |
- 2 Bulan Bonus Sempena Aidilfitri.. Durian Runtuh Buat Penjawat Awam?
- Panas!! Bekas Adun MCA Sokong Hudud
- Gambar-Gambar Yang Pasti Tidak Akan Di Siarkan Di TV3, Utusan Malah Di Berita Harian
- Madrasah Ramadhan 1433 Hijrah..
- Umno Ketinggalan.. PAS Kehadapan.. Ini Buktinya
- Ulama Muda Umno Bidas Papagomo
2 Bulan Bonus Sempena Aidilfitri.. Durian Runtuh Buat Penjawat Awam? Posted: 21 Jul 2012 09:23 AM PDT PEKAN, 21 Julai - Pemberian imbuhan sempena Aidilfitri kepada penjawat awam adalah bergantung kepada kemampuan kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Dengan wajah yang ceria, Najib berkata beliau akan melihat 'buku kira-kira' kerajaan terlebih dahulu berhubung perkara itu. "Nantilah kita semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu...kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada kemampuan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai pemberian imbuhan itu baru-baru ini. Pada 16 Julai, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata pihaknya sedang mencari pendekatan terbaik bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu dan tidak menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan seperti menaikkan harga barangan. Najib ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan cek Durian Runtuh Felda Fasa 2 dan pakaian kepada Pegawai-pegawai Masjid serta sumbangan Apron kepada peniaga dan bantuan cermin mata kepada penduduk Pekan di Dewan Umno Pekan, di sini.Dalam ucapannya beliau menegaskan agar pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan tidak menghalang usaha kerajaan dalam memajukan negara. Mengambil contoh penyenaraian saham Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia, beliau berkata, pihak yang cuba menghalang disifatkan sebagai busuk hati kerana tidak suka melihat kerajaan membantu meningkatkan kehidupan rakyat."Jangan halang usaha kerajaan untuk majukan negara dan rakyat, tidak sokong tidak apa...dalam hal ini (penyenaraian FGVH) kita tak boleh halang sebab ini adalah hal yang baik dan untuk kebaikan rakyat," katanya. Bercakap kepada pemberita kemudian Najib berkata jika peneroka ingin membeli tambahan saham, mereka perlu membelinya di pasaran saham terbuka."Pihak Felda perlu membantu peneroka untuk membelinya di pasaran terbuka dengan harga semasa. Walaupun peneroka telah ditawarkan dengan 800 unit saham ketika saham tersebut dilancarkan mereka juga tetap dapat keuntungan kerana 20 peratus saham FGVH telah dimasukkan ke dalam tabung amanah yang akan membayar dividen setiap tahun kepada mereka," katanya. Ditanya mengenai laporan akhbar berhubung senarai awal calon Barisan Nasional yang ditolak 50 peratus daripadanya, Najib berkata: "Kita belum memuktamadkan calon-calonnya dan kita akan memutuskannya apabila tiba masanya, jadi semuanya hanya spekulasi. Umno pun belum, kita tengah semak-semak dan belek-belek lagi," katanya. ~bernama Addin: Jikalau diberi apa pun kita ambil tapi undi Umno BN memang tak mahu.. |
Panas!! Bekas Adun MCA Sokong Hudud Posted: 21 Jul 2012 07:00 AM PDT Berikut adalah kenyataan Dato' Lee Hwa Beng, bekas Adun Subang Jaya dari MCA. Jikalau seorang Cina non muslim boleh keluarkan kenyataan seperti ini.. yang peliknya kenapa Umno sampai sekarang masih tak mahu laksanakan hudud.. Sebenarnya bukan Islam sudah tahu hudud bukan satu ancaman kepada mereka, ini kerana pencerahan tentang hudud telah menyedarkan golongan bukan Islam. Hudud sebenarnya menjadi ancaman kepada kelangsungan politik Umno.. Baca selanjutnya berkenaan Dato' Lee Hwa Beng di sini. Liked · 23 hours ago Tahniah Datuk Lee Hwa Beng, anda seiringan dengan kami. Nota: Dari tweet@hwabeng "At this point nothng much to ponder. 4 hudud, no one is affected if u do no wrong but all will be affected with 'ketuanan Melayu'.... ANCAMAN sebenar KETUANAN MELAYU...bukan HUDUD yg perlu takut. |
Gambar-Gambar Yang Pasti Tidak Akan Di Siarkan Di TV3, Utusan Malah Di Berita Harian Posted: 21 Jul 2012 03:00 AM PDT Abby Abadi bergambar kenangan dengan ahli keluarga Tuan Guru Nik Aziz. Abby Abadi ketika menyerahkan borang kepada Tuan Guru Nik Aziz Abby dan anak anak di rumah Tuan Guru Nik Aziz Bergambar dihadapan rumah Tuan Guru Nik Aziz di Pulau Melaka Abby dan sekeluarga bergambar kenangan Abby Abadi bergambar dengan Isteri dan Nik Abduh Abby Abadi telah singgah ke rumah Tuan Guru Nik Aziz tadi tetapi beliau tiada kerana ke KL utk rawatan jantung. Yang ada hanya Ustaz Nik Abduh, isteri & anak-anak yang sambut. |
Madrasah Ramadhan 1433 Hijrah.. Posted: 21 Jul 2012 12:28 AM PDT Selamat kembali ke madrasah Ramadhan 1433H buat pengunjung setia blog Addin.. Moga kita sama-sama tingkatkan amalan yang ganjarannya Allah SWT janji berlipat kali ganda di bulan ini.. Hadith :Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:" Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku." Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk." Moga kita terus mengejar keredhaanNya di bulan yang mulia. Semoga kita terlepas dari azab seksa neraka sepertimana di janjikan di penghujung Ramadhan.. Salam Ramadhan Al-Mubarak 1433H. Addin |
Umno Ketinggalan.. PAS Kehadapan.. Ini Buktinya Posted: 20 Jul 2012 11:33 PM PDT SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya memberitahu, cadangan menjadikan Majlis Ulama sebagai sayap baru parti telah dikemukakan kepada pimpinan tertinggi dan masih dalam perbincangan.Menurutnya, cadangan itu masih dalam pertimbangan kerana Umno tidak mahu penubuhan Majlis Ulama itu dianggap terlalu bersifat kepartian. "Saya kemuka cadangan dua tahun lalu untuk wujudkan sayap Majlis Ulama Umno seperti sejarah awal penubuhan parti ini."Tetapi kita takut orang ramai akan menganggap apa sahaja fatwa dikeluarkan Majlis Ulama ini hanya untuk politik," katanya. Beliau turut menegaskan dalam parti telah wujud biro agama Umno yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.Fathul berkata demikian dalam selepas Debat Sinar Harian "PRU13: Orang Muda Pilih Siapa?", kelmarin.Debat itu menemukan Fathul Bari dengan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan. ~sh Addin: PAS lama dah angkat golongan ulamak sebagai pemimpin.. majlis ulamak pun dah lama ditubuhkan |
Ulama Muda Umno Bidas Papagomo Posted: 20 Jul 2012 06:09 PM PDT SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekreteriat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya pada sidang media di Kompleks Karangkraf semalam menolak budaya fitnah yang dilakukan oleh blogger pro Umno, Papagomo. Beliau yang menjelaskan pendirian tersebut ketika menjawab pertanyaan pemberita berhubung budaya fitnah yang dilakukan oleh blogger pro Umno itu yang sentiasa menjadi topik utama kepada media pro kerajaan dalam usaha meraih sokongan undi. "Saya katakan secara prinsip tidak setuju dengan bentuk fitnah dan provokasi yang dilakukan. "Sewajarnya kita perlu perbetulkan dan memperbaiki keadaan, perlu bekerjasama dalam mengurangkan budaya melontar persepsi tanpa fakta dan bukti," jelasnya selepas program debat anjuran Sinar Harian. Tambahnya lagi, didikan perlu dilakukan dalam membuat analisa sebelum menjatuhkan hukum ~harakahdaily |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan