shalehudin |
- VIDEO: Polis pukul pekerja hotel guna buntut pistol
- APA agaknya rahsia besar Najib... JOM tengok
- Astaghfirullah... Pehal ngan hang nie Hassan oii...
- SYOK jugak boleh dok TIBAI Berahim Ali camnie...
- Agak2 hampa, Najib baca dak komen neh...
- BONGKAR: Bukti Umno guna APCO fitnah Pakatan
- Kumpulan Anti-Lynas Mohon Maaf Secara Terbuka
VIDEO: Polis pukul pekerja hotel guna buntut pistol Posted: 18 Jul 2012 10:00 AM PDT CCTV: Polis pukul pekerja hotel guna buntut pistol Seorang inspektor polis didakwa telah memukul dua pekerja hotel dengan buntut pistol selepas bertengkar dengan salah satu pekerja di Seremban semalam. Kejadian itu dirakam oleh CCTV hotel tersebut dan pihak pengurusannya telah menyerahkan video itu kepada Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke, yang kemudian memuat-naik video itu dan berkongsinya di laman Facebook beliau. Dipercayai inspektor tersebut terbabit dalam pertengkaran dengan salah seorang pekerja hotel (yang memakai topi dalam video) mengenai harga ais krim, yang seterusnya membawa kepada kejadian tersebut. Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan bahawa polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu.- Malaysiakini |
APA agaknya rahsia besar Najib... JOM tengok Posted: 18 Jul 2012 07:45 AM PDT Mengapa Najib sembunyi rahsia besar? Kuala Lumpur: Sikap berdiam diri Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan anggota kabinet yang lain dalam isu penjualan dokumen rahsia pertahanan negara dalam kes Skandal Scorpene seolah olah menyembunyikan satu 'rahsia besar'. Malah, seluruh anggota kabinet seolah-olah berdiam diri dan tidak mahu respons kepada isu tersebut menimbulkan persoalan yang besar. "Jika isu ini hanya semata- mata fitnah, PM perlu menyaman media antarabangsa yang cuba mengaitkan nama beliau. Jika tidak, ia hanya menguatkan spekulasi bahawa mungkin beliau benar-benar terlibat dalam skandal paling memalukan negara ini," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Noor kepada Harakah pada 2 Julai lalu. Sebelum ini, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendakwa syarikat pembuat kapal Perancis DCNS membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, untuk mendapatkan dokumen rahsia tersebut bagi tujuan kerja-kerja "kejuruteraan komersial." Dalam pada itu, jawapan balas Menteri Pertahanan, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa pihak kerajaan tiada maklumat mengenai apa-apa dokumen rahsia pertahanan yang dikeluarkan dari negara. Mengulas lanjut, Riduan berkata jawapan kerajaan tidak berminat untuk menghantar wakil pemerhati sekiranya inkuiri kehakiman tersebut menjadi kes penuh di mahkamah Perancis amat mengecewakan. Katanya lagi, jawapan itu menunjukkan kerajan tidak serius menangani penyelewengan dan menyiasat dakwaan itu secara menyeluruh. Kata Riduan, Pemuda PAS kesal kerana usul mengenai isu ini ditolak oleh Dewan Rakyat bulan lalu tanpa sebarang perbahasan panjang mengenainya. Riduan berkata dalam keadaan seluruh dunia heboh memperkatakannya malah ia mula dibicarakan di mahkamah Perancis, kerajaan Malaysia menganggap dakwaan itu kes kecil. Lebih parah lagi kerajaan menyatakan ianya tidak ada kena mengena dengan kerajaan Malaysia, katanya. "Tidak sepatutnya Dr Zahid menjawab dalam bentuk penafian begini lebih-lebih lagi kerana kes ini membabitkan nama pemimpin utama negara ini iaitu Perdana Menteri sendiri. Kerajaan Malaysia sepatutnya memandang ini sebagai isu yang amat penting untuk ditangani kerana ia boleh menjejaskan kedudukan pertahanan negara. "Menjual dokumen yang dikategorikan sebagai rahsia negara adalah satu perbuatan khianat dan pelakunya mesti didakwa dan dijatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahannya," katanya. Jika dokumen rahsia pertahanan negara juga boleh dijual beli, ini petanda buruk keselamatan negara sedang diancam dan negara berada dalam keadaan bahaya kerana terdedah dengan serangan dan manipulasi oleh musuh, katanya. DD |
Astaghfirullah... Pehal ngan hang nie Hassan oii... Posted: 18 Jul 2012 01:49 AM PDT Hassan Ali tuduh Azmin Ali berkongsi Isteri.. (Video Inside) Apa dah jadi dengan si Hassan Ali ini.. berkobar-kobar bercakap soal Islam tapi dalam masa yang sama melemparkan satu tuduhan yang amat berat dan lebih kepada fitnah buat Azmin. Dalam satu majlis 'Ceramah Selamatkan Akidah' yang diadakan di TABIKA KEMAS, Taman Samudera, Batu Caves pada 10 Julai lalu beliau telah melemparkan tuduhan Azmin Ali telah berkongsi isteri… Atau dalam lain ayat Azmin Ali telah membenarkan isterinya berzina dengan lelaki lain. Oleh itu Hassan Ali menegaskan JATI tidak akan bersekongkol dengan sesiapapun dalam hal Islam terutamanya Azmin yang berkongsi Isteri… Lantaran itu penduduk Gombak diingatkan agar jangan memilih Azmin dalam PRU yang akan datang kerana ini dikira bersyubahat.. Sebelum itu beliau juga telah memanjangkan cerita bohong yang disebarkan oleh sebuah Blog yang menyamar sebagai Pro Pakayan Rakyat iaitu 'Suarapakatanrakyat.com' iaitu kononnya DAP akan bertanding 90 Kerusi Parlimen. Hakikatnya ianya telah dinafikan oleh Guan Eng sendiri di ( SINI ) Saksikan.. demi mencari sesuap nasi buat menyambung fitnah.. Hassan Ali meletakkan ketepi soal halal dan haram... sekaligus meletakkan dirinya sama taraf dengan Blogger UMNO yang menyebar fitnah.. contohnya sila lihat di ( SINI ) Sebagaimana disebutkan dalam Al-Qur'an: إِنَّ الَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ الْغَافِلَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ لُعِنُوا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ (23) Pada ayat ini, Allah SWT menerangkan bahwa orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang saleh yang bersih hatinya dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, berbuat yang keji dan tidak senonoh seperti zina dan lainnya, mereka itu akan dijauhkan dari rahmat Allah di dunia dan di ahirat, dan di akhirat nanti akan ditimpakan kepada mereka azab yang amat pedih, sebagai balasan dari kejahatan yang telah diperbuat mereka. Merekalah yang menjadi sumber dari berita yang menyakitkan hati wanita-wanita yang beriman, menyebarkan berita itu di antara orang-orang yang beriman. Mereka telah menjadi ikutan buruk bagi orang-orang yang turut menyiarkan berita-berita keji itu. Bagi mereka itu dosa atas perbuatannya dan dosa orang-orang yang turut menyiarkan berita-berita bohong yang bersumber dari mereka, sebagaimana sabda Rasulullah saw: من سن سنة شر فأتبع عليها كان عليه وزره ومثل أوزار من اتبع غير منقوص من أوزارهم شيئا Artinya: Barangsiapa yang mengadakan perbuatan yang buruk dan ada yang mengikutinya, maka dosa perbuatannya itu akan dipikulnya bersama dosa orang-orang yang melakukan perbuatan buruk itu tanpa dikurangi sedikitpun. (H.R. Abdullah bin Jarir) Aku yakin Hassan Ali tentu tahu adanya ayat di atas... |
SYOK jugak boleh dok TIBAI Berahim Ali camnie... Posted: 17 Jul 2012 10:30 PM PDT IBRAHIM ALI jangan merepek "Wahai pak Berahim, anda tidak perlu mengipas Najib dengan mencadangkan sesuatu berkaitan hudud. Adalah sepatutnya sebagai seorang pemimpin anda sendiri mengkaji secara mendalam tentang perkara tersebut kerana ia wajib bagi semua muslim untuk tahu dan memahaminya. Seterusnya membantu dan berganding bahu bersama pihak yang serius ingin menegakkan hukum tersebut seperti Pas terutama sekali ketua nya Tok guru Nik Aziz. Tetapi malangnya, anda lebih suka dilihat sebagai penentangnya walaupun berada dalam satu negeri yang sama. Anda tidak perlu ke Kuala Lumpur mencari Najib, berhijrahlah ke Pulau Melaka mendalami ilmu agama, barulah anda mampu berhujah secara ilmiah dan islamik. Hukum tentang aurat pun si Najib gagal memahami apetah lagi hudud yang lebih dalam pengisiannya. Disini teserlah bertapa merepeknya anda bersama idea goblok tersebut, hudud itu betul tapi orang yang dicari itu salah. Takkan kereta Mercedes anda rosak, anda pergi ke bengkel motor untuk membaikinya? Pasti anda cari orang yang pakar Mercedes. Begitu juga dengan hudud, ulama seperti Tok guru pasti lebih memahami dan adalah lebih baik untuk kita rujuk melaluinya. Najib tu sape? Ustaz pun bukan... Aduh pak Berahim..! Awak jangan rasa awak hebat, hentam ulama, hentam pas, tibai anwar, untuk apa? Orang yang jahat, perompak harta negara dan kaki perempuan, awak biarkan saja. Awak ingat awak pemimpin hebat, awak kepala NGO bukan parti politik, tak gagah mana pun Perkasa awak tu. Orang Kelantan fokus pada ISLAM bukan pada bangsa melayu. Orang luar dari Kelantan pun tertarik dengan islamiknya Kelantan, sebagai contoh awak kira lah sendiri berapa ramai artis dan pemimpin DAP datang menziarah Tok guru Nik Aziz. Seekor jin pun belum tentu terpikir ingin menjenguk awak di Pasir Mas. Hudud di cipta untuk seluruh manusia di muka bumi hatta binatang pasti merasa keberkatannya. Tapi awak pejuang melayu haprak, mana reti nak bercakap soal hudud, pastu awak tarik sekali Najib yang memang bingai bab hukum hakam, untuk apa? Awak nak ganti Jamil Khir ke? Kitab-kitab yang dia belajar dulu pun semua dah hilang, sebab tu sekarang die aerguru dengan Najib. Adakah awak teringin menjadi salah seorang murid Najib? Itu dah kira buang masa la... PERKASA tidak relevan, sekarang orang tengah bercakap perihal kebangkitan ISLAM, penghijrahan ramai artis kepada ISLAM, ekonomi ISLAM seperti dinar dirham, mana ada cerita pasal melayu. Dalam kubur tak tanya kamu ni melayu ke, Perkasa ke? Kamu ingat kamu pakai songkok kamu dikira alim? DR MURSI pakai kot dan tali leher ketika sembahyang, tak pakai kupiah, tapi saya percaya dia jauh lebih alim dari kamu. Hentikan lah kecaman kamu pada Pas. Ini bukan satu nasihat, ini arahan dari anak muda seperti saya yang pasti akan melawan kamu. Saya juga orang Kelantan, selalu ke Pasir Mas, percayalah ramai yg membenci kamu. Letak calon umur 20 lebih pun boleh kalahkan kamu yg merepek tu. Kesimpulannya, sedarla pak Berahim sebelum terlambat, ingatlah pejuang Islam tak takut pada mati kerana tahu akan balasan syurga, pejuang Melayu pasti enggan mati kerana ingin terus hidup mengangkat nama sendiri. |
Agak2 hampa, Najib baca dak komen neh... Posted: 17 Jul 2012 06:00 PM PDT Wakaka.... Hampa agak-agak la, Najib ada baca dak komen berani mati dengan ayat-ayat maut dari dua pengomen dalam FB page dia... hehe... Pa pun aku nak ucap tahniah la pada dua pengomen tersebut... korang memang terbaek lah.... Kahkahkah... Dah makin ramai yang sedaq, kapai Umno dah nak karam... Makin ramai ahli gerombolan akan lari tinggalkan Najib... Cuma aku kesian kat makcik2 neh ja.... Tinggai tiga orang pun masih gatai nak berlarak... Kahkahkah... |
BONGKAR: Bukti Umno guna APCO fitnah Pakatan Posted: 17 Jul 2012 05:40 PM PDT Oleh: Bekas CT UMNO 'Kaitkan semua yang buruk dengan Pakatan Rakyat atau PAS.' Itu pesanan seorang pakar strategi yang didatangkan khas dari APCO (sebuah badan perunding imej milik Yahudi) sewaktu saya menghadiri Seminar Intensif cyber trooper UMNO di Janda Baik selama tiga hari tiga malam. Pesanan itu lebih mendalam diingatan saya setiap kali terbaca cerita-cerita sensasi dari blog UMNO, yang semuanya dikaitkan untuk memburukkan PAS atau PR. Laporan di atas adalah contoh bagaimana kisah sedih anak yatim dimanipulate untuk mengaitkan dengan PAS. Kononnya pusat anak yatim itu milik PAS atau orang PAS, walhal setelah saya melakukan siasatan di Kuala Nerang tidak ada asrama anak yatim yang dikendalikan oleh PAS atau individu PAS. Ternyata ia sengaja diada-adakan untuk memburukkan PAS. Jika anda rajin meneliti blog-blog UMNO, strategi ini digunakan di hampir kesemua blog mereka saban hari walau pun kadang-kadang bahan atau program yang hendak dikaitkan dengan PAS itu ternyata dianjurkan oleh pihak kerajaan UMNO sendiri. InsyaAllah, saya akan terus membongkar strategi yang digunakan oleh CT UMNO, lebih-lebih lagi yang diajar oleh Dr. Norvandri. |
Kumpulan Anti-Lynas Mohon Maaf Secara Terbuka Posted: 17 Jul 2012 12:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 17 Julai - Kumpulan protes 'Selamatkan Malaysia Stop Lynas (SMSL)', hari ini menerbitkan surat memohon maaf kepada Lynas Corp di atas menyebarkan tuntutan dan tuduhan palsu terhadap tahap keselamatan loji pemprosesan nadir bumi ini. Dalam satu kenyataan memetik, "Kami merujuk kepada artikel yang pernah diterbitkan, yang mendakwa bahawa loji Lynas mungkin tidak selamat. "Kami memohon maaf kerana penerbitan ini langsung tidak mempunyai asas yang saintifik. Kajian semula peraturan dan keselamatan loji Lynas telah dilakukan dengan teliti dan menyeluruh." merujuk kepada kenyataan rasmi SMSL. Pada pertengahan April, pengeluar nadir bumi dari Australia ini telah membuat prosiding mahkamah secara berasingan terhadap portal Free Malaysia Today dan SMSL berdasarkan artikel yang berbaur fitnah, yang telah diterbitkan di portal tersebut serta laman blog, masing-masing. Dalam permohonan injunksi, Lynas Corp mahu kedua-dua pihak yang dilarang daripada menerbitkan artikel berbaur fitnah terhadap syarikat itu serta ke atas fasiliti Lynas Advance Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan. Syarikat tersebut turut menuntut ganti rugi am dan kos. Mahkamah Tinggi Malaysia pada mulanya dijadualkan untuk mendengar dalam pertengahan bulan Jun permohonan injunksi, tetapi kemudiannya berpindah hingga Julai 19 untuk memberi SMSL lebih banyak masa untuk memfailkan afidavit balasan. Lynas Corp berkata ia terpaksa memfailkan aduan kerana beberapa tuntutan SMSL telah melintasi garisan antara perdebatan dan fitnah. Fasiliti LAMP dibawah Lynas Corp ini sudah berada pada tahap 98 peratus siap di bawah fasa satu pembinaan.- klpos |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan