Addin |
- Memang Betul Cakap Muhyiddin, Anwar Tidak Popular Di Indonesia.. Baca Laporan Nih
- Gambar Artis Popular Indon Kunjungi Tuan Guru Nik Aziz
- Padan Muka SYABAS!! MB Selangor Bakal Rombak Semua Pegawai Pengurusan
- George Kent Nafi Terima Projek Kontroversi LRT Ampang
- Akhirnya.. Tembelang Blogger Umno Pecah
- Kerana Sakit Hati, Tidak Semena-Mena 100 Bendera PAS Dan PKR Di Cabut
- "Debat Esok Ruang Cari Kebenaran" - Fathul Bari
Memang Betul Cakap Muhyiddin, Anwar Tidak Popular Di Indonesia.. Baca Laporan Nih Posted: 18 Jul 2012 09:37 AM PDT Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata bahawa pengaruh Anwar tidak sehebat mana ketika lawatan enam harinya ke republik itu awal bulan ini. Tetapi kehadiran Anwar selepas pemimpin UMNO melawat untuk merapatkan hubungan, telah menyebabkan pertengkaran lidah antara ahli politik tertinggi Indonesia, yang telah semakin berpengaruh sejak menjadi ahli Kumpulan 20 (G20) dalam ekonomi besar dunia. Indonesia adalah satu-satunya ahli dalam kumpulan itu dari Asean. Jakarta masih mesra dengan Anwar walaupun Umno cuba sekat KUALA LUMPUR — Umno baru-baru ini mula mengorak langkah dan mula merapatkan diri dengan pimpinan politik tertinggi Indonesia.Walaupun begitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi popular di Jakarta, apabila dia duduk bersama Susilo Bambang Yudhoyono serta pemimpin-pemimpin Asia lain dalam forum serantau di Jakarta semalam. Anwar bersama dengan Yudhoyono dan hampir kesemua menteri Kabinetnya yang datang untuk menghadiri Strategic Review Forum dan pelancaran jurnal Strategic Review. Jurnal itu ditulis oleh bekas Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirajuda dan dibantu oleh Menteri Perdagangan Indonesia Gita Wirjawan. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata bahawa pengaruh Anwar tidak sehebat mana ketika lawatan enam harinya ke republik itu awal bulan ini. Semasa lawatan itu, Timbalan Presiden Umno itu bersama dengan pegawainya bertemu dengan pemimpin dari tiga parti terbesar di Indonesia – pengerusi Golkar Aburizal Bakrie, pengerusi Parti Demokratik Annas Urbaningrum dan pengerusi Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P), Megawati Soekarnoputri. Dia juga mengadakan pertemuan dengan timbalan presiden Indonesia Boedino, namun tidak melawat Yudhoyono, yang kini berada di penggal terakhirnya selaku presiden. "Mereka melayan Anwar dengan penuh hormat. Adalah mencurigakan untuk mengatakan perkara ini terjadi, bila Muhyiddin dan pemimpin Umno pada pandangan rakyat sebenarnya tidak bertemu dengan Ibu Megawati pada awal bulan ini." kata penganalisis politik serantau kepada The Malaysian Insider. Selain Anwar, turut sama dalam forum "Keamanan dan Kestabilan di Asia Tenggara" yang turut dihadiri oleh bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, dan bekas Presiden Timor Leste Jose Ramos-Horta. Menurut pengelola acara ini, ini adalah pertama kali Thaksin akan memberi ucapan di negara Asean sejak 2008. Yudhoyono juga akan memberi ucapan pembukaan dalam forum dan kemudian melancarkan jurnal tersebut bersama Wirajuda dan Wirjawan.Jurnal itu dikatakan untuk mencipta "satu pandangan intelektual dan polisi yang fundemental Indonesia dan pandangan terhadap dunia secara umumnya. Jurnal ini juga mengetengahkan pandangan tokoh pemikir, pembuat polisi dan banyak lagi di Indonesia dan di luar negara, dan cerita unik, serta esei dan temubual tentang Asia dan hal ehwal dunia. Tetapi kehadiran Anwar selepas pemimpin UMNO melawat untuk merapatkan hubungan, telah menyebabkan pertengkaran lidah antara ahli politik tertinggi Indonesia, yang telah semakin berpengaruh sejak menjadi ahli Kumpulan 20 (G20) dalam ekonomi besar dunia. Indonesia adalah satu-satunya ahli dalam kumpulan itu dari Asean. "Dalam satu hal, ia menunjukkan kematangan dalam hubungan KL-Jakarta, dan satu lagi ia menempelak pentadbiran Najib Razak. Ahli politik Indonesia kini semakin menyedari bahawa kerapuhan Najib dalam tampuk kuasa dan akan memberi risiko kepada pegawai tertingginya. "Indonesia ada hala tujunya sendiri, sensitiviti Najib dan pandangan Malaysia tidak penting." kata penganalisis yang tidak mahu dinamakan itu. Bekas timbalan perdana menteri yang dikatakan selalu mempunyai hubungan baik dengan pemimpin tertinggi Indonesia itu telah beberapa kali menggunakan perkataan dalam bahasa Indonesia, yang hampir dengan bahasa Malaysia, menjadi bahasa Malaysia semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan. Sebahagian dari penyokong Anwar juga berpindah ke Indonesia apabila beliau dipecat atas dakwaan rasuah dan liwat pada tahun 1998. Hubungan antara dua negara ini selalu dingin dari isu sempadan, perniagaan dan juga tenaga buruh. Indonesia adalah pembekal tenaga buruh terbesar ke Malaysia tetapi angka itu semakin berkurangan kerana isu amah yang dilayan secara teruk dan melibatkan kematian. Kontroversi terbaru ialah bila Malaysia mencadangkan untuk mengiktiraf tarian "Tor-tor" dan Gendang "Gordan Sambilan" dalam masyarakat Mandailing untuk dijadikan budaya kebangsaan. ~tmi |
Gambar Artis Popular Indon Kunjungi Tuan Guru Nik Aziz Posted: 18 Jul 2012 07:19 AM PDT KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menerima kunjungan artis Indonesia 'Mas Azzam' pelakun filem 'Bila cinta bertasbih' dan Yatt Hamzah di JKR 10 sebentar tadi. Mereka hadir untuk memenuhi undangan kerajaan negeri Kelantan untuk program Bicara Selebriti pada malam ini di Balai Islam, Lundang. Di samping bertemu, mereka sempat solat Zohor dengan berimamkan Tuan Guru Nik Aziz di JKR 10. Empat artis termasuk Mas Azam atau nama sebenarnya Khairul Azzam akan menyertai program Bicara Selebriti malam ini di Dewan Balai Islam, Lundang. Selain Mas Azzam dan Yatt, turut serta malam ini adalah Ana Rafalli dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. |
Padan Muka SYABAS!! MB Selangor Bakal Rombak Semua Pegawai Pengurusan Posted: 18 Jul 2012 05:25 AM PDT KENYATAAN MEDIA18 JULAI 2012 Semua Kakitangan Syabas Dikekalkan Kecuali Pengurusan Kanan Syabas Dalam Proses 'Step-In' Kerajaan Negeri SelangorKerajaan Negeri membidas saranan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana agar Kerajaan Negeri Selangor perlu mengemukakan rancangan dan pelan mereka untuk menguruskan bekalan air di negeri itu, jika berhasrat mahu mengambil alih peranan itu daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) seperti yang disiarkan oleh beberapa media perdana pada hari ini. Kerajaan Negeri curiga dengan tindakan beliau sebagai orang nombor dua Negara dan juga seorang penjawat awam yang bercakap menyebelahi Syabas sebuah syarikat yang berpaksikan keuntungan komersial, mendahului kepentingan syarikat dan pemegang-pemegang sahamnya sahaja.Dalam kata lain Muhyuddin lebih mengutamakan keuntungan sebuah syarikat melebihi kepentingan lebih 5.7 juta orang rakyat Selangor yang menggunakan air untuk keperluan harian mereka. Sepatutnya Muhyiddin menyokong usaha-usaha Kerajaan Negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat Selangor dan bukannya kepentingan sebuah syarikat semata-mata.Kita juga ingin menegaskan disini bahawa Syabas tidak mempunyai sebarang kuasa (authority) untuk mencadang atau mengumumkan sebarang bentuk program catuan air (water ration) kerana Syabas tidak diperuntukan kuasa tersebut di dalam perjanjian konsesi air tersebut mahupun dari segi obligasi moralkepada rakyat Selangor. Hanya Kerajaan Negeri diberikan kuasa mengumumkan catuan air, itupun hanya dibenarkan dalam situasi kecemasan dan darurat setelah dibawa dalam mesyuarat Majlis Gerakan Negeri (Mageran)Kita juga menyarankan Syabas agar berhenti membuat kenyataan mengenai apa-apa catuan air kerana Syabas dilihat berlagak umpama sebuah parti politik. Lanjutan kepada pengumuman oleh YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor yang menggunakan kuasa di bawah klausa 32 perjanjian konsesi air untuk 'step in' dalam memantau perkhidmatan operasi Syabas baru-baru ini.Lantaran itu , Kerajaan Negeri ingin mengumumkan di sini bahawa :Semua kakitangan Syabas dibawah kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran peringkat pertengahan akan dikekalkan manakala pegawai-pegawai di peringkat pengurusan kanan akan dirombak semula. Jadi kita harap kakitangan Syabas yang banyak pengalaman serta berdedikasi kepada syarikat agar tidak berasa cemas terhadap masa depan mereka dalam proses 'step-in' Kerajaan Negeri tidak berapa lama lagi. Disediakan oleh: Y.B TUAN DR. XAVIER JAYAKUMAR EXCO Kerajaan Negeri Selangor |
George Kent Nafi Terima Projek Kontroversi LRT Ampang Posted: 18 Jul 2012 02:30 AM PDT KUALA LUMPUR - George Kent (M) Bhd tidak ada menerima apa-apa indikasi tentang penganugerahan kontrak penyambungan landasan transit laju ringan Ampang bernilai RM960 juta, kata pengerusinya Tan Sri Tan Kay Hock."Mari tunggu keputusan kerajaan kerana ia belum dianugerahkan lagi," katanya dipetik Bernamaselepas Mesyuarat Agung Tahunan syarikat di sini hari ini.Sebelum ini, perkara tersebut dibangkitkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau campur tangan dalam urusan pemberian tender projek sambungan LRT laluan Ampang sebagaimana didakwa oleh PKR.Najib yang juga Menteri Kewangan menegaskan, segala urusan dijalankan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan."Semuanya dilakukan dengan betul. Tidak ada perkara seperti itu," kata beliau. Rafizi pula berkata, beliau mengalu-alukan "kenyataan pendek" Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berhubung anugerah kontrak projek aliran transit ringan (LRT) Ampang walaupun ia banyak menimbulkan "persoalan baru."Katanya, langkah Perdana Menteri hanya menyebut bahawa "tiada yang salah dalam proses anugerah itu" tidak menafikan bahawa Konsortium George Kent telah dianugerahkan tender tersebut seperti yang didedahkan oleh PKR sebelum ini. "Ini mengukuhkan spekulasi bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak berkeras untuk melanggar keputusan penilaian pembidaan yang berpihak kepada pembida lain.Konsortium George Kent termasuk China Railway Construction Corp dan Tewet GmbH, sebuah firma rundingan projek.Tender bagi projek penyambungan LRT itu ditutup pada 16 Jun tahun lepas. Selain konsortium George Kent, pembida lain adalah konsortium Invensys-Balfour Beatty Rail-Ingress, kumpulan Posco-Sojitz-Daewoo International-Thales, Colas-CMC Engineering-Thales, Samsung-LG-Thales, SNC Lavalin-WW Engineering-Bombardier, Siemens-Scomi Engineering dan Ansaldo-Emrail-Leighton.Bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2012, keuntungan sebelum cukai George Kent menyusut kepada RM26.2 juta daripada RM32.4 juta pada tempoh yang sama 2011 berikutan margin keuntungan kasar yang lebih rendah untuk produk yang dikilangkan. Perolehan menyusut kepada RM152.2 juta daripada RM165 juta sebelum ini."Perolehan yang lebih rendah adalah berikutan permintaan yang lebih rendah bagi produk dan perkhidmatan mereka akibat kelembapan ekonomi dunia dan perolehan yang merosot daripada projek," katanya. |
Akhirnya.. Tembelang Blogger Umno Pecah Posted: 18 Jul 2012 01:06 AM PDT 'Kaitkan semua yang buruk dengan Pakatan Rakyat atau PAS.' Itu pesanan seorang pakar strategi yang didatangkan khas dari APCO (sebuah badan perunding imej milik Yahudi) sewaktu saya menghadiri Seminar Intensif cyber trooper UMNO di Janda Baik selama tiga hari tiga malam. Pesanan itu lebih mendalam diingatan saya setiap kali terbaca cerita-cerita sensasi dari blog UMNO, yang semuanya dikaitkan untuk memburukkan PAS atau PR. Laporan di atas adalah contoh bagaimana kisah sedih anak yatim dimanipulate untuk mengaitkan dengan PAS. Kononnya pusat anak yatim itu milik PAS atau orang PAS, walhal setelah saya melakukan siasatan di Kuala Nerang tidak ada asrama anak yatim yang dikendalikan oleh PAS atau individu PAS. Ternyata ia sengaja diada-adakan untuk memburukkan PAS. Jika anda rajin meneliti blog-blog UMNO, strategi ini digunakan di hampir kesemua blog mereka saban hari walau pun kadang-kadang bahan atau program yang hendak dikaitkan dengan PAS itu ternyata dianjurkan oleh pihak kerajaan UMNO sendiri. InsyaAllah, saya akan terus membongkar strategi yang digunakan oleh CT UMNO, lebih-lebih lagi yang diajar oleh Dr. Norvandri. ~harakahdaily |
Kerana Sakit Hati, Tidak Semena-Mena 100 Bendera PAS Dan PKR Di Cabut Posted: 17 Jul 2012 10:00 PM PDT REMBAU – Hampir 100 bendera Pas dan PKR yang dipasang sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Chembong, dekat sini diturunkan pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi semalam.Tidak diketahui pihak yang menurunkan bendera dipasang sepanjang jalan dari Kampung Senama hingga Pedas di sini, bagaimanapun ada pihak mengakui terlihat kelibat individu bermotosikal melarikan diri sebaik saja berjaya menurunkan bendera kedua-dua parti berkenaan. Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Rembau, Redzuan Zainudin berkata, beliau terkilan dengan tindakan pihak tertentu mensabotaj bendera Pas dan PKR. Menurutnya, dia dikejutkan dengan panggilan telefon seorang anak buahnya yang kebetulan terlihat kelibat individu bermotosikal melarikan diri setelah selesai menurunkan bendera, kira-kira 3.30 pagi semalam."Saya pergi ke lokasi dimaksudkan dan melihat hanya buluh sahaja yang ditinggalkan dan dibuang ke dalam longkang. "Masa itu memang saya marah sangat. Mereka ini melakukan tindakan secara sorok-sorok dan pengecut kerana menurunkannya semasa kita sedang tidur lena," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi berkenaan, semalam.Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakop berkata, perbuatan pihak tertentu menurunkan bendera Pas dan PKR bukanlah kejadian baru di kawasan berkenaan. "Pada 1999, kita pernah membuat laporan polis apabila ada seseorang di Kundur membawa parang menghalang kita memacakkan bendera parti. Kita terpaksa melarikan diri bagi mengelakkan dicederakan."Walaupun ada yang mensabotaj, namun kita tetap bersyukur kerana penerimaan penduduk terhadap PR terus meningkat.Timbalan Ketua Cabang Rembau, Yusuf Tapar berkata, biasanya kegiatan menurunkan bendera PR itu dibuat semasa awal pagi oleh individu bermotorsikal. "Tindakan sebegini tidak seharusnya berlaku kerana Pas dan PKR merupakan organsasi berdaftar dan bukannya parti haram. "Kita tidak tahu apa yang mereka ingin lakukan dengan bendera kita. Cuma apa yang kita takutkan, mereka menyalah gunakan bendera kita sebagai usaha menjatuhkan imej parti," katanya. Sementara itu, Pengarah Pas Dun Chembong, Nazri Yusuf berkata, pihaknya sudah berjumpa Majlis Daerah Rembau (MDR), kira-kira dua bulan lalu untuk berbincang engenai tindakan jabatan itu menurunkan bendera parti. Bagaimanapun, katanya, MDR telah memulangkan semula bendera yang diturunkan tanpa sesekali mengambilnya. "Memang kita tahu jika sebelum PRU, tidak boleh sebarang bendera digantungkan."Dalam kejadian terbaru ini kita yakin MDR tidak terlibat, cuma pihak lain berkemungkinan takut dengan populariti PR yang semakin meningkat," katanya. ~sinarharian |
"Debat Esok Ruang Cari Kebenaran" - Fathul Bari Posted: 17 Jul 2012 08:00 PM PDT SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, debat antara beliau dengan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi esok adalah ruang bagi mencari kebenaran dan bukannya menentukan kemenangan.Debat Sinar Harian kali ketiga mengupas topik PRU13: Orang Muda Pilih Siapa.Menurutnya, orang muda pada masa kini lebih ingin mengetahui kebenaran apa yang berlaku, bukan untuk mencari perbalahan atau kemenangan dalam sesuatu isu. "Siapa juara dalam sesuatu isu bukan perkara utama, apa yang penting adalah penerangan agar semua pihak memahami perkara yang terjadi."Umno tidak mahu menjadi seperti Pas yang sering mengaitkan sesuatu isu dengan politik," katanya ketika dihubungi semalam.Fathul Bari berkata, apa yang dilakukan oleh Umno adalah mengenal pasti sesuatu isu dan mencari jalan penyelesaian, bukan hanya berdiam diri. Debat Sinar Harian kali ini akan berlangsung pada jam 5 petang di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini.Seperti dua debat sebelum ini, program kali ini juga atas jemputan, kata Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali."Oleh itu, kami berharap mereka yang menerima jemputan akan berada awal pada hari debat akan dilangsungkan," katanya lagi. Namun katanya, mereka yang tidak berkesempatan mengikutinya secara langsung boleh menonton rakaman menerusi saluran Astro Awani, Bernama Radio 24 dan mobtv mulai jam 9 malam pada hari debat.Debat berkenaan akan dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar. ~sinarharian |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan