shalehudin |
- BERGAMBAR: Lautan manusia di Kuala Selangor
- PUNCA Dr Asri bangkit menentang Umno...
- Lunyai pulak la artis nie kena TIBAI...
- JOM TENGOK reputasi Najib dimata dunia...
- WAJIB BACA: MAKAM Umi Hafilda disisi Umno
- USTAZAH POPULAR mana yang BODO neh...
- PELIK: Bekas Menteri boleh lupa bawak IC...
BERGAMBAR: Lautan manusia di Kuala Selangor Posted: 15 Jul 2012 11:00 AM PDT (Orang ramai memenuhi Stadium Kuala Selangor sempena Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat negeri Selangor) Lautan manusia penuhi Stadium Kuala Selangor KUALA SELANGOR: Lautan manusia memenuhi Stadium Kuala Selangor bagi menyertai Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat negeri Selangor. (Para pemimpin di pentas utama himpunan) Kalau di perhimpunan hijau di negeri lain hanya pemimpin PAS sahaja yang menyertainya, di Selangor, para pemimpin Pakatan Rakyat turut menyertainya. Selain Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, turut serta adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Teresa Kok, Exco kerajaan negeri Selangor dari DAP. Veteran Umno, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil yang turut menyertai himpunan ini pula berkata, "Saya bangga dapat kibarkan bendera yang mulia ini" sambil mengibarkan bendera PAS di atas pentas utama. Selain Mohamad Sabu, pemimpin PAS yang hadir adalah Dr Hatta Ramli, Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Dzulkefly Ahmad anggota Parlimen Kuala Selangor dan Khalid Samad, anggota Parlimen Shah Alam. (Dr Wan Azizah berucap sambil mengibarkan bendera PAS) Wan Azizah ketika berucap terus memberikan semangat reformasi untuk para hadirin yang di majlis yang penuh bersejarah untuk PAS Selangor ini. Himpunan bermula sejak petang dari apabila lebih 1,000 anak muda berkonvoi dengan menaiki motor dari seluruh Selangor menuju stadium ini. Mereka kemudiannya solat Asar berjamaah di stadium dan seterusnya solat Maghrib berjamaah di sini. (Stadium Kuala Selangor penuh dengan keceriaan semasa Himpunan Hijau) (Ikrar para pimpinan PAS) (Bekas pegawai kanan kerajaan sertai PAS) (Wakil Presiden Mesir turut memberikan ucapan) - Harakahdaily |
PUNCA Dr Asri bangkit menentang Umno... Posted: 15 Jul 2012 09:10 AM PDT Dua print screen dari tweeter Dr. Asri Zainal Abidin menceritakan segala-galanya. Bertitik tolak dari tweet Tun Faisal yang Addin siarkan pada posting sebelum ini (rujuk sini) mungkin menjadi punca kepada Dr. Asri keluarkan kenyataan terbuka dalam tweeternya untuk menentang Umno. Dengan kenyataan terbuka Dr. Asri ini membuatkan Umno makin menggeletar untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat yang semakin tak sabar untuk menumbangkan Umno BN pada PRU 13 yang semakin tiba. Dr. Asri, saya percaya semua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat akan menyokong kenyataan Dr. Asri ini. Umno patut diajar.. Mampuih la Umno kali neh... hehe... |
Lunyai pulak la artis nie kena TIBAI... Posted: 15 Jul 2012 08:50 AM PDT Lagi Artis Tampil Di Pentas PAS GB Noryn Aziz, selebriti & penyanyi R&B dan Jazz. Dari seorang Puteri Umno kini berada dipentas PAS. Semoga istiqamah dlm hijrah anda. Lepas nih ramai le puok Umno dok songgeh -fb Ust Saiful Bahari. Lunyai pulak la dia neh nanti kena hamput ngan blogger pecacai Umno... haha... |
JOM TENGOK reputasi Najib dimata dunia... Posted: 14 Jul 2012 10:54 PM PDT Najib silap besar sekiranya berpendapat dia telah berjaya meyakinkan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa rancangan pembaharuannya sebagai berjaya...
Asalkan Bukan Umno... |
WAJIB BACA: MAKAM Umi Hafilda disisi Umno Posted: 14 Jul 2012 08:46 PM PDT Wallawoiii....!!! Hebat betoi mangkok yang bernama Umi Hafilda neh disisi Umno... Undang-undang negara boleh terbalik kuang kerana dia. Bayangkan, dia boleh mengaku simpan video seks dan boleh bagitau pulak semua orang yang dia tahu sapa dalang membuat video seks, tapi dia tidak akan didakwa atau dijatuhkan hukuman - HALAL bagi Umno (Umi Hafilda mengaku menyimpan 18 video klip DSAI) Tapi AWAS!!! Kalau anda sebagai orang besa dan ditangkap oleh polis, dan dalam telefon anda ada video seks, anda akan didakwa!!! (seorang pemandu lori dihukum denda RM1,500 kerana didapati klip video lucah di dalam telefon bimbitnya) Wallawoii....!!! Inilah namanya keadilan didalam sistem 1Malaysia... Istimewa sangat ka mangkok tandas neh... hehe... |
USTAZAH POPULAR mana yang BODO neh... Posted: 14 Jul 2012 05:59 PM PDT Ini jawapan balas Ustaz Azhar Idrus untuk sorang Ustazah BODO yang didakwa sangat popular tuh... Masaalahnya, sapa Ustazah popular tue... Errr... Korang tau ke sapa? Hehe.... |
PELIK: Bekas Menteri boleh lupa bawak IC... Posted: 14 Jul 2012 12:00 PM PDT Dr Ling lupa bawa kad pengenalan ke mahkamah KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, yang diperintah membela diri dalam kes membabitkan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Mahkamah Tinggi di sini, terlupa membawa kad pengenalannya. Beliau yang juga saksi utama hanya menyedari ketiadaan dokumen itu ketika diminta menyerahkannya kepada jurubahasa mahkamah sebelum mengangkat ikrar untuk memberi keterangan. Pada mulanya, Dr Ling memberi isyarat kepada isterinya, Toh Puan Ena Ling, dan dua anak lelaki mereka, Hee Liong dan Hee Keat, bagi menanyakan perkara itu tetapi semua menyatakan tidak membawa dokumen tersebut. Dr Ling yang pernah berkhidmat selama 17 tahun bersama kerajaan, bagaimanapun dibenar memberi keterangan atas budi bicara Hakim Datuk Ahmadi Asnawi. Pada kebiasaannya, setiap saksi yang memberi keterangan perlu menyerahkan kad pengenalan masing-masing untuk merekod data peribadi seperti nama penuh dan alamat tetap. Sementara itu, pada prosiding hari ini, Dr Ling berkata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selalu membantu beliau dan bertanya kepada anggota Kabinet sama ada mereka mempunyai sebarang komen atau idea sebelum membuat sesuatu keputusan. Dr Ling berkata, beliau memaklumkan Dr Mahathir berhubung projek PKFZ bagi mendapatkan bantuan kewangan dan sokongan daripada kerajaan. "Saya beritahu Tun Dr Mahathir kerana jika beliau berminat, Kabinet juga akan berminat," katanya ketika menjawab soalan peguam Wong Kian Kheong. Beliau berkata, Tun Dr Mathathir juga dimaklumkan bahawa untuk melaksanakan projek itu, Kementerian Pengangkutan memerlukan tanah seluas 332 hektar (830 ekar) di Pulau Indah. Katanya, pada setiap masa yang material, tidak seorangpun pegawai di kementerian itu dimaklumkan bahawa memo bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) Kementerian Pengangkutan, Datuk Abdul Rahman Mohd Noor, bertarikh 18 Mei 1999 (berhubung perbincangan cadangan pembelian tanah di Pulau Indah) adalah salah dan harga bagi nilai tanah itu bukan RM25 sekaki persegi (skp). Dr Ling juga berkata, beliau tidak mengeluarkan sebarang memo kerana tugas itu dilakukan pegawainya. Terdahulu, beliau berkata idea untuk membangunkan projek itu timbul selepas melawat Zon Bebas Antarabangsa Jebel Ali di Dubai dan berpendapat ia mampu mempertingkat ekonomi negara. Dr Ling, 68, dibicarakan atas pertuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan pembelian tanah seluas 335.8 hektar milik Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) di Pulau Indah, Klang bagi projek PKFZ, membabitkan RM1.08 bilion. Beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Perbicaraan bersambung Isnin. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan