Ahad, 15 Julai 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Lautan manusia penuhi Stadium Kuala Selangor

Posted: 15 Jul 2012 09:06 AM PDT



(Orang ramai memenuhi Stadium Kuala Selangor sempena Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat negeri Selangor)

KUALA SELANGOR: Lautan manusia memenuhi Stadium Kuala Selangor bagi menyertai Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat negeri Selangor.

Kalau di perhimpunan hijau di negeri lain hanya pemimpin PAS sahaja yang menyertainya, di Selangor, para pemimpin Pakatan Rakyat turut menyertainya.

(Para pemimpin di pentas utama himpunan)

Selain Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, turut serta adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Teresa Kok, Exco kerajaan negeri Selangor dari DAP.

Veteran Umno, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil yang turut menyertai himpunan ini pula berkata, "Saya bangga dapat kibarkan bendera yang mulia ini" sambil mengibarkan bendera PAS di atas pentas utama.

Selain Mohamad Sabu, pemimpin PAS yang hadir adalah Dr Hatta Ramli, Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Dzulkefly Ahmad anggota Parlimen Kuala Selangor dan Khalid Samad, anggota Parlimen Shah Alam.

Wan Azizah ketika berucap terus memberikan semangat reformasi untuk para hadirin yang di majlis yang penuh bersejarah untuk PAS Selangor ini.

(Dr Wan Azizah berucap sambil mengibarkan bendera PAS)

Himpunan bermula sejak petang dari apabila lebih 1,000 anak muda  berkonvoi dengan menaiki motor dari seluruh Selangor menuju stadium ini.

Mereka kemudiannya solat Asar berjamaah di stadium dan seterusnya solat Maghrib berjamaah di sini. -Hrkh

(Stadium Kuala Selangor penuh dengan keceriaan semasa Himpunan Hijau)

(Ikrar para pimpinan PAS)
(Bekas pegawai kanan kerajaan sertai PAS)

[MELETUP LAGI] Seorang Lagi Selebriti Bersama PAS - Yatt Hamzah -updated

Posted: 15 Jul 2012 09:05 AM PDT



Seorang lagi selebriti telah ditemui di Himpunan Hijau Kuala Selangor hari ini. Beliau berada di celahan ribuan manusia yang membanjiri Stadium Kuala Selangor petang tadi.

Beliau ialah Yatt Hamzah yang satu ketika pernah kisahnya disiarkan di blog ini dimana kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat.

Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

Tahniah kepada Yatt Hamzah yang telah berhijrah dan ahlan wa sahlan ke dalam saf perjuangan Parti Islam SeMalaysia.


Himpunan Hijau Ke Putrajaya - Suasana di Stadium Kuala Selangor sebentar tadi ketika azan Maghrib berkumandang untuk sama-sama menunaikan solat fardhu Maghrib

Maha suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan segala pujian untukNya

Satu lagi sudut di Himpunan Hijau

Berpusu-pusu di dalam stadium

Yatt hamzah di pentas PAS bersama pimpinan Muslimat PAS Selangor

Himpunan Oren Selamatkan Felda 14 Julai 2012

Posted: 15 Jul 2012 09:04 AM PDT



KUALA LUMPUR (14.7.12): Demonstrasi aman Himpunan Oren Selamatkan Felda telah diadakan hari ini dengan bermulanya solat berjemaah Zohor dan Hajat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Selesai solat, orang ramai berarak ke Istana Negara dengan dipimpin oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu serta pimpinan-pimpinan yang lain. Beberapa NGO telah turut serta di dalam perhimpunan aman anjuran ANAK (Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan) ini.

Memorandum yang berisi 8 tuntutan akan diserahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung diakhir perhimpunan nanti.

8 tuntutan tersebut adalah 1) Pecat Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, 2) Batalkan pinjaman bank peneroka, 3) Batalkan cagaran tanah Felda Plantation, 4) Selesaikan tuntutan-tuntutan peneroka, 5) Hapuskan hutang-hutang peneroka, 6) Lindungi tanah-tanah peneroka, 7) Jamin kepentingan masa depan generasi ke 2 & 3, 8) Batalkan Felda Plantation dan buka Felda baru untuk generasi baru Felda.

Saya telah berkesempatan untuk bersama-sama di dalam perhimpunan aman hari ini. Berikut adalah gambar-gambar yang saya rakamkan di hari yang bersejarah ini. -sumber


Masjid Wilayah Jalan Duta

Selesai solat

Bergambar bersama Sdr Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK dan Dr Rosli Yaakop

Perarakan bermula

Dato' Seri Nizar Jamaludin dan keluarga menjadi tumpuan orang ramai

Ramai yang minta bergambar bersama DS Nizar

Barisan pimpinan 



Ucapan ringkas berupa taklimat kepada orang ramai disampaikan oleh Sdr Mazlan Aliman


Berarak menuju ke Istana Negara



Haji Mat Razalli serta anak bergambar dengan Ustaz Idris Ahmad


Pemimpin dibarisan hadapan

Ceria biarpun dibawah terik mentari


Pihak berkuasa polis membuat sekatan jalan menuju ke Istana Negara



Semua pimpinan menaiki belakang lori untuk memberikan ucapan kepada orang ramai

Tamrin Tun Ghafar Baba juga ada bersama

CheguBard juga tidak mahu ketinggalan

Orang ramai menunggu arahan seterusnya daripada pimpinan dan juga pihak penganjur Himpunan Oren

Apa yang dibisikkan Sohaimi Mior Hassan kepada DS Nizar tu?

Panas! Menteri Hal Ehwal Wanita Malaysia Nampak Puting?

Posted: 15 Jul 2012 08:59 AM PDT

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.66890.1342351365%21/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg
http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/376524_331031513648466_1202115533_n.jpg
Seksinya Menteri Pembangunan Keluarga & Wanita Malaysia ni. Gambar Seksi Najib Nampak Puting ni mungkin dirakam secara tidak sengaja oleh jurugambar yang turut dimuatkan dalam akhbar Sinar Harian hari ini.
Jangan marah tau, admin nak bergurau dengan PM
Jangan marah erk! - sumber

Terdesaknya UMNO! : Siti Nurhaliza dibayar RM50,000 untuk hiburkan guru

Posted: 15 Jul 2012 08:57 AM PDT

[HD] KOTA BHARU: Belum pun berjaya menawan Kelantan, Umno kini mempamerkan sikap sebenar, menghidupkan kembali program hiburan dengan mengundang artis wanita membuat persembahan di tempat terbuka.
Tanpa mengendahkan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Ketua Umno Kota Bharu, Dato' Mohd Fatmi Che Salleh menjemput artis tersohor, Siti Nurhaliza.
Program yang dikenali sebagai Jamuan Perdana Hari Guru Parlimen Kota Bharu 2012 diadakan di padang Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab malam kelmarin.
Menurut sumber pada program berkenaan penyanyi terbabit mendendangkan lima lagu di khalayak ramai terutamanya guru-guru yang diarah hadir.
"Ketika anggota penguatkuasa dan pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) datang program terbabit hampir berakhir. Namun program itu dikawal ketat dengan pengawal keselamatan yang diupah.
"Malah ada dalam kalangan mereka dilihat membawa senjata, kemungkinan bagi mengelakkan program berkenaan diserbu kerana tiada permit," kata satu sumber di sini.
Difahamkan guru-guru yang mengajar di kawasan parlimen Kota Bharu diarah hadir dengan memberi nama lebih awal kepada pengetua atau guru besar.
Beberapa guru yang ditemui memberitahu mereka diarah pengetua menulis nama sama ada hendak hadir atau tidak pada program berkenaan.
"Ramai guru menjadi serba salah kerana dipaksa hadir. Ada guru besar sebut kalau tulis tidak mahu hadir mereka dilabel sebagai penyokong PAS," kata mereka.
Sementara itu jurucakap MPKB BRI memberitahu program berkenaan memang tidak mempunyai permit kerana tidak ada permohonan yang diajukan.
Bagaimanapun kata beliau kalau ada permohonan sekali pun program persembahan artis wanita yang melebihi usia 12 tahun tidak dibenarkan.
"Jelas berlaku perlanggaran Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998," katanya di sini.
Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Abdullah Abdul Razak berkata, Umno sudah mempamerkan sikap sebenar menghidupkan kembali program hiburan sebelum menang dalam pilihan raya.
Katanya, kalau Umno memerintah Kelantan, hampir pasti program maksiat dan segala bentuk perlanggaran hukum agama yang dimansuhkan kerajaan PAS dihidupkan kembali.
"Umno tidak mampu menafikan lagi perkara itu kerana tindak tanduk mereka sekarang jelas menuju ke arah landasan tersebut," katanya.
Sumber lain memberitahu Umno Kota Bharu menghabiskan kira-kira RM50,000 bagi membayar artis terbabit datang membuat persembahan.
Kata beliau ada guru besar menyebut Ketua Umno Kota Bharu mahu mendedahkan guru-guru kepada program motivasi bentuk baru. -sumber

Saya bergiat dalam politik sudah lama – Adam

Posted: 15 Jul 2012 08:51 AM PDT




KUALA LUMPUR: PAS terus menjadi wadah pilihan utama artis berhijrah apabila pelakon dan pengarah muda berbakat besar Adam Hamid menyertai PAS sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Wilayah Persekutuan malam tadi.
Penerbit filem 'Cinta Terakhir' itu pernah berlakon di dalam lebih 30 buah drama antaranya Kipas Angin, Anak Teruna, Kalau Itu Takdirnya dan Rahsia Demi Rahsia. Juga membintangi filem-filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam 1, Aku No 1 dan Bujang Senang.

Malam tadi pemuda kacukan Kelantan-Pakistan itu meneruskan fenomena artis tanah air berhijrah ke dalam PAS. Borang keahliannya diserahkan kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Yang menariknya beliau yang menjadi ahli PAS seumur hidup memberitahu media, berazam untuk mengubah dunia seni tanah air ke arah yang lebih baik dan berpaksikan kepada syariat.

Menurutnya, dunia seni kini semakin lalai dan ramai penggiat seni tidak menghiraukan perintah-Nya ketika berkecimpung dalam dunia seni.

"Ramai yang leka dengan perintah-Nya dan melakukan yang terlarang. Jadi saya berasa terpanggil untuk mengajak mereka ke arah yang lebih baik dan berkongsi ilmu yang saya ada walaupun sedikit," ujarnya seperti yang dilaporkan media.

Berkenaan peluang dan kerjayanya selepas menyertai PAS, beliau berkata tidak gentar jika disenaraihitamkan kerana hanya menyerahkan segalanya kepada takdir namun usaha dalam bidang lakonan tetap akan diteruskan kerana ia sudah sebati dalam jiwa.

Sementara itu Adam yang memulakan kariernya sebagai pelakon di dalam drama sitkom Sayang Di Sayang, di bawah Serangkai Filem pada usia 18 tahun, berkata beliau telah menjadi penyokong Pakatan Rakyat sejak lama.

"Saya tidak pernah terikut-ikut dengan langkah artis lain menyertai politik. Saya mula bergiat aktif dalam arena politik sudah lama tetapi baru kali ini saya menyerahkan borang keahlian secara rasmi dan saya merupakan pengikut setia Pakatan Rakyat," tegasnya.

Ketabahan dan keazaman yang kuat membuat Adam mengharungi apa juga badai yang mendatang di dalam perjalanan seninya. Adam yang juga bekas handyman ini menguasai kebanyakan bidang seni lakon termasuk pernah menjadi pengurus produksi, penulis skrip dan akhirnya menjadi pengarah.

Kini beliau sudah mengarahkan lebih daripada 50 buah drama televisyen. Telemovie pertama arahannya ialah Cinta Penyair utk slot RTM pada tahun 2001. -Hrkh

Tiada ulasan: