shalehudin |
- SOKLAN terbaek bagi Umno jawab... kahkahkah...
- WAJIB BACA: Jom pakat2 dalamkan lagi kubur Umno...
- Nik Aziz mengaku luluskan 44 lesen arak?
- HOT: MISTERI penahanan Uncleseekers. JOM baca...
- NI LA SEBABNYA Umno rekrut Indon jadi pengundi
- LAWAK gila di BOLEH LAND...
- WOW!! Muhyiddin sahut cabaran Anwar berdebat?
- RAFIZI kata Anwar hanya 'test market', BETOI ka?
- SERIUS: Bangsa Umno wajib baca neh sampai faham...
SOKLAN terbaek bagi Umno jawab... kahkahkah... Posted: 10 Jul 2012 09:54 AM PDT Masih Ada Harga Lagikah Dubur Saiful Kepada UMNO? Kes liwat Anwar: AG fail notis rayuan KUALA LUMPUR - Pejabat Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Seorang timbalan pendakwa raya kanan yang dihubungi Bernama hari ini mengesahkan bahawa rayuan itu difailkan tengah hari semalam. Bagaimanapun, difahamkan bahawa mahkamah berkenaan tidak menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan itu. Isnin lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyerahkan rekod rayuan, termasuk penghakiman bertulis setebal 80 muka surat untuk memudahkan pihak pendakwaaan memfailkan rayuan. Dalam penghakiman bertulis beliau, hakim perbicaraan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa mahkamah itu tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu (Mohd Saiful Bukhari). Katanya sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis. Oleh yang demikian, kata Mohamad Zabidin, adalah tidak selamat bagi mahkamah bergantung pada keputusan ujian DNA yang dilakukan oleh ahli kimia Dr Seah Lee Hong terhadap sampel berkenaan. Pada 20 Jan, Pejabat Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat. Notis berkenaan, yang ditandatangani Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun, difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur. Pada 9 Jan, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Anwar, 65, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan.- Bernama Kes Fitnah II: Rayuan Peguam Negara bermotif politik – Peguam KUALA LUMPUR 10 Julai: Rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan Fitnah II adalah bermotif politik. Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata, ia dibuktikan apabila penghakiman bertulis kes itu hanya dikeluarkan awal bulan ini walaupun keputusan dibuat pada 9 Januari lalu. Katanya, kelewatan itu juga jelas menunjukkan badan kehakiman telah diperalat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Ini satu lagi taktik politik terdesak pentadbiran Najib untuk mengekang pergerakan Anwar menjelang pilihan raya umum akan datang dengan harapan Pakatan Rakyat tidak menang," katanya kepada Keadilan Daily. Sivarasa yang juga peguam berkata, Najib patut berdebat dengan Anwar bagi membuktikan keberanian beliau, bukannya bermain politik kotor seperti ini. "Najib sepatutnya berdebat dengan Anwar berhubung ekonomi negara kerana ia bentuk politik baru yang sihat dan adil bukannya menekan institusi kehakiman untuk membunuh kerjaya politik beliau," kata Ahli Parlimen Subang itu lagi. Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Kamaluddin Md Said dilapor mengesahkan petisyen rayuan difail semalam, namun enggan mendedahkan alasan rayuan itu. "Kami akan berhati-hati dengan tindakan pentadbiran Najib ini kerana selain ia bermotif politik, ia juga bertujuan untuk memerangkap Anwar dan buat masa ini, kita menanti apa tindakan susulan Jabatan Peguam Negara. "Selepas itu, barulah kita akan membuat kenyataan mengenainya," kata Sivarasa lagi. Dalam penghakiman bertulis setebal 80 muka surat pada 2 Julai lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Ini kerana katanya, sampel itu boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis dan oleh itu beliau membebas dan melepaskan Anwar dari tuduhan Fitnah kali kedua itu pada 9 Januari lalu. Sebelum ini, Fitnah 1 bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad memenjarakan Anwar sebelum Ketua Pembangkang itu dibebaskan dari semua tuduhan pada 2004. -KD Ulasan GB Juak-juak UMNO amat mengharapkan Anwar dipenjarakan. Tetapi amat jelas dari keputusan mahkamah bahawa "mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu (Mohd Saiful Bukhari)". GB telah ulas sebelum ini. Petikan: Mengimbau kembali perbicaraan, Pakar forensik dan patalogis Australia, Dr David Wells menyifatkan integriti spesimen yang diambil daripada pengadu Saiful Bukhari Azlan dalam kes fitnah liwat II ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat kritikal. Kita juga telah didedahkan maklumat bahawa seorang pegawai polis, Pegawai penyiasat (IO) DSP Jude Blacious Periera mengakui bahawa beliau memotong bahagian luar plastik spesimen DNA untuk tujuan penandaan. Malah Jude turut memberitahu bahawa beliau menyimpan spesimen tersebut di dalam almari tidak berhawa dingin lebih daripada 40 jam. Pasukan peguambela pada hari ini berjaya menimbulkan kesangsian tentang cara pengendalian sampel DNA yang diambil oleh doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke atas Saiful. Katanya Jude sendiri telah melanggar prosedur analisis kimia dengan memotong bekas plastik yang mengandungi sampel DNA pengadu. Dalam pada itu Sankara yang ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata, "Pakar mengatakan IO telah potong beg. Ini memberi peluang kepada kontaminasi dan perkara ini memang berlaku. Kononnya untuk buat penandaan baru dan pakar cakap prosedur ini tidak betul. Itu menujukkan kejayaan pihak pembela hari ini". Sekarang apabila bahan bukti utama telah tercemar dan ditolak, apa lagi yang hendak dirayukan? Apa evidences lain yang hendak dikemukakan? Dubur Saifulkah? Itupun disyaki telah dicemari. Tiada ruang untuk pendakwa raya hendak persoalkan dan menekan mahkamah supaya bahan bukti itu diterima semula kecuali ada permainan lain direncanakan untuk menafikan keputusan hakim tersebut. |
WAJIB BACA: Jom pakat2 dalamkan lagi kubur Umno... Posted: 10 Jul 2012 08:10 AM PDT Boleh percaya dengan gambaq super imposed camni... Depa terlupa rakyat dah cerdik banyak sekarang nie... Hanya yang bodo2 saja masih ternganga dalam Umno... Lagi banyak gambaq fitnah camni yang depa buat... Lagi bertambah dalamlah kubur Umno yang depa sendiri korek... So, aku nak tolong promote gambaq ni... Biaq rakyat sendiri menilai... Betapa dangkal dan kotornya permainan politik Umno... Biaq rakyat yang tentukan... Laut mana yang mereka akan humbankan Umno nanti.... ABU... ASAL BUKAN UMNO.... - FB |
Nik Aziz mengaku luluskan 44 lesen arak? Posted: 10 Jul 2012 04:34 AM PDT Gamaknya depa baca tajuk je kot. Tak baca isi penulisan. Meh sini aku perincikan untuk korang2 yang PEMALAS nak MAMPOS. 1. TGNA mengaku bahawa arak masih dijual dikelantan. 2. 44 lesen arak untuk premis menjual arak memang wujud pun. 3. Lesen2 tersebut diluluskan oleh kerajaan negeri terdahulu iaitu BN. 4. Kelantan cuma mengizinkan lesen tersebut diperbaharui jek. 5. Walaupun begitu, kerajaan negeri sentiasa prihatin dengan keperluan non-muslim yang boleh meminum arak.. jadi kerajaan negeri tak nampak apa keperluan menyekat mereka daripada menikmati sesuatu yang mereka boleh nikmati. Hak orang bukan islam oke. 6. Namun dalam masa yang sama juga, terdapat beberapa peraturan dan larangan kepada peniaga2 tersebut agar mereka tidak menjual kepada orang2 muslim kelantan. Jika mereka disobey maka mereka akan dikenakan tindakan. |
HOT: MISTERI penahanan Uncleseekers. JOM baca... Posted: 10 Jul 2012 02:54 AM PDT Penahanan Uncleseekers: Komuniti online timbulkan beberapa persoalan misteri Komuniti online, termasuk blogger tempatan, menimbulkan beberapa persoalan misteri mengenai penahanan oleh polis terhadap blogger uncleseekers.blogspot.com. Semua persoalan berkenaan menyentuh secara langsung soal ketelusan undang-undang di negara ini dalam konteks menangani isu rakyat dan mereka yang berkuasa. Blog itu dipercayai dikendalikan Syed Abdullah Hussein Al-Attas, anak kepada penulis buku politik popular, Syed Hussein Alattas. Blogger itu ditahan polis pada 5 Julai 2012 dipercayai ada kaitan dengan entri di blognya yang menyentuh kerabat diraja Johor. Tinjauan inimajalah.com.my di Internet mendapati, antara persoalan yang dilontarkan ramai komuniti online sama ada menerusi blog, forum atau laman sosial, termasuk Facebook dan Twitter ialah: 1. Apa jadi dengan semua dakwaan yang disenaraikan blogger uncleseeker.blogspot.com? Ini kerana blogger itu kini ditahan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan komuniti online beranggapan ia akan menyebabkan ada kemungkinan semua dakwaan terbabit 'terpadam' begitu sahaja. 2. Apakah polis akan membuat siasatan dan tuduhan di mahkamah berhubung semua dakwaan di dalam semua entri berkaitan di uncleseeker.blogspot.com? Ini kerana, komuniti online beranggapan, jika siasatan dan dakwaan dibuat membabitkan secara langsung semua dakwaan sebagaimana di dalam entri berkaitan di blog itu, sudah tentu lebih banyak 'fakta' (jika benar wujud) akan terbongkar. 3. Mengapa tiba-tiba blogger uncleseekers.blogspot.com dikaitkan dengan kesalahan mengambil dadah jenis morfin? Mengapa media perdana lebih berminat menguar-uarkan perkara ini berbanding pelbagai dakwaan blogger itu sebagaimana di dalam blognya? Ini kerana, sesetengah komuniti online beranggapan, ia mungkin bertujuan memburukkan imej blogger itu. 4. Mengapa pihak yang dituduh tidak tampil membuat penjelasan atau membela diri? Ini kerana, berbanding kes nota Twitter oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung bidaan plat kenderaan WWW1, baru-baru ini, komuniti online menilai pihak yang kena tuduh oleh blogger uncleseeker.blogspot.com gagal membuat penjelasan atau membela diri. 5. Mengapa seorang wanita lain, dilaporkan sebagai teman wanita bloggger terbabit, turut ditahan polis? Adakah menjadi amalan polis menahan sesiapa sahaja yang ada bersama ketika seseorang yang disyaki, ditahan? Ini kerana, rata-rata komuniti online tidak jelas apakah tuduhan atau kesalahan yang mahu dikaitkan dengan wanita berkenaan. Sebahagian persoalan misteri yang dilontar komuniti online itu dapat dibaca di sini dan di forum ini, manakala sebahagian lain boleh ditemui di pelbagai pos dan komen di Facebook serta Twitter. Tidak semestinya semua dakwaan blogger uncleseekers.blogspot.com adalah benar dan tepat. Namun, rakyat sedang memerhati dengan amat rapat dan penuh minat untuk menilai satu lagi 'episod berantakan rakyat dan penguasa'! Rakyat mungkin akan memberikan markah berdasarkan pemerhatian itu pada pilihanraya umum ke-13 (PRU13) kelak. – inimajalah.com.my |
NI LA SEBABNYA Umno rekrut Indon jadi pengundi Posted: 10 Jul 2012 12:19 AM PDT Muhyiddin: Pengaruh Anwar di Indonesia tidak sehebat gambaran NUSA DUA (Bali): Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya pemimpin kerajaan dan parti politik di Indonesia tidak akan mudah terpengaruh dengan dakyah oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pengaruh beliau di republik itu tidak sehebat gambaran yang diberikannya. Beliau berkata tokoh pemimpin di Indonesia kini semakin memahami iklim politik Malaysia dan memilih untuk mengakui hubungan bilateral yang baik, yang sudah terjalin sejak sekian lama antara Malaysia dan Indonesia. "Bagi saya tidaklah sebegitu rupa sebagaimana yang digambarkan oleh beliau (Anwar) seolah-olah dia (Anwar) di Indonesia cukup berpengaruh. "Saya tidak melihat begitu. Dalam media-media tempatan, dia tidak mengambil ruang yang besar seolah-olah apa yang Anwar lakukan cukup hebat," katanya kepada wartawan Malaysia di sini Sabtu. Muhyiddin berada di sini dalam rangka lawatan enam hari ke Indonesia untuk meningkatkan lagi kerjasama dan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia selain berbincang mengenai isu yang sering mengganggu hubungan di peringkat rakyat di kedua-dua negara. Akui Anwar ada kenalan di Indonesia Di awal lawatan pada 3 Julai, Muhyiddin bertemu dan berbincang dengan Naib Presiden Indonesia Boediono serta pemimpin tiga parti politik terbesar di Indonesia semasa di Jakarta. Para pemimpin parti politik itu ialah Ketua Umum parti Golkar Aburizal Bakrie, Ketua Umum parti Demokrat Annas Urbaningrum dan Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (DPI-P) Megawati Sukarnoputeri. Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, mengetuai delegasi pemimpin Umno dalam pertemuan dengan ketiga-tiga parti politik Indonesia itu. "Saya percaya pemimpin-pemimpin Indonesia dan parti-parti politik lebih memahami keadaan sebenar. Lebih-lebih lagi kita ada hubungan akrab antara kerajaan dan kerajaan," katanya. Muhyiddin bagaimanapun tidak menolak kenyataan bahawa Anwar mempunyai kenalannya di Indonesia. -Bernama |
Posted: 09 Jul 2012 09:00 PM PDT Reman keatas uncleseekers di tambah lagi 3 hari Katakanlah ada sebuah rumah telah dimasuki pencuri... dah lah rumah kena pecah masuk... pencuri tu pulak merogol anak dara yang ada di dalam rumah tersebut.. Bila pencuri tu melarikan diri selepas mencuri dan merogol... jiran sebelah ternampak kelibat pencuri tu dan nampaklah dia bentuk susuk tubuhnya..jenis kereta yang dinaiki...nombor plet kereta...dan sebagainya maklumat yang berguna yang memungkinkan pencuri tadi ditangkap.. TETAPI... bila si jiran tadi beritahu polis yang beliau nampak perompak tu melarikan diri beserta dengan semua maklumat tadi... pegawai polis tu tahan dia pulak....gari dia dan bawa ke balai...masuk paper dan sebagainya.... Lalu,dia pun kena tahan reman ...semata-mata polis nak tahu macam mana dia boleh nampak semua kejadian tu...sebab polis nak dakwa dia kerana mengintai jiran sebelah... Pencuri yang pecah rumahtadi...? = tak disiasat! rumah yang kena pecah tadi..? = tak disiasat! anak dara yang kena rogoltadi..? = sama jugak,tak disiasat... Tapi yang kena tahan, yang kena siasat adalah si jiran tadi... Tak ke bangang namanya tu..? P/S : Hanya di bolehland....tak de kena mengena dengan sesiapa pun... |
WOW!! Muhyiddin sahut cabaran Anwar berdebat? Posted: 09 Jul 2012 06:08 PM PDT WOW!!! Betoi ka neh... Kalau betoi Muhyiddin dah sahut cabaran Anwar untuk berdebat... Najib tak payah jadi PIEM la kalau camtu... Kahkahkah... |
RAFIZI kata Anwar hanya 'test market', BETOI ka? Posted: 09 Jul 2012 04:16 PM PDT Anwar hanya 'test market', kata Rafizi Mohd Rafizi Ramli (sebelah) (kanan) ketika menghadiri Konvensyen PKR PRU13 di Bayan Baru, Pulau Pinang hari ini. BAYAN BARU - Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mahu "test market" apabila mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan berundur dari politik jika perikatan itu gagal menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, kenyataan itu hanyalah satu cubaan Anwar untuk melihat bagaimana persepsi masyarakat, terutama penyokong PR sekiranya berundur daripada memimpin perikatan tersebut. Beliau berkata, jika Anwar mengundurkan diri, bagaimana PR akan menang dan menawan Putrajaya jika tidak berjaya dalam cubaan kali ini. "Kelemahan PR ialah rakyat tidak kurang percaya kepada PKR dan kepimpinan Anwar. "Anwar digambarkan pihak tertentu sebagai gila kuasa dan sanggup buat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri," katanya ketika berucap pada Konvensyen PKR PRU13 di Sunshine Square di sini, hari ini. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat kejutan minggu lalu apabila mengumumkan akan mengundurkan diri jika gagal membawa PR menduduki Putraja dalam PRU13. Serentak dengan itu, beliau mahu pakatan itu mencari pemimpin baru untuk meneruskan perjuangan dalam arena politik tanah air. Pengumuman beliau mengejutkan ramai pihak dan beberapa pimpinan PR kerana masih memerlukan kepimpinannya untuk terus menerajui komponen parti itu. Kenyataan itu diulangi Anwar pada satu ceramah di Rawang dan Selayang kelmarin dengan alasan adalah cubaan terakhirnya dalam perjuangan politik. |
SERIUS: Bangsa Umno wajib baca neh sampai faham... Posted: 09 Jul 2012 09:46 AM PDT Rebat air lebih besar dari BR1M SHAH ALAM: Rebat air yang diberikan kerajaan negeri Selangor kepada rakyat di negeri itu jauh lebih besar nilainya berbanding pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Biarpun nilai RM11.20 sebulan itu dilihat kecil, namun apabila dikira untuk tempoh setahun sepanjang Pakatan Rakyat memerintah Selangor menjadikan jumlahnya hampir RM540. "Ini bermakna, rebat yang kita berikan kepada rakyat Selangor lebih RM40 dari yang kerajaan pusat beri. Sebulan RM11.20 didarabkan kepada 12 bulan dan darab lagi dengan empat tahun pemerintahan Pakatan Rakyat. "Sedangkan, BN yang telah memerintah negara sejak 52 tahun lalu hanya boleh memberikan RM500 untuk setahun. Mana lebih baik?" soal Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei ketika sidang Dun Selangor, petang tadi. Beliau berkata demikian ketika membidas Adun Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun, yang dilihat membandingkan usaha kerajaan negeri itu dengan pemberian BR1M yang lebih besar jumlahnya. Kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk memberi rebat bagi penggunaan 20 meter padu yang pertama kepada seluruh pengguna di negeri itu selepas mengambilalih pentadbiran Selangor pada Mac 2008. - Harakahdaily |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan