Selasa, 10 Julai 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Runtuh lagi Ganu kite ni... guane nih?

Posted: 10 Jul 2012 09:09 AM PDT


Dengan berlakunya runtuhan papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang ini maka bertambahlah koleksi runtuhan di Terengganu..

Runtuhan ini dilaporkan telah berlaku pada 9hb Julai.. kalau orang Terengganu tak boleh nak fikir lagi kenapa sering berlaku runtuhan demi runtuhan di Terengganu ni... entahlah..


Tapi Ahmad Said  MB Terengganu kata banyak insiden binaan runtuh berlaku di negeri ini adalah akibat pemaju mengabaikan integriti mereka demi mengejar keuntungan singkat.

Integriti korok mung Mat Said.. Kalau projek RM100,000  yang diluluskan Kerajaan tapi dapat kat Kontraktor yang buat projek tu cuma RM20,000 nak jaga integriti apa ke bendanya..

Macam mana tak runtuh projek nak kena bagi siap, budget dah tinggal sikit pasal filter berlapis-lapis.. ya lah dari yang tandatangani 'Letter of Intend' (LOI) sampai ke yang jaga stor semua mahu komisyen.. macam itulah jadinya..

Masa design structure guna mild steel angle 1/4" tebalnya.. structure analysist pun berdasarkan mild steel angle 1/4".. tapi pasal budget dah tinggal ciput.. material pun kena tukar.. dari 1/4" jadi 1/8"..

Depa kata.. bukan rasuah tapi komisyen.. Najib yang ajar..

Baca apa Mat Said kata ni...

MB: Kontraktor, pemaju perlu jaga intergriti bila laksana projek

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini mengingatkan kontraktor dan pemaju projek agar sentiasa menjaga nilai integriti, profesionalisme dan kepentingan awam bila melaksanakan projek yang diberikan.

Menurut beliau, banyak insiden binaan runtuh berlaku di negeri ini adalah akibat pemaju mengabaikan integriti mereka demi mengejar keuntungan singkat.

Menurut beliau, lebih malang lagi insiden itu membabitkan prasarana awam seperti sekolah, jambatan, kemudahan sukan dan sebagainya, malah ada kes-kes yang membahayakan nyawa.

"Insiden-insiden ini mendedahkan kepada kita bahawa ada segelintir di kalangan pengusaha bidang ini yang mengabaikan nilai integriti, profesionalisme dan kepentingan awam," katanya pada Seminar Transformasi Pembinaan dan Pembekalan dan Summit 2012 selama empat hari di sini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Datuk Za'abar Mohd Adib.

Ahmad berkata pemain-pemain sektor pembinaan dan pembekalan yang mampu bertahan lama dalam bidang mereka adalah kerana mereka memberikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti.

Sementara itu, Ahmad mencadangkan agar kontraktor dan pemaju melebarkan  aktiviti perusahaan mereka ke luar sempadan negara.

Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Datuk Moehamad Izat Emir berkata seminar itu untuk melahirkan lebih ramai pengusaha dan pemain-pemain Bumiputera dalam sektor pembinaan yang berkemahiran.

Beliau berkata transformasi adalah penting bagi memastikan usahawan Bumiputera dapat kekal kompeten dan berdaya saing dalam era ekonomi yang mencabar. - Bernama

Video Ummi Hafilda larikan duit RM2,500 tersebar.. saksikan!!

Posted: 10 Jul 2012 06:26 AM PDT


Sebelum ini dalam ceramah, beliau mendakwa berjuang mendedahkan salah laku Anwar Ibrahim demi bangsa dan negara ternyata karut semata-mata.

Meskipun tidak ramai orang menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Ummi Hafilda ini, beliau dikatakan menerima bayaran yang lumayan iaitu sekitar RM2,500 setiap kali berceramah.

Hal itu terbongkar apabila Ummi Hafilda telah dibayar sebanyak RM2,500 untuk menyampaikan ceramah menghentam Anwar Ibrahim, namun beliau tidak hadir memberikan ceramah.

Difahamkan Ummi Hafilda tidak mahu memberikan ceramah kerana pihak penganjur tidak menyediakan banner promosi dengan gambar beliau.

Maka beliau risau tidak ada orang akan menghadiri ceramahnya.

Justeru itu pihak yang terlibat menganjurkan ceramah itu telah menghubungi Ummi Hafilda untuk meminta balik duit yang telah diberikan.

Menariknya kejadian itu dirakamkan oleh mereka, maka tersebarlah tembelang Ummi Hafilda.


Semua yang tertulis kat atas tu.. aku copy dari MiLo SuaM

Scandal LRT: Kenapa Najib anugerah kepada George Kent yang tawarkan harga RM167 Juta lebih tinggi?

Posted: 10 Jul 2012 01:49 AM PDT


Meskipun  Konsortium George Kent Bhd yang telah gagal penilaian teknikal dan kewangan telah membida pada harga jauh lebih mahal dari dari Balfour Beatty, Najib tetap menganugerahkan projek LRT ini kepadanya...

Konsortium George Kent Bhd. menawarkan kos RM1.18 bilion sementara Balfour Beatty pula RM1.01 bilion perbezaannya ialah RM167 juta.

Selain lebih rendah harga yang ditawarnya Balfour Beatty punya pengalaman dalam bidang ini tetapi Konsortium George Kent Bhd tidak punya pengalaman dalam bidang ini..

Tidak berpengalaman dan harganya juga lebih RM167 Juta.. tapi kenapa Najib anugerahkannya kepada Konsortium George Kent Bhd juga???

Projek LRT Ampang: Dokumen sahkan Najib serah tender pada kroni

PETALING JAYA 10 Julai: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, satu dokumen membuktikan Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) yang dipengerusi Perdana Menteri telah menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada Konsortium George Kent Bhd.
 
Dokumen tersebut adalah keputusan mesyuarat kelima JPMK pada 21 Jun lalu dan Datuk Seri Najib Razak mempengerusikannya kerana beliau adalah Menteri Kewangan. JPMK pula adalah jawatankuasa tertinggi yang menentukan anugerah projek-projek besar kerajaan.
 
Dalam sidang medianya, Rafizi berkata, George Kent menawarkan kos lebih tinggi berbanding syarikat lain yang benar-benar berpengalaman untuk menjalankan kerja-kerja tambahan bagi projek LRT laluan Ampang.
 
Menurut beliau, syarikat menawarkan kos RM1.18 bilion sementara Balfour Beatty pula RM1.01 bilion.
 
"Dalam senarai syarikat pembida, Balfour Beatty menduduki senarai teratas. Syarikat ini menawarkan harga kompetetif selain benar-benar berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan LRT.
 
"Tetapi syarikat ini telah dinafikan kerana Datuk Seri Najib Razak mahu memberikan projek kepada syarikat rakan baiknya," katanya di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
 
Jelas Rafizi, Najib dalam jawatankuasa perolehan itu memutuskan untuk melantik George Kent sebagai kontraktor dan membatalkan keputusan awal jawatankuasa itu yang melantik Balfour Beatty pada 26 Januari lalu.
 
Keputusan itu kemudiannya dimaklumkan kepada Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar melalui surat bertarikh 25 Jun 2012.

"Pendedahan keputusan JPMK mengesahkan dakwaan KEADILAN bahawa Datuk Seri Najib campur tangan dalam proses penilaian dan penganugerahan tender ini," katanya.

Beliau juga mempertikai prosedur yang digunakan dalam Pekeliling Perbendaharaan hingga membolehkan Perdana Menteri memberikan projek kepada pembida yang menawarkan harga lebih tinggi berbanding syarikat lain.

Malah lebihan RM167 juta ada kaitan dengan pembayaran komisen kepada syarikat kroni Umno BN turut dipersoal Rafizi.

"Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan Perdana Menteri menganugerahkan projek pada harga yang lebih tinggi iaitu lebih mahal sebanyak RM167 juta kepada pembida yang gagal penilaian teknikal dan kewangan?" soal Rafizi lagi - Keadilandaily

Memandangkan dokumen tersebut dilabel sebagai sulit.. sila lihatnya di ( Rafizi Ramli )

Amuk di Putrajaya : Blogger Pro UMNO tuduh ianya perancangan PAS.

Posted: 09 Jul 2012 08:56 PM PDT


Nampak tak apa yang tertulis pada gambar yang aku copy dari sebuah blog pro UMNO di atas tu.. satu tuduhan yang sememangnya berniat jahat..

Apa yang ditulis ialah 'Selepas gagal plan A & B & C untuk menakluki Putrajaya pada BERSIH, Himpunan Hijau & menggunakan artis.. PAS hantar Ppecial Branch Samurai untuk menggulingkan kerajaan… mereka menggunakan plan D pada masa kini.. selepas ini mereka akan menggunakan plan E sehingga Z untuk mendapatkan Putrajaya..

Siasatan Polis masih belum berakhir tapi tuduhan telah dilemparkan terhadap PAS...

Ini Blog yang menyiarkannya..


Ini antara komen yang terdapat dalam Blog seperti nama di atas...


Pemimpin-pemimpin PAS.. nak baca saja ke??

Ceramah Anwar Dingin?.. Utusan Kantoi lagi..

Posted: 09 Jul 2012 05:00 PM PDT


Dengan menggunakan modus operandi sebagaimana sering digunakan oleh pencacai-pencacai UMNO, iaitu menyiarkan gambar ketika majlis baru hendak bermula Utusan menyiarkan gambar di atas.


Tujuannya ialah untuk memberikan gambaran negatif kepada pembacanya kononnya ceramah atau majlis Anwar tidak lagi mendapat sambutan..

Antara contoh modus operandi pencacai UMNO yang sama dengan laporan Utusan ni sila lihat di ( SINI ) dan juga di ( SINI )

Antara yang dilaporkan Lidah Rasmi UMNO itu ialah..

Kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konvensyen Pilihan Raya Umum anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri tidak mampu menarik kehadiran ramai ahli parti itu apabila ia berlangsung dalam suasana hambar.

Majlis yang diadakan di Dewan Konvensyen Sunshine di Bayan Baru, yang dikatakan kubu kuat parti itu hanya dihadiri kira-kira 200 orang sahaja walaupun beberapa pemimpin utama PKR seperti Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman; Ketua Wanita, Zuraidah Kamarudin dan Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli turut hadir.

Banyak kerusi di dewan yang boleh memuatkan kira-kira 1,000 orang itu kelihatan kosong manakala penyokong yang hadir pula sebahagian besarnya terdiri daripada orang Melayu.

Pada masa sama, Anwar juga kelihatan kurang bersemangat ketika berceramah apabila tidak mendapat tepukan gemuruh malah laungan 'Reformasi' yang sinonim dengan parti itu juga kedengaran sangat perlahan -Lidah Rasmi UMNO

Berikutan dengan laporan Utusan itu pencacai UMNO mula menyambung pembohongan Utusan..

Ada yang mempersoalkan adakah Anwar semakin gagal meraih simpati dan sokongan rakyat..

Ada yang menulis.. konvensyen itu gagal sama sekali ,apabila Anwar mendakwa telah disabotaj oleh Konvesyen Media Sosial 1 Malaysia yang berlangsung di Sunway Carnival Seberang Jaya.Mana tidak nyer konvensyen Anwar hanya dihadiri oleh 200 orang. Walau pun Anwar menawarkan pelbagai pakej janji bulan dan bintang namun masih tidak mampu menarik ahli parti sendiri untuk hadir.

Ada pula yang menulis.. Ni semua tanda-tanda kejatuhan Pakatan di Penang...

Sebelum aku jelaskan keadaan sebenar ini pesanan aku buat pencacai UMNO dari tiga Blog yang menulis di atas tu... kalau tak tahu cerita jangan nak buat cerita.. nanti hangpa baca apa aku tulis pasal konvensyen hangpa yang dah habis RM40K tu...

Ini pasal  Konvensyen Pilihan Raya Umum PKR tu..

Sepertimana yang didakwa oleh Utusan memang benar Konvensyen ini dingin.. dingin sekali sebab air-cond sejuk melampau.. ha..ha..ha..

OK.. Ini adalah Konvensyen tertutup PKR Pulau Pinang dan bukannya satu Konvensyen terbuka yang perlu dihadiri oleh ribuan penyokong PKR Pulau Pinang.

Meskipun sasaran yang ditetapkan ialah hanya 500 petugas Pilihan Raya Parti, pihak penganjur yang terlebih kaya telah menyewa dewan yang punya kapasiti 4000 orang bukannya 1000 seperti Utusan laporkan dan kerusi yang disusun hanyalah sekitar 600 buah sahaja.

Bagaimanapun ianya masih boleh dianggap berjaya kerana lebih kurang 300 petugas telah hadir dipagi Ahad tersebut, perlu kita ketahui ianya jauh lebih berjaya dari Konvensyen puak yang lagi satu tu yang diadakan di Seberang Jaya dimana sasaran mereka ialah 1500 tapi yang hadir tak sampai 300 orang..

Kehadiran Anwar bukanlah dijangkakan dan tidak dijaualkan kerana malam sebelum Konvensyen beliau berada di Pattani, Thailand, menurut Pak Mus, Anwar mendarat di Pulau Pinang pukul 2.00 pagi dan tiba di hotel sejam kemudiannya..

Anwar telah hadir di Konvensyen yang dijadualkan bermula pukul 10.00 pagi ini pada pukul 9.30 pagi dan seperti biasa mana nak ada orang lagi masa tu.. dia datang awal setengah jam.

Yang ada di dalam dewan itu ialah manusia-manusia yang telah ditipu supaya hadir ke dewan pada pukul 8.30 pagi.. dan antara manusia itu ialah aku sendiri..

Tentang penyokong yang hadir pula sebahagian besarnya terdiri daripada orang Melayu seperti laporan Utusan tu.. cuba korang tengok gambar di bawah ni.. Melayukah yang ada di depan ni?




Ini sedikit gambar dari depan stage Konvensyen.. bukannya gambar  jauh dari stage Konvensyen seperti yang wartawan Utusan rakamkan itu..







Cuba korang kira da 300 orang tak?.. tapi sekurang-kurangnya sebagai Ahli PKR aku berbangga pasal kami tak menipu diri sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh puak yang buat Konvensen di Seberang Jaya tu..

Nak bagi nampak ramai.. 4 dewan yang disewa dikecilkan jadi satu.. kerusi kosong dipindahkan keluar dewan... ha..ha..ha.. nanti ada masa aku cerita apa yang sebenarnya berlaku dalam Konvesyen Media Sosial 1 Malaysia di Seberang Jaya...

Kan Anwar dah pesan... jangan bagi wartawan dari Utusan masuk majlis PKR.. siapa yang benarkan Utusan masuk nih?


Tiada ulasan: