Selasa, 3 Julai 2012

shalehudin

shalehudin


BERGAMBAR: Seekor budak Perkasa tunjuk HERO tak kena tempat... kahkahkah...

Posted: 03 Jul 2012 10:05 AM PDT

BIAR GAMBAR BERBICARA SENDIRI....

Seekor budak PERKASA Pulau Pinang, badan macam cicak kubin, nak tunjuk hero, bila cuba nak buat kasar dengan YAB Lim Guan Eng telah kena peletuk kepalanya dengan seorang anggota PAS yang kebetulan berada disana.... Terus senyap macam kutu babi...

Yang lawak tahap tinggi.. Ketua Wiranya hanya mampu pandang dari jauh tak buat apa-apa pun untuk pertahankan anak buahnya... PENAKUT SIOT NAK MAMPUS!!!!

DENGAN ANAK BUAH SENDIRI PUN TAK MAMPU NAK PERTAHANKAN.. NAK CERITA PERTAHANKAN KETUANAN MELAYU?....

Kahkahkah...

FB

Pasai apa SSM nak siasat sangat SUARAM? Jom tengok...

Posted: 03 Jul 2012 08:52 AM PDT

Sekumpulan pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) agak hampa setelah kedatangan mereka untuk melakukan 'pemeriksaan rutin" di premis kumpulan hak asasi manusia, Suaram, pada kira-kira jam 3 petang ini, terpaksa berpatah balik kerana waran mereka tidak sah.



"Waran mesti ditandatangani oleh pendaftar. Ia tidak ditandatangani dan orang yang datang bersama mereka hanyalah seorang timbalan. Mereka memutuskan untuk datang semula esok," kata Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel kepada Malaysiakini.

Gabriel berkata pegawai dari SSM itu mahu menemubual kakitangan Suaram serta melihat dokumen dan akaunnya.

Dipercayai, serbuan ke atas Suaram dilakukan ekoran gesaan NGO pro-Umno yang mahu Suaram mendedahkan mengapa, sebagai sebagai kumpulan hak asasi manusia, ia didaftarkan sebagai sebuah syarikat; menyatakan sumber pembiayaannya dan apa yang berlaku kepada hampir satu juta ringgit yang dicatatkan sebagai pendapatannya sejak 2009.

Apa hal yang SSM beria-ia sangat nak siasat Suaram? Nak temubual atau kerana SUARAM lah NGO yang paling lantang bersuara mengenai Scorpene?

Apakah selepas ini akan timbul pulak isu SUARAM mendapat dana dari Yahudi ... Maka bermulalah wayang kulit baru Umporno agar rakyat melupakan ribuan kes penyalahgunaan wang rakyat dan rasuah yang dilakukan oleh pemimpin atasan mereka?

Nampak sangat Umporno dah tak tahan dengan pendedahan SUARAM keatas kes Scorpene dan Tuya....

Kahkahkah....

Tapi tak pe, minyak kan ka boleh claim....

Kahkahkah....


HOT: BLOGGER Umno panas punggung, BERITA HAIRAN sabotaj NAJIB? Kahkahkah...

Posted: 03 Jul 2012 05:20 AM PDT

Blogger tak senang dengan isu KP JPA ditamat khidmat

Penulis blog pro-BN menyelar Berita Harian ekoran laporan yang menonjolkan penamatan khidmat bekas ketua pengarah perkhidmatan awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Penulis blog berkenaan menimbulkan isu berkenaan kerana berpendapat penamatan khidmat penjawat awam kanan itu sepatutnya tidak diperbesar-besarkan.

Wartawan veteran dan Datuk Ahiruddin Atan yang menulis di rockybru.com.my berkata beliau bimbang kerana penulis blog pro-establishment berasa tidak senang dengan kumpulan akhbar NSTP, terutama pengarang urusan kumpulan kanannya, Datuk Jalil Abdul Hamid.

Satu lagi blog pro-Umno, Unspinners pula menyifatkan laporan Berita Harian itu sebagai satu "sabotaj" ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menuntut supaya Jalil dipecat.

Spekulasi yang timbul di blog sebelum ini mengatakan bahawa Abu Bakar ditamatan perkhidmatan ekoran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetus kontroversi kerana ia memberi peningkatan gaji yang tinggi kepada pengawai kanan tetapi hanya peningkatan serendah RM10 kepada pekerja bawahan.

"Jalil nampaknya bersekongkol memalukan Perdana Menteri dengan membela Abu Bakar melalui cara memberi ruang untuk dia menyuarakan rungutan.

"Sudahlah Najib dimalukan kerana terpaksa menukar keputusan, laporan tersebut akan dianggap seolah-olah Abu Bakar telah dianiayakan," tulisan di laman theunspinners.blogspot.com itu dipetik.

Najib pada 8 Mac lalu mengumumkan bahawa SBPA akan dimansuhkan selepas rancangan itu menerima kritikan keras daripada kakitangan awam.

Abdul Jalil dilantik sebagai pengarang urusan kumpulan NSTP pada 15 Oktober tahun lalu.

Sebelum itu, Abdul Jalil merupakan pegurus besar kanan di jabatan hal ehwal korporat Suruhanjaya Sekuriti pada 2009 sebelum dipinjamkan ke jawatan ketua komunikasi kebangsaan di Pejabat Perdana Menteri.

Abu Bakar dalam Berita Harian dilaporkan sebagai berkata beliau tidak bersara namun khidmatkan diberhentikan oleh kerajaan.

Abu Bakar berkata beliau menerima surat penamatan khidmatnya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam yang menyatakan bahawa khidmatnya berakhir pada 1 Julai.

Tambahnya, beliau berhasrat untuk bersara pada usia 60 tahun namun disebabkan penamatan awal itu, kuantum pencen dan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjanya hanya dikira sehingga 30 Jun tahun ini.

Abu Bakar, 57, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun.

Kuasa Presiden baru Mesir, Morsi kena sekat... Tentera depa cakap bunyi macam PERKASA... haha...

Posted: 03 Jul 2012 12:27 AM PDT

Morsi menerima pingat tertinggi tentera daripada Tantawi di pangkalan Hike Step di Kaherah. - Foto AFP

Kaherah: Presiden Mesir, Mohamed Morsi, memulakan hari pertamanya di pejabat semalam, namun kuasanya disekat tentera memerintah sejak bekas presiden, Hosni Mubarak, disingkirkan dalam kebangkitan rakyat tahun lalu.

Selepas mengangkat sumpah sebagai presiden awam pertama dipilih secara bebas kelmarin, Morsi secara rasmi menerima peralihan kuasa dan janji sokongan daripada tentera. Namun majlis mengangkat sumpah presiden berusia 60 tahun diadakan di Mahkamah Perlembagaan di Kaherah, di sebalik harapan Morsi mahu ia dilakukan di Parlimen dikuasai anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin yang kini dibubarkan.

Majlis mengangkat sumpah presiden berusia 60 tahun diadakan di Mahkamah Perlembagaan di Kaherah, di sebalik harapan Morsi mahu ia dilakukan di Parlimen dikuasai anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin yang kini dibubarkan. Askar membubarkan Parlimen bulan lalu berikutan arahan mahkamah dalam apa disifatkan pergerakan Islam itu sebagai rampasan kuasa secara halus.

Dalam penyerahan kuasa kelmarin di pangkalan Hike Step di Kaherah, Ketua Majlis Agung Pasukan Bersenjata (SCAF), Marshal Hussein Tantawi, berikrar untuk menyokong Morsi.

"Kami akan menyokong presiden baru, yang dipilih rakyat," kata Tantawi. - AFP


Pandai betoi TNB mainkan PENGGUNA...

Posted: 02 Jul 2012 09:27 PM PDT

Kenaikan tarif elektrik tanpa disedari

Mohd Fazli Hasan,
Tidak lama dulu DS Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik baru. Seingat saya, beliau menyatakan bacaan bil bulanan di bawah 400 unit atau kurang dari RM90 tidak menerima kesan (tolong betulkan jika salah).

Oleh itu pengguna yang bil bulanan di bawah bacaan 400 unit atau kurang dari RM90 (jika tidak silap) tidak akan dikenakan kadar tarif elektrik baru. Mendengar pengumuman tersebut saya antara orang yang merasa lega kerana bil elektrik saya setiap bulan adalah kurang daripada RM90.

Perasaan lega itu hanya untuk sementara waktu sahaja atau beberapa bulan sahaja. Ada perancangan lain yang telah dilakukan bagi merealisasikan kadar tarif baru elektrik ini.

Beberapa bulan ini, pihak TNB (pembaca meter TNB) hanya melakukan bacaan meter dua bulan sekali sahaja ke rumah saya dan rumah-rumah jiran. Oleh itu bacaan meter elektrik yang dibuat dua bulan sekali, diselangi dengan bil anggaran yang dihantar melalui pos. Melalui cara ini, secara tidak langsung kadar tarif baru dapat dilaksanakan kepada pengguna, tanpa disedari.

Sebagai contoh bagi mereka yang menggunakan tarif elektrik sebanyak 350 unit sebulan, bayaran bil adalah sebanyak RM76.30. Melalui sistem bacaan meter DUA BULAN berserta BIL ANGGARAN (secara POS), penggunaan elektrik naik sekali ganda menjadi 700 unit (dua bulan).

Oleh itu, bayaran bil menjadi RM194.20, kiraan seperti berikut:

Penggunaan dua bulan 700 unit.

1. 400 unit X RM0.218 = RM87.20

2. 200 unit X RM0.334 = RM66.80

3. 100 unit X RM0.400 = RM40.00

JUMLAH = RM194.20

Bil bagi dua bulan menghampiri RM200. Berbanding jika bil dikenakan tiap-tiap bulan hanya antara RM70 ke RM80 sahaja. Jika dua bulan pun hanya RM140 ke RM160 sahaja jika pengguna membuat tunggakan bayaran.

Bagi bil anggaran yang dihantar melalui pos pula, jumlah yang dinyatakan hanya pada nilai RINGGIT MALAYSIA tetapi bukan pada jumlah UNIT elektrik yang digunakan. Maka bil dua bulan dalam jumlah ringgit ditolak dengan jumlah bil anggaran dalam nilai ringgit.

Kesimpulannya, TNB telah berjaya melaksanakan kadar tarif baru elektrik kepada pengguna yang pada asalnya bacaan tarif elektrik kurang dari 400 unit.

Sehubungan itu, saya meminta pembaca atau pengguna elektrik, renungkanlah....

Taman Meru Damai, Kapar Klang.

PANAS: Mahathir pulun TIBAI Najib, jom tengok... kahkahkah...

Posted: 02 Jul 2012 07:00 PM PDT

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata keputusan Najib yang menghormati mandat lima tahun diberi rakyat untuk mentadbir negara sebelum mengadakan pilihan raya umum adalah sesuatu yang lebih baik.

"Tetapi ada kemungkinan pula, jika kerajaan beri masa yang panjang (sebelum mengadakan pilihan raya umum), desakan dan tuntutan yang bukan-bukan terhadap kerajaan akan bertambah dan mereka akan mengugut kerajaan, jika tidak bagi ini, mereka tidak akan sokong," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) kebangsaan kali ke-51 di sini hari ini.

- BERNAMA

TERHOT: TUDUNG jenama baru di pasaran...

Posted: 02 Jul 2012 06:17 PM PDT

Dijamin macam gampang....

Kahkahkah...


Bangsa UMNO dilarang tengok, takut muntah HIJAU habih... kahkahkah...

Posted: 02 Jul 2012 03:00 PM PDT

Anak muda tolak PAS dakap Umno??? (Gambar)


 
 
 
 
 
 
 
Program Xpressi Anak Muda Terengganu


Tiada ulasan: