Selasa, 3 Julai 2012

Addin

Addin


"Biarkan Anjing Itu Menyalak" - Tengku Mahkota Johor

Posted: 03 Jul 2012 09:23 AM PDT

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan menjawab dakwaan oleh penulis blog Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang didakwa mengaibkan ayahandanya Sultan Iskandar. "Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini. "Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya lagi apabila ditanya mengenai dakwaan Syed Abdullah yang juga dikenali dengan nama Uncle Seeker. Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan seorang lagi pengguna Twitter berhubung tindakan yang akan diambil ke atas Syed Abdullah.

"Apabila orang ingin menjatuhkan anda, ia hanya bermakna anda berada dia atas mereka, maka jangan sedih," katanya lagi.

Laporan Bernama pada Ahad lalu menyebut, tiga puluh individu membuat laporan polis ke atas Syed Abdullah berhubung penyiaran tulisan di blog uncleseekers.blogspot.com itu.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah. ~malaysiakini
Addin :
Beginikah adab seorang yang digelar Tengku Mahkota dan bakal Sultan? Betapa mulia budi pekertinya..

Betul Kata Tuan Guru Hj. Hadi, Salahuddin Ayub Tidak Layak Lagi Jadi MB

Posted: 03 Jul 2012 05:03 AM PDT

Dalam bulan March, sudah terdengar angin-angin mengatakan Salahudin Ayub akan kembali ke Johor untuk memimpin Pas Johor merampas negeri tersebut dari BN. Penghujung March, angin-angin itu semakin menjadi kenyataan, malah member aku, Cenangau pun cukup yakin Salahudin Ayub bakal jadi Mentri Besar Johor. (Boleh tengok disini. Salahudin confirm sebagai Menteri Besar Johor.) Tapi, peluang Salahudin Ayub jadi Menteri Besar Johor terancam apabila tercetusnya kes www1 berikutan tweet yang dibuat oleh Nizar pada 31 Mei.

Salahuddin Ayub berasa kecewa kerana menganggap kenyataan Nizar itu boleh menyebabkan Pas hilang peluang di Johor. Salahudin juga mendakwa kenyataan Nizar itu merenggangkan hubungan parti dengan istana. (Boleh baca disini).

Malah, Salahuddin menganggap apa yang dilakukan oleh oleh Nizar itu satu kesalahan!.""We will leave it to the police. Let the matter be resolved through the proper channel. Everyone makes mistakes."


Pesuruhjaya Pas Johor, Dr. Mahfodz juga mengutuk Nizar. Dan lebih menjengkelkan ialah apabila dia berkata, "We, as the people, have to respect that and need not comment on such matters. The ruler knows what he is doing. Again, we have to respect him because heknows more than us."

Kalau kedua-dua pemimpin Pas Johor ini terlalu takut dengan Sultan dan beranggapan Sultan langsung tak boleh ditegur, maka kedua-duanya tak layak jadi pemimpon rakyat. Kedua-duanya hanya layak jadi Menteri Besar macam Zambry Kadir. Jadi Pak Turut .

Pada 6 Jun, aku buat satu posting bertanya apakah pendirian pemimpin Pas dalam isu www1 ini. Dalam posting itu, aku tulis, " Kalau pemimpin Pas hanya berdiam diri dan takut untuk menyatakan kebenaran demi menjaga kepentingan diri atau parti..jangan menyalak sebagai pemimpin rakyat."

Pertengahan bulan Jun, berlaku cabar mencabar diantara Pas dan Umno. Ahmad Maslan mencabar Pas supaya mengambil tindakan terhadap Nizar. Dan pada 17 Jun, Haji Hadi menjawab cabaran Umno itu dengan mengatakan.." apa juga hukuman bakal dikenakan terhadap Nizar adalah hak Pas, bukannya hak Umno atau BN menentukannya."

Ramai juga yang tertanya-tanya apakah Pas akan mengambil tindakan terhadap Nizar? Malah ramai daripada ahli Pas sendiri takut kalau-kalau tindakan Pas terhadap Nizar akan merugikan Pas. Cenangau pun dok bagi warning kat Presiden dia. "Aku harap kalau ada cadangan dari mana-mana pihak dalam parti yang nak PAS ambik tindakan ke atas Hj Nizar aku harap sangat PAS buat pengiraan semula untung rugi tindakan tu. Takut nanti dari rugi secupak jadi rugi segantang pulak."

Akhirnya, pada 1 Julai lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang dikatakan akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), bukan calon Menteri Besar.

Percanggahan pendapat diantara Salahuddin Ayub dengan Nizar dalam isu Sultan Johor sudah dianggap selesai. Tidak ada tindakan terhadap Nizar. Tapi dengan menyatakan bahawa Salahudin Ayub bukan calon Menteri Besar walaupun sebelum ini , semua media dan ahli Pas mencanangkan bahawa Salahudin Ayub adalah calon Menteri Besar…sudah cukup untuk memberitahu Salahudin.."You're not the right man!!"

Salahudin belum pernah jadi Menteri Besar. Dr. Mahfodz, PJ Pas Johor juga belum pernah jadi Menteri besar. Salahudin kena tanya orang yang ada pengalaman jadi Menteri besar macam mana susahnya berurusan dengan sultan.

Dalam hal Sultan Johor, Umno pun tak mahu dilihat membela Sultan Johor. Bila Uncleseekers kutuk Sultan Johor, Umno buat tak tau sampai hari ini.

Umno ada kuasa untuk mengambil tindakan macam depa ambil tindakan terhadap Nizar, tapi Umno tak ambil tindakan terhadap Uncleseekers sebab Umno pun seronok Sultan Johor dikutuk.

Tiba-tiba Salahudin cuba pertahankan Sultan Johor dan sanggup kutuk member sendiri. Apakah tindakan Nizar menyebabkan Pas hilang sokongan atau tindakan Salahudin yang menyebabkan rakyat tak suka kepada Pas?

Sapa-sapa pun tak suka kalau Sultan hidup penuh dengan pembaziran dan pemborosan. Dan kalau Salahudin mempertahankan Sultan yang boros, dan kalau Dr. Mahfuz menganggap Sultan boleh buat apa saja…maka macam mana rakyat boleh mengharapkan pemimpin macam ini.

Haji Hadi membuat keputusan yang cukup tepat. Kalau nak jadi pemimpin rakyat, maka rakyat perlu diutamakan. Kalau nak jadi pemimpin yang kaki bodek Sultan…jadi macam Zambry Kadir.

Sumber

Media Perdana Aibkan Najib

Posted: 02 Jul 2012 11:28 PM PDT


Nampaknya ramai pegawai tinggi kerajaan dan eksekutif GLC tidak sebulu dengan Najib. Tindakan najib cukup senang dan mudah, kepada mereka-mereka yang tidak sehaluan dengannya, tamatkan sahaja perkhidmatannya.

Dan inilah yang berlaku kepada bekas Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar dan bekas CEO Petronas, Tan Sri Hassan Merican. Kita sama-sama lihat, selepas ini siapa pulak yang akan di tamatkan perkhidmatan gara-gara tidak sebulu dengan Najib.

Blogger tak senang dengan isu KP JPA ditamat khidmat

Penulis blog pro-BN menyelar Berita Harian ekoran laporan yang menonjolkan penamatan khidmat bekas ketua pengarah perkhidmatan awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Penulis blog berkenaan menimbulkan isu berkenaan kerana berpendapat penamatan khidmat penjawat awam kanan itu sepatutnya tidak diperbesar-besarkan.

Wartawan veteran dan Datuk Ahiruddin Atan yang menulis di rockybru.com.my berkata beliau bimbang kerana penulis blog pro-establishment berasa tidak senang dengan kumpulan akhbar NSTP, terutama pengarang urusan kumpulan kanannya, Datuk Jalil Abdul Hamid.

Satu lagi blog pro-Umno, Unspinners pula menyifatkan laporan Berita Harian itu sebagai satu "sabotaj" ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menuntut supaya Jalil dipecat.

Spekulasi yang timbul di blog sebelum ini mengatakan bahawa Abu Bakar ditamatan perkhidmatan ekoran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetus kontroversi kerana ia memberi peningkatan gaji yang tinggi kepada pengawai kanan tetapi hanya peningkatan serendah RM10 kepada pekerja bawahan.

"Jalil nampaknya bersekongkol memalukan Perdana Menteri dengan membela Abu Bakar melalui cara memberi ruang untuk dia menyuarakan rungutan.

"Sudahlah Najib dimalukan kerana terpaksa menukar keputusan, laporan tersebut akan dianggap seolah-olah Abu Bakar telah dianiayakan," tulisan di laman theunspinners.blogspot.com itu dipetik.

Najib pada 8 Mac lalu mengumumkan bahawa SBPA akan dimansuhkan selepas rancangan itu menerima kritikan keras daripada kakitangan awam.

Abdul Jalil dilantik sebagai pengarang urusan kumpulan NSTP pada 15 Oktober tahun lalu.

Sebelum itu, Abdul Jalil merupakan pegurus besar kanan di jabatan hal ehwal korporat Suruhanjaya Sekuriti pada 2009 sebelum dipinjamkan ke jawatan ketua komunikasi kebangsaan di Pejabat Perdana Menteri.

Abu Bakar dalam Berita Harian dilaporkan sebagai berkata beliau tidak bersara namun khidmatkan diberhentikan oleh kerajaan.

Abu Bakar berkata beliau menerima surat penamatan khidmatnya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam yang menyatakan bahawa khidmatnya berakhir pada 1 Julai.

Tambahnya, beliau berhasrat untuk bersara pada usia 60 tahun namun disebabkan penamatan awal itu, kuantum pencen dan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjanya hanya dikira sehingga 30 Jun tahun ini.

Abu Bakar, 57, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun.

Malaysiakini
Kredit gambar ~ASD

Video Kononnya Skandal MB Selangor Mula Tersebar

Posted: 02 Jul 2012 10:16 PM PDT

Ingat lagi kejadian yang berlaku dibawah ini pada Ogos 2011? Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terjumpa sebuah kamera tersembunyi didalam pejabatnya. Menurut Khalid, dia tak tau berapa lama kamera tersebut berada dan diletakkan disitu dan siapa yang meletakkan kamera tersembunyi tersebut. Menurut Khalid lagi, mereka hanya menjumpai satu saja video, iaitu yang terdapat didalam kamera tersebut. Hari ini, kami menyiarkan salah satu daripada video tersebut sepanjang 15 minit (BUKAN yang terdapat dalam kamera tersebut) untuk menunjukkan bahawa wujudnya  terdapat lebih banyak video.

Tidak ada apa yang sensasi dalam video ini walaupun orang-orang Azmin memberitahu bahawa terdapat adegan yang boleh memalukan Khalid dalam video-video yang lain. Video ini hanya menunjukkan Khalid terlebih manja dengan seorang wanita yang bernama Rahimah binti Kamarudin.

Menurut Azmin, Rahimah merupakan Setiausaha Khalid dari Guthrie Berhad, yang dibawa untuk bekerja dengannya dipejabat Menteri Besar. Dan orang-orang Azmin sakit hati kerana Rahimah kelihatan terlalu berkuasa dan Azmin membuat andaian bahawa terdapat satu hubungan intim diantara Khalid dan Rahimah.

Rahimah Binti KamarudinAdakah ini video yang dipasang untuk memerangkap Khalid dan Rahimah dalam keadaan yang mencurigakan? Hanya mereka yang memasang kamera tersembunyi tahu tujuan mereka..  tak kira siapa pun.Sebenarnya, kamera tersembunyi itu telah diletakkan dipejabat Khalid sejak sekian lama.

Dan terdapat lebih dari satu video selain dari yang dijumpai didalam kamera tersebut, seperti yang kami tayangkan dibawah. Persoalanya: siapa yang meletakkan kamera tersebut dan siapa yang menyimpan semua video tersebut. Juga, adakah terdapat video-video terlampau yang boleh menjejaskan ataupun boleh digunakan untuk mengugut Khalid?

Khalijd tidak membuat laporan polis dan sebab itu polis tidak menjalankan siasatan. Malaysia mempunyai satu sistem yang ganjil dimana seseorang itu perlu membuat laporan polis sebelum polis mengambil sebarang tindakan. Itu sebabnya, oleh kerana tiada laporan polis dibuat, maka polis tidak dapat menjalankan siasatan. Dan misteri hanya kekal misteri.Faekah Husin, Setiausaha Politik Khalid Ibrahim, merasakan bahawa Azmin Ali dibelakang semua ini.

Dan oleh kerana dia berkata begitu, Azmin telah mencuba untuk menyingkir beliau dari jawatannya. Sekarang, kita semua boleh faham mengapa Faekah diserang oleh Azmin sejak kebelakangan ini. Azmin pula, merasakan Khalid adalah orang dibelakang video "aiskrim' yang memalukannya baru-baru ini.Ini membuat kita tertanya-tanya, dengan pelbagai sabotaj yang berlaku, bilakah masanya mereka mentadbir negeri ataupun merangka strategi untuk PRU akan datang?

Dengan PAS bergaduh sesama PAS, DAP bergaduh sesama DAP dan PKR bergaduh sesama sendiri, ditambah pula dengan setiap parti melawan parti yang lain, mampukah Pakatan Rakyat mengekalkan Selangor..atau adakah Selangor akan jatuh ketangan BN?Okay..aku tak sepatutnya bercakap tentang keburukan Pakatan rakyat atau mengkritik pembangkang. Aku sepatutnya bercakap perkara-perkara baik dan membodek mereka.

Kalau tidak, BN akan menggunakan apa yang aku cakap terhadap Pakatan Rakyat. Jadi, aku aku akan bercakap perkara yang tak baik tentang PR. Biarkan mereka buat apa yang mereka sedang buat. Dan kemudian, bila Selangor tumbang ketangan BN, aku boleh tulis artikel "aku dah kata!" dan berbangga dengannya sama seperti bila Perak tumbang selepas aku bagi tau.

Walaupun pada mulanya mereka menafikannya.Hey..aku belum pun menulis tentang apa yang mereka cuba lakukan terhadap Nurul izzah. So, jangan cabar aku tulis perkara tu. Sebab kalau aku mula menulis tentang perkara itu, hangpa semua malu.

Lihay video di SINI.



Kerajaan Pusat Cuba Sabotaj Projek Lebuhraya Rakyat Kelantan?

Posted: 02 Jul 2012 07:12 PM PDT


Jikalau di nilaikan hati perut Umno, apa pun mereka tak mau bagi  kat negeri Kelantan. Dari royalti hinggakan pembinaan lebuhraya rakyat yang di usahakan oleh kerajaan dan rakyat Kelantan akan ada usaha-usaha negatif untuk mengetepikan hak rakyat Kelantan.

Terbaru, ada dakwaan cubaan sabotaj dimana jurukur asal projek telah dihalang untuk menyerahkan lapuran kerja kepada kerajaan negeri.

Menurut Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, kerja-kerja mengukur jajaran jalan raya tersebut sebenarnya sudah disiapkan pada 2007, namun juruukur yang terbabit tidak dbenarkan menyerahkan laporan kepada kerajaan negeri.

Dimanakah silapnya??


Royalti minyak di nafi, bijih besi pula di temui


KOTA BHARU - Ketika kerajaan pusat masih menafikan hak Kelantan ke atas royalti petroleum, sebaliknya bijih besi pula ditemui di bumi negeri ini.

Bijih besi tersebut sekarang dieksport sebanyak 40,000 tan metrik setiap minggu melalui Tok Bali ke China.

Kapal dari China kini berlabuh kira-kira 1.4 batu nautika dari pantai Tok Bali bagi mengangkut bijih besi, di mana ia diangkut ke kapal menggunakan 20 tongkang dari jeti di Tok Bali. (Gambar atas)

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, sebelum ini bijih besi tersebut dieksport ke China melalui pelabuhan di Kemaman dan Kuantan yang melibatkan kos agak tinggi.

"Namun sekarang bijih besi tersebut dieksport melalui pelabuhan di Tok Bali yang ternyata lebih menjimatkan kos pengangkutan," katanya menjawab soalan Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) pada persidangan Dun hari ini.

Beliau berkata, hasil royalti tersebut dijangka dapat menampung kos pembinaan pembinaan lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu.

Menurutnya daripada hasil royalti besi sekurang-kurangnya dapat menampung bayaran tertunda projek lebuh raya berkenaan yang ditetapkan dalam masa 25 tahun.

"Kita telah berusaha memecahkan benteng kongkongan dan halangan oleh kerajaan pusat sebelum ini. Idea yang dicetus Menteri Besar bagi mengamalkan konsep wakaf sebagai satu nilai tambah.

"Usaha itu ternyata mendapat sambutan menggalakkan biar pun promosinya belum dilakukan secara meluas, namun dana yang disumbang secara online sekarang sebanyak RM430,000," ujarnya.

Kata beliau kerajaan negeri akan mewujudkan dana amanah di bawah Perbendaraan Negeri bagi mengurus sumbangan orang ramai.

Malah pada 7 Julai ini artis-artis yang menyertai PAS akan mengadakan program khusus bagi menyokong projek lebuh raya rakyat.

"Pada Ramadan nanti kita juga akan lancarkan kutipan dana di Kuala Lumpur bagi membolehkan orang ramai turut sama menyumbang," ujarnya.

Husam juga memberitahu lapan juruukur yang mengambil alih peranan juruukur awal menyiapkan jajaran projek lebuh raya rakyat sudah berjaya menyiapkan kerja-kerja ukur sepanjang 30 km.

Kata beliau kerja-kerja mengukur jajaran jalan raya tersebut sebenarnya sudah disiapkan pada 2007, namun juruukur yang terbabit tidak dbenarkan menyerahkan laporan kepada kerajaan negeri.

Bagaimanapun katanya, kerja-kerja pembinaan lebuh raya tersebut dijangka akan dimulakan selepas mendapat kelulusan mesyuarat Exco kerajaan negeri dalam masa terdekat ini.

Menurutnya jentera berat milik syarikat juga sudah berada di lokasi bagi memulakan kerja-kerja pembinaan.

"Kita akan laporkan setiap minggu perkembangan projek pembinaan lebuh raya tersebut selepas ini bagi pengetahuan rakyat," katanya. ~harakahdaily

Tiada ulasan: