shalehudin |
- Video skandal Khalid Ibrahim dengan Setiausahanya didedah
- Dato` Tamrin Ghaffar nak JOIN PAS... Allahuakbar...
- Mau ka ROSMAH jadi PELAYAN kita? ngeee...
- Awainya Nik Aziz istihar MENANG. Mai baca pasai apa...
- FOTO: Mampuih la Umno kalau betoi dakwaan nie, jom tengok...
- WAJIB BACA: Perkasa Johor ugut cina, tunggu Berahim Ali nak kata apa?
- Bertambah-tambah BULU Mahathir, pasai apa? Kahkahkah...
- HEBAT: Kerja melapah ULAR TEDUNG, mai tengok...
Video skandal Khalid Ibrahim dengan Setiausahanya didedah Posted: 02 Jul 2012 09:00 AM PDT Ingat lagi kejadian yang berlaku dibawah ini pada Ogos 2011? Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terjumpa sebuah kamera tersembunyi didalam pejabatnya. Menurut Khalid, dia tak tau berapa lama kamera tersebut berada dan diletakkan disitu dan siapa yang meletakkan kamera tersembunyi tersebut. Menurut Khalid lagi, mereka hanya menjumpai satu saja video, iaitu yang terdapat didalam kamera tersebut. Hari ini, kami menyiarkan salah satu daripada video tersebut sepanjang 15 minit (BUKAN yang terdapat dalam kamera tersebut) untuk menunjukkan bahawa wujudnya terdapat lebih banyak video. Tidaka ada apa yang sensasi dalam video ini walaupun orang-orang Azmin memberitahu bahawa terdapat adegan yang boleh memalukan Khalid dalam video-video yang lain. Video ini hanya menunjukkan Khalid terlebih manja dengan seorang wanita yang bernama Rahimah binti Kamarudin. Menurut Azmin, Rahimah merupakan Setiausaha Khalid dari Guthrie Berhad, yang dibawa untuk bekerja dengannya dipejabat Menteri Besar. Dan orang-orang Azmin sakit hati kerana Rahimah kelihatan terlalu berkuasa dan Azmin membuat andaian bahawa terdapat satu hubungan intim diantara Khalid dan Rahimah. Rahimah Binti Kamarudin Adakah ini video yang dipasang untuk memerangkap Khalid dan Rahimah dalam keadaan yang mencurigakan? Hanya mereka yang memasang kamera tersembunyi tahu tujuan mereka.. tak kira siapa pun. Sebenarnya, kamera tersembunyi itu telah diletakkan dipejabat Khalid sejak sekian lama. Dan terdapat lebih dari satu video selain dari yang dijumpai didalam kamera tersebut, seperti yang kami tayangkan dibawah. Persoalanya: siapa yang meletakkan kamera tersebut dan siapa yang menyimpan semua video tersebut. Juga, adakah terdapat video-video terlampau yang boleh menjejaskan ataupun boleh digunakan untuk mengugut Khalid? Khalid tidak membuat laporan polis dan sebab itu polis tidak menjalankan siasatan. Malaysia mempunyai satu sistem yang ganjil dimana seseorang itu perlu membuat laporan polis sebelum polis mengambil sebarang tindakan. Itu sebabnya, oleh kerana tiada laporan polis dibuat, maka polis tidak dapat menjalankan siasatan. Dan misteri hanya kekal misteri. Faekah Husin, Setiausaha Politik Khalid Ibrahim, merasakan bahawa Azmin Ali dibelakang semua ini. Dan oleh kerana dia berkata begitu, Azmin telah mencuba untuk menyingkir beliau dari jawatannya. Sekarang, kita semua boleh faham mengapa Faekah diserang oleh Azmin sejak kebelakangan ini. Azmin pula, merasakan Khalid adalah orang dibelakang video "aiskrim' yang memalukannya baru-baru ini. Ini membuat kita tertanya-tanya, dengan pelbagai sabotaj yang berlaku, bilakah masanya mereka mentadbir negeri ataupun merangka strategi untuk PRU akan datang? Dengan PAS bergaduh sesama PAS, DAP bergaduh sesama DAP dan PKR bergaduh sesama sendiri, ditambah pula dengan setiap parti melawan parti yang lain, mampukah Pakatan Rakyat mengekalkan Selangor..atau adakah Selangor akan jatuh ketangan BN? Okay..aku tak sepatutnya bercakap tentang keburukan Pakatan rakyat atau mengkritik pembangkang. Aku sepatutnya bercakap perkara-perkara baik dan membodek mereka. Kalau tidak, BN akan menggunakan apa yang aku cakap terhadap Pakatan Rakyat. Jadi, aku aku akan bercakap perkara yang tak baik tentang PR. Biarkan mereka buat apa yang mereka sedang buat. Dan kemudian, bila Selangor tumbang ketangan BN, aku boleh tulis artikel "aku dah kata!" dan berbangga dengannya sama seperti bila Perak tumbang selepas aku bagi tau. Walaupun pada mulanya mereka menafikannya. Hey..aku belum pun menulis tentang apa yang mereka cuba lakukan terhadap Nurul izzah. So, jangan cabar aku tulis perkara tu. Sebab kalau aku mula menulis tentang perkara itu, hangpa semua malu. |
Dato` Tamrin Ghaffar nak JOIN PAS... Allahuakbar... Posted: 02 Jul 2012 07:02 AM PDT Oleh Mazlan Aliman PAGI tadi, Dato' Tamrin call saya. Memang itulah rutin beliau, hampir setiap hari akan berhubung dengan saya untuk mendapatkan info terkini, khususnya mengenai Felda. Kali ni dia bagi tau, Umno ugut nak 'telanjangkan' kisah silam beliau jika dia tak berhenti dari berceramah dan menyokong PAS. Alhamdulillah, Dato Tamrin kata dia bersedia hadapi dan tak akan patah balik ke belakang. Dia bukan hipokrit macam pemimpin Umno. Bunuh orang, bersekedudukan dengan artis, mentekedarah arak, berjudi sakan, rasuah dan tipu rakyat tapi tak mengaku. Tunjuk baik depan rakyat. Belakang perangai macam setan. Dia mengaku maksiat yang dia buat zaman silam dia. Sekarang dia tobat. Dia jadi rosak kerana bersama Umno. Beliau sokong PAS sebab belajar nak jadi baik. Dekatkan diri dengan Allah. Banyak membaca buku2 agama, pergi kuliah dan ceramah agama. Berdamping dengan ulama2 PAS, banyak menginsafkan dia. Kata Dato Tamrin, pekung pemimpin Umno pun dalam poket dia. Hodoh-hodoh pun dia anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba. Pernah jadi Ahli Parlimen dan Adun. Masalah moral Najib, Muhyiddin, Hishamuddin, Nazri Aziz dan lain-lain kalau nak.....alahai.... Bagi saya, peranan kita adalah jadi kawan yang baik. Bagi nasihat dan bimbingan. Berkomunikasi, enggage dan banyak perkara boleh dilakukan. Orang macam Dato Tamrin terlalu ramai dan mesti di dekati. Jangan ekstrem soal pendekatan dakwah. PAS sedang berada di landasan yang tepat. Semua golongan menghampiri PAS. Malam ini saya bersama dalam Himpunan Hijau peringkat negeri Pahang di Kerdau Temerloh. Saya mengiringi seorang bekas pegawai tinggi kerajaan akan menyerahkan borang PAS kepada Presiden PAS. Dua tahun saya bersahabat dengan dia. Beliau salah seorang kumpulan pemikir ANAK. Perlahan-lahan saya pelawa masuk PAS. Alhamdulillah, dia baru balik Umrah. Saya tanya lagi, bila Dato nak masuk PAS? Spontan dia jawab, insyaallah. Ada borang? Tentulah saya gembira, akhirnya dia menyertai PAS mlm ini... Insyaallah, akan menyusul lebih ramai tokoh politik dan pegawai kanan kerajaan serta para seniman/budayawan dll bersama PAS. SEMUANYA KERANA PERJUANGAN ISLAM. ALLAHUAKBAR |
Mau ka ROSMAH jadi PELAYAN kita? ngeee... Posted: 02 Jul 2012 04:59 AM PDT Isteri Mohamed Mursi menolak digelar sebagai 'first lady of Egypt' Isteri Presiden Mesir Mohamed Mursi, Najla Mahmud, menolak digelar sebagai 'first lady of Egypt'. Gelaran itu menurutnya hanya berlaku untuk Jihan Sadat dan Suzan Mubarak. Ia lebih suka disebut sebagai Ummu Ahmed. Menurutnya, Islam mengajar bahawa Presiden Mesir seterusnya adalah pelayan Mesir nombor satu, maka bermakna bahawa dirinya adalah merupakan pelayan wanita Mesir nombor satu. Oleh sebab itu, Najla dengan tegas menyatakan, tidak ada istilah 'first lady of Egypt' dalam kamusnya. "Islam tidak membezakan antara satu wanita dengan yang lain. Kita adalah orang Mesir semua dan kita harus bersatu untuk bangsa kita," katanya. Nayla mengatakan, dia lebih suka dipanggil "Ummu Ahmed" (ibu dari Ahmed) yang merujuk pada anak tertuanya atau "Hajjah," sebutan bagi wanita muslimah yang telah menyelesaikan ibadah haji ke tanah suci. "Dan jika sekarang saya harus mempunyai sebutan, maka biarkanlah saya menjadi 'pelayan pertama Mesir'." Jilbab Mahmoud telah menjadi agenda perdebatan yang mendedahkan di Mesir ketika ia akan menjadi ibu negara. "Kita semua adalah satu, untuk kemajuan negeri tercinta." Setelah suaminya dengan rasmi terpilih, Najla melakukan lawatan rasmi ke kediaman bonda Mahmud Sulaiman, seorang yang gugur sebagai syahid dalam peristiwa revolusi 25 Januari lalu. Halim Islam Online |
Awainya Nik Aziz istihar MENANG. Mai baca pasai apa... Posted: 02 Jul 2012 01:34 AM PDT Takut panggil PRU, kemenangan moral buat Pakatan SHAH ALAM: 'Ketakutan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini masih belum berani untuk mengumumkan pembubaran parlimen adalah satu kemenangan moral kepada Pakatan Rakyat. Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, alasan Najib kononnya untuk menunggu mandat lima tahun sebelum mengadakan pilihan raya umum (PRU) ke-13 menggambarkan 'ada sesuatu' yang belum meyakinkan presiden Umno itu. "Satu daripada kemenangan moral kita ialah bila Umno tak berani nak bubar parlimen. "Lepas sehari, sehari ditangguh. Tentu ada sesuatu. Masalah apa kita tak tahu, yang pasti dia (Najib) 'serabut perut'," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Temu Mata Anak Rantau Panjang D'Perantauan yang diadakan di dewan Wisma PKPS di sini semalam. Selepas pelbagai spekulasi timbul mengenai tarik PRU-13, dan desakan tidak henti-henti dari Pakatan Rakyat, Najib semalam tampil dengan kenyataan membayangkan pilihan raya tidak akan berlaku dalam masa terdekat. Beliau memberi alasan kononnya mahu menunggu mandat lima tahun sebelum mengadakan pilihan raya umum kali ini. Mengulas lanjut 'ketakutan' Najib itu, Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan tidak menolak kemungkinan ianya disebabkan kebangkitan rakyat yang kini semakin ramai menyokong Pakatan Rakyat. "Semalam di Johor, tak pernah lagi sebegitu ramai. "Ini membuktikan kesedaran dan gelombang perubahan itu wujud," katanya. Sementara itu, hadir sama dalam program itu Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof, Adun Gual Periok Ustaz Mohamad Awang, Adun Meranti Nusuruddin Daud dan Adun Bukit Tuku Abd Fatah Haron. Lebih 200 anak Rantau Panjang turut hadir dalam majlis itu. - Harakah |
FOTO: Mampuih la Umno kalau betoi dakwaan nie, jom tengok... Posted: 01 Jul 2012 11:03 PM PDT Inilah bentuk-bentuk kezaliman yang tak berperikemanusiaan yang dihadapi oleh para tahanan ISA sekarang ini.... Menahan individu tanpa bicara adalah kejam dan tidak bertamadun... FB |
WAJIB BACA: Perkasa Johor ugut cina, tunggu Berahim Ali nak kata apa? Posted: 01 Jul 2012 07:35 PM PDT Amaran Keras Perkasa Kepada Kaum Cina Di Johor AMARAN BODOH.. MACAM BUDAK-BUDAK TADIKA.. HEHEHE... |
Bertambah-tambah BULU Mahathir, pasai apa? Kahkahkah... Posted: 01 Jul 2012 07:00 PM PDT Marina dan Ambiga 'bertambat bulu', Mahathir susah hati Oleh Aspan Alias Dalam politik anak dan bapa juga ada yang tidak sehaluan. Dalam interview Dr Mahathir dengan Mob TV, beliau telah menegur anaknya Marina supaya berhati-hati dengan tindak tanduknya (Marina) kerana tindak tanduk Marina itu akan menjejaskan parti pemerintah iaitu UMNO serta menjejaskan juga politik ahli keluarga beliau. Mahathir begitu sangsi akan tindakan Marina bergiat dan menyokong Bersih 3.0 dan Bersih yang sebelumnya itu akan menjejaskan politik adiknya Muhkriz. Pandangan Dr Mahathir terhadap anaknya itu ada benar dan salahnya. Jika Mahathir lebih memikirkan politik peribadi dan keluarga beliau maka kata-kata beliau itu benar dan betul seratus peratus. Memang banyak pun yang memberi pandangan yang Mahathir ini tidak payah diambil pusing nasihat dan kata-katanya kerana anak beliau sendiri telah menunjukkan sikap 'anti establishment' dan Marina telah menunjukkan banyak contoh sikap tidak sehaluan dengan kerajaan BN sekarang ini. Tetapi jika Mahathir mampu memandang dari sudut lain, iaitu sudut memperjuangkan kebenaran, apa yang dilakukan oleh Marina itu patut direstui oleh Mahathir kerana beliau sepatunya faham yang Marina itu adalah pejuang kepada tuntutan yang diperjuangkan oleh Bersih dan banyak NGO-NGO yang lain. Mahathir sepatutnya merasa bangga dengan ketegasan anak perempuannya itu jika beliau (Mahathir) mengakui kebenaran yang diperjuangkan oleh Marina itu. Tetapi nampaknya Mahathir lebih cenderung untuk menjaga kepentingan politik anak lelakinya, Mukhriz dan beliau tidak pertimbangkan kebenaran yang diperjuangkan oleh Marina yang mendapat perhatian banyak pihak sambil memberikan sokongan kepada pejuang reformasi pilihanraya itu. Bagi Mahathir kebenaran dalam isu ini ialah menjadikan Mukhriz sebagai pemimpin politik besar dan sebesar mana pun kebenaran yang diperjuangkan oleh anak perempuannya Marina itu tidak mendapat perhatian beliau. Bagi Mahathir kebenaran itu ialah kuasa dan tidak yang lain. Mahathir semalam mengakui yang beliau akan menyokong Mukhriz jika UMNO menurunkan anak emasnya itu bertanding di salah satu kawasan DUN di Kedah untuk menjadi Menteri Besar Negeri Jelapang Padi itu. Niat Mahathir untuk meninggalkan warisnya dalam politik tanah air itu sememangnya telah dihidu oleh semua orang dan pengakuan beliau itu tidak mengejutkan sesiapa. Malahan mata Mahathir akan tertutup rapat jika beliau meninggal dunia selepas melihat anaknya itu menjadi orang besar negara seperti beliau. Tuduhan ramai terhadap Mahathir yang beliau membuat 'bising' sekarang ini adalah untuk kepentigan keluarga beliau. Mahathir tentunya mahukan anaknya menjadi seperti Najib dan Hishamuddin yang kedua-duanya adalah anak-anak kepada bekas Perdana Menteri negara. Jika Mahathir berjaya untuk menjadikan anaknya itu pemimpin besar dan akhirnya menjadi Perdana Menteri maka beliau akan berjaya untuk menyambung tradisi yang pemimpin-pemimpin yang akan datang mesti datang dari keluarga bekas-bekas Perdana Menteri. Itulah sebabnya Mahathir begitu marah apabila Mukhriz mendapat nombor tercorot dalam pemilihan Ketua Pemuda Malaysia apabila undi beliau jauh kebelakang daripada undi-undi yang diperolehi oleh Khairy dan Khir Toyo dalam pertandingan itu. Yang Mahathir marah sekali ialah terhadap menantu Pak Lah yang telah berjaya mendapatkan undi tertinggi dalam pemilihan Ketua Pemuda itu. Akhirnya Marina sendirilah yang berhak untuk memilih di antara kebenaran atau politik adik beradik dalam isu ini. Jika Marina memilih untuk mencari kebenaran maka tindakan beliau sekarang amatlah benar dan betul. Tetapi jika Marina memilih untuk mementingkan politik bapanya dan adik beradiknya eloklah beliau (Marina) mengikut sahaja kata-kata ayahanda beliau itu. Tetapi saya yakin Marina akan terus memilih kebenaran kerana saya rasa beliau tahu yang kebenaran itu akan timbul akhirnya. Tetapi jika Marina mengikut kehendak bapanya itu janganlah putuskan hubungan baik dengan Ambiga yang telah terjalin begitu rapat selama ini. Marina dan Ambiga itu bersahabat baik. Baiknya Ambiga dengan Marina itu seperti orang 'bertambat bulu'. Itu kata orang tua-tua dahulu. |
HEBAT: Kerja melapah ULAR TEDUNG, mai tengok... Posted: 01 Jul 2012 01:00 PM PDT Melapah ular tedung untuk dijual di Bantul HEMPEDU ular tedung dikumpulkan dalam sebuah bekas. BANTUL, Indonesia – Beberapa pekerja melapah dan memotong ular tedung di sebuah gudang di sini bagi menyara kehidupan mereka. Seorang pekerja pernah memotong dan melapah antara 10 hingga 300 ekor ular tedung berbisa sehari. Hempedu, daging dan beberapa bahagian lain ular tersebut dibeli oleh pemilik-pemilik restoran di sekitar Yogyakarta untuk dijadikan makanan. – Agensi |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan