Isnin, 2 Julai 2012

Addin

Addin


Ali Rustam Pasti Demam Lihat Gambar-Gambar Nih

Posted: 02 Jul 2012 10:09 AM PDT


Nampaknya demam pilihanraya ke-13 sudah masuk ke negeri Melaka. 170 buah meja telah habis di-beli (tanpa paksa, tanpa di-sponsor dan bukan free) olih rakyat negeri Melaka yang mahu ber'ubah' dan nak tengok Ali Rustam pula demam.

Meja-meja itu telah berjaya di jual olih PKR negeri Melaka pada satu majlis makan malam di dewan Pay Fong Melaka anjuran mereka kelmarin dengan penutup majlis diakhiri dengan ceramah olih DS Anwar Ibrahim.

2 jam selepas itu DS Anwar bergegas pula ke perkarangan pejabat PKR negeri Melaka di Bukit Piatu, untuk satu ceramah pilihanraya. Perkarangan pejabat PKR itu juga telah banjir dengan orang ramai yang juga mahu melihat Ali Rustam demam.
 


Kantoi!! Memanglah Kosong, Dah Ambil Foto Sebelum Majlis Bermula..

Posted: 02 Jul 2012 08:03 AM PDT


Blogger upahan UMporNO yang merupakan anak buah bakal MB Kedah dalam khayalan Datuk Mukhriz Mahathir yang menerima gaji RM2000 sebulan tak habis-habis buat cerita auta.

Depa ingat pembaca blog ni terdiri dari budak-budak rempit Sungai Petani atau penagih ayaq ketum pekan Naka depa buleh pekena seduit dua. Penghuni alam maya ni adalah kalangan orang cerdik blogger UMporNO oii.. mokalu hangpa nak tipu pun kena balik logik atau bagi tak nampak sangat penipuan tu.

Cha pakat tengok laporan yang dibuat oleh sebuah blog UMporNO pro Mukhriz dan anti Mat Bashah ni...

Foto tu diambil sewaktu program belum bermula. Memanglaa mula orang duduk sorang, dua, tiga... mana boleh masuk duduk serentak 2000 orang. Alahai nak tipu orang pun jangan laa nampak sampai hangpa tak sekolah blogger UMNO woi, mokalu aku kata bodopiang marah...

Mai nak tunjuk gambar sebenar...







Kalau ikutkan hati MK nak siarkan keseluruhan gambar dari setiap sudut dalam dewan tu tapi MK simpati dekat penyokong PAS terdiri dari kakitangan kerajaan yang berlambak kat belakang tu... depa pesan awai-awai dah tolong jangan masuk gambag kami dalam Harakah atau blog, takut kena tindakan tatatertib, takut kena tukaq atau tak naik pangkat.

Begitu juga budak2 pompuan IPTA yang dok kat belakang tu dah diugut supaya jangan hadir program PAS atau Pakatan Rakyat. Nak buat macam mana demokrasi Malaysia masih di zaman Hosni Mubarak masa tengah berkuasa dulu. Sabag laa sat sampai PRU13. ~kedahla



Gambar-Gambar Nih Pasti Tak Keluar Dalam TV3 Dan Utusan

Posted: 02 Jul 2012 06:07 AM PDT

Dato Sri Anwar Makan Kenduri Dalam Parlimen Permatang Pauh
Semoga gambar gambar di Atas memberi sumber inspirasi kepada kita untuk berjuang lebih gigih dan bersemangat.. " Kita Hanya merancang tetapi Allah adalah sebaik baik perancang". Semoga usaha kita selama ini mendapat keberkatan dari Ilahi...

Walaupun dengan tipu daya mereka, kalau Allah Kata PRU 13 milik kita pasti ia menjadi milik kita. Kita perlu berusaha lebih sikit lagi untuk mencapai kejayaan dan perkuatkan taqwa kita Amin..Takbir

Abang NON Setiausaha Politik Dato Sri Anwar

                                                                           
Dato Sri Sedang Berbual Dengan Orang Kampung


Puluhan Ribu Manusia Mendengar Ceramah Tuan Guru Nik Aziz di Terengganu


Konvoi motosikal peringkat Negeri Terengganu





Pelakun Hairie Othman Masuk PAS


Penyanyi Jefrydin Terima Surat Hakmilik Tanah Dari Kerajaan Selangor Setelah 10 Tahun Menanti

Posted: 02 Jul 2012 02:29 AM PDT


Penyanyi pop yeh yeh, Datuk Jefrydeen Imbrom Soekaman, adalah antara 20 penerima surat hakmilik tanah daripada Kerajaan Selangor di Kampung Melayu Subang Tambahan di sini hari ini.

Beliau yang menetap di kampung tersebut sejak 1996 mengucapkan rasa syukur kerana impiannya bagi memiliki hak kepada tanah yang diduduki akhirnya tercapai."Saya berasa syukur dan gembira kerana menunggu lebih 10 tahun dan akhirnya ia menjadi kenyataan

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang prihatin akan masalah ini serta meluluskan permohonan saya.Sebelum ini saya pernah memohon beberapa kali sejak 1999 tetapi gagal," kata penyanyi 65 tahun yang popular dengan lagu "Kenanganku".

Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Surat Hakmilik Tanah Penduduk kampung tersebut di sini hari ini.Majlis penyerahan itu disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan dihadiri Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Rodziah Ismail, serta ADUN Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim.



Seorang lagi penerima, Che Nah Salleh, 60, berkata pemberian hakmilik itu adalah bukti Kerajaan Negeri amat mengambil berat akan kebajikan rakyat di Selangor.Pesara kakitangan kerajaan itu pernah membuat permohonan hakmilik pada zaman pentadbiran Umno-BN tetapi keputusannya menghampakan."Selepas 2008 barulah segalanya berubah dan akhirnya masalah ini dapat diselesaikan.

Memang saya gembira dengan anugerah ini," kata ibu tunggal lima anak yang kematian suami pada 1981 itu.Sementara itu, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri mendapati masih ramai penduduk di sesuatu kawasan penempatan di Selangor yang masih tidak dapat hakmilik.

.Ini kerana mereka adalah terdiri dari penduduk yang telah mendiami kawasan perumahan tersebut dalam tempoh yang lama."Oleh sebab itu Kerajaan Negeri telah meminta Pegawai Daerah dan Pejabat Tanah untuk menyelesaikan masalah ini.Walaupun masanya agak lama untuk selesai, iaitu lebih dari setahun, tetapi saya rasa bila sudah diselesaikan, ia memberikan ketentuan kepada pemiliknya," katanya. -selangorku



Rupa-Rupanya Sebab Nih Orang Kuat FELCRA Sertai PAS

Posted: 01 Jul 2012 10:34 PM PDT

TEMERLOH -  Memandangkan Pahang penuh dengan kawasan peneroka, PAS Pahang berjaya menarik seorang tokoh pembangunan tanah iaitu Datuk Ramli Buyung, bekas Naib Presiden Kanan Felcra Berhad menyertainya. Penyertaan Datuk Ramli diumumkan pesurujaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Himpunan Hijau Pahang malam ini. Ramli menyerahkan borang penyertaannya ke dalam PAS kepada Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang di depan puluhan ribu rakyat Pahang yang memenuhi Dataran Kerdau.

Gambar ~ Ramli [kanan sekali] berada di pentas bersama Datuk Fauzi dan Tuan Guru Abdul Hadi.


Tuan Ibrahim ketika mengumumkan penyertaan Ramli berkata, PAS Pahang mempunyai 10 tokoh yang ingin menyertai PAS. "Malam ini kita umumkan satu dahulu," Tuan Ibrahim dengan disambut teriakan takbir dan kibaran bendera PAS.

Puluhan ribu yang memenuhi Dataran Kerdau dalam Himpunan Hijau peringkat negeri Pahang

Kibaran bendera di majlis anjuran PAS merupakan fenomena baru. Ia bermula di Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Alor Setar sebelum ini. Ramli dilahirkan, dibesarkan dan bersekolah di Temerloh sebelum melanjut pelajaran ke universiti dalam bidang ekonomi.

Beliau merupakan tokoh teknokrat terbaru yang menyertai PAS menjelang pilihanraya umum ke 13 ini.

Hak demokrasi

Turut berucap dalam himpunan kali ini adalah Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Dalam ucapannya, Fauzi menyeru rakan sepasukannya sebelum inin sebagai pihak pelaksana undang-undang memberikan keadilan kepada semua.

Beliau juga menyeru semua pihak agar melaksanakan sepenuh tuntutan Islam dan bersabar dalam menghadapi kerenah semua pihak dalam menyeru ke arah kebaikan.

"Bila saya isytihar masuk PAS, ada orang tuduh saya pengkhianat kepada negara. Suka saya tegas saya tidak khianat. Kalau sebelum ini saya menjalankan tugas setimpal dengan gaji yang saya terima. Sekarang saya menjalan tugas dan hak demokrasi saya untuk menyuarakan pandangan saya," kata Fauzi.

Pada sebelah petang, dalam majlis Ekpresi Hijau Anak Muda, penyanyi yang baru menyertai PAS, Aishah turut memberikan ucapan. ~bloglist

Imam Muda Di Gantung Kerana Benarkan Tuan Guru Nik Aziz Jadi Imam

Posted: 01 Jul 2012 06:14 PM PDT


Berita terkini: imam muda masjid jamek pasir gudang telah di gantung kerana membenarkan Tuan Guru Nik Abd Aziz sembahyang jumaat dan menjadi iman di masjid jamek pasir gudang johor...nie la politik kotor yg di buat oleh puak2 yg sggup m'gadaikn agama demi politik di malaysia.

Addin :

Berita nih dari fb (rujuk sini ) yang di sebarkan oleh Ameno World. Kesahihan berita nih belum di pastikan. Sama-samalah kita nantikan. Tapi yang pasti, TGNA memang tidak dibenarkan menjadi imam di negeri pemerintahan Umno BN. Addin masih ingat lagi, semasa pemerintahan PR di Perak pun TGNA tidak dibenarkan menjadi imam. Umno akan menggunakan segala pengaruhnya bagi menyekat perkara ini.



Tiada ulasan: