Selasa, 10 Julai 2012

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Video: Bagaimana Lelaki Ini Curi TV Yang Besar Tapi Tidak Kantoi

Posted: 09 Jul 2012 11:00 PM PDT


Kejadian ini agak pelik dan tindakan pencuri kalau dilihat dalam video tidak nampak dia mengeluarkan sebuah televisyen yang besar dan kita akan dapat melihat televisyen itu setelah dia keluar dari kedai tersebut. Sama-sama kita lihat video.

Bunuh dan Bakar Ibubapa

Posted: 09 Jul 2012 09:00 PM PDT



JAKARTA: Sepasang suami isteri warga emas di bandar Tangerang ditikam dan dibakar hingga mati oleh anak lelaki mereka yang mengakui melakukan jenayah itu, kata polis. semalam.

Pasangan dikenal pasti sebagai Yo Ribut dan isterinya, Lie Sek Nio, masing-masing berusia 60 tahun adalah penjaja ladu siomay. Mayat mereka ditemui di kediaman mereka di daerah Karang Sari Jumaat lalu.

Polis berkata, Yo dan Lie dibunuh oleh anak ketiga mereka, Budi yang melaporkan kematian pasangan itu kepada adik-beradiknya.

Kakak tertuanya, Santi melaporkan Budi kepada polis selepas dia tidak menunjukkan tanda simpati atau kesal mengenai kematian ibu bapa mereka.

Polis dari balai bandar Tangerang menyoal siasat Budi dan kemudian menahannya sebagai suspek atas kematian pasangan itu.

"Ibu bapa saya sangat baik kepada semua. Mereka tidak pernah ada masalah dengan jiran tetangga," kata Santi.

Adik-beradik lain, Encan berkata, dia mengesyaki Budi membunuh ibu bapa mereka bagi membayar hutang judinya.

"Kamu memang anak derhaka. Kamu disumpah kerana membunuh ibu bapa kita hanya kerana wang," kata Encan memarahi Budi ketika polis membawanya dari kediaman itu.

Menurut jiran, Budi tidak bekerja, tidak seperti adik-beradiknya yang lain dan mempunyai reputasi sebagai pencetus masalah dalam keluarga ekoran suka berjudi.

Ketua Polis bandar Tangerang, Komisioner Kanan Wahyu Widada mengesahkan pihaknya menamakan Budi sebagai suspek utama dalam dua kes bunuh itu. "Bukti yang kami temui di tempat kejadian dan keterangan daripada sebilangan saksi mendorong polis menahan Budi," katanya. 

Mayat pasangan suami isteri itu dibawa ke hospital Tangerang untuk bedah siasat. 

Tribunenews

Komputer Boleh Bawa Maut

Posted: 09 Jul 2012 06:30 PM PDT



SINGAPURA: Seorang pelajar Universiti Nasional Singapura (NUS) yang berusia 25 tahun ditemui mati di sebelah mejanya selepas bermain permainan komputer semalaman, lapor Shin Min Daily, semalam.

Mayat pelajar tahun tiga, Xu Kaixiang ditemui rebah di lantai bersebelahan komputer yang masih dibuka di kediamannya Ketika diwawancara akhbar, bapanya berkata, anak lelakinya memerap di rumah bermain komputer sejak akhir-akhir ini kerana dia tidak perlu menghadiri kuliah kerana sedang bercuti.

Xu berkata, anak lelakinya kadangkala meluangkan masa sepanjang malam bermain permainan komputer.

"Ketika saya bersedia untuk tidur kira-kira jam 1 pagi, saya lihat dia di depan komputer. Ketika saya dan isteri bangun pada jam 6.45 pagi, kami lihat dia berbaring di lantai ruang tamu dengan komputer masih dibuka," katanya. 

Shin Min Daily

Makan Nasi Berulat

Posted: 09 Jul 2012 04:36 PM PDT



SEPANG: "Saya serik di dalam penjara negara itu kerana kadangkala terpaksa makan nasi yang berulat disebabkan kapisiti penjara terlalu padat dan ramai," kata mangsa keldai dadah K Punithamani, 55, yang selamat pulang ke tanah air, selepas meringkuk empat tahun di dalam penjara di Peru.

Dia yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, jam 3.30 petang semalam.

Namun, sebaik tiba di KLIA dan sebelum dibenarkan keluar dari lapangan terbang itu, dia terpaksa menjalani proses soal siasat selama hampir tiga jam oleh Polis Antarabangsa (Interpol), Jabatan Narkotik dan Jabatan Imigresen. 

"Saya tidak sangka dapat pulang ke bumi Malaysia, saya sangka saya akan mati di Peru. Terima kasih kepada semua yang terbabit dalam proses membawa saya pulang," katanya.

Punithamani dari Kuala Lumpur, dikatakan terjerat menjadi mangsa keldai dadah selepas dia terpedaya dengan satu sindiket yang menggunakan modus operandi menawarkan peluang perniagaan berunsurkan emas dan berlian pada 2007. 

Disebabkan percaya dengan pihak terbabit, pada tahun berkenaan dia tidak teragak-agak untuk menjalankan urusan berkenaan di Sepanyol, sebelum diminta ke Peru bagi mendapatkan stok barangan, kononnya membabitkan emas dan berlian. 

Namun, sebaik tiba di negara Amerika Selatan itu, dia dipaksa oleh dua lelaki bersenjatakan pistol untuk membawa sebuah beg ke Itali pula. Tetapi, di lapangan terbang di Peru iaitu dalam perjalanannya ke Itali, dia ditahan pihak berkuasa negara berkenaan, sebelum didapati bersalah, sekali gus dijatuhi hukuman penjara empat tahun sehingga 2010. 

Selepas dibebaskan dari penjara, dia terpaksa menjalani perintah parol selama dua tahun dan menetap di Gereja Convent. Sebaik tamat hukuman pada April lalu, dia dikehendaki meninggalkan Peru kerana jika tidak, dia boleh dipenjarakan semula atas kesalahan tinggal secara haram di negara berkenaan.

Punithamani yang kini menarik nafas lega turut mengambil kesempatan menasihatkan semua rakyat Malaysia terutama wanita supaya berhati-hati jika ingin membabitkan diri dalam sebarang bidang perniagaan supaya tidak terjebak dalam kancah tidak sepatutnya.

"Siasat dulu segala maklumat mengenai mereka yang terbabit supaya tidak melalui nasib malang seperti dialami saya," katanya.

Sementara itu, Muhd Khairun berkata, nasib malang menimpa wanita terbabit adalah satu contoh kes sindiket dadah yang menjadikan wanita sebagai keldai dadah, tetapi kali ini membabitkan warga tua.

"Kami menyeru pihak kerajaan supaya lebih tegas mengenai kemasukan warga asing ke negara ini terutama dari Amerika Selatan dan Nigeria," katanya.

Tiada ulasan: