RAKYAT MARHAEN |
- The Search for Colo. Theater Shooting Victims
- Police: Colo. Suspect Bought Guns in Last 2 Mos.
- 12 Killed, 59 Hurt in Colo. Theater Shooting
- Sights and Sounds: Colorado Theatre Shooting
- Outsourcing addiction
- Tidak guna artis sertai Pakatan Rakyat jika hanya mahu berceramah, kata Zunar
- MUFSIDUN.....KENA SEBIJIK...!!!
- Debat Rasuah: Mahathir vs Najib
- Demi Kemuliaan Ramadhan - Hapuskan Segala Kezaliman
- Pemimpin bermewah : Rakyat masih menanti bantuan JKM
- Duit Haram Jadah : Cybertrooper Umno dapat peruntukan RM300,000 sebulan
- Pra PRU : Sokongan bukan Melayu meningkat kepada PR, bukan BN
- PM PENAKUT, MENTERI DALAM NEGERI PULA LEMBAB
- Ramadhan : Makanan bersih, pengguna selamat....Boikot peniaga tamak dan kotor...!!
- Waspada hadiah Ramadhan, SPRM beri amaran...!!
- Dosa ‘Tanggang’ dibalas tunai....
- JI-KOMUNIS : Kalau Menteri KDN Sendiri Tak Tahu, Tangkap Segera SB Itu!
- 86pc of cops busy with paperwork, spying activities, says DAP MP
- DUBIOUS numbers used to 'MANUFACTURE' the so-called Water Crisis?
- Majlis Ulama sayap Umno masih dibincang..!!! Macam mana nak laksana Hudud nie....??
- Transformasi kebudayaan Arab dikalangan Melayu
- Isu saham FGVH : Anak mahu PKNK minta maaf
- AIR : MODAL POLITIK PRU 13...!!! SABOTAJ...!!! MANGSANYA TETAP PENGUNDI....!!!!
- TAHUKAH ANDA : Skim Mikrokredit Miskin Bandar
- Nik Nazmi: Minta Polis Dedah Siapa Pemimpin PR Terbabit Pengganas
The Search for Colo. Theater Shooting Victims Posted: 20 Jul 2012 08:33 PM PDT | |
Police: Colo. Suspect Bought Guns in Last 2 Mos. Posted: 20 Jul 2012 08:32 PM PDT | |
12 Killed, 59 Hurt in Colo. Theater Shooting Posted: 20 Jul 2012 08:30 PM PDT | |
Sights and Sounds: Colorado Theatre Shooting Posted: 20 Jul 2012 08:29 PM PDT | |
Posted: 20 Jul 2012 08:28 PM PDT | |
Tidak guna artis sertai Pakatan Rakyat jika hanya mahu berceramah, kata Zunar Posted: 20 Jul 2012 08:22 PM PDT KUALA LUMPUR, 21 Julai — Kartunis terkenal Zulkiflee Anwar Haque (Zunar) membidas golongan artis arus perdana yang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya berceramah dan tidak terus berkarya sebagai seniman dan budayawan. Read More / Baca Lagi >>Menurut Zunar lagi, yang menjadikan keadaan lebih parah adalah apabila golongan artis yang menyertai PR ini mula berceramah agama dan menyesali kehidupan lama mereka sebagai seorang seniman. "Apa yang saya dapati sekarang ini, mereka (artis) hanya berceramah," kata Zunar dalam temubual bersama The Malaysian Insider baru-baru ini. "Fenomena ini (kemasukkan artis beramai-ramai menyertai PR) sudah berlaku beberapa bulan, apabila berada dipentas PR, mereka berceramah, kadangkala berceramah Ugama lagi Kartunis aktif dengan parti pembangkang semenjak tahun 1998 itu merasakan tidak wajar fenomena artis berceramah ini diteruskan kerana menurutnya artis perlu terus berkarya dan hasilkan karya-karya yang kritikal kepada Barisan Nasional (BN) kerana ini lebih membantu PR daripada selama-lamanya berceramah. | |
MUFSIDUN.....KENA SEBIJIK...!!! Posted: 20 Jul 2012 08:04 PM PDT Nie pun termasuk dalam kategori MUFSIDUN jugak neh... Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melabel peserta Bersih sebagai 'mufsidun' yang bermaksud golongan membuat kerosakan perpaduan antara kaum dan sesama umat Islam dan imej negara. Najib berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dalam Majlis Perhimpunan Perdana warga imam dan ahli jawatankuasa masjid seluruh negara di Serdang pagi semalam. "Istilah yang digunakan Najib itu tidak tepat sama sekali, peserta yang mengambil bahagian dalam Bersih termasuklah sasterawan negara, A. Samad Said, ilmuan agama, peguam dan ahli profesional, adakah mereka semua 'mufsidun'?" soal Mohd Nor. Menurut Muhamad Nur, istilah 'mufsidun' sepatutnya digunakan dalam konteks yang 'syumul' iaitu secara menyeluruh, bukan hanya kerana rakyat berhimpun menuntut keadilan terus dilabel sedemikian rupa. "Mereka yang hadir pada himpunan 28 April lalu lebih sesuai digelar 'al-muslihun' kerana mereka berjuang memperbaiki sistem pemerintahan negara yang semakin korup dan zalim," katanya. "Bukan hanya tok imam yang perlu jadi 'muslihun', tapi setiap orang, tak kira pengamal undang-undang, pegawai kerajaan malah pemimpin sendiri, bukannya ambil duit rakyat kemudian mengagihkan sesama keluarga mereka," sindirnya. | |
Debat Rasuah: Mahathir vs Najib Posted: 20 Jul 2012 07:50 PM PDT | |
Demi Kemuliaan Ramadhan - Hapuskan Segala Kezaliman Posted: 20 Jul 2012 07:47 PM PDT As-Sunnah mendidik kita agar mempersiapkan diri menghadapi ramadhan iaitu sekurang-kurangnya dua bulan sebelum Ramadhan. Ini dapat dihayati melalui doa yang sering dibaca oleh nabi SA "Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan" Islam bukan agama untuk urusan rasmi seperti yang digambarkan oleh Hujjatul Islam Imam al-Ghazali terhadap golongan al-Mutarasimun: iaitu golongan yang mengamalkan agama yang bersifat rasmi sahaja tanpa penghayatan mendalam. Menghayati Islam sepenuh jiwa kita mampu menterjemahkan maksud Ramadhan iaitu kepanasan. Atau secara lebih mendalam ialah orang yang berpuasa akan diampunkan dosa dan disucikannya. Hapuskan Segala Kezaliman Read More / Baca Lagi >> | |
Pemimpin bermewah : Rakyat masih menanti bantuan JKM Posted: 20 Jul 2012 07:40 PM PDT Lebih membingungkan, dengan hanya bergantung pada duit pencen sebanyak RM700 dan pendapatan suaminya, Omar Mat Diah, 61 yang bekerja sebagai tukang kebun di sekolah, Saadiah juga terpaksa menanggung ibunya, Yang Peah Awang, 100, yang sudah uzur. "Suami saya seorang orang kurang upaya (OKU) sejak mengalami kemalangan jalan raya 16 tahun lalu. Manakala ibu saya pula sudah uzur serta tidak mampu menguruskan dirinya lagi. "Sebelum ini, pendapatan kami sekeluarga bergantung pada suami yang bekerja dengan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Read More / Baca Lagi >> | |
Duit Haram Jadah : Cybertrooper Umno dapat peruntukan RM300,000 sebulan Posted: 20 Jul 2012 07:33 PM PDT DALAM sebuah artikel di blog Papa Gomo, blogger kaki lucah Barisan Nasional itu mendedahkan bahawa cybertroopers upahan di bawah Unit Media Baru, UMB mendapat peruntukan sebanyak RM300,000 sebulan. Difahamkan, dalam artikel itu Papa Gomo menggesa agar peruntukan RM300,000 dikeluarkan kerajaan kepada Unit Media Baru Umno dinaikkan lagi bagi meningkatkan keberkesanan propaganda mereka di alam maya [Papa Gomo]. Sebulan RM300,000 kali 12 bulan setahun, maka RM3.6 juta diperuntukan oleh Umno setahun untuk mengupah cybertrooper mereka menyerang di internet. Tidak hairanlah blog-blog pro Umno bercambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Apa yang menariknya, ada sebuah blog Umno melakukan fitnah kononnya Jingga 13 kelolaan Cikgu Fariz Musa membayar upah kepada cybertrooper Pakatan Rakyat. Banner fitnah dibawah ini dicipta sebagai taktik "black operation". Oleh kerana mereka dapat bayaran dan peruntukan, maka mereka sangka orang lain pun terima bayaran seperti mereka. Ternyata mereka silap. Banner fitnah ini terkantoi apabila perkataan "Cybertroopers" digunakan. Buat pengetahuan anda Jingga 13 tidak menggelarkan ahli mereka sebagai "Cybertroopers" kerana tidak mahu menyerupai Umno. | |
Pra PRU : Sokongan bukan Melayu meningkat kepada PR, bukan BN Posted: 20 Jul 2012 07:27 PM PDT Beliau menjelaskan, tidak berlaku perkara seumpamanya ketika ini, sebaliknya sokongan masyarakat tersebut semakin bertambah kepada pembangkang sebaik sahaja tsunami politik pada pilihan raya umum lepas. Hanafiah berkata, sokongan itu tidak pernah menurun kerana adanya kebangkitan untuk mengubah kerajaan sedia ada. | |
PM PENAKUT, MENTERI DALAM NEGERI PULA LEMBAB Posted: 20 Jul 2012 07:26 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS SEMAKIN hampir Pilihanraya Umum, semakin gila kerja puak-puak ini. Tidak puas dengan berita fitnah terhadap pimpinan PR, puak-puak sekutu APCO ini berterusan mencari jalan untuk memper'lembu'kan rakyat agar terus menyokong parti yang sedang nazak itu sekarang. Memeranjatkan juga, sampai ke tahap mempergunakan pihak keselamatan untuk cuba memperbodohkan rakyat. Kisah bagaimana seorang Pegawai dari Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian dengan selambanya melaporkan "Terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan Komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon dalam PRU akan datang. Katanya, Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan Komunis cuba meresapi DAP. Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana." (Bernama). | |
Ramadhan : Makanan bersih, pengguna selamat....Boikot peniaga tamak dan kotor...!! Posted: 20 Jul 2012 07:16 PM PDT
SEJAK awal Ramadan, Nurdini Mohamad Ali, 11, teringin benar menjamah otak-otak dan air batu campur. Hasrat pelajar perempuan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, Klang, Selangor itu akhirnya terlaksana selepas bapanya, Muhammad Ali Khir, 38, membeli kedua-dua juadah tersebut di sebuah bazar Ramadan selepas beberapa hari menjalani ibadah puasa. Namun, tidak lama selepas menikmati hidangan itu, kanak-kanak tersebut mengalami muntah dan cirit-birit. Selain Nurdini, hampir seluruh keluarga yang terdiri daripada ibu, bapa dan empat orang abangnya mengalami gejala yang sama. Keadaan Nurdini bagaimanapun jauh lebih kritikal berbanding ahli keluarganya yang lain. Melihat keadaan Nurdini itu, Muhammad Ali segera membawa anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di Klang, Selangor. Namun sebaik tiba di hospital, keluarganya akur dengan takdir yang ditentukan Allah apabila doktor mengesahkan Nurdini meninggal dunia. Nurdini meninggal dunia akibat komplikasi makanan tercemar. Biarpun peristiwa itu berlalu setahun yang lalu, namun pemergian Nurdini cukup terkesan kepada ahli keluarganya. Bapa mangsa, Muhammad Ali Khir, 38, reda dengan apa yang telah menjadi ketentuan tanpa menyalahkan sesiapa. Jauh di sudut hati Muhammad Ali, beliau berharap insiden yang serupa tidak berulang kepada orang lain. Kehilangan anaknya itu harus dijadikan iktibar oleh para peniaga yang menjalankan perniagaan makanan pada bulan Ramadan. Jaga kebersihan Read More / Baca Lagi >> | |
Waspada hadiah Ramadhan, SPRM beri amaran...!! Posted: 20 Jul 2012 07:13 PM PDT Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Sutinah Sutan berkata, sekiranya kakitangan berkenaan terpaksa menerima pemberian berbentuk hamper dan sebagainya di majlis tertentu, mereka dinasihatkan menyerahkan hadiah itu kepada ketua jabatan masing-masing. | |
Dosa ‘Tanggang’ dibalas tunai.... Posted: 20 Jul 2012 07:08 PM PDT | |
JI-KOMUNIS : Kalau Menteri KDN Sendiri Tak Tahu, Tangkap Segera SB Itu! Posted: 20 Jul 2012 07:05 PM PDT Kit Siang bidas Najib dan Hishammuddin, persoal mengapa SB dibenar sebar berita karut KUALA LUMPUR, 20 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mesti memberi penjelasan mengapa polis Cawangan Khas (Special Branch) diberi imuniti dan kebenaran untuk menyebarkan berita 'karut' bahawa pengganas Jemaah Islamiyah (JI) dan bekas anggota komunis telah meresap masuk ke dalam parti Pakatan Rakyat (PR) dan akan menjadi calon dalam pilihanraya yang akan datang, kata ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang. Semalam laporan Bernama melaporkan Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dalam Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen, telah mendakwa elemen JI sedang meresap kedalam PAS sementara elemen komunis sedang cuba untuk meresap kedalam DAP. Read More / Baca Lagi >> | |
86pc of cops busy with paperwork, spying activities, says DAP MP Posted: 20 Jul 2012 07:01 PM PDT "Barely 14 per cent of the uniformed police force is in crime-related departments," he said, referring to the criminal investigation, narcotics and commercial crime investigation departments in the Royal Malaysian Police (RMP). Read More / Baca Lagi >> | |
DUBIOUS numbers used to 'MANUFACTURE' the so-called Water Crisis? Posted: 20 Jul 2012 06:59 PM PDT Chinese Taoist philosopher Lao Tzu said "nothing in the world is more flexible and yielding than water", obviously referring to its nature which can flow through even the hardest of rocks. In the case of Malaysia, the pattern of water flow is what we need to bank on, among other data, to obtain authentic numbers to check if Syabas has indeed been manufacturing a water crisis and triggering panic amongst the seven million people who reside in Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya, by furnishing us with unverified numbers. In the last few days, the water crisis rhetoric reached unprecedented levels when Syabas linked infrastructure - NGOs, local print and electronic media and elements within the Ministry of Energy, Green Technology and Water – collectively screamed that water rationing was imminent. Intertwined | |
Majlis Ulama sayap Umno masih dibincang..!!! Macam mana nak laksana Hudud nie....?? Posted: 20 Jul 2012 06:52 PM PDT Menurutnya, cadangan itu masih dalam pertimbangan kerana Umno tidak mahu penubuhan Majlis Ulama itu dianggap terlalu bersifat kepartian. "Saya kemuka cadangan dua tahun lalu untuk wujudkan sayap Majlis Ulama Umno seperti sejarah awal penubuhan parti ini. "Tetapi kita takut orang ramai akan menganggap apa sahaja fatwa dikeluarkan Majlis Ulama ini hanya untuk politik," katanya. | |
Transformasi kebudayaan Arab dikalangan Melayu Posted: 20 Jul 2012 06:50 PM PDT 21 JULAI — Ramadhan kembali lagi, sedar tak sedar cepat sungguh masa berlalu. Rasanya seperti baru semalam kita merayakan aidilfitri. Ertinya, masa terus bergerak meninggalkan kita. Umat Islam bergembira menyambut kehadiran bulan yang mulia ini. Setiap tahun kita akan mendengar azam untuk kearah kebaikan. Habis saja Ramadhan, kita terlupa dan kembali ke perangai lama. Dua hari lalu, saya ke sebuah pusat membeli-belah yang lama di Shah Alam. Terkejut apabila sebaik sahaja masuk dari pintu hadapan, sudah terlihat jualan murah Hari Raya. Sudah pasti si penjual ini bijak dan memahami selera pengunjung. Baju kurung, baju Melayu, songkok semuanya ada. Itu tidak mengapa kerana itu memang pakaian tradisi. Read More / Baca Lagi >> | |
Isu saham FGVH : Anak mahu PKNK minta maaf Posted: 20 Jul 2012 06:42 PM PDT SHAH ALAM - Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyifatkan langkah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) membeli saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) sebagai sesuatu yang malang dan mahu ia meminta maaf. Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, tindakan PKNK itu juga telah mengguris hati banyak pihak yang menentang dan sehingga kini berjuang untuk membatalkan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia. Kata beliau, PKNK sepatutnya mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Kedah terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli saham FGVH. Read More / Baca Lagi >> | |
AIR : MODAL POLITIK PRU 13...!!! SABOTAJ...!!! MANGSANYA TETAP PENGUNDI....!!!! Posted: 20 Jul 2012 06:38 PM PDT KUALA LUMPUR, 21 Julai — Perlawanan panjang dan tuding menuding antara kedua Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) dalam rangka untuk mengawal sumber air di Selangor merupakan negeri terkaya di Malaysia telah membuka mata ramai tentang berapa banyak jumlah wang yang bakal dipertaruhkan dan berpotensi menjadi satu lagi contoh kegagalan projek penswastaan era Mahathir. Read More / Baca Lagi >>Krisis ini juga boleh mempengaruhi undi dalam pilihan raya akan datang di Selangor dan Kuala Lumpur, bergantung kepada siapa yang bakal disalahkan sekiranya bekalan air mereka terputus. PR sekarang ini memerintah Selangor dan memenangi 10 daripada 11 kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Minggu lalu, rakyat Selangor dan Kuala Lumpur dikejutkan apabila Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) mengatakan bahawa catuan bekalan air mungkin terpaksa dilakukan akibat daripada simpanan bekalan air bersih yang semakin berkurangan. | |
TAHUKAH ANDA : Skim Mikrokredit Miskin Bandar Posted: 20 Jul 2012 06:28 PM PDT | |
Nik Nazmi: Minta Polis Dedah Siapa Pemimpin PR Terbabit Pengganas Posted: 20 Jul 2012 06:27 PM PDT PETALING JAYA 21 JULAI: Pihak Cawangan Khas, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dicabar mendedahkan dakwaan mereka terdapat pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang terlibat dalam gerakan Jemaah Islamiah (JI) dan Komunis di negara ini. Kegagalan polis berbuat demikian membuktikan dakwaan tersebut sengaja direka bagi membantu Umno-BN mempertahankan kuasa dalam pilihan raya akan datang. "Kalau ada bukti sila dedahkan, kami pun nak tahu siapa individu terbabit, tetapi kalau tiada bukti mereka perlu minta maaf. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan