Komentar Kini |
Datuk Nasir masih tidak puashati? Posted: 20 Jul 2012 06:33 PM PDT Sememangnya Datuk Nasir Ibrahim Fikri anak bekas menteri Terengganu yang berhenti kerana terbabit dengan kes rasuah masih tidak puashati. Bayangkan, Anak bekas orang besar dalam umno seperti Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Hismuddin Huseein berjaya dalam cita cita masing masing. Datuk Seri Najib Razak pernah menjadi menteri besar Pahang , menteri kabinet, timbalan perdana menteri dan perdana menteri. Datuk Seri Hismuddin Husein dapat jadi menteri dalam kabinet. Akan tetapi dia (Nasir) hanya Berjaya jadi ahli parlimen saja setakat ini, sedangkan sudah lama dia memasang cita cita untuk jadi menteri besar Terengganu dan menteri kabinet.Tapi gagal. Atas sebab itulah dia bertungkus lumus dan berusaha sedayaupaya untuk mencapai cita cita yang dipasang selama ini. Untuk dilantik sebagai menteri Kabinet sudah begitu jauh dan usah harap Najib memilihnya, kerana ada tokoh lain dari Terengganu yang lebih layak di lantik sebagai menteri. Kini beliau (Nasir) dikatakan akan dilantik sebagai menteri besar Terengganu selepas PRU 13 nanti. Itulah berita yang tersebar secara meluas buat masa ini.Lebih lebih lagi hubungannya dengan Sultan Mizan begitu akrab. Persoalan yang timbul, DUN manakah yang akan diberi bertanding oleh UMNO Malaysia pada PRU 13 nanti.Ia masih jadi teka teki lagi. PRU 12 nama beliau tiada dalam senarai sebagai calon ADUN ke atau calon Parlimen ke.Akhirnya dia diletak bertanding Parlimen Kuala Nerus atas sebab pertama, beliau terlalu licik dalam politik namanya timbul semula miskipun sudah tenggelam atas sebab kedua, terlalu akrab dengan Agong masa tu. Pada saya ruang untuk beliau jadi menteri Besar Terengganu selepas PRU 13 mungkin sudah tertutup, kerana tokoh lain yang dikatakan lebih berwibawa berbandingnya sudah mula disebut sebut akan dilantik mengganti Datuk Seri Ahmad said. Sebelum ini nama yang disebut sebut akan dilantik sebagai menteri Terengganu tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Jailani setiausaha politik Najib. Nama itu sudah terkubur, kerana umno Setiu tidak sekali merestuinya. Datuk Wan Ahmad Wan Omar timbalan pengerusi SPR juga pernah disebut akan dilantik sebagai menteri besar Terengganu selepas PRU 13 juga gagal dinobat kerana Datuk Wan Ahmad timbalan Setiausaha kerajaan juga mahu mencuba nasib bertanding di DUN Wakaf Mempelam. Dua nama akhir akhir ini disebut sebut akan mengganti Ahmad Said ialah tak lain dan tak bukan ialah Datuk Syaberi Chik menteri Belia dan sukan dan nama Azmi Abdul Rahman bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus yang menjadi mangsa percaturan licik politik Nasir pada PRU 12. Beliau dikatakan akan bertanding DUN Bukit Tunggal PRU 13 ini. Ada kemungkinan Nasir akan balik Kampung asal kelahirannya tiada dalam senarai calon walaupun ada cerita, Razif Abdul Rahman ADUN Sebarang Takir dan juga EXCO akan diberi tempat untuk bertanding sebagai ahli parlimen Kuala Nerus. Ini adalah cerita yang saya dengar dari sumber sumber yang boleh dipertanggungjawab dan di percaya benar dan berasas. |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan