Selasa, 3 Julai 2012

PERAKITE

PERAKITE


Posted: 03 Jul 2012 03:42 AM PDT

Posted: 03 Jul 2012 03:32 AM PDT

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan menjawab dakwaan oleh penulis blog Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang didakwa mengaibkan ayahandanya Sultan Iskandar.

"Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini.

"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya lagi apabila ditanya mengenai dakwaan Syed Abdullah yang juga dikenali dengan nama Uncle Seeker.

Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan seorang lagi pengguna Twitter berhubung tindakan yang akan diambil ke atas Syed Abdullah.

"Apabila orang ingin menjatuhkan anda, ia hanya bermakna anda berada dia atas mereka, maka jangan sedih," katanya lagi.

Laporan Bernama pada Ahad lalu menyebut, tiga puluh individu membuat laporan polis ke atas Syed Abdullah berhubung penyiaran tulisan di blog uncleseekers.blogspot.com itu.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah.

Penamatan khidmat KPPA Abu Bakar ..satu sabotaj?

Posted: 02 Jul 2012 08:47 PM PDT


Penamatan khidmat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah, 57, sebelum genap tempoh usia 60 tahun bakal menghangatkan politik Malaysia.

Selepas blog pro-Umno mendakwa, Ketua Pengarang Kumpulan NSTP Abdul Jalil Hamid cuba menikam Datuk Seri Najib dari belakang dengan menyiarkan berita kekesalan Abu Bakar selepas ditamatkan khidmat, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memanggil satu sidang media khas esok.

Dua blog pro Umno, kesal dengan laporan Berita Harian yang meyiarkan kekesalan Abu Bakar ditamatkan perkhidmatan selepas disebut-sebut sebelum ini sebagai bakal Ketua Setiausaha Negara yang baru.

Namun sebaik sahaja KSN yang baru, Datuk Seri Ali Hamsa dilantik, beliau ditamatkan perkhidmatan pada 1 Julai bukan atas permintaannya.

Wartawan veteran dan Datuk Ahiruddin Atan yang menulis di rockybru.com.my berkata beliau bimbang kerana penulis blog pro-establishment berasa tidak senang dengan kumpulan akhbar NSTP, terutama pengarang urusan kumpulan kanannya, Datuk Jalil Abdul Hamid.

Satu lagi blog pro-Umno, Unspinners pula menyifatkan laporan Berita Harian itu (gambar) sebagai satu "sabotaj" ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menuntut supaya Jalil dipecat.

Abu Bakar dalam Berita Harian dilaporkan sebagai berkata beliau tidak bersara namun khidmatkan diberhentikan oleh kerajaan.

Berita Harian melaporkan, Abu Bakar berkata beliau menerima surat penamatan khidmatnya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam yang menyatakan bahawa khidmatnya berakhir pada 1 Julai.

Tambahnya, beliau berhasrat untuk bersara pada usia 60 tahun namun disebabkan penamatan awal itu, kuantum pencen dan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjanya hanya dikira sehingga 30 Jun tahun ini.

Abu Bakar, 57, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun.

Tiada ulasan: