PENYAPU SIAL |
- isteri ketua mafia rupanya......pengerusi kelab isteri liar berlagak jadi menteri......
- Padan Muka.... Kerana Asyik Jadi Tukang Fitnah ....Utusan, TV Giler 3 Suku di saman RM100 juta
- jangan lupa.....mahafiraun mahapukimak telah mengambil kesempatan atas kezaliman Sultan Johor
isteri ketua mafia rupanya......pengerusi kelab isteri liar berlagak jadi menteri...... Posted: 11 Jul 2012 07:31 AM PDT Rosmah Cuba Ambil Alih Jawatan Menteri? Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan untuk mewajibkan guru-guru taman asuhan kanak-kanak mengikuti kursus anjuran permata membuktikan beliau cuba mengambil alih jawatan Menteri wanita yang di pegang suaminya. Apa jawatan Datin Sri Rosmah itu? Kenapa dia pula yang umum nak wajibkan kursus Permata? Adakah dia Menteri Pelajaran atau apa? Yang jadi Menteri Wanita dan Kebajikan ni adalah suami dia bukannya dia, jadi kenapa dia pula yang nak jadikan ia sebagai satu dasar? Orang yang buat dasar mewajibkan kursus atau apa sahaja mestilah seseorang yang medapat mandat rakyat, bukannya berdasarkan kedudukan beliau sebagai isteri Perdana Menteri... Pengalaman panjang dan pengetahuan pengusaha taska di negara ini juga boleh dijadikan sumber rujukan oleh kerajaan untuk melaksanakan sesuatu dasar. Kementerian perlu mencari orang yang pakar mengkaji secara menyeluruh apa yang patut dilakukan, bukannya kerana desakan politik atau hendak menonjolkan Projek Permata itu yang semata mata topeng untuk merompak khazanah rakyat melalui program program yang telah di kelabu asap oleh beliau . Ada banyak pengusaha taska yang telah beroperasi berpuluh tahun dan mempunyai pelbagai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini. Kenapa kita tidak kumpulkan mereka ini dan mereka boleh berikan input terbaik daripada mereka, jadi sebab itulah Menteri yang mendapat mandat rakyat untuk buat dasar ini dan bukan di arahkan oleh sesiapa yang tidak berkenaan . Kita juga tidak menolak kemungkinan bahawa ‘pengumuman’ Rosmah tersebut sebagai salah satu usaha beliau untuk meraih publisiti dari masyarakat umum...
Rosmah: Taska swasta wajib ikut kursus Permata KUALA LUMPUR - Bermula tahun depan, semua pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) swasta serta para tenaga pengajarnya dikehendaki menghadiri Kursus Permata untuk menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Beliau berkata, untuk tujuan itu, pihak Permata dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang dalam proses merangka pelan peralihan bagi membolehkan Kursus Permata dan Kurikulum Permata diguna pakai oleh semua taska swasta di seluruh negara. Rosmah yang juga Penaung Permata Negara berkata, semasa dalam tempoh peralihan, pihak Permata akan menganjurkan kursus-kursus melatih para pelatih bagi membolehkan tenaga pengajar swasta melaksanakan Kursus Permata untuk pendidik mereka. "Di samping itu, pihak Permata juga akan menganjurkan kursus ulang kaji mengenai Permata kepada tenaga pendidik yang sedia ada agar dapat memakai Kurikulum Permata," katanya ketika berucap merasmikan Pusat Anak Permata Negara Kerinchi di PPR Kerinchi di sini, hari ini. Turut hadir pada majlis itu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Salleh Yusop serta Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin Hassan. Menurut Rosmah sehingga kini, pemakaian Kurikulum Permata hanya melibatkan Taska di bawah kelolaan kerajaan di seluruh negara sahaja yang dijadikan sebagai garis panduan Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan sejak 2009. Mengenai Pusat Anak Permata Negara Kerichi, Rosmah berkata walaupun dibina bahagian bawah rumah pangsa, namun ia mempunyai ciri binaan yang sesuai, selamat dan menyeronokkan untuk kanak-kanak. "Walaupun terdapat kekangan keluasan tanah, namun pusat ini masih mempunyai kawasan untuk aktiviti pembelajaran luar yang sememangnya penting bagi perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Beliau berharap lebih banyak pusat seperti itu dapat dibuka di kawasan rumah pangsa untuk manfaat anak-anak sebagai permulaan kepada kehidupan yang lebih baik. Rosmah berkata penubuhan pusat berkenaan agak unik kerana ia diwujudkan atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri semasa lawatan turun padang beliau ke Lembah Pantai pada akhir Januari lalu. "Penubuhan pusat ini adalah sebahagian daripada janji Perdana Menteri yang telah ditepati untuk menyediakan sebuah pusat asuhan dan didikan kanak-kanak yang berkualiti kepada kanak-kanak di kawasan Kerinchi," katanya. - Bernama
penyapu sial
Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Najib, Rosmah Mansor Najib nampaknya tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah. Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat. Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang didakapnya saban malam. Pengumuman tu untuk menghalalkan duit yg dia nak sebat dr Jabatan Kebajikan Masyarakat la tu. Duit peruntukan bajet lepas dh abis joli. Kena cari projek lain la nak tampung belanja shopping. tengok isteri Presiden Mesir sekarang, tak macam Rosmah.. |
Padan Muka.... Kerana Asyik Jadi Tukang Fitnah ....Utusan, TV Giler 3 Suku di saman RM100 juta Posted: 11 Jul 2012 07:09 AM PDT
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin telah memfailkan saman fitnah kepada dua media pro Umno iaitu Utusan Malaysia dan TV3 berhubung isu bidaan plat kenderaan WWW1. Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Kuala Lumpur, pagi tadi. Menurutnya, pihak Utusan dan TV3 tidak memberi respons untuk memohon maaf dalam tempoh yang telah diberikan. "Saya bersama peguam hari ini memfailkan saman masing-masing RM50 juta kepada Utusan dan TV3 selepas enggan memohon maaf kepada saya dalam tempoh 7 hari yang telah diberikan," katanya ketika ditemui Harakahdaily di pekarangan mahkamah. Beliau hadir bersama barisan peguamnya yang diketuai Zamri Ibrahim yang juga Pengarah Juham Pemuda PAS Perak. (Gambar) Mengulas lanjut, mantan Menteri Besar Perak itu berkata, TV3 dalam Buletin Utama pada 30 Mei lalu mendakwa beliau telah mendakwa Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida plat WWW1 yang berharga RM520 ribu melalui laman Twitternya. Utusan Malaysia pula dalam keluaran 31 Mei lalu juga mendakwa perkara yang sama. "Kenyataan saya seperti yang kita boleh lihat, ianya langsung tidak menyebut nama Sultan Johor sebaliknya ianya diputarbelitkan untuk menjatuhkan kredibiliti saya," jelasnya. Ujarnya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada barisan peguamnya untuk tindakan lanjut dan berharap ianya dapat diselesaikan segera agar rakyat mengetahui perkara sebenar. |
jangan lupa.....mahafiraun mahapukimak telah mengambil kesempatan atas kezaliman Sultan Johor Posted: 11 Jul 2012 06:58 AM PDT Anda kenal kerabat diraja Johor? Tahukah anda, sultan johor adalah satu-satunya sultan yang tidak menggunakan baju melayu sebagai baju rasmi mereka ketika memerintah sebagai agong. Mereka sememangnya lebih mencontahi barat dari segi etika dan cara pemakaian. Tidak ada salahnya, hanya ingin menerangkankan sahaja. Namun ketahuilah bahawa kerabat diraja johor adalah yang paling warak dan alim dalam kebanyakan sultan di Malaysia. Malah, sultan johor dengan mudahnya dapat mengetahui sebarang bacaan yang salah sekiranya baginda dalam majlis bacaan quran. Baik, itu semua adalah kelebihannya. Cerita ini sememangnya diklasifikasikan ‘keselamatan negara’ memandangkan melibatkan kerabat diraja. Saya juga tidak pasti sama ada ianya benar atau tidak, namun kes amukan prebet adam ini sememangnya berlaku dan hangat dikupas oleh akhbar-akhbar tanah air pada waktu tersebut. Sekiranya pembaca ada mengetahui hal yang lebih lanjut, anda digalakkan menambah isi-isi penulisan saya. Prebet adam merupakan seorang askar melayu pada masa tersebut. Amukan prebet adam sebenarnya berpunca daripada kematian adik kesayangannya. Adik prebet adam merupakan seorang ‘caddy’ kepada sultan johor pada ketika itu. Saya kurang pasti siapa sultan Johor pada waktu tersebut namun adik prebet adam merupakan ‘caddy’ diraja. Anda tahu apa itu ‘caddy’? Untuk pengetahuan anda ‘caddy’ adalah penolong kepada pemain golf, individu yang bertanggungjawab mengangkat segala kayu-kayu golf si pemain. Pada suatu hari, ketika sultan Johor sedang bermain golf, adik prebet adam ini telah tertawa kecil melihat bola golf sultan Johor ini yang tidak masuk lubang pada jarak sejangkal. Terkenal dengan sifat panas baran beliau, sultan Johor ini lantas bertindak balas dengan menghayunkan kayu golfnya kepada ‘caddy’ tersebut. Ketahuilah bahawa, kayu golf tersebut amat keras dan sememangnya boleh menjadi senjata sekiranya disalah gunakan. ‘caddy’ tersebut mati ditempat kejadian. Disebabkan pada ketika itu raja-raja melayu masih mempunyai kuasa kekebalan, maka pembesar tersebut telah terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakanundang-undang. Setelah sampai ke pengetahuan prebet adam, maka apa lagi, mengamuklah si adam tersebut. Sekiranya ini berlaku kepada anda, apakah agaknya yang mampu anda lakukan untuk menarik perhatian semua? Anda tertindas dek undang-undang yang telah disalah guna dan yang paling malang, anda adalah mangsa penyalahgunaan undang-undang tersebut. Pada malam 18 oktober 1987, prebet adam telah mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 nya. Prebet adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara. Pada mulanya, prebet adam telah pergi menembak di sebuah stsyen minyak esso disitu yang terletak berhadapan dengan Maybank. Nasib baik tidak meletup. Kemudian dia lari pergi menembak ala-rambo membuta tuli dan telah terkena sorang cina di hadapan Hankyu dan soeorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket. Yang peliknya, orang Malaysia sedikit pun tidak lari menyelamatkan diri mahupun meniarap ketika ditembak malah pergi mengikut mengejar prebet adam dari belakang sampai ke Kampung Baru. Jika di Amerika Syarikat, tentunya semua sudah menjerit, maklumlah, merekapenakut sebenarnya, haha~ Esoknya, sejarah tercipta apabila Chow kit sunyi dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke Chowkit kerana keadaan tegang tersebut. Penembak tepat polis telah ditempatkan dimerata bangunan disitu bagi mengesanprebet adam namun gagal. Cerdik juga prebet adam kerana dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam milik salah seorang penduduk Kampung Baru. Tuan punya reban ayam tersebut yang menyedari kehadiran prebet adam tersebut telah melaporkan kepada polis. Namun, setelanh dikepung polis pun, prebet adam tetap enggan menyerahkan diri. Akhirnya, kehadiran bos prebet adam yang berpangkat kolonel atau jeneral telah berjaya memujuk prebet adam dan kemudian dia pun ditahan. Bagi mengelakkan prebet adam bersuara dan mententeramkan situasi negara pada ketika itu, prebet adam telah dicaj tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad khas di Tanjung Rambutan. Sultan Johor tersebut pula terlepas dari hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi pihak anaknya. Selepas daripada kejadian inilah Mahathir telah melakukan rombakan pada institusi diraja dimana sultan dan raja tidak lagi kebal. Namun, ianya mengambil masa yang agak lama kerana pembatalan kuasa imuniti raja-raja hanya berlaku pada 17Mei 1994, pada krisis kedua perlembagaan.
penyapu sial
kebanyakan rakyat johor dah tau perangai buruk sultannya....dari kecik kecik anak sampai besar besar bapak...kesian kepada mereka yg menjadi mangsa rogol sultan yg rakus...yang kena penampar jepun dah pasti punya....terutamanya yg menghalang laluannya di jalanraya....kalau pun tidak....10 jari tangan di tunjukkan pasti RM 1 K bakal terbang di saman dek polis bohsia yg mengiringinya... apa dia ingat dia lebih mulia dari Nabi SAW ke...???.....banyak cantik...???...mazhab mana dia pakai..???....mazhab lanun ke..??? |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan