Rabu, 11 Julai 2012

Addin

Addin


Apakah Sebab 'Imam Mahdi' Mengamuk Di Putrajaya?

Posted: 11 Jul 2012 10:53 AM PDT

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, hari ini mendesak kerajaan memberikan penjelasan terperinci mengenai kejadiaan amukan seorang lelaki sehingga ditembak mati di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lalu. Timbalan presiden PAS yang mesra dengan panggilan Mat Sabu berkata, penjelasan perlu diberikan oleh kerajaan agar rakyat tahu dengan lebih terperinci mengenai kejadian tersebut. "Saya desak kerajaan Malaysia beri penjelasan terperinci tentang kejadian tersebut," kata Mat Sabu ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider malam tadi.

"Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba dan lelaki tersebut telah ditembak mati. "Oleh itu rakyat perlu tahu apa disebalik kejadian ini."

Isnin lalu seorang lelaki yang menggelarkan dirinya "Imam Mahdi" mati ditembak polis ketika mengamuk bersama seorang wanita dengan melibaskan pedang samurai di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari.

Manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) berusia 28 tahun, terkena tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di hospital sama.

Menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata, pihaknya sedang berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan motif sebenar kejadian serangan tersebut.

"Sekiranya benar serangan itu ada kaitan dengan gerakan keagamaan, kita mahu tahu gerakan mana yang terlibat kerana kejadian ini amat bahaya dan bukan kes terpencil," lapor Utusan Malaysia. ~tmi




Sah!! 'Imam Mahdi' Bukan Ahli PAS

Posted: 11 Jul 2012 09:24 AM PDT

Khalil Afandi Abd Hamid yang mendakwa beliau "Imam Mahadi' yang ditembak mati di perkarangan pejabat Jabatan Perdana Menteri (JPM) Isnin lalu bukan ahli PAS. "Saya sudah periksa namanya, tidak ada dalam senarai ahli PAS Petaling Jaya Selatan," kata Yang Dipertua PAS kawasan, Ghazali Shaari. "Orang Taman Medan ramai yang tidak mengenali beliau jarang bercampur dengan orang ramai. "Setahu saya, Khalil jarang ke masjid atau surau. Dia membawa diri sendiri," kata Ghazali lagi.

Menurut Ghazali, Khalil berasal dari PJS 4 tetapi telah berpindah ke Puchong sejak berusia tujuh atau lapan tahun.Katanya, rumah asalnya itu kini didiami oleh adik lelakinya.

"Kalau tidak salah ingatan saya, ibu Khalil telah meninggal dunia," tambah Ghazali. Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Ghazali  memberitahu, tidak ada kumpulan ajaran sesat di Taman Medan.

Bagaimanapun, katanya berdasarkan maklumat yang diperolehi dari penduduk setempat ada guru yang mengajar agama secara sembunyi di rumah pengikut kumpulan itu. "Tetapi pengaruhnya tidak besar. Saya tidak tahu sama ada Khalil terbabit dengan kumpulan tersebut.

"Yang saya tahu beliau jarang datang ke masjid," kata Ghazali yang juga Pengerusi Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan. ~fmt




Masjid, Surau Di Selangor Dapat WiFi Percuma

Posted: 11 Jul 2012 08:32 AM PDT


Kerajaan Negeri sedang meneliti untuk memastikan kesemua masjid dan surau di negeri ini mendapat kemudahan wifi percuma.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata inisiatif itu diambil sebagai langkah untuk rakyat celik komputer dan informasi negeri dapat disampaikan.

"Cadangan itu sedang diteliti pada masa kini dan akan diumumkan kelak," katanya ketika sesi penggulungan
di Sidang Dewan Negeri (DNS).

Selain itu, katanya, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukkan tambahan sebanyak RM5 juta untuk memastikan pelebaran jalur internet lebih cepat dari yang dijangkakan.

"Ini meliputi kawasan bandar dan luar bandar untuk pastikan ia dapat dilaksanakan," katanya.

Tambah Rodziah, Kerajaan Negeri telah membuat dasar untuk menentukan kawasan pemasangan Wifi mengikut keperluan dan kriteria.

Antaranya kawasan tarikan perlancongan, komersial, pejabat kerajaan, medan selera di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kawasan riadah, hub pengangkutan dan Kolej.

"Bagi Fasa 1, kita telah lancarkan di Dataran Shah Alam, PKNS, medan selera Seksyen 2, 3 dan 9, Shah Alam selain Kuala Kubu Bahru dan Dun Permatang serta lain-lain lagi," katanya. ~selangorku



Pelik!! Tiada Ahli Keluarga, Hanya Polis Kebumikan Jenazah "Imam Mahdi"

Posted: 11 Jul 2012 08:09 AM PDT

Upacara pengebumian Khalil Afandi Abd Hamid berlangsung dalam keadaan penuh tanda-tanya apabila hanya anggota polis dan ahli jawatnkuasa Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilihat menguruskan jenazahnya di Tanah perkuburan Islam di UPM di sini semalam. Tiada seorang pun kelibat ahli keluarga dan sahabat Allahyarham hadir pada upacara tersebut. Salah seorang ahli keluarga Khalil Afandi memberitahu, isteri lelaki itu tidak membenarkan seseipa pun hadir pada upacara tersebut.

"Isteri dia sudah pesan kepada kami supaya tidak satang termasuk rakan baiknya," dakwanya ketika ditemui di rumahnya Taman Lindungan Jaya, Petaling Jaya.

Jenazah Khalil tiba di Masjid UPM pada waktu Maghrib dan dibawa terus ke tanah perkuburan dengan diiringi 10 anggota polis dan dua buah kereta peronda milik pasukan keselamatan UPM.

Masalah timbul apabila tidak ada seseiapa yang dapat mengangkat jenazah ke liang kubur, namun pihak pengurusan masjid turut meminta bantuan daripada anggota polis dan pengawal keselamatan UPM.

Upacara pengebumian tersebut selesai kira-kira pukul 9.00 malam tadi.
Sumber

Pimpinan PKR Terima SMS Ugut Simbah Asid Dan Berunsur Lucah

Posted: 11 Jul 2012 06:05 AM PDT

Tiga pemimpin PKR, Naib Presiden Keadilan, N Surendran, Ketua Cabang PKR Puchong, S Murali dan Setiausaha PKR Cabang Puchong, S Gobi Krishnan menerima ugutan simbah asid menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kira-kira jam 10 pagi, semalam.Surendran mendakwa beliau percaya SMS diterima ketiga mereka daripada nombor sama itu adalah daripada pesaing politik berikutan kritikannya terhadap sebuah parti yang dipaparkan muka hadapan beberapa akhbar Tamil, semalam.

"Mesej tersebut mengugut saya supaya jangan cabar parti itu dan jika saya kutuk parti terbabit, mereka akan simbah asid ke muka saya. Mesej tersebut juga berunsur lucah dan kesat," dakwanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Traves, Bangsar, di sini, semalam.Hadir sama, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Penerangan PKR, Latifah Koya.

Surendran berharap polis menjalankan siasatan secara bebas dan adil berhubung kes berkenaan.Dakwanya, ia berikutan insiden pada Mei lalu di mana pihaknya diserang kumpulan yang tidak senang tindakannya membawa isu kerakyatan masyarakat India di Putrajaya namun masih belum ada sebarang tindakan diambil."Sebelum ini pemimpin dan ahli PR diugut, diserang ahli parti politik berkenaan namun masih belum sebarang tindakan diambil.

"Saya bimbang mengenai peningkatan keganasan politik terhadap PR oleh pihak berkenaan dan saya percaya kesalahan serius dilakukan di bawah Seksyen 506 & 507 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah dan ugutan jenayah (anonumous)," katanya memetik daripada laporan polis dibuat.Sementara itu, Murali menyifatkan mereka bertiga kini menjadi sasaran pihak berkenaan seperti yang berlaku di Putrajaya pada Mei lalu."Saya percaya ini didalangi pihak sama," katanya. ~sinarharian



Dr. Asri Belasah Ketua Unit Media Baru Umno

Posted: 11 Jul 2012 03:18 AM PDT

Dahsyat sungguh pemikiran golongan Umno nih. Macam nih punya jenis manusia jikalau jadi pemimpin pasti negara jadi lingkup seperti sekarang. Agama dipinggirkan, kaum keluarga dan kroni dikayakan dahulu, projek untuk kroni dan pelbagai salah laku lagi. Tak percaya? lihat  print screen tweet dari Ketua Unit Media Baru Umno, Tun Faisal. Teruk di belasah oleh Dr. Asri. Jikalau macam nih ler taraf pemikiran seorang Ketua kepada unit cybertroopers Umno.. jadi janganlah harap pemikiran yang lebih brilliant dari blogger dan facebooker pencacai Umno.


Tak pasal-pasal Tun faisal membuat serangan membabi buta terhadap Dr. Asri. Ada ke patut Tun Faisal kaitkan peristiwa mengamuk di Putrajaya dengan Dr. Asri. 

Memang patut pun, apabila Dr. Asri keluarkan statement wajib kikis orang yang semacam Tun Faisal dari Umno malah beliau juga dikatakan sumber bala bagi gerombolan Umno. Baca pembelasahan Dr. Asri di bawah..






Tiada ulasan: