Rabu, 25 Julai 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


TPM SANGGUP TELAN AIR LUDAH DI BULAN RAMADAN

Posted: 24 Jul 2012 06:41 PM PDT

 Kerajaan Pusat melalui Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Isu-isu Air Selangor tanpa mengajak wakil Kerjaan Selangor bermesyuarat telah menolak cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas)tetapi setuju air tak perlu dicatu.

Bila kata-kata menipu digunakan memakan diri sendiri akhirnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengambilalihan Syabas tidak boleh dilakukan kerana Kerajaan Negeri Selangor tidak mematuhi beberapa perkara dalam perjanjian konsesi seperti kenaikan tarif air dan pampasan.

BN walaupun dah tahu ada klausa 32 dalam perjanjian konsesi, kerajaan negeri boleh ambil alih tetapi cuba berdolak-dalik kununnya ada beberapa perkara yang substantif dan prosedur yang tidak dapat dipenuhi Kerajaan Negeri Selangor dan Syabas.

Lepas tu beliau (Muhyiddin) beri alasan nak minta pandangan muktamad daripada Peguam Negara dan serah pada Peguam Negara untuk membuat keputusan muktamad dengan segera pula.

Sebelum ini Muhyiddin memberitahu, krisis air di Selangor kini berada dalam keadaan kritikal sehinggakan sokong air dicatu dari cadangan Syabas namun bila dibidas oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan fakta sehingga beri alasan bukan air kurang tapi air dirawat yang kurang.

Janji Turun Harga Kereta

Posted: 24 Jul 2012 04:28 PM PDT

 Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjanji akan melakukan rombakan terhadap Dasar Automotif Negara dalam usaha untuk menurunkan harga kereta sekiranya pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata menerusi penstrukturan semula dasar berkenaan ia dapat mengurangkan bebanhutang rakyat sekaligus dapat meningkatkan pendapatan boleh guna pendapatan isi rumah rakyat.
"Pimpinan muda dalam PKR akan memastikan bahawa janji untuk menurunkan harga kereta akan dimasukkan menjadi salah satu janji utama dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU-13," katanya pada sidang media diIbu Pejabat PKR di sini, Selasa.
Mengulas lanjut Mohd Rafizi berkata pembangkang juga akan menghapuskan duti eksais yang dikenakan kepada pembeli kereta pada ketika ini.
"Kereta yang paling kecil dengan dengan saiz enjin di bawah 1,500 cc akan dikenakan duti eksais 60 peratus dan cukai jualan 10 peratus. Ini meningkat kepada 100 peratus jika kereta itu diimport dengan tambahan cukai import sebanyak 30 peratus.
"Ini bermakna bagi sebuah kereta Perodua yang kecil pada harga RM40,000, pembeli perlu membayar cukai sebanyak RM16,500, kadar cukai ini sudah tentu lebih tinggi bagi kereta yang lebih besar," katanya.
Selain itu katanya berdasarkan Laporan Kaji Selidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang dikeluarkan Jabatan Statistik, 53 peratus dari keseluruhan isi rumah di Malaysia hanya berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan.
Statistik juga menunjukkan sebanyak 71.9 peratus keseluruhan isi rumah di Malaysia mempunyai dan menggunakan kereta sebagai pengangkutan.
"Pembeli terpaksa membelanjakan lebih separuh daripada gaji mereka setiap bulan bagi tujuan penyelenggaraan.
"Pentadbiran kerajaan yang mengabaikan pelaburan dalam pengangkutan awam juga memyebabkan pergantungan rakyat kepada kenderaan persendirian," katanya.

Tiada ulasan: