Rabu, 25 Julai 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: "Utusan Malaysia" Fail Notis Membatalkan Saman RM30 Juta Dituntut Blogger Cucumatkilau

Posted: 24 Jul 2012 10:41 AM PDT

KUANTAN, 25 Julai - Akhbar arus perdana, Utusan Malaysia hari ini akan menfailkan notis pembatalan terhadap saman sebanyak RM30 juta yang dituntut oleh Mohd Shukri Mohd Ramli berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah yang disiarkan oleh akhbar arus perdana itu pada 27 November 2010 yang lalu. Mohd Shukri yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK) sebelum ini menfailkan tuntutan tersebut di Mahkamah Tinggi Kuantan yang mendakwa Utusan Malaysia telah tersalah siar kononnya beliau sudah keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tarikh tersebut. Malahan, Utusan juga dengan sengaja mendakwa beliau sanggup mati dan pernah mencium Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Peguam yang mewakili blogger terbabit iaitu Mohd Harris Abdullah (foto) dari The Law OfFice Off Mohd Harris, berkata susulan artikel berkenaan akhirnya reputasi anak guaman beliau terjejas teruk dan dia akhirnya telah mengundur diri dari PKR pada 11 Februari 2o11 iaitu beberapa bulan selepas artikel berkenaan disiarkan. "Akibat artikel itu, kini Mohd Shukri tidak diterima menyertai mana-mana parti politik di negara ini. Malah, beliau yang juga bekas calon PKR bagi kerusi DUN Kemayan pada PRU-12 lalu juga kini tidak ada peluang untuk bertanding menggunakan paltform parti politik pada PRU-13 ini. Masa depan politiknya kabur akibat fitnah yang dilemparkan oleh Utusam Malaysia itu", katanya, Susualn itulah tindakan saman terpaksa dikenakan kepada akhbar terbabit atas keterlanjuran dan kesilapan berita yang mereka laporkan. Menurut Mohd Harris lagi, sepatutnya prosiding perbicaraan akan didengar pada penghujung bulan Ogoas iaitu selepas perayaan Hari Raya Aidil Fitri nanti. Namun, Utusan Malaysia dipercayai cuba mendapatkan arahan mahkamah untuk membatalkan tuntutan tersebut hari ini. "Kami tidak tahu atas asas apa mereka mahu membatalkan tuntutan ini, sedangkan laporan dan segala bukti-bukti berkaitan telah jelas menunjukkan adanya prima facie terhadap kes ini", katanya lagi.

Foto kononnya blogger Cucumatkilau cium Anwar disebarkan oleh blog-blog
pro UMNO selepas laporan oleh Utusan Malaysia pada 27 Nov 20120 lalu


[Buat pertama kalinya, kes ini akan didengar di bangunan baru Komplek Mahkamah Kuantan di Bandar Indera Mahkota sekitar jam 9.00 pagi ini. Berdasarkan kepada hujjah dan dokumen yang berkaitan ternyata Utusan Malaysia tidak mempunyai asas yang kuat untuk membatalkan tuntutan saman ini. Namun, dalam masa yang sama mereka juga berhak berbuat demikian. Soalnya, keputusan adalah terletak ditangan hakim. Orang ramai yang berkesempatan dijemput hadir berami-ramai untuk memberi sokongan kepada blogger terbabit. Apa yang penting, Utusan Malaysia sememangnya perlu diberi pengajaran atas artikel yang mereka siarkan. Walau pun ada yang menyamakan blog ini dengan Utusan, namun mereka harus ingat bahawa akhbar terbabit harus mempunyai etika dan profesionalisme yang tinggi kerana ia dibaca oleh ratusan ribu rakyat Malaysia. Soalnya, kenapa ada wartawan di akhbar terbabit yang begitu mudah mengeluarkan artikel hanya berpandukan blog-blog tertentu tanpa melihat kepada fakta sebenar. Semoga Utusan akan lebih berdisplin dalam melaporkan sesuatu berita hendaknya selepas ini. Janganlah disamakan akhbar harian itu sama macam tabloid mingguan yang lainnya di pasaran].

Bersih 2.0 Bukan Pertubuhan Haram, Keputusan Hishamuddin Di Batalkan Oleh Mahkamah Tinggi

Posted: 24 Jul 2012 09:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Julai - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membatalkan perintah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 1 Julai tahun lepas yang mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram. Hakim Datuk Rohana Yusof berkata beliau membenarkan petisyen 14 anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, termasuk Datuk S. Ambiga, untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan Bersih 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar. Dalam penghakiman setebal 30 muka surat, Rohana memutuskan keputusan mengisytiharkan Bersih 2.0 sebuah pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan atau mengambil kira fakta yang tidak relevan. "Pada pendapat saya, keputusan itu dicemari kerana dibuat secara tidak rasional," katanya. Rohana berkata alasan keluarkan pengisytiharan mengikut Sekysen 5 Akta Pertubuhan 1966, seperti yang dinyatakan dalam pengumuman oleh menteri (responden pertama Hishammuddin), tidak boleh berubah dalam tempoh beberapa hari. "Adalah tidak munasabah bagi sesebuah pertubuhan yang didapati menyalahi undang-undang untuk alasan serius, seperti digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara pada 1 Julai, dan kemudian tidak lagi pada 5 Julai", katanya lagi.

[Keputusan hakim Mahkamah Tinggi ini pastinya tidak digemari oleh Kerajaan UMNO BN sebenarnya. Mereka awal-awal lagi mahu, Bersih 2.0 itu dianggap haram bagi memudahkan kerajaan membuat tindakan susulan. Namun kini, agak mengejutkan apabila hakim membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussin itu. Dengan keputusan ini ia juga bermakna perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih 2.0 juga tidak boleh diisytiharkan haram kerana ia bertujuan untuk mendesak kerajaan mengadakan sebuah pilihanraya yang adil dan saksama di negera ini. Sudah tiba masanya satu perubahan dilaksanakan dalam amalan pilihanraya itu sendiri agar ia kelihatan benar-benar bersih untuk menyuburkan amalan demokrasi berparlimen. Apa yang berlaku selama ini, rakyat terus ditipu oleh demokrasi ala-BN yang menghalalkan apa jua cara asalkan mereka teru berada ditampuk kuasa. Justeru, rakyat perlu berani membuat perubahan pada pilihanraya umum akan datang pastinya].

Tiada ulasan: