Selasa, 24 Julai 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


Mahkamah putuskan BERSIH entiti yang sah

Posted: 23 Jul 2012 09:30 PM PDT




Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.
Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.

Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Selangor Tetap Dengan Keputusan Ambil Alih Pengurusan Air Dari Syabas

Posted: 23 Jul 2012 04:16 PM PDT


 Kerajaan Selangor akan tetap meneruskan rancangannya untuk mengambil alih pengurusan air daripada syarikat konsesi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), kata exconya Dr Xavier Jayakumar.
Untuk menamatkan krisis air antaran kerajaan pusat dan negeri, Dr Xavier berkata kerajaan negeri Pakatan juga bersedia mengadakan referendum di mana rakyat negeri itu boleh membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah itu.

"Kami bersedia jika perlu untuk mengadakan referendum di mana rakyat boleh mengundi dan mempunyai hak untuk bersuara sama ada menerima atau menolak niat kerajaan negeri untuk mengambil alih Syabas," katanya pada sidang media selepas melawat Loji Sg Semenyih di sini Isnin.
Turut hadir, Pengurus Besar (Operasi)loji itu, Basar Ishak.
Dr Xavier berkata loji itu yang dimiliki dan diuruskan oleh ABBAS (Konsortium ABBAS Sdn Bhd, 50 peratus dimiliki Kumpulan Perangsang Selangor Bhd, kerajaan negeri Selangor) mempunyai kapasiti pengeluaran 546 juta liter sehari tetapi pada masa ini mengeluarkan 665 juta liter sehari.
Beliau berkata kerajaan negeri memohon RM225 juta daripada kerajaan pusat untuk melaksanakan projek mitigasi air (menyediakan infrastruktur yang perlu)melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), tetapi kelulusannya masih belum diperoleh.
"Kerajaan Selangor bersedia mengeluarkan dana sendiri untuk melaksanakan projek mitigasi ini yang mana ia adalah di bawah tanggungjawab kerajaan pusat bagi memastikan rakyat Selangor mempunyai bekalan air yang mencukupi," katanya.
Katanya kerajaan negeri juga bersedia memperuntukkan perbelanjaan tambahan RM200 hingga RM300 juta untuk menaik taraf kemudahan itu menggunakan teknologi 'membrane water filter' untuk membekalkan air yang dirawat tanpa gangguan kepada bekalan sedia ada.
Dr Xavier berkata penstrukturan semula industri air di negeri itu harus disegerakan memandangkan Syabas, menurut beliau, gagal memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

Tiada ulasan: