Pahang Daily Online |
- Panas: "Selewengkan Tender" IKIP Advanced Skill Centre, Kerajaan Negeri Di Gesa Bertindak Segera!
- Panas: Pengadu Kecewa 'Aduan Maksiat' Tidak Di Layan Oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) !
- Tazkirah: Rahsia-Rahsia Puasa Bulan Ramadhan
- Panas: Lajim Ukim Jumpa Tok Guru Nik Aziz Hari Ini, Apakah Ia 'Petanda' Beliau Bakal Sertai PAS !
- Video: Himpunan Sokong "Ambil Alih" SYABAS !!
Panas: "Selewengkan Tender" IKIP Advanced Skill Centre, Kerajaan Negeri Di Gesa Bertindak Segera! Posted: 23 Jul 2012 10:09 AM PDT KUANTAN, 24 Julai - Pendedahan kami tentang kekecewaan majoriti kakitangan IKIP Internantional College terhadap sikap pihak pengurusan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) terbabit berhubung isu salah guna kuasa untuk memanipulasi agihan imbuhan yang sepatutnya diterima secara saksama oleh semua kakitangan kolej terbabit. Susulan pendedahan itu, artikel Panas: MB Pahang Di Gesa Pantau Dakwaan Salah Guna Kuasa Pegawai 'IKIP' International College telah mendapat jumlah komentar yang tertinggi daripada para pembaca yang sebahagian besarnya adalah kakitangan kolej terbabit. Sebanyak 273 komen telah diterima dan berbagai rahsia dibongkarkan oleh mereka yang mungkin sudah lama menyimpannya. Ada arahan daripada pihak tertentu agar ruangan komen bagi artikel terbabit dihentikan kerana ia memalukan IKIP sendiri. Namun, atas dasar keterbukaan dan kebebasan hak untuk bersuara maka ruangan tersebut diteruskan dan pihak kami tidak bertanggungjawab atas apa jua komen yang dibuat itu sebenarnya. Buat masa ini, kami sendiri tidak pasti apakah Kerajaan Negeri Pahang mengambil perhatian atas isu yang didedahkan itu agaknya. Apapun, diharapakan isu berkenaan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob hendaknya. Selepas pendedahan tersebut banyak isu-isu lain telah dimaklumkan kepada pihak kami. Antara yang paling panas ialah isu berkaitan penyelewengan tender IKIP Advanced Skills Centre (IASC). IKIP Advanced Skills Centre (IASC) merupakan pusat latihan kemahiran milik penuh Yayasan Pahang (100% saham) yang telah ditubuhkan sejak 1998. IASC menawarkan pelbagai kursus kemahiran berdasarkan keperluan industri. Misi penubuhan IASC adalah untuk menjadi sebuah institut pendidikan dan pusat kemahiran terbaik di Malaysia yang mampu melahirkan graduan cemerlang dan terbilang dalam bidang akademik, tinggi tahap kemahirannya serta sempurna perwatakannya. Untuk mencapai hasrat itu, IASC akan memberikan perkhidmatan pendidikan dan latihan profesional kepada para pelajar dengan kualiti tertinggi sebagai pegangan perkhidmatannya. IASC beroperasi di dua buah kampus iaitu Kampus Utama di Kuantan (K14018) dan juga Kampus Bentong (K14027). Pegawai Pengurusan Di Percayai Seleweng Tender Berdasarkan maklumat dalaman, Kerja-kerja penyelewangan telah berlaku antaranya pengubahsuaian Kampus Kubang Buaya. Masalah timbul apabila iklan dan tender projek terbabit hanya dikeluarkan kepada kroni-kroninya sahaja. Lebih mengejutkan tender tersebut dianggarkan sebanyak RM700 ribu sedangkan nilai asalnya hanya sekitar RM300 ribu sahaja. Difahamkan juga laporan ke pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat tetapi sehingga kini kes tersebut masih tergantung dan tiada tindakan susulan. Lebih memalukan menurut laporan, pegawai terbabit dipercayai telah terlibat memberikan pembelian terus kepada adik kepada salah seorang pegawai yang mempunyai hubungan rapat dengan beliau. Malah, penyertaan Pertandingan memasak di peringkat Antarabangsa di Singapore dan Bali telah ditaja oleh kontraktor atas tiket bersukaria dan melancong kepada pegawai-pegawai yang memberikan kelulusan tender pengubahsuaian dapur dan kampus. Memandangkan kes ini seolah-olah dirahsiakan untuk pengetahuan pihak yang berkenaan, maka ia terpaksa didedahkan demi keadilan untuk semua. Kami akan mendedahkan nama pegawai berkenaan pada laporan seterusnya. [Susulan pendedahan ini, adalah diharapkan agar Kerajaan Negeri Pahang dapat memantau masalah yang melibatkan anak syarikat mereka ini. Jika isu penyelewengan terus berleluasa dan sukar dibendung, maka dikhuatiri imej IKIP akan terus merudum selepas ini. Orang ramai takut dan tidak yakin lagi untuk menghantar anak-anak mereka belajar di IKIP dek kerana masalah dalaman ini. IKIP sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang sepatutnya sudah lama naik taraf menjadi sebuah Universiti. Namun sehingga kini mereka masih bertaraf kolej dan ini amatlah memalukan sebenarnya. Kehebatan IKIP sukar menyaingi Shahputra Universiti College yang kini menjadi tumpuan pelajar lepasan SPM di negeri ini. Malah, Shahputra dilihat begitu cepat berkembang jika mahu dibandingkan dengan IKIP. Apakah IKIP boleh bangkit selagi ada isu penyelewengan sebegini?. IKIP lebih berdaya maju di zaman Sato' Shariff Shamsuddin, namun kini prestasi dan imej IKIP kian tercalar. Kerajaan Negeri digesa lebih memberi perhatian kepada anak tempatan (Jati Pahang) untuk menerajui tampuk utama IKIP demi masa depannya. Jika situasi yang ada hari ini dikekalkan, maka sudah pasti IKIP akan terus tenggelam untuk bersaing dengan IPTS lain di negara ini. IKIP perlu bangkit dari lamunan!]. |
Panas: Pengadu Kecewa 'Aduan Maksiat' Tidak Di Layan Oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ! Posted: 23 Jul 2012 09:44 AM PDT KUANTAN, 24 Julai - Orang ramai kecewa dengan ketiadaan Pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang ditugaskan untuk memantau aktiviti maksiat di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Menurut salah seorang pengadu yang menghubungi kami malam tadi, beliau datang ke pejabat JAIP untuk membuat aduan dan laporan mengenai aktiviti maksiat tetapi tidak ada mana-mana pegawai yang dapat mengambul berat laporan yang dibuatnya. "Saya agak hairan, adakah penguatkuasa JAIP bercuti pada bulan Ramadhan?. Saya datang ke pejabat JAIP untuk mengadu tentang aktiviti maksiat di Jalan Kg.Tengah berhampiran Restoran Hj.Lee & Dah, dimana terdapat pasangan muda mudi yang tinggal bersama di situ tanpa ada sebarang halangan. Mereka menyewa bilik di kawasan itu dan tinggal berdua-duaan. Saya ada bukti dan saksi yang melihat kejadian itu. Maka saya datang atas keprihatinan untuk menegakkan syiar Islam di bulan Ramdhan. Namun agakl kecewa apabila saya hanya dilayan oleh pengawal bangunan terbabit sahaja. Beliau cuba memberikan nombor pegawai untuk dihubungi. Namun semua panggilan tidak berjawab seolah-olah semua penguatkuasa bercuti bulan ini", katanya dengan nada kecewa. Beliau juga hairan kenapa JAIP tidak membuka operasi 24 jam, sedangkan aktiviti maksiat sebenarnya berlaku sepanjang masa tanpa mengira waktu. [Pihak kami akan cuba menghubungi JAIP untuk mendapatkan maklumat tentang perkara ini. Jika benar dakwaan mereka tidak mengadakan operasi di bulan Ramadhan kerana memikirkan mereka yang mahu membuat maksiat menghormati bulan puasa, maka ia sesuatu yang tidak wajar sebenarnya. Mereka yang membuat maksiat tidak mengira bulan puasa atau pun tidak. Sepatutnya, setiap aduan perlu dilayan dengan sebaik mungkin dan JAIP perlu meletakkan pegawai yang bertugas sepanjang masa untuk memantau aktiviti maksiat ini sebenarnya. Jika dilihat hari ini, orang ramai sebenarnya boleh tahu masa bila JAIP membuat operasi dan masa bila "line clear". Jika ini keadaannya, ia amat berbahaya dan aktiviti maksiat sukar untuk dibendung. Nantikan, laporan seterusnya dari JAIP]. |
Tazkirah: Rahsia-Rahsia Puasa Bulan Ramadhan Posted: 23 Jul 2012 09:25 AM PDT |
Panas: Lajim Ukim Jumpa Tok Guru Nik Aziz Hari Ini, Apakah Ia 'Petanda' Beliau Bakal Sertai PAS ! Posted: 23 Jul 2012 08:24 AM PDT KOTA BHARU, 23 Julai - Ketika panas cerita tentang kedudukan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim dalam UMNO, tiba-tiba hari ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kedua-duanya kelihatan berbual mesra di pejabat Menteri Besar Kelantan itu hari ini. Bulan lalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan UMNO Kerambai Kebatu. Difahamkan pengumuman berkenaan dibuat pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahirannya pada Sabtu bulan lalu."Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua UMNO Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha UMNO Bahagian Beaufort beberapa hari lalu. Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik daripada portal berita New Sabah Times pada Isnin. Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort. Menurut laporan itu lagi, Lajim berkata beliau masih 'pemimpin kerajaan' dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan. Pada perjumpaan tengah hari tadi, Anggota Parlimen Beaufort itu mengambil masa kira-kira 40 minit bertemu dengan Tuan Guru. Turut serta bersamanya 25 orang lagi anggota rombongan yang ingin bertemu dengan Tuan Guru. Pelbagai isu dibincangkan diperingkat kerajaan termasuk alam sekitar dan cadangan kerjasama berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Tuan Guru ketika ditemui memberitahu, setakat ini cadangan untuk kerjasama dengan kerajaan Pusat berhubung pengurusan sisa pepejal akan dibincang diperingkat kerajaan terlebih dahulu. Pada masa yang sama, katanya taklimat khas berhubung perkara itu perlu diberi taklimat terlebih dahulu oleh pihak berkenaan kepada kerajaan negeri sebelum keputusan berkenaan diambil. "Saya tidak boleh membuat keputusan sekarang walaupun pertemuan telah dibuat dengan anggota exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan," ujarnya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Lajim untuk mengadakan kerjasama di bawah kementeriannya dengan kerajaan negeri dalam memelihara alam sekitar terutama sampah sarap. Katanya, setakat ini semua kerajaan negeri yang dibawah pentadbiran kerajaan BN menerima cadangan kementeriannya. Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri seperti Kedah dan Selangor belum bersedia. "Kita berharap semoga kerajaan negeri menimbang cadangan kerajaan ini untuk kebaikan masa depan," ujarnya. Sementara itu, pengarah perbadanannya bahagian negeri Kelantan, Datuk Afandi Hamzah, ketika memberitahu Tuan Guru, kerajaan Pusat belanjakan sejumlah RM1.7 juta bagi menyediakan tong sampah di negeri itu. Sambungnya, tong sambah berkenaan diberi secara percuma kepada seluruh majlis-majlis daerah di negeri ini. sumber [Perkembangan ini sungguh mengejutkan sebenarnya dan pastinya membuatkan UMNO BN semakin risau dan bimbang dengan situasi yang berlaku. Lajim Ukin kini semakin menjadi bualan di kalangan rakyat di Sabah. Beliau kini dilihat liabiliti untuk BN mengekalkan penguasaan di negeri itu pada PRU-13 akan datang. Jika benar, beliau akan menyertai PAS maka hancurlah harapan orang-orang seperti Shafie Afdal yang bertempik kononnya kerajaan pusat sudah membela nasib rakyat Sabah. Walhal, hakikat yang berlaku Sabah kini masih lagi dibelenggu kemiskinan yang kronik disamping kebanjiran pendatang asing tanpa izin yang diberikan MyKad untuk membolehkan mereka mengundi pada pilihanraya umum nanti. Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan terkini isu Lajim Ukim ini hendaknya. Jika benar dia akan bersama Pakatan Rakyat, maka ia satu tamparan cukup hebat buat UMNO BN pada kali ini. Harapan besar untuk menakluki Putrajaya pasti akan tercapai jua nampaknya kini]. |
Video: Himpunan Sokong "Ambil Alih" SYABAS !! Posted: 23 Jul 2012 08:17 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan