pemuda cheh |
| Anwar timbang 'bersara' jika Pakatan kalah PRU Posted: 04 Jul 2012 04:45 PM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan, beliau mungkin bersara daripada politik sekiranya Pakatan Rakyat tidak berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. Anwar yang sering dirujuk sebagai "perdana menteri dalam penantian" itu berkata, beliau mungkin "kembali mengajar" jika Pakatan tidak berjaya ke arah itu, lapor Financial Times semalam. "Kita persembahkan manifesto, dasar-dasar kita, dan sudah tentu sekiranya diberikan mandat, saya teruskan, atau pun saya akan fikirkan kembali untuk mengajar," beliau dipetik sebagai berkata dalam wawancara dengan akhbar itu.Akhbar yang beroperasi daripada London itu juga memetik Anwar sebagai mengakui, pilihan raya umum ke-13 "mungkin" menjadi peluang terakhirnya untuk menjadi perdana menteri. Dalam masa yang sama, harian yang diedarkan di seluruh dunia itu menulis, Anwar, 65, kelihatan "letih" untuk seseorang yang mencari peluang terbaik mentadbir negara. Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, beliau yakin akan berlaku pertukaran kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang. |
| You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
"Kita persembahkan manifesto, dasar-dasar kita, dan sudah tentu sekiranya diberikan mandat, saya teruskan, atau pun saya akan fikirkan kembali untuk mengajar," beliau dipetik sebagai berkata dalam wawancara dengan akhbar itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan