Jumaat, 20 Julai 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Apa Sudah Jadi, Lagi Laporan Elaun Para Pegawai SUKMA "Di Tipu" Oleh Pihak Penganjur !

Posted: 20 Jul 2012 03:05 AM PDT

KUANTAN, 20 Julai - Susulan pendedahan PDO tentang kekecewaan ibubapa pelajar-pelajar yang menyertai acara persembahan Sukan Malaysia (SUKMA XV) Pahang 2012, berikutan elaun anak mereka dipotong daripada RM300 ke RM150 baru-baru ini, maka difahamkan kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat maklumat tersebut. Malah, seandainya ada unsur penyelewengan dalam isu itu, maka sudah pasti mereka yang terlibat akan mendapat balasanya. Apapun, difahamkan elaun pelajar terbabit kini dipotong lagi sebanyak RM50 (seperti dimaklumkan oleh guru pengiring mereka) dan ini menyebabkan setiap pelajar hanya akan mendapat elaun sebanyak RM100 iaitu kurang RM200 daripada yang telah diwar-warkan sebelum ini. Terbaru, kami mendapat satu lagi maklumat tentang ketidakpuasan hati para petugas SUKMA XV terhadap Sekreteriat Sukma Pahang 2012. Menurut salah seeorang mangsa yang menghubungi kami mengatakan mereka merasa teraniaya oleh tindakan pihak tertentu. "Kami petugas teknikal gimnastik dan gimrama antara petugas paling teruk bekerja... sebelum kejohanan (6 Julai) sehinggalah tamatnya kejohanan Sukma Pahang (7 Julai). Kami adalah petugas teknikal terakhir pulang ke kediaman masing kerana dan kami jugalah yang terpaksa set-up semula alatan-alatan gimnastik artistik sebelum pulang", kata beliau. Apa yang mereka luahkan ialah tentang tuntutan pembayaran elaun sebagai petugas teknikal sukan gimnastik dan gimrama yang dipercayai telah diselewengkan oleh pihak tertentu. "Mengikut surat Bil(16) dlm.SSP.(s)/1-03 Jun.2012, berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Sukan Malaysia XV Pahang MMK yang ke 11/2012 pada 5 April 2012, Pegawai Teknikal akan dibayar sebanyak RM100 sehari. Tetapi apa yang mendukacitakan pihak Sekreteriat Sukma hanya membayar kami RM 50 sehari. Kami bagaikan tertipu oleh pihak pengurusan terbabit. Betapa hampa dan dukacitanya kami apa yang dijanji tapi tak ditepati. Mula-mula katanya selepas 3 hari pertandingan pembayaran akan dibuat melalui bank. Namun, tiba-tiba mereka nak buat pembayaran secara tunai... seperti mahu mempermainkan kami semua", katanya.


Antara acara gimnastik dan gimrama yang dipertandingkan baru-baru ini

"Bukti yang jelas, surat yang dihantar kepada kami dengan jelas dari Sekreteriat Sukma yang ditandatangani oleh KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SUKMA bahawa kami adalah pegawai teknikal. Pembayaran RM 50 sehari kepada Pegawai Teknikal sama seperti SUKARELAWAN.(seperti yang termaktub keputusan mesyuarat Jawatankuasa Sukma XV 2012.Bil.11/2011 pada 12.07.2011 dimana SUKARELAWAN DAN PETUGAS L/O dibayar RM 50.00 Sehari. Kad AREDITASI SUKMA juga melambangkan kami sebagai pegawai teknikal. Kalau benarlah kami ini petugas@sukarelawan kami juga seperti petugas lain kami tidak disediakan hotel sebagai penginapan. Sebagai Petugas teknikal kami disediakan bas, penginapan hotel dan makan. Sudah jelas memang kami pengawai teknikal. Kesemua kemudahan disediakan", katanya.

Hakim Dan Pegawai Teknikal Kecewa Soal Elaun

Difahamkan, kekecohan juga berlaku semasa hari terakhir kejohanan gimnastik artistik sukma 2012. Pegawai yang diberi tanggungjawab membayar elaun tersebut amat mengecewakan Hakim-Hakim dan Pegawai Teknikal. Ia amat memalukan SUKMA XV Pahang 2012. "Kejohanan Gimnastik Artistik melabuhkan tirainya jam 2.30 petang 11 Julai 2012. Pegawai yang bertanggungjawab menjalankan kejohanan tersebut terpaksa menghubungi pegawai yang terbabit untuk menyelesaikan pembayaran elaun Hakim tersebut, tetapi ia bagaikan acuh tak acuh jer. Bayangkan dari jam 2.30 petang pihak yang menguruskan pertandingan tersebut menghubungi beliau dan akhirnya muncul hampir jam 6.00 petang. Tiada sikap tanggungjawab langsung darinya. Nak kata sibuk tidak jugak. Kerjanya sekadar membayar elaun ke lokasi pertandingan. Pergerakan dengan kereta mewah mini cooper yang sekreteriat Sukma. Memang patut pun kalau Hakim-hakim gimnastik ni marah, berjanji tapi banyak alasannya, sedangkan mereka semua perlu pulang ke negeri masing-masing untuk bekerja pada keesokan harinya, kerana cuti diberi sehingga 11 Julai2012 sahaja. Pegawai tersebut memalukan Gimnastik Pahang dan rakyat Pahang. Kami pegawai teknikal pun terasa dukacita cara beliau menjalankan tugas", katanya mengakhiri kenyataan itu.

[Apa yang didedahkan ini sungguh memalukan sebenarnya. Ternyata ramai pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal kewangan semasa SUKMA XV Pahang baru-baru ini telah khianat kepada rakan-rakan mereka sendiri. Jika pelajar sekolah mereka khianati mungkin ramai yangb oleh terima, namun apabila ia melibatkan sesama mereka maka ia sesuatu yang tidak masuk dek akal. Ketamakan dan cuba untuk mencuri wang yang diamanahkan itu menyebabkan masing-masing gila kuasa dan bertindak sewenang-wenang. Difahamkan, satu laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terpaksa dibuat terhadap pegawai yang berkenaan dalam masa terdekat ini. Justeru, kepada mana-mana pegawai Sekreteraiat Sukma yang telah "termakan" atau "tercuri" duit petugas yang telah bertungkus lumus menjayakan acara sukan terbesar di Malaysia itu, eloklah mereka pulangkan semula demi mendapat malu yang lebih besar apabila mereka disabitkan dengan kesalahan ini. Sikap tidak bertanggungjawab seperti inilah menyebabkan SUKMA di Pahang menjadi tidak keruan. Semoga perkara ini dapat disiasat mengikut saluran dalaman sebelum ia dibawa ke peringkat yang lebih tinggi hendaknya. Apakah semuanya tidak kasihan mereka yang ditipu itu].

Sensasi: Selepas Leftenan Adnan, Inspektor Aleza Pula Menjadi Ahli PAS Seumur Hidup Malam Tadi

Posted: 19 Jul 2012 09:32 AM PDT

Setelah sekian lama berteka-teki tentang hala tuju perjuang hidup beliau, maka akhirnya selebriti tanahair Arbaiyah Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi (foto) menyerahkan borang menjadi ahli PAS malam tadi. Beliau menyerahkan borang keahlian PAS seumur hidup kepada YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Ceramah Perdana Ambang Ramadhan, Padang YIK Nilam Puri Kota Bharu Kelantan malam tadi. Abby merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan Elite yang cukup popular satu ketika dulu dengan lagu mereka Trauma, Tamparan Wanita dan sebagainya. Beliau merupakan anggota asal kumpulan tersebut yang pertama mengundurkan dirinya daripada kumpulan tersebut pada akhir 1997. Beliau juga pernah menjadi pengacara Roda Impian bersama Halim Othman selama dua musim. Abby dilahirkan di Kuala Lumpur pada 1 Disember 1977 dan merupakan bekas isteri kepada aktor Norman Hakim. Beliau mempunyai tiga orang cahayamata. Mohammad Danish Hakim, Marissa Damia Hakim dan Maria Danisha Hakim. Pada 2009 mereka telah disahkan bercerai.Hak penjagaan sepenuhnya diserahkan kepada abby abadi. Selain dari menyanyi dan menjadi pengacara, beliau juga sempat berlakon sebagai Inspektor Aleza dalam drama bersiri Gerak Khas. Setelah berhijrah memakai tudung pada 2012, beliau sering diundang pelbagai pihak termasuk parti politik khususnya PAS untuk tampil di pentas mereka. Kini dengan penyerahan borang keahliannya, maka sahlah dia bersama PAS mengikut jejak langkah artis yang lain seperti Aishah, Hairi Osman, Bob Lokman dan sebagainya.

Video: Debat Sinar Ustaz Nasrudin vs Fathul Bari I

Posted: 19 Jul 2012 09:11 AM PDT

Video: Debat Sinar Ustaz Nasrudin - Fathul Bari II

Posted: 19 Jul 2012 02:15 AM PDT

Panas: Penyelaras DAUN Desak Fuziah Salleh Dan Anti Lynas "Memohon Maaf" Kepada Syarikat Itu !

Posted: 18 Jul 2012 11:44 PM PDT

KUANTAN, 19 Julai - Gabungan Badan-badan bukan kerajaan Pahang Mendokong Agenda Nasional (DAUN) mendesak anggota Parlimen Kuantan dari PKR Fuziah Salleh dan kumpulan anti Lynas supaya memohon maaf secara terbuka berhubung pelbagai dakwaan buruk terhadap syarikat berkenaan sebelum ini. Menurut Penyelaras DAUN Wan Emril Nizam Wan Embong (foto), permohonan maaf itu juga perlu dibuat secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya penduduk Kuantan berikutan tindakan mereka memberikan fakta salah dan melemparkan pelbagai dakwaan buruk berhubung pembinaan kilang itu. "Tindakan Fuziah dan kumpulan anti Lynas selama ini ialah memburuk-burukkan kilang berkenaan serta mewujudkan rasa takut di kalangan rakyat terutamanya penduduk Kuantan berhubung pembinaan kilang itu," katanya. Sebelum ini, Free Malaysia Today, di laman webnya, www.freemalaysiatoday.com, Mtoday News Sdn Bhd memohon maaf terhadap artikel-artikel yang diterbitkannya sebelum ini yang mendakwa kilang Lynas mungkin tidak selamat untuk orang ramai. Lynas Corporation Limited, telah menerima publisiti buruk selama lebih setahun dari pelbagai pihak terutamanya parti pembangkang yang dilihat mempolitikkan isu pembinaan kilang itu. "Kami mendesak Fuziah memohon maaf seperti mana tindakan portal Free Malaysia Today yang mengakui kesilapan (artikel) mereka dengan pembohongan fakta tanpa asas saintifik. "DAUN mendapat maklum balas dari masyarakat berdasarkan program turun padang yang dianjurkan, mereka sudah jemu dengan modal politik murahan dan pembohongan yang dijaja oleh kumpulan anti Lynas yang didominasi kaum tertentu yang cenderung kepada parti DAP," tambah Pensyarah Kanan Undang-Undang di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) itu.


Wan Emril dan AJK DAUN juga ada buat laporan polis kepada NGO Anti Lynas


Pada 25 Jun 2012 lepas, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai Lynas telah membentangkan hasil laporannya di Dewan Rakyat dan mengesyorkan supaya Lesen Pengendalian Sementara (TOL) dikeluarkan bagi membolehkan kilang Lynas beroperasi. Laporan itu turut mengesyorkan kilang berkenaan boleh memproses bahan mentah secara berperingkat dan terhad serta dikawal selia secara berterusan oleh agensi penguatkuasa.

Tiada ulasan: