labun KulupSakah... |
Gerakan Rakyat Merdeka - Nikjidan Posted: 19 Jul 2012 08:25 PM PDT Nikjidan lambang seorang yang gigih dan keras melawan takdir untuk 'mencipta takdir baru'. Dilahirkan dengan jari-jemari yang melekat tidak membuatkan dia menangisi nasibnya itu tetapi berusaha keras 'memisahkan' jari yang melekat itu sehingga dia bisa mengocok tengkuk gitar untuk menghasilkan lagu dan melodi. Suaranya jantan, jelas melaungkan bait-bait protes, luahan yang membungkam di hati tentang apa yang disaksikannya di depan mata senimannya. Berusia lewat 30an dan membesar dengan jerit perjuangan muzik rock sedikit sebanyak semangat itu terjelma dalam lagu-lagunya. Berbanding album terdahulu, ini album pertama Nik selepas bergelar suami. Semangatnya lebih bertujuan, matang dan arah mata anginnya lebih tersusun kemas. Juli isterinya juga ada menyumbangkan suara latar dan terdengar jelas keharmonian itu punya 'kimia' yang memberi nafas pada lagu 'Bukan tak pernah salah'. Ada distorsi gitar dan ketukan drum kali ini oleh pemuzik dari kumpulan Keladak. Man Biola menggesek biolanya selain lukisannya menjadi cover album dan layoutnya. Lagu Demokrasi Basi yang dinyanyikan live di apartment yang sama-sama kami sewa di JB tahun lepas masih tersimpan di telefon bimbit aku. Nik baru seminggu bernikah waktu itu dan Annisa masih hidup. Aku tak mampu memainkan video penuh syahdu itu. Kami mengembara ke Selatan mencari dana Hope2Walk dan Nik bersama Ju mengamen (busking) tanpa bayaran sesen pun. Dari mereka sahaja lebih RM2 ribu dipungut. Nik turun berdemo membawa gitar dan harmonika. Menyanyi lagu perit rakyat. Lirik lagunya lepas bebas, itulah identiti seniman jalanan. Dengarkan Iwan Fals begitu juga. Tapi Nik adalah Nik. Album 'Gerakan Rakyat Merdeka' ini wajib dibeli dan dimiliki. Artis arus perdana pun tak berani hasilkan album penuh di zaman gawat ini (hanya hasilkan single sahaj) tetapi dengan RM20 anda berpeluang mendengar tujuh buah lagu (lihat foto). Kalau dah indie buat apa buat lagu tak melawan? Ini era counter culture, ini era anak muda lawan pemerintah zalim tak kira kerajaan mana sekali pun. Mahu tempah? Email saja kat aku ronasina@gmail.com "tak ada lirik ke kat sampul?" tanya aku. "buat apa lirik kalau sebutan sebijik-sebijik jelas dan terang?" jawab Nik. Aku tak pasti mengapa aku bertanya soalan bangang itu. |
You are subscribed to email updates from ronasina To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan