Sabtu, 7 Julai 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Abby berhasrat sertai demo bebas tahanan ISA esok

Posted: 07 Jul 2012 02:04 AM PDT


KUALA LUMPUR: Bebarapa minit sebelum berakhirnya program, Abby Abadi telah menyatakan hasratnya untuk menyertai protes Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi menuntut  pembebasan 45 tahanan ISA pada 8 Julai ini di hadapan Kem Tahanan Kamunting (Kemta).

"Saya akan sertai protes menuntut pembebasan 45 tahanan ISA, entah kenapa malam ini hati saya tergerak untuk bersama-sama dengan rakyat turun berhimpun bagi menuntut secebis keadilan," ujar Abby lagi.

Beliau menyatakan demikian pada forum yang diadakan di pekarangan Tapak Pekan Selasa, Batu Kurau anjuran PAS Kawasan Larut, lapor laman web Persepsi Kita Berbeza. -sumber

Syarikat Minyak Anak Mahathir Monopoli Bekal Minyak kepada MAS

Posted: 07 Jul 2012 02:03 AM PDT



Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan perjanjian pembekalan minyak untuk pesawat Airbus A380 antara Malaysia Airlines System Bhd (MAS) dan Petron Malaysia (Petron), yang dikaitkannya dengan anggota keluarga Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, ekoran perjanjian itu syarikat penerbangan negara MAS tidak dibenarkan membeli minyak selain daripada Petron (dahulunya dikenali sebagai Esso Malaysia Bhd) selama enam bulan.

"Saudara, apa punya dasar ekonomi ini. Najib, ini apa? Kamu perdana menteri atau ketua kampung.

"(Najib) ini perdana menteri, dengan Mahathir (dia) takut, dengan PERKASA dia takut, dengan (Barrack) Obama dia takut, balik rumah takut," katanya sambil diiringi ketawa dan sorakan hadirin dalam ceramah di Selayang dekat ibu negara malam tadi.

"Sebab itu, ketelanjuran sudah teruk. Wang kita, kena ingat. MAS ini syarikat penerbangan negara, mana boleh bagi kepada satu syarikat (sahaja)," katanya.

Petron dan MAS menandatangani perjanjian khas pada 29 Jun bagi membekalkan dan membeli bahan api Airbus A380 syarikat penerbangan negara selama enam bulan, bermula 1 Julai lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS Group Ahmad Jauhari Yahya dilapor berkata syarikat penerbangan itu gembira mendapat rakan yang sama komited kepada keperluan mesra alam Airbus A380.

Bagi meraikan hubungan baru itu, Petron menyediakan bahan api percuma bagi penerbangan sulung pesawat A380 MAS, penerbangan MH2 dari Kuala Lumpur ke London pada malam Ahad sebelum ini.

MAS menerima pesawat A380 pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada Jumaat.

Pada 5 Jun, MAS juga menikmati bekalan bahan api daripada Petron apabila ia membawa kakitangan dan tetamu untuk mencuba penerbangan A380, termasuk Dr Mahathir.

Sementara itu, Anwar juga mengumumkan akan melaksanakan pendidikan percuma dan penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebaik sahaja gabungan diumumkan membentuk kerajan jika menang dalam pilihan raya umum akan datang. -mk

Makin lambat PRU, banyak skandal Najib terdedah

Posted: 06 Jul 2012 03:35 PM PDT


Nampaknya semakin jauh Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) berlangsung semakin banyak tembelang Perdana Menteri pecah dan semakin sukar beliau menepis segala dakwaan yang dihadapkan kepadanya.
               
Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat isu skandal campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam projek tambahan LRT Ampang bernilai RM960 juta yang dianugerahkan kepada sebuah konsortium yang diterajui syarikat George Kent menandakan negara ini bakal menuju kehancuran.

"Dalam pendedahan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR mendakwa laporan dari Halcrow, sebuah perunding kejuruteraan terkemuka dunia membuktikan bahawa George Kent JV tidak mempunyai kemampuan dalam teknikal dan kewangan
," ujar Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, George Kent juga didakwa tidak ada kepakaran membina projek LRT dan hasil rekod projek syarikat George Kent juga membuktikan bahawa syarikat itu hanya pernah mengendalikan projek bernilai RM40 juta yang tidak memenuhi kriteria projek LRT Ampang yang bernilai RM1 bilion.

Sehubungan itu, kata Riduan pihaknya merasakan campur tangan PM dalam urusan pengendalian projek ini amat serius dan perlu diberi perhatian sewajarnya.

Soalnya, kata beliau apakah PM mahu menggadaikan keselamatan orang awam dengan syarikat yang tidak memenuhi spesifikasi projek.

"Mengapa begitu beria-ia PM menganugerahkan projek kepada syarikat ini walhal telah dilaporkan bahawa syarikat ini sememangnya tidak layak mendapat projek ini?

"Adakah sesuatu kepentingan lain diperolehi oleh PM atau ahli keluarganya melalui penganugerahan projek ini?" kata beliau.

Dalam hal ini, tambahnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menutup mata melihat skandal sebesar ini berlegar di depan mata tanpa tindakan.

Menurutnya, skandal itu menguji integriti badan itu dan mahu melihat sejauh mana wibawanya bagi mengendalikan skandal sebesar ini.

Namun demikian, ujar Riduan ramai boleh mengagak bagaimana kesudahan episod kisah ini dan siapa yang akan untung dan terselamat, sebaliknya siapa pula yang bakal terjerat dan disiasat.

"Kesemua pendedahan ini menunjukkan bahawa sudah sampai masanya era pemerintahan BN berakhir kerana para pemimpin negara pada hari ini sudah terlalu bermasalah dan berpenyakit," ujarnya.

Justeru, ujar beliau dalam beberapa bulan akan datang, entah berapa banyak lagi projek sulit akan didedahkan yang menggemparkan dan mensensasikan negara. -Hrkh

Jom jadikan Dr M banduan kehormat lima hari

Posted: 06 Jul 2012 03:29 PM PDT




 Kita tidak perlu bergurau dengan Dr Mahathir Mohamad untuk menyumbatkan ke dalam penjara, sebagai banduan selama lima hari sahaja. Tak tau la dia tahan ke tidak.

Dr M tidak perlu hendak usik Anwar Ibrahim kerana selepas Anwar dibebaskan dari penjara, Anwar tidak menyerang bekas bosnya secara terbuka. Dr M dah maki Anwar banyak kali. Tiap-tiap kali ada peluang jumpa press, dia akan mula menyerang Anwar.

Saya pernah tanya Anwar secara peribadi, mengapa beliau tidak mahu menyerang bekas bosnya, sedangkan semua orang tahu betapa zalimnya Dr M yang menyumbatkan Anwar ke dalam penjara dan Dr M membiarkan samseng KPN, Rahim Noor memukul Anwar dalam lokap polis tanpa belas ihsan.

"Dato' Seri, anta tidak mahu balaskah serangan Dr M kepada anta, nampak tak henti-henti orang tua tu," tanya saya.

Reaksi Anwar kepada saya,"Tak usahla..ana tak mahu berdendam dengan beliau, biarlah dia hendak kata apa. Barangkali dia tengah meroyan tengok Umno makin teruk," katanya sambil tersenyum kecil.

Saya setuju dengan Anwar. Dalam Islam kita tidak harus berdendam dengan sesiapa. Jika kita boleh menjadi pemaaf, itulah yang terbaik, walaupun kebanyakan orang sukar melakukannya.

Berbalik tentang Dr M. Kita sebagai orang awam, kadang-kadang muak dengan pelbagai kenyataan bekas PM yang bukan sahaja menyerang Anwar, malah menyerang PAS dan DAP.

Ada sumber-sumber dalaman Perkasa mendakwa Dr M ada hubungan yang akrab dengan presiden Perkasa. Kita tahu banyak kerja-kerja kotor dilakukan Perkasa. Apakah ianya disaran oleh Dr M? Kita tidak tahu.

Dr M mungkin berseloroh untuk memperli Anwar untuk dijadikan PM selama lima hari. Tetapi kita tidak harus berseloroh dengan beliau, untuk kita siasat Dr M dan seluruh organisasi Umno di bawah OSA.

Tidak perlu ambil banyak kes. Kita ambil kes seumpama yang dikenakan kepada Uncle Seekers a.k.a Syed Abdullah.

Berapa banyak dokumen yang diklasifikasikan sebagai OSA, diedar pada perhimpunan agung Umno, disiar media massa pro Umno untuk memaki hamun institusi Raja?

Takkan dalam hal Uncle Seekers, pihak Istana boleh bersetuju dengan tindakan polis, tetapi dalam menyiasat pemimpin Umno, pihak Istana boleh mendiamkan diri? Itu persoalan yang rakyat lontarkan.

Jadi, pada kita, pihak polis wajar untuk mereman Dr M selama empat lima hari, untuk dilakukan siasatan di bawah OSA.

Apa macam Dr M? Ada berani?

Ulasan ringkas sebagai reaksi kepada news Bernama:

Dr M: Jadikan Anwar 'PM kehormat' 5 hari

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung...dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi perdana menteri," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech Vaclav Klaus di ibunegara hari ini.

Dr Mahathir berkata kenyataan Anwar itu merupakan retorik politik sahaja kerana menurut beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Anwar masih terus dengan impiannya untuk menjadi perdana menteri.

Beliau diminta mengulas mengenai satu wawancara Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times Selasa lalu membayangkan akan berundur daripada politik negara jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13 dan akan kembali mengajar.

Bekas perdana menteri dengan nada bergurau mencadangkan supaya diwujudkan jawatan perdana menteri 'terhormat' selama lima hari untuk diisi oleh Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara.

"Kita buat dua jawatan perdana menteri, bagi dekat dia satu 'Honour Prime Minister' selama lima hari, lepas itu dia boleh bersara," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan penyelewengan bernilai RM1 bilion oleh kerajaan negeri Selangor dalam urusan penyelesaian hutang sebuah syarikat senaraian awam, Dr Mahathir berkata rakyat Selangor harus bangkit dan sedar dengan penyelewengan kerajaan Selangor.

Katanya, kerajaan Selangor tidak sepatutnya menyalahguna kuasa dan mengguna duit rakyat bagi memenuhi kepentingan tertentu.

Justeru, katanya, rakyat Selangor perlu memberi semula kepercayaan kepada kerajaan BN yang sebelum ini telah memerintah Selangor selama 50 tahun untuk kembali memajukan Selangor. 

Oleh: Mohd Rashidi Hassan

Tiada ulasan: