Sabtu, 7 Julai 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Kalau La Di Malaysia Macam Ni, Berapa Ramai Wanita Yang Kena?

Posted: 07 Jul 2012 05:09 AM PDT

Tengok cara mereka berpakaian. Kalau la di Malaysia, agak-agak berapa ramai wanita Islam yang kena tegur?

Tapi di negara Acheh. Malaysia yang kononya sebuah negara Islam, di mana letak hukum dan panduan agama?

Nak salahkan kepada siapa? Pihak berkuasa? Masyarakat?

Tolak umno bn, parti ni memang menolak dasar Islam dari awal lagi.

Rakyay dah cerdik. Islam yang dapat membawa kita ke arah kebaikan dan kesejahteraan.

Abby Cakap Ada Artis SMS Bagi Kata Semangat

Posted: 07 Jul 2012 04:26 AM PDT

Alhamdulillah. Bukan senang manusia yang hina macam kita Allah nak bagi hidayah tetapi tidak mustahil Allah nak bukakan pintu hati. Semua tu kuasa Allah.

Ayuh mereka diluar sana. Boleh tengok dan beza artis dan orang kenamaan yang masuk Pas dan Umno. Sungguh berbeza.

Masuk je belah Pas, mula la geng sana nak tabur fitnah. Sekarang skandal seks pula.

Dasar lucah pemikiran puak umno bn!

Komplot Mahathir bolehkan anaknya dapat kontrak bekal minyak untuk MAS

Posted: 06 Jul 2012 10:40 PM PDT


Jul 6 2012 / Keadilan Daily
(Oleh Mohd Martin Kahar)

KUALA LUMPUR 6 Julai: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoal perjanjian membekalkan bahan api antara Malaysia Airlines (MAS) dan Petron Malaysia Sdn Bhd.

Beliau berkata, MAS sebelum ini mendakwa kerugian kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas.

"Apakah perjanjian dengan pembekal baru ini (Petron), MAS boleh menjamin syarikat itu dapat mengurangkan kerugian," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

Beberapa blog sebelum ini mempertikai tindakan Mahathir kerana 'melepaskan' kontrak membekal bahan api kepada MAS sedangkan beliau adalah penasihat Petronas.

Mengulas perkara itu, Azan berkata, Petron diberikan kontrak kerana syarikat tersebut dimiliki anak bekas Perdana Menteri itu.

Petron merupakan anak syarikat San Miguel Corporation iaitu syarikat berasaskan arak terbesar di Filipina yang sahamnya turut dimiliki oleh Mirzan Mahathir.

Azan menambah, keuntungan jualan arak membolehkan San Miguel membeli 65 peratus saham Exxon Mobil Corporation iaitu syarikat induk Esso Malaysia Sdn Bhd.

"Esso kemudian dijenama semula kepada Petron dan ia berlaku secara pantas disebabkan kepentingan Mahathir," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Azan yakin, beberapa pemimpin tertinggi MAS meletak jawatan disebabkan tidak bersetuju dengan perjanjian itu kerana ia bakal menjejaskan keuntungan MAS.

Anak Mahathir beli syarikat minyak pakai duit arak - Anwar

Posted: 06 Jul 2012 10:38 PM PDT

Jul 7 2012 / Keadilan Daily
(Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR 7 Julai: Esso Malaysia yang ditukar nama sebagai Petron, dibeli anak Dr Mahathir Mohamad menggunakan sumber kewangan San Miguel Corporation - sebuah syarikat arak terkemuka.

"Jadi, kalau pergi stesen Petron, samalah pergi ke syarikat anak Mahathir, Mokhzani," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian depan lebih 2,000 orang di Padang Kampung Selayang Indah, Selayang baru, malam tadi.

Anwar juga menyifatkan Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada telunjuk Mahathir apabila meluluskan kontrak enam bulan untuk MAS membeli minyak dari Petron.

"MAS tak boleh beli minyak syarikat lain selama enam bulan, daripada syarikat anak Mahathir, Petron - boleh," katanya, sinis.

Ketua Umum KEADILAN yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan selama lapan tahun itu, mempersoal integriti Najib selaku Perdana Menteri.

"Dasar ekonomi apa ini. Kamu ini Najib, Perdana Menteri ke, ketua kampung? Ini Perdana Menteri takut kepada Mahathir, dengan Perkasa takut, dengan Obama takut, balik rumah takut.

Anwar juga mengimbas kembali desakan Mahathir yang mahu RM2 bilion untuk menyelamatkan anaknya tetapi tidak diendahkan beliau hingga membawa kepada pemecatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ini membuktikan, katanya, walaupun berulang kali Umno 'berikrar' mahu membanteras rasuah dan penyelewengan, katanya, janji itu sekadar janji kerana mereka mendahulukan kroni.

"Bukan tiada orang Melayu, India atau Cina, tapi serah kepada orang korup. Tapi bercakap, mesti tentang rasuah. Tapi pelahap bukan main banyak.

"Semua tak betul tapi pemimpin Umno beli syarikat arak tok imam diam sahaja, boleh," katanya.

Tiada ulasan: