MIMPI SENJA |
- Pasangan berkepit di Tanah Suci
- TERKINI : Najib terus senak .....Datuk Lajim Ukin letak semua jawatan dalam parti dan mahu bekerjasama dengan Pakatan Sabah
- Lagi EDISI KANTOI : Kami Mahu Tok Guru Letak Jawatan ....
- SANTAI PETANG : [VIDEO] Hitler marah logo Kemerdekaan 55 buruk
- Kontroversi perkahwinan Syafiq - Yana
- EDISI KANTOI :- Kelakar nak mampos wa cakap lu ... Logo Hari Merdeka 55 ditiru bulat2 dari sticker kerete Hari Merdeka 52
Pasangan berkepit di Tanah Suci Posted: 28 Jul 2012 07:40 AM PDT Cerita di sebaliknya Ada satu email menarik yang rasanya patut dikongsi bersama yang lain. Pernah tengokgambar berkepit di tanah suci seperti di bawah ni tak? Kali pertama tengok, timbul juga rasa pelik. Nak jatuhkan hukum pun aku tak tahu sangat sebab aku tengok gambar ni pada mulanya di facebook. Hanya gambar dan beberapa ayat negatif pasal gambar ni. Selepas tengok gambar kedua, baru aku mula perhatikan bahagian yang dianak-panahkan tu. Sebelum ni memang tak perasan langsung pasal tu. Perasan tak? Aku tak faham pun bahasa Arab di sebelah kanan tu. Tapi kalau mengikut kandungan email yang aku dapat, saudara tu dipapah oleh isterinya sebab kurang upaya. Tak tahulah mereka ni betul-betul suami isteri ke tak. Bagi aku, takkan pasangan bercinta nak bercanda di tanah suci kot. Mesti orang yang ingin berada di tempat macam ni dapat bezakan halal dan haram. |
Posted: 28 Jul 2012 05:56 AM PDT July 28, 2012 PETALING JAYA, 28 Julai – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lajim Ukin hari ini mengumumkan meletakkan semua jawatan dalam parti tersebut. Walaubagaimanapun, Lajim (gambar) yang juga timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan menyerahkan kepada kepimpinan Umno untuk menentukan sama ada dapat mengekalkan atau tidak jawatan timbalan menterinya itu, lapor akhbar The Star versi online. Perkembangan ini memberikan tamparan hebat kepada perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan pilihan raya umum (PRU) yang akan berlangsung tidak lama lagi. Lajim turut berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik tetapi akan bekerja dengan parti pembangkang, Pakatan Rakyat (PR) demi kepentingan negeri Sabah, lapor The Star lagi. |
Lagi EDISI KANTOI : Kami Mahu Tok Guru Letak Jawatan .... Posted: 28 Jul 2012 05:29 AM PDT |
SANTAI PETANG : [VIDEO] Hitler marah logo Kemerdekaan 55 buruk Posted: 28 Jul 2012 03:52 AM PDT |
Kontroversi perkahwinan Syafiq - Yana Posted: 28 Jul 2012 02:41 AM PDT PEKAN – Perkahwinan pasangan remaja yang dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, yang tersebar di laman blog serta video majlis perkahwinan di YouTube mengundangkontroversi serta terus mendapat pelbagai reaksi masyarakat di negara ini. Sinar Harian sempat berkunjung ke rumah keluarga pengantin lelaki di Bandar Dara Chini, namun keluarganya bertegas tidak mahu ditemu bual ekoran tidak selesa dengan publisiti yang diperoleh secara mendadak. Menurut sumber keluarga terdekat, video tersebut dimuat turun ke laman maya bertujuan untuk berkongsi saat bahagia pasangan terbabit dengan ahli keluarga yang tinggal berjauhan dan tidak sempat hadir pada hari perkahwinan tersebut. Sinar Harian turut difahamkan bahawa pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Februari lalu, namun kenduri bagi meraikan pasangan pengantin ini diadakan pada 8 Julai lalu. Ibu pengantin lelaki yang ditemui turut mengakui bahawa dia sekeluarga memilih untuk berdiam diri walaupun ada reaksi negatif yang diterima daripada masyarakat mengenai perkahwinan anaknya. Menurutnya, anak lelakinya akan meneruskan persekolahan pada tahun hadapan dan berharap agar orang ramai memahami situasi mereka yang merestui hubungan dan perkahwinan berkenaan. Sementara itu, Kadi Daerah Pekan, Ahmad Nizam Abdul Manan yang dihubungi berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat berkaitan perkahwinan pasangan berkenaan. Menurutnya, sebarang perkahwinan yang melibatkan pasangan atau salah seorang daripada pengantin di bawah umur seharusnya mendapatkan perintah kebenaran daripada pihak mahkamah sebelum ia dijalankan. |
Posted: 28 Jul 2012 01:39 AM PDT Hahahahaha akhirnya terkantoi puak-puak Rais Yatim tentang logo sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini. Rupa-rupanya depa cuma ambik dari pelekat kereta masa sambutan Hari Kemerdekaan yg ke 52 pada 2009. Hampa tengok ni ... Hampa banding la sendiri logo Merdeka 2012 [bawah] dengan pelekat kereta masa Merdeka 2009 [atas] ..... 98% sama kan? .... sumber: RAKYAT MARHAEN Bila penghujung-penghujung hayat ni samada peminpin-peminpinnya maupun pencacainya dah kering idea, depa hanya tau recycle benda-benda yang lama. Itulah UMNO/BN |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan