dollah yankee |
55 tahun dah..tak pencen lagi??! Posted: 28 Jul 2012 05:53 PM PDT Kalau tak silap kira-kira setahun yang lalu sewaktu umat Islam di negara kita sedang sibuk dan kalut nak sambut Hari Raya Aidilfitri, Mat Sabu kita pula sedang enak 'dilanyak','diganyang' oleh media pecacai berhubung dengan isu Mat Indera dan komunis. Lain yang Mat Sabu cakap, lain pula yang dimanipulasi dan diputarbelit olih media ;harakjadah' ini. Maka rakyat pun semua tertumpu pada isu komunis ini yang kemudiannya menyaksikan perbicaraan mahkamah yang cukup melucukan dan masih ber-langsung sehingga sekarang. Jika diimbas kembali, Mat Sabu mengkritik bagaimana sambutan Hari Kebangsaan 'disabotaj' oleh parti pemerintah seolah-olah Umno dan Barisan Nasional (BN) sahajalah yang berjuang memerdekakan negara. Walaupun propaganda ini tidak dizahirkan sekurang-kurangnya melalui logo dan tema Hari Kebangsaan, tetapi mesej ini tetap meniti bibir-bibir pak menteri, bagaimana tanpa perjuangan Umno dan BN (dahulunya Parti Perikatan), kita ini masih duduk di atas pokok,kita ini masih lagi kayuh basikal. Teguran Mat Sabu ternyata tidak diambil endah oleh parti pemerintah malah makin menjadi-jadi perangainya untuk sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Buat julung-julung kalinya, parti pemerintah telah membuat kesilapan hatrick (setakat inilah) dalam menangani isu sambutan Hari Kebangsaan ke-55. Kesilapan pertama ialah pemilihan tema Hari Kebangsaan "Janji Ditepati". Meskipun semua orang kutuk,semua orang maki hamun,semua orang sumpah seranah atas pemilihan tema yang lebih kepada kempen pilihanraya ini, tapi para pemimpin parti pemerintah tetap tegar mempertahankan tema ini (syok sendiri barangkali?). Dalam pada orang ramai sedang memaki hamun kerana kesilapan pertama itu, kesilapan kedua pula muncul dengan pemilihan logo Hari Kebangsaan yang begitu hodoh,jelek, "lekeh" dan menjadi bahan ejekan dan sendaan rakyat jelata di internet. Kali ini rakyat di atas pagar juga tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini? Tema dan logo yang macam 'haramjadah' ini tidak cukup untuk memberi pengajaran kepada parti BN/umno. Lepas itu datang pula kesilapan ketiga dengan pemilihan lagu tema Hari Kebangsaan yang selayaknya menjadi lagu tema kempen pilihanraya BN/umno! Liriknya yang 'murah' dan tiada jati diri yang macam 'haramjadah' ini membuatkan rakyat kebanyakan sekali lagi tertanya-tanya, apa kaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan perjuangan Tunku Abdul Rahman memerdekakan negara? (Walaupun ada sarjana kangkung mengatakan negara ini tidak pernah dijajah). Patutkah kita salahkan Tun Abdul Razak kerana di zaman beliau tiada Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) seperti yang di'rap'kan dalam lagu yang dicipta anak Yatim itu? Rasanya baru sahaja Pak Haji Najib mengingatkan bahawa zaman bodek, zaman 'hisap konek' sudah berlalu, tetapi nampaknya lagu tema Hari Kebangsaan tahun ini adalah manifestasi 'bodek tahap tertinggi' yang dipamerkan olih anak Yatim ini. Kesilapan-kesilapan hatrick ini sudah tidak mampu untuk di'correction' lagi. Anak Yatim yang sudah begitu veteran ini sudah tidak reti dan tidak faham lagi dengan bahasa dan isyarat dari rakyat yang bukan nya buta maklumat. Tidak keterlaluan jika dikatakan anak Yatim telah berjaya memalukan Pak Haji Najib. Benarlah Mat Sabu kritik bahawa sambutan Hari Kebangsaan sudah dimonopoli oleh parti BN/umno semahu-mahunya. Lagu tema pun sudah menjadi lagu manifesto BN. Jika begini gaya Pak Haji Najib ingin melangkah ke gelanggang PRU ke-13, rasa-rasanya salah kah jika kita katakan inilah sambutan Hari Kebangsaan terakhir yang dikendalikan oleh Umno dan BN kerana kalau kita bekerja pun kita akan pencen pada umur 55 tahun. dollah yankee - selamat bersara kepada BN/umno |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan