Sabtu, 14 Julai 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Muhyiddin pun dah tak harapkan UMporNO lagi .......

Posted: 14 Jul 2012 08:01 PM PDT

Jangan Bergantung Kepada Sokongan Umno - Muhyiddin
JOHOR BARU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya berusaha keras pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan tidak hanya bergantung kepada sokongan Umno.
Beliau berkata, semua calon perlu turun padang untuk bertemu pengundi.
Muhyiddin turut mengingatkan ahli Umno supaya menyokong siapa saja calon yang dipilih Perdana Menteri untuk bertanding atas tiket BN.
"Jangan persoalkan calon yang dipilih oleh presiden parti dan calon parti komponen," katanya selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Gelang Patah di sini, Sabtu.
Beliau menggariskan tiga strategi yang mesti diguna pakai Umno pada pilihan raya umum akan datang.
Ia merangkumi memastikan perpaduan secara berterusan di peringkat bahagian, memperbaiki hubungan antara Umno dan parti komponen dan menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.
Beliau kemudiannya mengumumkan pemberian peruntukan sebanyak RM50,000 untuk menyelesaikan masalah di kawasan itu.
Kerusi Parlimen Gelang Patah mempunyai 104,040 pengundi - mStar

Himpunan Oren : Tengok cyber trooper UMporNO yang bodoh buat fitnah ... Tapi itulah kerja puak HARAMJADAH ni

Posted: 14 Jul 2012 07:22 PM PDT

Iklan solat - Agak2 RTM/TV3/Astro nak buat tak iklan macam ni

Posted: 14 Jul 2012 06:19 PM PDT

Diorang kata negara ini negara islam, (Najib baru jer kata tadi)  kata umno mereka tu lah penegak negara Islam, tapi tak terfikirkah stesyen TV yang rata-rata pembodek kuat umno ni untuk buat iklan yang mengingatkan betapa wajibnya solat.

Nampaknya stesyen TV sekarang lebih mahu mempromosikan K-pop yang dipelopori umno semenjak himpunan Belia yang mengimport artis k-pop dari luar negara. kah.kah.kah.

Mana tanggungjawab menegakkan syiar Islam, yang ada cuma Azan sekejap sebelum disambung dengan rancangan joget-joget dan nyanyi-nyanyi, tak lupa dengan drama yang kebanyakkannya cuma fatamorgana.

Kalau waktu berita, masuk waktu solat, yang ada cuma peringatan masuk waktu. takde pun iklan macam kat bawah
. -
 tukang lawan

TERKINI : Uncle Seekers dibebas

Posted: 14 Jul 2012 03:37 AM PDT

14 Julai 2012
Uncle Seekers
Uncle Seekers
JOHOR BAHRU - Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas, atau popular dengan panggilan Uncle Seekers, dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Akhir Ishak yang mengesahkan perkara itu, berkata Syed Abdullah, 46, dibebaskan pada 12.55 tengah hari.
Pengkaji aktiviti paranormal itu ditahan kira-kira pukul 7 malam pada 11 Julai lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun di IPD Nusajaya pada 4 Julai.
Dia kemudian direman selama tiga hari dengan perintah daripada Mahkamah Majistret di sini.
Sebelum itu, Syed Abdullah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana tulisan dalam blog miliknya www.uncleseekers.blogspot.com didakwa memfitnah Sultan Johor.
Mohd Akhir berkata kertas siasatan terhadap Syed Abdullah berkaitan kes mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 telahpun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan sedang  menunggu tindakan susulan daripada mahkamah.
Polis juga, katanya masih menunggu keputusan ujian air kencing Syed Abdullah bagi kesalahan mengambil dadah.
Teman wanita Syed Abdullah yang sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan dan dua lelaki berusia 23 serta 24 tahun yang merupakan kenalannya yang ditangkap di Tanjung Kling, Melaka pada 9 Julai lalu, telah turut dibebaskan.
Bekas pengurus peribadi Syed Abdullah dan teman wanitanya yang berusia 27 tahun pula direman sehingga hari ini. - Bernama

Najib buat kenyataan lawak pula .... hampa mai tengok sat

Posted: 14 Jul 2012 01:17 AM PDT

Perjuangan k'jaan pusat sekarang berteraskan Islam - Najib
4:04PM Jul 14 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perjuangan Kerajaan Persekutuan masa kini adalah berteraskan tuntutan Islam di bawah konsep Maqasid Al-Shariah.
    
Beliau berkata antara dasar Maqasid Al-Shariah yang diamalkan kerajaan ialah memelihara dan memperkasakan Islam namun pada masa sama, ia memelihara jiwa dan menghormati hak asasi manusia baik untuk Muslim dan juga bukan Muslim.


Sebagai menghormati hak asasi rakyat Malaysia, katanya kerajaan telah menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



"Jauh sekali kita meminggirkan Islam ataupun ketepikan Islam tetapi perjuangan kita ialah perjuangan yang dituntut oleh Islam," katanya semasa berucap pada Majlis Jasamu Dikenang Allahyarham Ustaz Nik Mohamed Mohyideen Wan Musa di Kolej Islam Sultan Alam Shah di Klang hari ini.
    
Nik Mohamed Mohyideen adalah pengetua pertama Kolej Islam Malaya/Klang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah selain pengasas Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.
    
Najib memperjelaskan bahawa dasar transformasi negara menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah berpaksikan kepada Maqasid Al-Shariah. 
    
"Memelihara akaun, memelihara kehormatan dan keturunan dan memelihara harta  dengan memperkasakan ekonomi, ini adalah prinsip Maqasid Shariah.
    
"Kita membangunkan konsep Kolej Islam dan menempatkan guru agama dari segi perjawatannya sama dengan guru-guru lain... ini semua adalah berdasarkan Maqasid Al-Shariah," katanya.
    
Selain itu, katanya Kedai Kain Rakyat 1Malaysia yang dilancarkannya hari ini juga merupakan satu daripada elemen Maqasid Al-Shariah.
    
Najib berkata pendekatan pendidikan oleh Kolej Islam, yang menggabungkan ilmu dunia dan Islam, merupakan hasil gandingan bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein selaku Menteri Pelajaran dan Allahyarham Nik Mohamed Mohyideen, selaku Pengetua Kolej Islam pada 1967, sebagai pelaksana dasar baru itu.



Najib berkata konsep atau falsafah menyatupadukan ilmu akal (intelek) dan ilmu wahyu (agama) dalam pendidikan telah diperjuangkan oleh Nik Mohamed Mohyideen bagi menghasilkan insan yang mempunyai kekuatan yang jauh lebih baik daripada mereka yang terdidik dengan satu dimensi ilmu sahaja. 
    
"Di situlah letaknya ketepatan Kolej Islam ini dibangunkan di mana ia penting ke arah menjadikan seorang insan itu sebagai cerminan akhlak Islam," katanya. 
    
Perdana Menteri berkata selain ibadat, Islam juga amat mementingkan akhlak mulia sesama manusia.
    
Beliau berkata konsep kesepaduan ilmu akal dan wahyu turut penting dalam pembangunan kepimpinan dan ketamadunan Islam.
    
"Nescaya, kalau kita boleh membangunkan individu berteraskan ataupun berpaksikan kepada kesepaduan ilmu ini, maka yakinlah, kita akan jadi seorang insan yang Tuhan pun akan meninggikan lagi darjat kita," katanya.
    
Najib berkata pada masa yang sama, kesyumulan Islam tidak boleh disempitkan oleh mana-mana pihak kerana jika disempitkan, ia boleh merosakkan masa depan umat Islam. 
    
Beliau berkata umat Islam juga berdepan cabaran apabila Islam tidak dilihat sebagai satu matlamat yang patut diperjuangkan, sebaliknya dijadikan alat untuk mencapai tujuan politik.
    
"Sebab itulah, kecelaruan berlaku di kalangan umat Islam. Daripada hala tuju yang tidak menentu, sekejap nak negara Islam, sekejap negara kebajikan, sekejap timbul hudud sampailah kepada masalah yang kita baca dalam akhbar sehari dua ini, suami dan isteri berpisah kerana politik," katanya.
    
Selain itu, Najib meminta dijadikan iktibar kejatuhan Tamadun Islam di Andalusia Sepanyol berikutan umat Islamnya gagal memelihara perpaduan kerana masalah dalaman, perebutan kuasa, hasad dengki menyebabkan umat Islam tidak berupaya meletakkan ketamadunan Islam di takat yang lebih tinggi.
    
Sementara itu, Najib berkata kerajaan akan memberi anugerah yang setimpal bagi mengenang jasa dan perjuangan Allahyarham Nik Mohamed Mohyideen.



Beliau juga mengumumkan kerajaan akan memberi peruntukan RM10 juta untuk meningkatkan lagi kemudahan di Kolej Islam selain Umno yang akan menyumbangkan RM200,000.

- Bernama

Himpunan Oren : Selesai - Berjaya diadakan dalam keadaan aman

Posted: 14 Jul 2012 01:04 AM PDT

Peserta perhimpunan dihalang untuk mendekati pintu masuk Istana tetapi lapan daripada mereka dibenarkan untuk menyerahkan memorandum tersebut.
FMT ALERT
KUALA LUMPUR: Seramai lima ribu orang menyertai 'Himpunan Oren Selamatkan Felda' di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini bagi membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham Kuala Lumpur.
Perhimpunan itu yang dianjurkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mula berkumpul di perkarangan masjib tersebut sejak 1.00 tengahari  tadi dan berjalan ke arah Istana Negara untuk menyerahkan memorandum bagi menyuarakan bantahan penyenaraian itu.
Mereka telah dihalang untuk mendekati pintu masuk Istana tetapi lapan dari mereka dibenarkan untuk memasuki kawasan Istana untuk menyerahkan memorandum tersebut.
Pihak polis, yang memantau perhimpunan tersebut, membenarkan peserta berarak bermula jam 2.00 petang daripada Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta ke checkpoint pertama di perkarangan tempat letak kereta Mahkamah Tinggi Jalan Duta.
Kemudiannya di tempat letak kereta itu, polis membenarkan wakil peneroka, selain pemimpin NGO dan parti politik memberikan ucapan sehingga pukul 3.00 petang.
Peserta himpunan sekali lagi dibenarkan polis berarak menuju ke pintu belakang, pintu 3 Istana Negara melalui Jalan Sri Hartamas dan Jalan Segambut sejauh hampir 3 kilometer.
Perarakan itu berhenti dalam lingkungan 600 meter daripada pintu 3 Istana Negara dan hanya lapan wakil sahaja dibenarkan mendekati masuk ke istana untuk menyerahkan memorandum.

Mohon Agong campurtangan
Himpunan Oren itu diadakan bagi memohon Yang DiPertuan Agong campurtangan membatalkan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia demi menyelamatkan tanah peneroka Felda.
Perhimpuan itu merupakan program kemuncak yang dianjurkan PAS sebagai bantahan rakyat terhadap penyenaraian FGVH di mana saham-sahamnya telah pun diapongkan di Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu.
Selain Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, pemimpin Pakatan Rakyat serta 50 NGO lain turut menyertai perhimpunan tersebut.
Semalam pihak polis memberi lampu hijau untuk perhimpunan tersebut dengan beberapa syarat.
Koordinator Gerakan Selamatkan Felda (GSF) Mazlan Aliman berkata himpunan itu dibenarkan setelah mengadakan perbincangan hampir dua jam antara pihaknya dengan Ketua Polis Daerah (OCPD) Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan, OCPD Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, serta 20 pegawai polis lain di Balai Polis Kepong semalam.
Memorandum, yang diserahkan itu mengandungi tuntutan lapan perkara iaitu meminta pemecatan Mohd Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, membatalkan pinjaman bank peneroka, membatalkan cagaran tanah Felda Plantations, menyelesaikan tuntutan peneroka, menghapuskan hutang peneroka, melindungi tanah peneroka, memberi jaminan kepentingan masa depan generasi kedua dan ketiga serta membubarkan Felda Plantations dan membuka Felda baru untuk generasi baru Felda.


Read more: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/14/lima-ribu-sertai-himpunan-oren/#ixzz20a8nlgLQ

Himpunan Oren: MAI TENGOK "LIVE" DI SINI

Posted: 13 Jul 2012 11:22 PM PDT


JAMILAH HAMZAH & NORAIZURA AHMAD
14 Julai 2012
Himpunan Oren: Kawasan Masjid Wilayah, Kompleks Wilayah jadi tumpuan
Sebahagian peserta Himpunan Oren Selamatkan Felda bersama sepanduk di kawasan berhampiran Masjid Wilayah Persekutuan.
Himpunan Oren: Kawasan Masjid Wilayah, Kompleks Wilayah jadi tumpuan
Gerai-gerai yang dibuka sempena Himpunan Oren Selamatkan Felda di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan.
KUALA LUMPUR - Kawasan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kompleks Mahkamah Jalan Duta kini menjadi tumpuan dengan pihak polis mempertingkatkan kawalan menjelang Himpunan Oren Selamatkan Felda petang ini.

Pukul 12 tengah hari, dua bas dinaiki peserta Himpunan Oren Selamatkan Felda tiba di pekarangan masjid.
Sementara itu, orang bukan Islam telah berkumpul di Kompleks Mahkamah.
Pukul 1.15 tengah hari, kelihatan beberapa khemah telah didirikan untuk menjual baju berwarna oren dan hijau.
Menurut polis, pihaknya akan menutup beberapa jalan di sekitar Jalan Duta menuju ke masjid dan kompleks mahkamah bagi memberi laluan kepada Himpunan Oren Selamatkan Felda.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah,  Jalan Duta Mas Satu dan Sri Hartamas akan ditutup secara berperingkat sepanjang perhimpunan tersebut diadakan.
Menurutnya, pihaknya akan membuat lencongan jalan untuk pengguna jalan raya lain.
"Peserta perhimpunan akan berkumpul di tempat letak kereta Mahkamah Jalan Duta sebelum berarak ke pintu tiga Istana Negara.
"Kita menganggarkan 3,000 peserta akan menyertai perhimpunan ini," katanya pada taklimat media di perkarangan Mahkamah Jalan Duta, di sini sebentar tadi.
Menurutnya, orang ramai tidak perlu khuatir kerana tiada laluan trafik akan berlaku.
Beliau berkata, anggotanya akan mengawal dan memantau keadaan bagi mengelakkan kejadian yang boleh menggugat keamanan.
Zakaria berkata, hasil perbincangan tiga kali dengan penganjur Himpunan Oren iaitu pada 6, 9 dan 13 Julai lalu, hanya lapan wakil mereka dibenarkan untuk memasuki pintu tiga Istana Negara bagi menyerahkan memorandum.
Menurutnya, peserta himpunan tersebut boleh menunggu lebih kurang satu kilometer daripada pintu Istana Negara semasa wakil mereka menyerahkan memorandum.
Himpunan tersebut yang dianjurkan Gerakan Selamatkan Felda (GSF) untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.
Menurut penganjur dianggarkan lebih 20,000 orang akan menyertai himpunan tersebut.
AKAN MENYUSUL/SILA IKUTI TWEETER DI SEBELAH/SIARAN LANGSUNG DI SINI

Tiada ulasan: