Isnin, 9 Julai 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Peguam Sanggah Fitnah Jahat Utusan Malaysia

Posted: 09 Jul 2012 12:02 AM PDT

Kes Fitnah II: Anwar dibebas bukan sebab teknikal – Surendran

KUALA LUMPUR 9 Julai: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, Utusan Malaysia jelas berniat jahat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan jahil dengan hujah hakim apabila mengatakan Ketua Umum KEADILAN itu dibebaskan kerana isu teknikal.

Beliau merujuk laporan akhbar Umno itu semalam yang mengatakan Anwar didapati tidak bersalah hanya kerana masalah teknikal pada bahan bukti.


Katanya, dakwaan akhbar tersebut bertentangan sepenuhnya dan tidak konsisten dengan hujah pembebasan yang diberikan Hakim Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman bertulisnya.

"Dalam kehakiman sebanyak 80 halaman itu, Zabidin merumuskan, beliau tidak dapat mensabitkan Anwar tanpa bukti sokongan lain. Maknanya, bukti yang diberi Saiful Bukhari Azlan tidak cukup untuk sabitkan Anwar," katanya dalam satu kenyataan.

Kata Surendran, menurut undang-undang, jika hakim mendapati bukti Saiful meyakinkan, beliau dapat mensabitkan Anwar tanpa bukti sokongan lain.

"Pendek kata, hakim membebaskan Anwar kerana tidak yakin beliau bersalah, bukan kerana soal teknikal (semata-mata)," kata peguam itu lagi.

Tambah beliau, akhbar itu juga dengan sengaja mengabaikan penemuan penting hakim yang menunjukkan polis memalsukan bukti.

"Hakim mendapati bukti 'beg plastik P27′ dibuka oleh pegawai penyiasat, menunjukkan pemalsuan bukti ke atas Anwar," jelasnya.

Justeru, kata Surendran, penemuan hakim membuktikan kes Fitnah II adalah konspirasi politik jahat terhadap Anwar oleh Umno BN dengan kerjasama pihak berkuasa.

http://www.keadilandaily.com/?p=32466


Hasan Ali Terhegeh-hegeh Ajak Pas Bedebat.. Dasar Muka Tak Malu..

Posted: 08 Jul 2012 10:19 PM PDT

PAS Selangor meminta ahli-ahlinya supaya menumpukan kepada usaha menghadapi pilihan raya umum daripada melayani karenah Presiden NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali yang menurutnya 'telah terpinggir'.

Dalam satu kenyataan semalam, ia mendakwa Dr Hasan mengadakan cerita kononnya akan ada debat di antara beliau dengan pesuruhjaya PAS Selangor Rabu ini (11 Julai).


PAS Selangor menganggap tindakan Dr Hasan itu "jelas menunjukkan gerakan JATI semakin hilang pedoman dan kini Dr Hasan mahu mencari populariti melalui PAS.

Menurut kenyataan itu, lagi, PAS Selangor telah bersetuju agar pesuruhjaya Selangor serta ahli-ahlinya tidak melayani karenah Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri itu.

Sebaliknya, tegas kenyataan itu lagi, tumpuan parti itu adalah kepada pilihan raya umum akan datang.

"Mengapa Dr Hasan mahu berdebat dengan kita? JATI bukan parti politik.

"Bukankah masalah yang ada di Selangor adalah masalah yang di timbul dan ditinggalkan oleh beliau sendiri sewaktu menjadi pesuruhjaya PAS dulu?" tambah kenyataan itu.

Menurutnya, prestasi PAS Selangor sekarang jauh lebih baik daripada zaman Dr Hasan menjadi pesuruhjaya.

"Kini beliau mahu berdebat. PAS Selangor dan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam keputusannya, tidak melayani karenah bekas exco kerajaan negeri itu kerana dia pernah diberi peluang untuk berjuang dalam pasukan kerajaan negeri, tetapi gagal," tambahnya.


Debat Najib-Anwar bila lagi?

Posted: 08 Jul 2012 09:39 PM PDT

PETALING JAYA: Desakan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat dengan ketua Pembangkang Datuk Sri Anwar Ibrahim bergema sekali lagi.

Kali ini isu ini dibangkitkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ketika berdebat dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam debat bertajuk Dasar Siapa Lebih Menguntungkan Negara?" semalam.

"Malangnya Najib menolak tawaran berdebat. Mungkin beliau bimbang rakyat akan memilih Anwar." tambah Setiausaha Agung DAP itu.


Pemimpin DAP itu turut menambah bahawa adalah tidak berguna untuk beliau berdebat dengan Dr Chua kerana dasar negara ketika ini ditentukan oleh Umno, bukannya MCA.

Dr Chua bagaimanapun menyangkal pandangan Lim berdasarkan kepada dasar transformasi Najib.

"Anwar sepatutnya dengan semua orang kerana kita tidak tahu apa yang beliau hendak buat.

"Pakatan penuh dengan retorik, tiada pengkhususan dan kurang dalam penyampaian," kata Dr Chua.

Bukan budaya politik

Desakan agar Najib berdebat dengan Anwar sebelum ini kedengaran semasa Ketua Pemuda Umno merangkap Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berdebat dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Perantara debat Dr Maszlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa dalam komennya bertanya bila Najib akan bersemuka dengan Anwar semasa penggulungan debat berkenaan isu PTPTPN dalam bulan Mei

Bagaimanapun, Najib secara lembut menolak cadangan untuk berdebat.

"Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita.

"Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan.

"Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manisfesto masing-masing bila sampai pada masanya," katanya dalam satu sidang media pada 22 Jun.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/09/debat-najib-anwar-bila-lagi/


Satu Lagi Video Seks Anwar Akan Didedahkan Petang Ini

Posted: 08 Jul 2012 06:03 PM PDT

SIDANG AKHBAR PETANG INI

Sdr Zamil Ibrahim mengadakan sidang media PENDEDAHAN VIDEO ANWAR
Tarikh: 9 Julai 2012 (Isnin)
Masa: 2:30pm Tempat: No. 19-3, Jln PJU 5/4, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya Selangor.

Semua media dijemput hadir bagi membuat liputan. Hubungi 012-4624068


Aku terima email ini malam tadi dari pengirim yang tak dikenali.Sejauh mana kesahihan email ini aku pun tak pasti dan lebih tak pasti tentang apa video yang mahu didedahkan (kalau adalah).Apapun harap harap bukanlah jenis jenis video yang pernah didedahkan tentang Anwar sebelum ini...Tak tahulah pulak kalau pemimpin Umno fikir 'video jenis itu' boleh membantu BN menang besar PRU nanti...

Apapun aku suka bersangka baik dan tidak membuat apa apa spekulasi,apatahlagi aku pun tak pasti tentang kesahihan email yang aku terima.Mungkin sekadar gimmick video yang tiada kena mengena dengan SEKS pun..

http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2012/07/satu-lagi-video-anwar-biar-betul.html



Uncle Seeker bakal ke tali gantung disebabkan sekilo dadah..

Posted: 08 Jul 2012 04:33 PM PDT

ESOK lusa, Uncle Seekers dikenal pasti sebagai mafia dadah atau dijumpai banyak dadah di rumah selebriti itu.

Dengan hal demikian, membolehkan "Hang Jebat" itu ke tali gantung.

Bahana lawan Raja...

Air kencing Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas hari ini disahkan positif dadad selepas direman semalaman oleh polis Johor.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner, Mohd Akhir Ishak berkata, Syed Abdullah yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya didakwa memfitnah Sultan Johor itu positif mengambil dadah jenis morfin.

"Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan jabatan itu.

Ujian air kencing dijalankan pada jam 1.25 tengah hari tadi. Beliau kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

Laporan dibuat dan kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Sesiapa yang ada pengalaman bangkang polis time road block, mula-mula minta lesen. Selepas itu, minta roadtax. Kalau mereka tak puas hati, minta test air kencing (urinalysis). Tak dan apa-apa, terus diberitahu 'positif dadah', lepak di lokap sampai seminggu dan dinafikan hak untuk hubungi waris atau majikan. Last-last, kena buang kerja. Polis yang pernah buat kerja ini, memang HARAM JADAAAH!!!" Tak tumbuh tak melata..tak sungguh org tak kata..

Dipetik dari - Sharpshooter


Melayu Jadi Bodoh Kerana Mahathir

Posted: 08 Jul 2012 06:04 AM PDT

Petikan:

" Saya yakin Universiti Tunku Abdul Rahman ini akan menjadi satu institusi pengajian tinggi Malaysia yang akan benar-benar menyumbang kepada penghayatan prinsip-prinsip perjuangan Tunku Abdul Rahman Putra, pencipta dan pengamal kerjasama antara kaum yang unik yang telah menjadikan asas kepada keharmonian dan keamanan negara tercinta ini. - Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, di majlis pelancaran Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kuala Lumpur, 13/08/2002 "

sumber


Kebodohan orang Melayu mahu undi - Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata "kebodohan" orang Melayu menyebabkan kumpulan etnik majoriti terpaksa tunduk kepada tuntutan golongan minoriti, termasuk mengiktiraf sijil daripada Kolej Tuanku Abdul Rahman (TARC).

Dalam wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, Mahathir membangkitkan perkara itu sebagai dilema baru orang Melayu.

Beliau mendakwa, golongan Melayu kini tidak mampu mempertahankan kaum mereka kerana takut dituduh rasis.

"Sampaikan tuntutan dibuat yang melanggar perjanjian kita dahulu tetapi kita tidak jawab. Bila tidak jawab maka mereka akan membuat lebih banyak lagi tuntutan.

"Jika dahulu untuk masuk kerja kerajaan diploma hanya melibatkan universiti awam tetapi sekarang ini diploma daripada Kolej Tuanku Abdul Rahman, kita kena terima.

"Ini semua kerana kita mahu undi. Semua perkara yang berlaku ini adala kerana kebodohan orang Melayu kerana kita tentukan perkara ini semasa kemerdekaan seupaya orang Melayu boleh menjadi majoriti.

"Namun kini sebaliknya, mereka sendiri yang menghancurkan majoriti mereka dengan berpecah belah," katanya.

-Malaysiakini

http://rojakpasembor.blogspot.com/2012/07/kebodohan-orang-melayu-mahu-undi.html



Mahathir Samakan TG Nik Aziz Dengan Ayah Pin

Posted: 08 Jul 2012 03:43 AM PDT



Membaca tulisan Mahathir dalam blog CheDet, Tun Mahathir juga kaki merapu. Pada awal tulisannya walaupun tak dinyatakan secara terus, Tun menganggap orang pas sanggup minum air basuh kaki Nik Aziz. Itulah maksudnya. Kalau di Malaysia gamaknya sama seperti pengikut Ayah Pin. Ini kerana yang sanggup minum air kaki hanya pengikut Ayah Pin.

Ini semuanya kerana semasa eranya dan sehingga kini BN gagal menguasai Kelantan dan mengatakan Asabiah kepada Nik Azizlah yang menjadi puncanya. Tun juga menganggap majoriti orang Kelantan tidak waras kerana menyokong Nik Aziz. Satu komen menarik daripada Botak tentang apa yang ditulis Tun;

RESPECT HAS TO BE EARNED
HORMAT BUKAN PAKSAAN

HORMAT SESAORANG
BUKAN PADA SARBANNYA
PADA TUDUNGNYA
PADA UMURNYA
PADA KEKAYAANNYA

HORMAT SESEORANG PADA AKHLAKNYA
BEGITULAH NABI MUHAMMAD S.A.W BERJAYA MENAKLUKI
DUNIA KAFIR,MUSUH MUSUH ISLAM DENGAN AKHLAK BELIAU YG MULIA.
BUKAN KERANA BALAH TENTERA YG HEBAT
BUKAN DENGAN BANTUAN F-16, M-16,NUCLEAR
BUKAN DENGAN BANTUAN NATO
BUKAN DENGAN BANTUAN US AIR DRONE

Jadi janganlah Tun risau sekiranya rakyat Kelantan begitu sukakan Nik Aziz kerana akhlaknya. Tun juga jangan risau orang pas tak akan sekali-kali minum air kaki Nik Aziz. Sebenarnya Tun perlu risau arak yang diminum orang ramai yang dihasilkan dari kilang anaknya. Tun juga perlu risau kerana menjadikan akhlak anaknya begitu 'mulia' iaitu dengan menjadikan anaknya pemilik kilang arak terbesar. Apa Tun nak jawab nanti!!!

Kena perbetulkan yang tu, Tun tu dah nak mati dah!!!

http://www.ekeleh.com/tun-samakan-nik-aziz-dengan-ayah-pin


Tiada ulasan: