Khamis, 5 Julai 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Awang awang ingat hang baik, tapi ni dia kerja hang rupanya ....

Posted: 05 Jul 2012 10:53 PM PDT

(Oleh Aliff Fikri)
KUALA LUMPUR 6 Julai: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek sekali lagi dicabar menjelaskan mengenai hubungan beliau dengan ahli perniagaan, Chung Hon Cheong dan skandal percetakan RM2 sebanyak 100 juta.
Sejak cabaran itu dibuat oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail minggu lalu, Awang masih membisu berhubung pendedahan ini.
Mengulas perkara itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberi peringatan kepada Awang supaya tampil menjelaskan dakwaan itu segera atau banyak lagi dokumen baru akan didedahkan.
"Difahamkan semua butiran, dokumen lengkap masih banyak lagi di tangan Saifuddin. Masa tiga minggu diberikan semakin berlalu.
"Jika Awang hanya mengambil sikap mendiam diri, maka SAMM akan sekali lagi berada di bumi Kelantan dan ole-ole pendedahan bercetak dan lengkap akan berada di tangan ribuan pengundi Bachok selepas Aidilfitri," kata Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin.
Saifuddin pada 28 Jun lalu mendedahkan, salah laku Awang semasa menjadi Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dan memberi tempoh tiga minggu kepada beliau menjelaskan segala dakwaan dan mencabarnya menafikan hubungan dengan individu itu dan syarikat terbabit.
Menurut Saifuddin, Hon Cheong ialah pemilik syarikat Sun Prestige Sdn Bhd yang telah mendapat hak mencetak wang kertas RM2 sebanyak 100 juta keping ketika Awang memegang jawatan tersebut.
"Beliau juga merupakan pemilik syarikat Vertex United Sdn Bhd juga tidak mungkin secara kebetulan membeli rumah Awang di Damansara dengan harga agak tinggi iaitu RM550,000 (seperti didedah Saifuddin).
"Adakah ini semua ada kaitan dengan 'anugerah' projek mencetak nota mata wang negara?" tegas Badrul yang lebih dikenali Chegu Bard.
Awang turut dicabar menjelaskan wang yang diterima beliau untuk ke Jepun dan peranan Hon Cheong dalam menguruskan pembayaran bulanan kereta isteri kepada Awang.
Ini juga berikutan pendedahan Saifuddin bahawa Hon Cheong melalui syarikat Ultimate Holidays Sdn Bhd juga telah membuat bayaran untuk Awang keluar ke Jepun pada 28 Jun hingga 1 Julai 1999.
"Setelah diteliti mengenai kereta Honda Civic 1.6 yang digunakan isteri Awang, wujud keraguan dan turut dikaitkan dengan ahli perniagaan yang sama. Awang perlu menjawab benarkah kereta tersebut diuruskan pembayaran bulanannya sebanyak RM2,122 sebulan oleh Hon Cheong" kata Chegu Bard.
Hon Cheong juga didapati banyak menyumbang ke atas pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan dengan Awang.
"Banyak dokumen lain seperti pembayaran road tax, insurans, kelab golf, pembayaran cukai jalan, bil-bil seperti telefon yang atas nama Awang diuruskan oleh ahli perniagaan tersebut," cabar Chegu Bard pada ceramah perdana di hadapan 8,000 hadirin di Pantai Irama, Bachok, Kelantan 1 Julai lalu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32373

Rakyat Malaysia kemalangan di Jawa Barat

Posted: 05 Jul 2012 08:11 AM PDT

Beritanya di SINI

Rakyat nak mampuih, mampuih lah, Najib Razak tak boleh sentuh ... Haramjadah betoi la depa ni

Posted: 05 Jul 2012 04:07 AM PDT

Isu LRT: Utamakan keselamatan rakyat, Rafizi gesa polis
JAMILAH HAMZAH
5 Julai 2012
rafizi ramli
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, tindakan polis yang kelihatan lebih mementingkan kerajaan Barisan Nasional (BN)-Umno berbanding keselamatan rakyat bakal mengundang bahaya kepada jutaan pengguna ekoran keengganan penguatkuasa itu menyiasat Perdana Menteri.

Menurut beliau, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin menolak mentah-mentah dari menyiasat campurtangan Perdana Menteri dalam anugerah kontrak kerja-kerja pembinaan tambahan LRT laluan Ampang, sebaliknya segera menubuhkan pasukan khas mahu menyiasat kebocoran maklumat sulit negara apabila dokumen tender diketahui umum.

"Saya kesal dengan kenyataan Bakri kononnya kebocoran maklumat sebegini menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara.


"Apakah beliau tidak memahami bahaya kepada jutaan orang awam yang sedang dan bakal menggunakan sistem LRT laluan Ampang sekiranya sebuah syarikat yang langsung tidak ada pengalaman di dalam sistem LRT dianugerahkan kontrak ini?"katanya.

Rafizi juga menyoal sama ada Bakri berani mengambil risiko menaiki LRT sistem laluan Ampang setiap hari ke tempat kerja sekiranya beliau sedar bahawa seluruh kerja-kerja pembinaan dikendalikan oleh sebuah syarikat yang hanya berpengalaman mengilang meter air.

"Paling dikesali, pimpinan PDRM tidak pula bergegas mahu menyiasat kebocoran maklumat pertahanan negara apabila dokumen sulit mengenai strategi dan kekuatan pertahanan negara dijual kepada syarikat asing seperti yang didedahkan di Mahkamah Perancis baru-baru ini.

"Jelas sekali, kepimpinan PDRM berbeza pendapat dengan rakyat Malaysia mengenai makna sebenar kepentingan awam," katanya lagi.

Semalam, Bakri dipetik berkata, polis memandang serius pendedahan dokumen rahsia tersebut kerana dokumen yang telah dikelaskan sebagai rahsia kerajaan itu secara tidak langsung boleh menjejaskan kepentingan negara.

Dalam pada itu, Rafizi juga berkata, beliau  sedar tanggungjawab yang perlu digalas dan risiko yang perlu dihadapi dan nyawa jutaan rakyat Malaysia yang menggunakan sistem LRT laluan Ampang adalah terlalu berharga serta perlu dipertahankan sehinggalah kontraktor yang layak dan berkemahiran dilantik bagi projek ini.

"Sebarang usaha untuk menakut-nakutkan saya dan rakan-rakan dari terus membongkar skandal ini adalah sia-sia.

"Saya akan meneruskan siri pendedahan seterusnya pada hari Isnin 9 Julai 2012 seperti biasa. Malah, mulai minggu depan kami akan mula turun ke stesen-stesen LRT untuk mengedarkan risalah maklumat dan melancarkan kempen Utamakan Keselamatan Rakyat di seluruh LRT laluan Ampang," katanya. - Sinar Harian

Lagi kemalangan bas ekspres : Pemandu maut, 11 penumpang cedera dekat Tapah

Posted: 05 Jul 2012 01:36 AM PDT

TAPAH: Seorang pemandu bas ekspres maut manakala 11 lagi cedera dalam kemalangan bas dengan dua treler di Kilometer 303.6 Lebuhraya Utara Selatan jam 3 pagi tadi, kata jurucakap Bomba dan Penyelamat. 

Dua pemandu treler terbabit pula hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kampar. Dalam nahas 2.45 pagi itu, bas Seri Maju yang membawa 11 penumpang sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur apabila ia merempuh belakang sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan. 
Pada masa sama, bas itu dirempuh pula dari belakang oleh sebuah treler lain.

Tiada ulasan: