Jumaat, 6 Julai 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Anwar patut bersara sekarang, kata Mahathir

Posted: 06 Jul 2012 12:22 AM PDT

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung...dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech Vaclav Klaus di sini hari ini.


Dr Mahathir berkata kenyataan Anwar itu merupakan retorik politik sahaja kerana menurut beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Anwar masih terus dengan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau diminta mengulas mengenai satu wawancara Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times pada Selasa lalu membayangkan akan berundur daripada politik negara jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13 dan akan kembali mengajar.

Bekas perdana menteri dengan nada bergurau mencadangkan supaya diwujudkan jawatan Perdana Menteri 'terhormat' selama lima hari untuk diisi oleh Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara.

"Kita buat dua jawatan Perdana Menteri, bagi dekat dia satu 'Honour Prime Minister' selama lima hari, lepas itu dia boleh bersara," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan penyelewengan bernilai RM1 bilion oleh kerajaan negeri Selangor dalam urusan penyelesaian hutang sebuah syarikat senaraian awam, Dr Mahathir berkata rakyat Selangor harus bangkit dan sedar dengan penyelewengan kerajaan Selangor.

Katanya, kerajaan Selangor tidak sepatutnya menyalahguna kuasa dan mengguna duit rakyat bagi memenuhi kepentingan tertentu.

Justeru, katanya rakyat Selangor perlu memberi semula kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional yang sebelum ini telah memerintah Selangor selama 50 tahun untuk kembali memajukan Selangor. - Bernama


Mahathir Buat Lawak Bila Bertanya Kenapa Dia Amat Bencikan Saya..?

Posted: 05 Jul 2012 09:40 PM PDT

Bukan hanya Lim Kit Siang bencikan Madey.. hampir seluruh rakyat Malaysia bencikan ko.. Tok sah dok buat lawak bodoh laa.. hehehe...

'Saya tak tahu kenapa dia benci sangat pada saya'

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kewujudan 'Mahathirisme', dan mengingatkan pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang bahawa serangan berterusan terhadapnya akan memakan diri sendiri.

"Tidak ada 'Mahathirisme'. Saya berkhidmat kepada negara, itu sahaja. Sebagai rakyat Malaysia, saya ada hak untuk menyokong negara saya dan memastikan ianya baik," kata Dr Mahathir kepada Malaysiakini semalam.


Beliau diminta mengulas komen Lim yang mendakwa Dr Mahathir cuba menyuntik politik memecah-belahkan kaum menjelang pilihan raya umum ke-13 untuk memastikan kemenangan BN.

Lim juga menuduh Dr Mahathir menyemai kebimbangan di kalangan orang Melayu dengan menulis dalam blognya baru-baru ini bahawa pengundi Cina merupaka "kingmakers" dalam pilihan raya akan datang.

"Saya tak tahu kenapa dia benci sangat pada saya," kata mantan perdana menteri itu.


Dr Mahathir berkata serangan DAP itu hanya akan memperkasakan
BN dan mendakwa bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ditolak pengundi kerana memberi layanan tidak baik terhadapnya.

Katanya, apabila Abdullah tidak baik kepadanya, rakyat tidak sokong BN, "jadi masih ada orang yang bersimpati dengan saya".

Dr Mahathir juga menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai pengaruh ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, serta menegaskan beliau tidak mempunyai niat untuk kembali berkuasa.

"Jika saya mengawal Najib, maka keadaan akan menjadi agak berbeza," kataya sambil menafikan beliau bekerja di belakang tabir menjelang pilihan raya umum yang penting kali ini.

Ditanya sama ada BN akan kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dalam pilihan raya umum 2008 jika beliau masih berkuasa, Dr Mahathir menjawab beliau tidak pasti.

"Saya berkuasa selama 22 tahun, jadi saya mempunyai lebih banyak pengalaman. Mungkin ia akan berbeza.

"Bagaimanapun, kesilapan ini terletak dengan Abdullah. Dia memusnahkan semua institusi yang kita dibina, memusnahkan parti kita dan parti-parti komponen kami," katanya.

Beliau juga menyalahkan pengganti pilihannya itu kerana menghakis keyakinan kakitangan kerajaan terhadap BN.

Mahathir berkata demikian sejurus selepas pembukaan cawangan 'The Loaf" di Paradigm Mall di Kelana Jaya.


PROMOSI ARAK SEMPENA RAMADAN - HARAM JADAH..

Posted: 05 Jul 2012 07:54 PM PDT

PETALING JAYA - Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya 'Ramadhan Sale' menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini.

Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu. Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.


Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham.

Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini.

Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu.

The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu.

Namun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang. ~harakahdaily


Video - Uncle Seekers gembira ditahan Polis

Posted: 05 Jul 2012 04:46 PM PDT


Skandal projek LRT: Usaha Najib takutkan saya sia2 – Rafizi

Posted: 05 Jul 2012 05:16 AM PDT

(Oleh Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 5 Julai: Ketangkasan polis menubuhkan pasukan khas kononnya bagi menyiasat dokumen skandal projek Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang mengesahkan persepsi rakyat bahawa pasukan itu mengutamakan Umno berbanding keselamatan rakyat, kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, sehingga kini polis enggan menyiasat dokumen sulit mengenai strategi dan kekuatan pertahanan negara yang dijual kepada syarikat asing seperti didedah di Mahkamah Perancis baru-baru ini.


"Apakah beliau (Datuk Seri Bakri Zinin) tidak memahami bahaya jutaan rakyat yang sedang dan bakal menggunakan sistem LRT laluan Ampang jika sebuah syarikat yang tiada pengalaman dalam sistem LRT dianugerah kontrak ini?

"Adakah beliau sendiri berani menaiki LRT sistem laluan Ampang saban hari ke tempat kerja jika beliau sedar seluruh kerja-kerja pembinaan dikendali oleh sebuah syarikat yang hanya berpengalaman mengilang meter air," soalnya dalam kenyataan.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu mengumumkan penubuhan pasukan itu bagi menyiasat pendedahan dokumen tender kontrak sambungan projek LRT Ampang yang disifatkannya sebagai rahsia kerajaan.

Gambar menunjukkan kawasan projek yang terlibat.


"Kenyataan Bakri ini sebenarnya mengesahkan bahawa dokumen Kementerian Kewangan termasuk minit yang ditandatangani Datuk Seri Najib Razak dan dokumen lain berkaitan tender adalah benar dan asli.

"Malah kenyataan beliau juga menunjukkan Najib bimbang skandal ini bakal menggugat kedudukan beliau apabila maklumat mengenainya tersebar luas," tegas beliau.

Kata Rafizi, sebarang usaha menakutkannya dari terus membongkar skandal itu adalah sia-sia.

"Saya juga meneruskan siri pendedahan seterusnya 9 Julai ini. Mulai minggu depan, kami mula turun ke stesen LRT untuk mengedar risalah maklumat dan melancar kempen 'Utamakan Keselamatan Rakyat' di seluruh LRT laluan Ampang," kata Rafizi lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32330


Syarikat MCA Diberi Tender Saman Trafik JPJ

Posted: 05 Jul 2012 02:24 AM PDT

Syarikat MCA kongsi untung saman rakyat?

PETALING JAYA: Syarikat berkaitan dengan MCA didakwa bakal berkongsi untung saman trafik yang dikenakan JPJ ke atas rakyat mulai hujung tahun ini.

Bagi memaksimakan keuntungan pula, kadar saman trafik akan dinaikan ke RM300 - RM2,000 melalui satu rang undang-undang yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat.

Baru-baru ini, syarikat berkaitan MCA didakwa telah mendapat kontrak projek saman pengangkutan Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System – AES) yang akan dilaksanakan kerajaan penghujung tahun ini.


Bendahari PKR William Leong ketika mendedahkan perkara itu berkata, syarikat-syarikat tersebut adalah Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

Beliau mendakwa, salah seorang pengarah syarikat Beta Tegap Sdn Bhd iaitu Datuk Arianta Alikusno mempunyai hubungan dengan pemimpin MCA dan pernah diberikan kontrak yang besar pada tahun 2005 daripada Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

"Dalam senarai pemegang saham syarikat Beta Tegap Sdn Bhd yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Arianta dan anaknya Dr Andres Teoh serta isterinya, Yap Kim See @ Yap Ai Lin dan seorang iaitu Datuk Mohd Yunus Othman merupakan antara pemegang saham syarikat itu.

"Begitu juga dengan syarikat Mediharta Sdn Bhd, adalah orang yang sama," katanya pada sidang media semalam.

Bagaimanapun, sebelum ini MCA telah menafikan kaitan partinya dengan kontrak ini.

Mengulas lanjut, ahli parlimen Selayang itu juga mendedahkan bahawa kerajaan dan kedua-dua syarikat terbabit akan berkongsi keuntungan daripada hasil bayaran saman oleh orang ramai.

Dalam laporan kedua-dua syarikat itu katanya, setiap syarikat itu akan mendapat RM16 daripada setiap saman yang dikeluarkan.

Jumlah itu menurut William lagi akan diberikan kepada kedua-dua syarikat itu sehingga saman yang dikeluarkan mencecah lima juta.

Selepas mencecah lima juta saman, pihak kerajaan dan syarikat-syarikat terbabit akan berkongsi keuntungan masing-masing 50 peratus sehingga syarikat itu mendapat keuntungan RM272 juta setahun.

"Oleh kerana itu, kedua-dua syarikat terbabit mensasarkan untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 10 juta saman setiap tahun," katanya.

Justeru, beliau meminta Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek memberi penjelasan berhubungan kaitan dengan nama-nama terbabit.

Ketika perbahasan di Dewan Rakyat minggu lalu, ahli parlimen Pakatan Rakyat membantah keras pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menyatakan denda minimum sebanyak RM300 dan maksimum RM2000 akan dikenakan bagi setiap kesalahan.

Mereka berpendapat bahawa pindaan tersebut bukan hanya akan terus membebankan pengguna jalanraya malah menguntungkan syarikat pengendali AES tersebut.

http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/11472-syarikat-mca-kongsi-untung-saman-rakyat


Tiada ulasan: