Ahad, 15 Julai 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Najib Razak kena buli di Stadium Bukit Jalil semalam

Posted: 14 Jul 2012 08:28 PM PDT

SUDAH menjadi rahsia umum, setiap kali mengadakan majlis atau program, Najib Razak akan mengupah hadirin termasuk budak-budak sekolah untuk meramaikan programnya supaya nampak gah dan hebat.

Semalam berlangsung sambutan Hari Koperasi Negara 2012, yang diadakan di Stadium Bukit Jalil. Seperti biasa budak-budak sekolah dari seluruh negara diupah untuk memenuhkan ruang stadium.

Sungguh pun begitu, usaha memberikan upah itu masih gagal mendapat sambutan kerana masih banyak ruang kosong yang tidak dipenuhi di dalam stadium.

Tambah malang, nampaknya kali ini jentera Najib Razak yang mengupah budak-budak sekolah tersilap memberikan upah kepada budak-budak yang barangkali memang menyampah dengan Najib.

Hasilnya, budak-budak yang diupah ini membuat bising dengan membunyikan "air horn" ketika Najib berucap.

Tambah melucukan Najib Razak terpaksa merayu agar penonton diam kerana suasana terlalu bising mengganggu ucapannya.



Bukan itu sahaja, rakaman video menunjukkan ketika Najib berucap para penonton dilihat panas bontot dan ramai yang meninggalkan stadium kerana bosan dengan ucapan Perdana Menteri itu.

Saksikan sendiri video di bawah ini, dirakam oleh salah seorang petugas yang mengirimkannya kepada MiLo SuaM.




ReJaM© "Sekali salah upah da... kah kah kah... "

Samseng upahan ganggu ceramah Anwar berjaya ditangkap

Posted: 14 Jul 2012 06:01 PM PDT

SELALU sangat ceramah Pakatan Rakyat diganggu oleh samseng upahan terdiri daripada mat rempit yang menunggang motorsikal secara berkumpulan untuk membuat bising di kala ceramah berlangsung.

Pernah sebelum ini samseng-samseng upahan seperti ini membaling mercun, melontar batu malah ada yang berani menyerang orang, contohnya kisah Samseng Jalan Kebun dulu rujuk sini [Ketua samseng].

Namun lain halnya dengan kisah salah seorang samseng upahan yang mengganggu ceramah Anwar Ibrahim di Langkawi semalam, apa punya malang nasib dia telah ditangkap kerana mengganggu ceramah.



Difahamkan samseng itu nyaris-nyaris dipukul oleh orang ramai, mujur ada pihak yang menenangkan, kalau tidak memang jadi lempeng kena bedal.

Bagaimanapun, samseng itu dikatakan mengaku telah diupah oleh parti lawan untuk menganggu ceramah Anwar Ibrahim, dia kemudiannya dihantar ke Balai Polis.

Di bawah ini rakaman video ketika samseng upahan itu ditangkap.





ReJaM© "Ambiklah upah tanam jagung ke, cabut ubi ke, ini jadi samseng puih! "


Sumber: [paspb2]

Tiada ulasan: