Ahad, 15 Julai 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Wartawan Malaysiakini Dihalau Kerana Dedahkan Penipuan Utusan

Posted: 14 Jul 2012 07:50 AM PDT

Wartawan Malaysiakini dihalau dari Konvensyen Media Sosial 1Malaysia.


Wartawan malaysiakini dihalau dari KMS1M siang tadi. Selepas dia melaporkan satu berita mengenai zaini yang berkongsi bahawa pengamal media dibolehkan spin fakta untuk bentuk persepsi umum. Rujuk sini. Pengakuan zaini tue sebenarnya menarik sebab apa? Sebab ;



1. Zaini = kolumnis tetap utusan

2. Zaini = timbalan ketua pengarang utusan

3. Zaini = pro umno.

Bukan seme yang kerja di utusan tue pro umno beb. Tapi apa yang pasti utusan harus diperlihatkan seolah2 mereka tue pro umno sebab bos2 mereka ialah umno. Dalam blogs bn depa tulis wartawan dihalau oleh beberapa individu yang berang dengan penulisan artikel tersebut. Depa cakap wartawan malaysiakini spin fakta.

Sebenarnya apa yang disampaikan oleh zaini ialah pembangkang menguasai persepsi rakyat menggunakan media sosial setelah melakukan pembohongan secara terang2an. Ini yang si zaini cuba sampaikan. Tah betul tah tidak tapi aku percaya wartawan malaysiakini bukan orang bodoh yang suka2 nak fitnah zaini tak pasal2. Kalau kena saman malaysiakini yang rugi kalau kalah. So takan dia bodoh2 nak hilang kerja dipecat sebab bos dia disaman tak pasal2 kan?

Ada baiknya jika ada rakaman ucapan zaini, dedahkan ajek. Masa tue kita boleh tahu siapa yang tipu dan siapa yang tidak. Lagipun kalau pun si zaini tak mengaku utusan suka spin kami dah lama tahu dah utusan memang kaki spin.

Nak dengan taknak mengaku je larh pun.

kah kah kah

http://amenoworld.blogspot.com/2012/07/wartawan-malaysiakini-dihalau-dari.html#ixzz20bn8zP8m



Himpunan Oren - Menjunjung Kasih DYMM Agong

Posted: 14 Jul 2012 05:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Julai: Gerakan Selamatkan Felda (GSF) menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana berkenan menerima memorandum bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) ke Bursa Malaysia hari ini.

Koordinator GSF, Mazlan Aliman berkata, penerimaan baik memorandum peneroka itu membuktikan isu peneroka bukan 'isu jalanan' tetapi mendapat pengiktirafan Yang di-Pertuan Agong.


"Terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana hari ini detik yang paling bersejarah kerana selama lapan bulan kita berhubung dengan perdana menteri bagi menyatakan pandangan kita tapi langsung tak ada respons.

"Tapi hari ini pegawai perhubungan awam istana bersedia terima memorandum seperti yang dijanjikan, ini menandakan keyakinan Yang di-Pertuan Agong dalam mengambil kira isu penyenaraian FGVH," kata beliau pada sidang media selepas penyerahan memorandum ke Istana Negara, petang tadi.

Terima kasih polis

Mazlan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak polis yang memberikan kerjasama penuh dalam memantau perhimpunan dan perarakan yang bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.

"Kita nyatakan penghargaan kepada PDRM yang beri kerjasama bukan sahaja dalam memantau pergerakan peserta himpunan namun mereka mengiringi sampai ke pintu istana bagi memudahkan kami menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong," kata beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Namun tegasnya, memorandum tersebut tidak akan berakhir di setakat ini sahaja tetapi tindkan undang-undang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan diteruskan kerana berhubung kenyataannya yang menggelarkan 'haram jadah' kepada peneroka.

"GSF selepas ini akan mulakan beberapa prosiding penting iaitu menyaman Najib yang menyabut 'haram jadah' dan berada di peringkat akhir untuk mengemukakan tuntutan di mahkamah terhadap suruhanjaya sekuriti kerana tidak memberi respons terhadap aduan kita," katanya.

Tunggu campurtangan Agong

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, pihaknya menunggu tindakan daripada Yang di-Pertuan Agong kerana penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia disifatkan sebagai bahaya kepada aset bumiputera.

"Kita harap Agong dapat membuat sesuatu untuk menyelamatkan tanah peneroka dalam jangka masa panjang kerana kita amat bimbang aset peneroka tergadai.

"Sekarang hak rakyat mahu disenaraikan dalam senarai bursa saham. Ini satu penyenaraian yang berbahaya dan kepada peneroka," tegasnya.

Enam orang dibenarkan masuk menyerahkan memorandum ke istana kira-kira jam 3.20 petang.

Kenderaan mereka daripada jalan Dutamas 1 diiringi kenderaan polis masuk ke kawasan istana.


Polis Anggar Hanya 1,000 ke 2,000 Orang Sahaja Hadiri Himpunan Oren

Posted: 14 Jul 2012 04:02 AM PDT

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan dalam sidang medianya petang ini berkata, pasukan tersebut menganggarkan jumlah peserta hanyalah 1,000 hingga 2,000 orang.

Katanya, keseluruhan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman dan para peserta bersurai tepat jam 4 petang. - Malaysiakini



(Tuan Ibrahim berucap di perhimpunan Oren dari atas sebuah lori)


(Mohamad Sabu menaiki kereta menuju ke Istana Negara di Jalan Duta untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung)



(Sebahagian peserta Himpunan Oren bagi membantah penyenaraian FGVH di bursa saham kerana ia merperjudikan nasib peneroka)



Tiada ulasan: