MiLo SuaM |
- Skandal seks Lim Guan Eng dengan staff pula tersebar
- Menarik, Anggota Polis cium tangan Tuan Guru Nik Aziz
- RTM iktiraf Rosmah sebagai Perdana Menteri?
- Kiriman SMS taktik lagakan MB Selangor dan Azmin
- Pelakon Hairie Othman dapat 50K setiap kali ceramah?
Skandal seks Lim Guan Eng dengan staff pula tersebar Posted: 04 Jul 2012 12:48 AM PDT BAGAIKAN sudah terang lagi bersuluh, gerombolan manusia yang memakai songkok tinggi tiga jengkal, menggunakan nama United Malays National Organization, Umno bukanlah gabungan pejuang Melayu. Bersembunyi di atas nama memperjuangkan Melayu, namun hakikatnya mereka hanyalah pejuang isu lucah. Inilah cara mereka mengekalkan kuasa di negara ini, lucah, lucah, lucah dan lucah. Sudah puas pemimpin PAS, KEADILAN diserang dengan isu skandal zina, liwat kini mereka menghalakan muncung meriam lucah kepada pimpinan DAP pula. Bagi mereka hanya isu lucah, mencarut dan seumpamanyalah yang akan mengekalkan kuasa mereka. Isu lucah bagaikan zikir dijaja oleh cybertrooper mereka siang malam pagi dan petang. Inilah wadah politik untuk generasi pewaris negara yang disajikan oleh United Malays National Organization. Jika ditanya kepada mereka apa penyelesaian terhadap masaalah kenaikan harga barang, pengangguran, kenaikan tarif elektrik, masaalah sosial, jenayah dan lain-lain, hanya satu dalam kepala pimpinan mereka "LUCAH". ReJaM© "Humbankan UMporNO jika tak mahu anak anda jadi generasi lucah! " Sumber: [Sinar] |
Menarik, Anggota Polis cium tangan Tuan Guru Nik Aziz Posted: 04 Jul 2012 12:32 AM PDT TUAN Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan bukan sahaja dihormati oleh orang awam, malah anggota Polis juga turut menghormati beliau. Meskipun ramai yang menganggap pihak Polis menjadi perkakas kepada Rejim Barisan Nasional untuk terus berkuasa, barangkali hanya segelintir anggota Polis yang menjalankan tugas itu dengan sepenuh hati. ReJaM© sendiri ada beberapa orang kawan yang bekerja sebagai anggota Polis, mereka mengakui telah melalui satu proses "brain wash" agar menyokong Regime Barisan Nasional dan membenci Pakatan Rakyat. Namun nampaknya rakan ReJaM© ini masih kekal hatinya untuk tidak menyokong Regime Barisan Nasional secara membuta tuli kerana akal mereka masih waras untuk membezakan perkara baik dan buruk. Kita tak minta rakyat menyokong Pakatan Rakyat secara membuta tuli, namun kita mahu rakyat membuat perbandingan, gunakan akal fikiran untuk memilih. Jika rakyat menyokong Pakatan Rakyat secara membuta tuli, maka tidak ada bezalah dengan penyokong Regime Barisan Nasional yang hanya percaya kepada media arus perdana tanpa membuat perbandingan. Di bawah ini video rakaman yang sempat diambil saat salah seorang anggota Polis mencium tangan Tuan Guru Nik Aziz. Siap bunyi "Cupp..." sayang betul dia pada Tuan Guru hehehe. ReJaM© "Jasad boleh dipaksa namun hati tidak sama sekali..." |
RTM iktiraf Rosmah sebagai Perdana Menteri? Posted: 03 Jul 2012 10:00 PM PDT ROSMAH Mansor kembali beraksi setelah sekian lamanya tidak muncul mempopularkan diri di media-media tempatan, kali ini beliau muncul sebagai Perdana Menteri. Lihat gambar di bawah baik-baik, RTM mengadakan sebuah rancangan bertajuk "Expresi Remaja Bersama Perdana Menteri" dengan menjemput Rosmah Mansor datang ke studio untuk ditemubual. Baca juga di blog sahabat, rujuk sini [ASD] ReJaM© "Memang sah Rosmah Perdana Menteri sebenar Malaysia kah kah kah " |
Kiriman SMS taktik lagakan MB Selangor dan Azmin Posted: 03 Jul 2012 08:03 AM PDT SALAH seorang sahabat pembaca MiLo SuaM kali ini mengirimkan bukti gambar menunjukkan satu sms yang dihantar kepada ayahnya daripada nombor yang tidak dikenali. SMS itu kononnya menyeru penerimanya agar memberi desakan kepada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim supaya memecat setiausahanya. Pengirim email ini meminta ReJaM© menyiasat siapakah pengirimnya. Di bawah ini kiriman SMS yang dimaksudkan. SMS ini dikirim melalui nombor +601115709320. Ia dilihat mahu menggambarkan kononnya ada usaha untuk menjatuhkan MB Selangor daripada kem Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN. Namun perancang perang saraf ini tak cukup bijak untuk membuat propaganda. Kerana meletakkan perkataan "kem Azmin" di akhir SMS ini. Kerana apa? Kerana istilah "Kem Azmin" itu diwujudkan dan dicipta oleh Umno, bagaimana pula orang KEADILAN boleh gunakan istilah yang dicipta oleh Umno? Kahkahkah... Seperti juga propaganda kononnya berlaku perpecahan dalam Parti Islam, PAS yang diberi istilah oleh Umno sebagai team "Ulama" dan "Erdogan" istilah ini diwujudkan oleh gerombolan songkok tinggi tiga jengkal. Di bawah ini pula sms yang diterima oleh MiLo SuaM: "Teruskan desakan untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin kerana dia cuba menjatuhkan isteri Rosmah. Kem Big Mama" SMS tipu serta istilah ini pula dicipta oleh MiLo SuaM kah kah kah... ReJaM© "Buat SMS propaganda pun kantoi kah kah kah... " Sent from my BlackBerry® |
Pelakon Hairie Othman dapat 50K setiap kali ceramah? Posted: 03 Jul 2012 02:21 AM PDT GEGAK gempita laman sosial facebook dan blog-blog mengenai pengakuan Hero Filem Leftenan Adnan, Hairie Othman yang mengaku mendapat 50K setiap kali menyampaikan ceramah di pentas Parti Islam, PAS. Cybertrooper gerombolan songkok tinggi terlompat-lompat menyebarkan berita ini di laman sosial dan blog-blog. Salah satu blog yang menyebarkannya rujuk sini [sumber] Di bawah ini pula prinscreen kenyataan pelakon yang turut memegang watak hantu dalam drama Waris yang sedang ditayangkan di TV3 waktu ini di laman twitter milik beliau [Twitter]. Sebenarnya sekali tengok dah tahu pelakon itu sebenarnya sekadar memerli salah seorang cybertrooper Umno yang menyerangnya di Twitter. Dari mana Parti Islam, PAS nak cekau duit banyak-banyak bayar Hairie? Kalau sekali ceramah RM50k, kalah gaji Perdana Menteri Australia sebulan kah kah kah. Kenyataan perli macam ni pun boleh dianggap sebagai serius kah kah kah. Kalau iya pun nak buat propaganda, biarlah yang masuk akal, takkanlah cerita macam ni pun boleh jadi propaganda wahai cybertrooper. Itu propaganda bodoh namanya. ReJaM© "Kalau Hairie cakap dia berak keluar emas pun mesti diorang percaya... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan