Rabu, 4 Julai 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Gantung Adun Dap - Petanda Melaka Bakal Jatuh Ke Tangan Pakatan Rakyat

Posted: 04 Jul 2012 12:33 AM PDT

Semua Ahli Dewan Undangan Negeri dari DAP digantung 6 bulan oleh DUN Melaka hari ini. Selepas mereka digantung Speaker DUN Melaka, Othman Muhammad menangguhkan Sidang DUN tersebut.

Semua Adun terbabit ialah Adun Kesidang yang juga Ketua Pembangkang, Goh Leong San; Adun Kota Laksamana, Betty Chew; Adun Bachang, Lim Jak Wong; Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.


Semalam DAP tersebut bertindak keluar dewan kerana membantah keputusan Speaker DUN Melaka membenarkan media tertentu merakam ucapan wakil rakyat MCA yang didakwa memburuk-burukkan keluarga ADUN Kota Laksamana Betty Chew ketika persidangan semalam.

Mereka bertindak keluar dewan kerana tidak berpuas hati dengan penjelasan Speaker Datuk Othman Muhamad.

Dalam persidangan semalam, Othman menjelaskan bahawa beliau memberi kebenaran berkenaan kerana percaya dengan etika serta kredibiliti pihak media yang membuat liputan.

Wakil rakyat berkenaan bagaimanapun enggan menerima penjelasan tersebut dan menyifatkan Othman bersubahat dengan media berkenaan mencemarkan nama Chew dan suami wakil rakyat tersebut, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

"Kamera itu memfokuskan kepada Chew, terutama apabila ucapan Gan untuk memburuk-burukkan Chew, Lim dan kerajaan Pulau Pinang dalam siaran berita 8 malam tadi dan muka depan Utusan Malaysia hari ini," kata wakil rakyat berkenaan dalam satu kenyataan bersama semalam.

Dalam sidang medianya di Melaka semalam, Chew berkata, tindakan berkenaan adalah taktik yang menjijikkan oleh pihak BN untuk memburuk-burukkan keluarganya.

"Sejak saya menyertai sidang DUN di Melaka sudah tiga penggal, tidak pernah ada rakaman video di dalam dewan oleh pihak media, kecuali prosiding yang ada Tuan Yang Terutama atau pembentangan bajet.

"Kita lihat mereka memberikan satu rakaman penuh dan sudah terbukti apabila kita melihat berita tersiar di stesyen Media Prima pada jam 8 di TV3, sudah jelas ini adalah satu konspirasi untuk cuba membangkitkan suatu isu yang tidak pernah berlaku.

"Saya percaya ini adalah satu konspirasi oleh BN dengan MCA untuk membunuh imej saya dengan suami saya menggunakan fitnah dan saya rasa ini adalah satu perbuatan yang jahat dan tidak boleh dimaafkanlah," katanya.

Beliau sekali lagi mencabar Gan untuk mengulangi dakwaan tersebut di luar dewan.

"Saya rasa kalau pemimpin terbabit ada moral, beliau harus ulangi tuduhan itu di luar dewan dan jangan berselindung dalam dewan dan jangan jadi pengecut.

"Saya nak tanya kepada Gan Tian Loo, you adalah seorang bapa dan you ada anak, boleh buat fitnah ini semata-mata untuk kepentingan parti," katanya lagi.


Video - Bukan Semua Polis Benci Pas.. Ini Buktinya

Posted: 03 Jul 2012 11:52 PM PDT


Isu hudud: 'Ribut' bakal landa BN

Posted: 03 Jul 2012 09:11 PM PDT

SHAH ALAM – Tindakan berani Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Umno, menyuarakan cadangan supaya Johor melaksanakan hukum hudud sepenuhnya bakal memberi implikasi dalam Barisan Nasional (BN).

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berpendapat, implikasi itu akan berlaku setelah pimpinan tertinggi pusat menerima cadangan itu.


"Implikasi pasti ada, tetapi tidak sehebat dalam Pakatan Rakyat (PR). Seperti mana DAP menentang keras usaha Pas melaksanakan hukum hudud sebelum ini.

"Keadaan ini berbeza kerana, Umno adalah parti teras dalam BN, selalunya apa yang dibawakan Umno itu diterima oleh parti komponennya yang lain," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, keadaan itu disebabkan oleh rakan dalam BN mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap Umno.

"Umno parti yang kuat di dalam BN, berbanding Pas di dalam PR.

"Sejarah membuktikan perkara itu, sebagai contoh, ketika Islam Hadhari mahu dilaksanakan. Banyak kemusykilan yang timbul, bagaimanapun dengan kesungguhan Umno melakukan penerangan akhirnya mendapat respons yang baik," katanya.

Pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, melihat cadangan yang dibawa oleh Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat adalah satu perkembangan positif bagi Umno.

"Saya berpendapat perkara itu boleh dilaksanakan oleh Umno sejajar dengan transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sememangnya sentimen keislaman sudah tertanam di dalam Umno.

"Pada peringkat awal sudah pasti ada banyak implikasi dan persoalan yang timbul daripada MCA, MIC dan parti-parti bukan Islam yang lain.

Namun saya percaya perkara itu mampu ditangani," katanya. Walaupun maklum balas daripada pimpinan tertinggi Umno berhubung isu ini masih samar, tetapi Samsul Adabi percaya perkara itu akan mendapat respons dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, kajian yang serius perlu dilakukan bagi melaksanakan perundangan Islam ini sepenuhnya.

"Apabila ada cadangan seumpama ini, sudah pasti kerajaan akan memikirkan langkah seterusnya seperti mencari pakar-pakar berhubung hal ini dan mendapat sentuhan mereka.

"Pendapat orang yang berpengetahuan dalam perkara ini akan lebih didengar oleh rakyat," katanya.

Sinarharian



Najib ‘Mati Kutu’ Untuk Bubar Parlimen

Posted: 03 Jul 2012 07:03 PM PDT

MELAKA: Pakar perlembagaan negara, Dr Abdul Aziz Bari (gambar) berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekarang berkeadaan 'mati kutu' untuk membubarkan parlimen kerana rakyat semakin menolak BN.

"Perdana Menteri dan Umno BN sebenarnya 'mati kutu' untuk membubarkan parlimen kerana mereka tahu bahawa sokongan rakyat kepada BN semakin teruk, Najib tidak yakin BN akan menang sebab dia takut untuk bubar Parlimen.

"Segala perancangan dan tindakan Umno BN selama ini tidak dapat mengubah persepsi negatif terhadap Umno BN, walaupun pelbagai bantuan, sogokan dan projek pembangunan dilakukan tetapi rakyat tetap menolak BN," ujar Abdul Aziz yang sekarang menjadi ahli politik sepenuh masa.


Justeru, beliau berkata rakyat mesti bekerja kuat untuk memastikan negara ini diselamatkan dari pentadbiran BN yang jelas korup, mengamalkan nepotisme, membazir dan membelakangkan undang-undang demokrasi.

"Kita yakin walaupun mereka mendaftarkan puluhan malah ratusan ribu pengundi luar yang bukan warganegara, Umno BN tetap tumbang dengan kuasa rakyat," katanya dalam majlis ceramah di Taman Indah dekat sini malam tadi.

Menyentuh tentang keengganan Najib untuk berdebat dengan Anwar, beliau berkata ia sudah menjadi sifat dan lumrah pemimpin Umno BN yang sememangnya takut untuk berhadapan secara anak jantan dengan lawan politk dan rakyat sendiri.

"Sampai bila pun Najib takkan berani berdebat dengan Anwar dan Najib akan sentiasa mencari alasan dan helah untuk tidak berdenat dengan Anwar.

"Anwar kata dia cakap 20 minit, Najib bercakap 40 minit pun tak apa asalkan Najib berani untuk berdebat dalam apa juga tajuk," katanya.


Samseng SEDAR Diberi Masa 7 Hari Untuk Mohon Maaf

Posted: 03 Jul 2012 05:59 PM PDT

Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) memberi tempoh tujuh hari kepada 'samseng' yang bertanggungjawab memukul lima orang aktivis Royalti baru-baru ini memohon maaf secara terbuka.

Presidennya, Mohd Nazri Deraman, berkata permohonan maaf itu perlu dinyatakan secara terbuka atau rasmi kepada lima orang mangsa yang dipukul mereka termasuk 'R' minggu lalu.


"Pada masa yang sama Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) selaku penganjur program himpunan di hadapan Kota Darulnaim baru-baru ini juga perlu meminta maaf secara terbuka atau rasmi kepada Royalti dalam tempoh tujuh hari bermula semalam (2 Julai)," ujarnya.

Katanya, kegagalan kedua-dua pihak terbabit untuk memohon maaf dalam tempoh yang ditetapkan, mereka bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily semalam selepas membuat laporan polis berhubung lima orang aktivis R yang cedera dipukul pada perhimpunan 26 Jun lalu di hadapan Kota Darulnaim.

Nazri seterusnya memberitahu, selepas membuat laporan polis, pihaknya mendapat pengesahan bahawa pihak lawan tidak mengikut arahan yang ditetapkan untuk berhimpun antara 9.00 hingga 11.00 pagi.

Katanya, pihak mereka datang lebih awal berbanding aktivis 'R'.

"Syarat itu telah dipersetujui bersama dan pihak kami telahpun mengikutinya termasuk mempunyai permit yang sah untuk berhimpun di hadapan Kota Darulnaim.

"Saya juga mencabar MTRK turut menunjukkan saliran permit sebagaimana pihak kami kepada media dan R sebagai bukti mereka memenuhi syarat yang ditetapkan," ujarnya.

Nazri turut memberitahu pihaknya menyiapkan 'bunting' khas berhubung mereka yang dikehendaki kerana telah memukul lima orang aktivis 'R'.

Setakat ini, katanya beliau mendapat maklum mereka yang terlibat telah melarikan diri.

Mereka yang menjadi mangsa dalam kejadian itu ialah Khairul Nizam Abdul Ghani, Mohd Zulhazmi Hassan, Abu Samah Hassan, Khairol Aswan Mohd Maidin dan Zulkifli Mohammad.

http://rojakpasembor.blogspot.com/2012/07/samseng-ada-masa-7-hari-sahaja.html


Puak Perkasa Sudah Gila.. Repot Polis Kerana Sultan Kelantan Sokong Tuntutan Royalti

Posted: 03 Jul 2012 07:45 AM PDT

GILA memang gila, barangkali ini berita paling gila dan lucu minggu ini berkaitan isu Royalti Minyak Kelantan.

Gara-gara tidak dapat menerima hakikat bahawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menyokong gerakan menuntut Royalti Minyak Negeri Kelantan, Pertubuhan Super Rasist, PERKASA membuat laporan polis.


Perkasa mendakwa nama Sultan Kelantan digunakan dalam gerakan politik Gabungan Profesional Kelantan Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan, Royalti [Utusan].

Perkasa bimbang bila Sultan Kelantan sudah menyokong Gerakan Menuntut Royalti, maka mereka yang kuat menentang gerakan itu terpaksa pula menyokong bagi mengelakkan dianggap penderhaka kah kah kah.

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=15309


Biarkan Anjing Tu Menyalak Semahunya..

Posted: 03 Jul 2012 05:44 AM PDT

Tunku mahkota enggan ulas dakwaan Uncle Seeker

Gambar yang dipaparkan
di blog uncleseekers.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan menjawab dakwaan oleh penulis blog Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang didakwa mengaibkan ayahandanya Sultan Iskandar.

"Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini.

"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya lagi apabila ditanya mengenai dakwaan Syed Abdullah yang juga dikenali dengan nama Uncle Seeker.


Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan seorang lagi pengguna Twitter berhubung tindakan yang akan diambil ke atas Syed Abdullah.

"Apabila orang ingin menjatuhkan anda, ia hanya bermakna anda berada dia atas mereka, maka jangan sedih," katanya lagi.

Laporan Bernama pada Ahad lalu menyebut, tiga puluh individu membuat laporan polis ke atas Syed Abdullah berhubung penyiaran tulisan di blog uncleseekers.blogspot.com itu.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah. - Mkini



Rombak Aktitvti Unit Cawangan Khas (SB)

Posted: 03 Jul 2012 05:10 AM PDT



Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta Kerajaan BN menghentikan kerja-kerja mengintip aktiviti politik sebaliknya menumpukan perhatian kepada isu keselamatan dan kes jenayah.

Beliau berkata, kebebasan sepatutnya diberikan kepada polis untuk lebih fokus memerangi jenayah demi keselamatan rakyat berbanding bekerja untuk kepentingan politik Umno BN semata-mata.

"Saya mencadangkan kerajaan BN berhenti menggunakan polis sebagai instrumen 'police state', sebaliknya beri kebebasan kepada polis untuk memerangi jenayah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Beliau berkata, Cawangan Khas (Special Branch (SB)) harus menggunakan kepakaran mereka untuk memastikan keselamatan negara bukannya mengintip lawan politik kerajaan BN.

"Keselamatan tidak bermakna dengan menyekat hak demokratik rakyat untuk menukar kerajaan, ini bukan masalah keselamatan, rakyat mempunyai hak untuk memilih kerajaan mereka.

"Sudah tentu peranan SB adalah penting mereka telah dilatih dan mereka mempunyai peralatan. Tetapi siapa yang menjadi sasaran mereka yang kami persoalkan" tegas Wan Azizah.

Justeru, beliau menyarankan anggota Cawangan Khas ditugaskan bagi membantu polis membanteras aktiviti jenayah.

"Kami juga meminta kerajaan berhenti mengintip rakyat sebaliknya mengarahkan Cawangan Khas untuk memberi tumpuan kepada menangkap penjenayah," tambahnya.

Kata beliau, Bajet 2012 menunjukkan pada 2010, Cawangan Khas telah menghasilkan 382,000 laporan mengenai aktiviti-aktiviti politik warganegara Malaysia dan 351,000 pelepasan pemeriksaan keselamatan dijalankan.

"Secara keseluruhannya, Special Branch telah menghasilkan 733,000 laporan, berjaya mengintip kira-kira 4.3 peratus daripada penduduk dewasa di Malaysia berbanding Jabatan Siasatan Jenayah yang cuma membuka 212,000 fail jenayah, ia kurang daripada 30 peratus daripada jumlah aktiviti mengintip Special Branch," jelas Wan Azizah lagi.

Cabar kerajaan


Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan, Wong Chen yang turut hadir pada sidang media itu mencabar Kerajaan Pusat mengarahkan 90 peratus aktiviti SB ke arah membanteras jenayah.

"Jika kerajaan tidak boleh melakukan ini, maka rakyat perlu bangkit demi Malaysia yang lebih baik dengan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.

"Daripada menangani isu jenayah, kerajaan memilih untuk membuat dakwaan yang tidak masuk akal dan kerajaan masih berkeras mengatakan kadar jenayah telah menurun walaupun pada hakikatnya adalah bertentangan" tegas beliau.

Minggu ini dilaporkan berlaku kejadian pecah rumah Tan Sri Thamby Chik, ATM di Carrefour Wangsa Maju dicuri RM1.2 juta lesap dan satu keluarga Melayu Singapura yang keretanya dirampas dan diculik di Johor.

Wong Chen turut mempersoal tindakan SB dengan arahan dari kerajaan BN dalam melakukan pengintipan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat sebagai alasan menjaga keselamatan negara.

"Kurang pengintipan…lebihkan berkerja (dapat) menyelesaikan jenayah.

"Berapa ramai pengganas berada di Malaysia? Berapa banyak komunis yang masih tinggal? Jangan buang masa intip saya dan Kak Wan (Wan Azizah), sila buat kerja yang lebih berfaedah" sinis beliau.

Kementerian Dalam Negeri mendakwa kadar jenayah negara menurun sebanyak 11 peratus pada tahun lepas dan jenayah jalanan sebanyak 40 peratus semenjak Program Transfromasi Kerajaan(GTP) diperkenal oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak walaupun masih banyak kes berprofil tinggi yang masih tidak dapat diselesaikan.

"Kes-kes ini termasuk serangan terhadap ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Wong Chin Huat yang diserang semasa berjoging di Petaling Jaya" kata Wong Chen.

Sejak sidang media Wan Azizah minggu lepas, lebih banyak kes jenayah dilaporkan termasuk rumah Tan Sri Tamby Chik yang dicerobohi, ATM di Carrefour Wangsa Maju telah dipecah dan keluarga Melayu rakyat Singapura diculik.
Kes-kes jenayah ini membangkitkan persoalan berhubung dakwaan kerajaan yang mengatakan kadar jenayah negara semakin menurun

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2012/07/polis-sb-jadi-mat-skodeng.html


Serbuan SSM ke Suaram terbantut, waran tak sah...

Posted: 03 Jul 2012 02:30 AM PDT

Sekumpulan pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang datang untuk melakukan 'pemeriksaan rutin "di premis kumpulan hak asasi manusia, Suaram, pada kira-kira jam 3 petang ini, terpaksa berpatah balik kerana waran mereka tidak sah.

"Waran mesti ditandatangani oleh pendaftar. Ia tidak ditandatangani dan orang yang datang bersama mereka hanyalah seorang timbalan. Mereka memutuskan untuk datang semula esok," kata Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel kepada Malaysiakini.


Gabriel berkata pegawai dari SSM itu mahu menemubual kakitangan Suaram serta melihat dokumen dan akaunnya.

Serbuan ke atas Suaram ekoran gesaan NGO pro-Umno yang mahu Suaram mendedahkan mengapa, sebagai sebagai kumpulan hak asasi manusia, ia didaftarkan sebagai sebuah syarikat; menyatakan sumber pembiayaannya dan apa yang berlaku kepada hampir satu juta ringgit yang dicatatkan sebagai pendapatannya sejak 2009.


Tiada ulasan: