Khamis, 19 Julai 2012

Merah Hitam

Merah Hitam


ISA - Penyeksaan yang sempurna.

Posted: 18 Jul 2012 07:14 AM PDT

GMI akan lancar Kad Ucapan untuk tahanan ISA.

Posted: 18 Jul 2012 06:15 AM PDT

GMI lancar kempen Kad Ucapan untuk tahanan ISA
6:39AM Jul 18 2012
Bagi meneruskan momentum gerakan memperjuangkan pembebasan kesemua tahanan ISA yang masih dikurung di Kem Tahanan Kamunting, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan melancarkan satu lagi kempen yang dinamakan sebagai Kad Ucapan Untuk Tahanan ISA mulai 19 Julai ini sehingga 25 Ogos 2012.

Menurutnya, kempen yang dijalankan bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan itu akan memberi ruang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan sokongan kepada tahanan melalui kiriman kad ucapan.

Dalam satu kenyataan bersama, Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh dan Penyelaras Suaram, Syukri Razab berkata, melalui kempen itu, rakyat Malaysia boleh mengirimkan kad ucapan kepada pihak GMI dan semua kad yang diterima akan dihantar terus ke Kemta.

NONE"Kempen ini juga bertindak sebagai referendum yang bakal menunjukkan solidariti rakyat dalam menuntut keadilan ke atas semua tahanan ISA.

"Pihak GMI juga akan mengeluarkan Kad Ucapan yang akan diedarkan di program-program anjuran GMI dan juga program jemputan.

"GMI mensasarkan untuk mengumpul sebanyak 50,000 kad yang akan diserahkan terus kepada pihak Kemta," kata mereka.

Kempen tersebut akan dilancarkan pada 19 Julai bersempena dengan penganjuran forum 'ISA: Penyeksaan Yang Sempurna' yang di Auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Forum akan bermula pada jam 8.30 malam dan akan membicarakan mengenai trauma rakyat akibat akta zalim ISA dan isu penyeksaan terkini yang masih berlaku terhadap tahanan.

Antara panelis yang bakal membincangkan topik ini ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, penulis blog Tukar Tiub Hishamuddin Rais, isteri bekas tahanan, Norlaila Othman dan penulis blog Wan Ji Wan Hussin.

Forum itu juga bakal menampilkan keluarga tahananan ISA yang akan memberi perkongsian khas dengan hadirin.

"GMI mengharapkan kempen yang berterusan akan terus memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia, khususnya menteri dalam negeri, agar segera membebaskan tahanan.

"Segala isu yang berlaku akan selesai sekiranya kerajaan Malaysia bersikap terbuka dan bersedia untuk menunaikan tuntutan rakyat.

"GMI tidak menolak kemungkinan gelombang rakyat akan kembali berlaku seperti gelombang pertama pada 1 Ogos 2009 sewaktu rakyat berhimpun menuntut pemansuhan ISA.

"Namun segalanya bergantung kepada kesediaan pihak kerajaan untuk membuka jalan penyelesaian yang tuntas bersesuaian dengan tuntutan rakyat," tegas mereka.
Menurut mereka lagi, protes ketiga yang dijalankan pada 15 Julai lepas mempamerkan peningkatan dalam jumlah yang hadir.

"Ini menunjukkan rakyat sudah semakin terdedah mengenai isu yang sedang berlaku," tambah mereka.

Tiada ulasan: