Selasa, 31 Julai 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Terkini! Umno Akan Tiru Idea Pakatan Untuk Turunkan Cukai?

Posted: 31 Jul 2012 08:57 AM PDT

Tengok sapa yang tibai idea sapa.

Umno memang kaki ciplak. Idea penurunan cukai dan beberapa ide dari pihak pakatan akan cuba ditiru oleh pihak dacing.

Patutlah mahathir cakap dalam umno ramai kaki bodoh dan kaki bodek.

Yang cerdik dan bijak semua pakat pilih pakatan rakyat.

Tahniah! Dr Sheikh Muszaphar Bakal Sambut Anak Ke 2

Posted: 31 Jul 2012 05:58 AM PDT

Baru sekejap tadi angkasawan pertama negara mengemaskini dalam laman sosialnya yang menyatakan isteri beliau mengadungkan anak ke 2.

Tahniah DR dari kami. Semoga DR dan isteri berbahagia sentiasa.

Najib Tunduk Sebab? Apa Yang Timbalan Agong Titah?

Posted: 31 Jul 2012 02:17 AM PDT

Amboi masamnya muka. Awat jadi lagu tu abang najib?

Malu?

Sebab apa?

Tuanku titah apa?

Pasal royalti macam mana?

Buat pekak badak ke?

Rais Minta Pandangan Lagu Tema Merdeka? Perangai Menteri Malaysia, But Dulu Baru Tanya. Cis!

Posted: 31 Jul 2012 01:54 AM PDT

Rais minta pandangan lagu tema Merdeka

Selepas kontroversi logo sambutan Hari Kebangsaan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim kini meminta pandangan umum mengenai lagu tema sambutan tersebut.

"Apa pandangan saudara tentang lagu Janji Ditepati? Di Youtube dah cecah 140k lebih. Tapi yg 'ibu jari ke bawah' ada juga," tulisnya dalam Twitter lewat malam tadi.

Rais bagaimanapun mengakui bahawa lagu ini turut menerima

"beberapa ibu jari ke bawah" - ikon yang menunjukkan penonton YouTube tidak suka lagu tersebut.

Lagu tersebut, yang liriknya ditulis oleh Rais sendiri, telah dikritik oleh penulis lirik dan warga internet kerana tidak dapat membezakan antara konsep kenegaraan dan dasar kerajaan.

Paling ramai mensasarkan lirik "Janji telah ditepati, kini masa balas budi" yang dilihat sebagai kempen politik.

Lagu ini juga mempunyai selingan rap yang menggariskan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak seperti 1Malaysia kedai dan Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Beberapa pengguna telah memuat naik lagu dengan liriknya ke YouTube, di mana satu yang dimuat naik pada 27 Julai meraih lebih 170,000 kunjungan.

Bagaimanapun, 20,546 penonton klik "tidak suka" manakala hanya 297 klik "suka".

Melodi lagu itu dihasilkan oleh Aye, Jasnie dan Arman E 6.

Slogan, lagu dan logo Medeka: Siapa sabotaj Najib?

Posted: 31 Jul 2012 01:35 AM PDT

Izmil Amri

Bagaikan trisula menikam sanubari rakyat Malaysia, trio logo dan lagu Hari Merdeka serta kostum yang diperagakan kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik pastinya akan mengekalkan parut untuk sekurang-kurang dua tiga tahun lagi. Barangkali sehingga rakyat puas mencemuh. Dan itu tidak boleh ditentukan bila penghujungnya.

Kostum dengan motif harimau yang diperagakan atlit negara di majlis pembukaan Sukan Olimpik telah dinobatkan sebagai antara kostum paling buruk dalam laporan berita Yahoo!

Seolah-olah sudah tidak ada motif lain bercirikan Malaysia yang boleh digunakan supaya kontinjen negara segak bergaya di pentas antarabangsa. Seolah-olahnya rakyat Malaysia ini tidak punya nilai dan selera budaya yang internasional. Macam kita ini semua suka yang buruk belaka.

Sama kesnya dengan hal logo Hari Merdeka. Isu logo hari Merdeka – meski sudah ditarik balik rekaannya itu secara kelam kabut oleh pihak pemerintah, adalah penghinaan maha besar kepada selera dan intelek rakyat jelata. Ini jelas kelihatan di kalangan komuniti media sosial yang kebanyakannya terdedah kepada aplikasi rekaan grafik digital.

Slogan

Apalagi dengan kemampuan carian gambar di Google yang membolehkan kita mencari logo-logo hari kemerdekaan negara-negara lain untuk dibuat perbandingan. Malu yang ditanggung amatlah besar. Ini belum dikira malu yang ditanggung setelah mendapati bahawa Singapura, pada sambutan kemerdekaannya pada tahun 1990 pernah menggunakan slogan 'One People, One Nation, One Singapore' (Satu Rakyat, Satu Negara, Satu Singapura).

Kita harus sedia tahu bahawa tema hari kemerdekaan ini bukan benda remeh. Cuba kalau kumpulan ultra-Melayu yang bernama Perkasa ubah slogannya kepada 'Bersama Makan Buah-buahan Tempatan', bukankah lari jauh maksud penubuhan organisasi tersebut? Jadi slogan harus selari dengan pertubuhan.

Kita harus pergi kepada persoalan akar umbi yang mencetus kontroversi tema, logo dan lagu Hari Merdeka tahun ini; tidak lain tidak bukan berpokok pangkal kepada Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Rais Yatim, dikenali ramai dalam rangkaian media sosial sebagai '#yorais'; setelah dengan cemerlang meletakkan dirinya sebagai 'trending topic' di laman Twitter berikutan komen beliau bahawa Twitter dan Facebook adalah alat dunia Barat yang akan menghakis budaya Malaysia. Beliau kemudiannya meneruskan legasi di alam cyber dengan pelbagai langkah-langkah sekatan yang cuba membungkam kebebasan rakyat di internet.

Lagu

Dan tulisan liriknya untuk lagu tema Hari Merdeka tahun ini barangkali seperti peribahsa Arab yakni menjadi jerami terakhir yang mematahkan belakang unta; dan memperlihatkan betapa lekehnya insan ini sebagai menteri propaganda untuk Barisan Nasional.

Untuk faedah mereka yang tidak begitu ambil berat tentang salah silap menteri Barisan Nasional, saya hadirkan di sini bait-bait syair karya agung yang ditulis Rais Yatim dalam usaha beliau untuk kekal relevan dalam politik transformasi anjuran Menteri Perdana Najib Razak. Rais menulis:

Macam malam ikut siang,
Macam bulan ikut matahari,
Satu Malaysia terus berjuang,
Janji kita ditepati,
Kata kita dikota,
Janji kita ditepati,
Hidup rakyat dibela,
Masa depan diberkati,
Janji sudah ditepati,
Kini masa balas budi.

Eh! 'Janji sudah ditepati, Kini masa balas budi'? Ewah-ewah indahnya bahasa. Ayat terakhir itu mungkin faktor utama kenapa video lagu itu di Youtube menerima undi tidak suka paling epik dalam sejarah.

Setakat waktu rencana ini ditulis, video pertama dalam carian 'janji ditepati' di Youtube sudah ditonton 110,210 kali dengan 222 undi 'suka' dan 12,956 undi 'tidak suka'. Pautan kedua dalam senarai itu lebih parah. 169,824 kali ditonton; 265 yang suka, 19,700 tidak suka. Selebihnya barangkali tidak mengundi suka atau tidak, dan terus tutup tetingkap selepas baris 'Kini masa balas budi'.

Pautan ketiga daripada senarai langsung terus tidak membenarkan pengundian dan komen. Takut, mungkin.

Kenapa begitu ganas sekali daya tolakan rakyat terhadap propaganda si Rais ini? Apa salahnya kalau 'Janji Ditepati'? Bukankah Barisan Nasional dikatakan telah berjaya menepati janji-janjinya memajukan negara? Bukankah Utusan Malaysia dan TV3 sudah membuktikan betapa agungnya Barisan Nasional? Kenapa masih ditolak tema itu?

Adakah kerana melodi lagunya itu diplagiat daripada lagu 'Tuhanku Maha Besar' yang menurut Youtube, telah dinyanyikan di majlis "Ibadah Peringatan Kenaikan Tuhan Yesus Kristus ke Surga" pada 21 Mei 2009 di Jalan Lengkong Kecil 34 -36 Bandung, Indonesia?

Apa pula kata Perkasa dan Hasan Ali dengan hakikat ini? Adakah wujud pula konspirasi mahu menubuhkan negara Kristian dengan lagu melodi saduran itu sempena Hari Merdeka kita?

Logo

Segala bobrok dan celaka yang terpalit dengan pembikinan lagu ini tambah membusuk apabila dipasangkan dengan logo yang barangkali dibuat guna Microsoft Word dalam jangkamasa kurang tiga minit itu.

Pihak pemerintah walau bagaimanapun akhirnya akur dengan tekanan dan menggantikan logo yang maha buruk itu dengan logo 1Malaysia, sama seperti tahun sudah dan tahun sebelum itu.

Kata Rais Yatim, langkah itu diambil bagi membendung salah faham yang timbul. Tidak, Rais; kami tidak salah faham. Kami faham sangat bahawa logo tersebut telah direka secara malas, dan dipamerkan kepada rakyat jelata tanpa segan silu.

Tidak susah untuk faham propaganda 'Janji Ditepati' yang cuba dihidangkan kepada rakyat. Tidak ada salah faham di situ. Namun mesejnya akan jauh lebih jelas jika diletak sekali logo Barisan Nasional dengan saranan supaya parti tersebut terus diundi pada pilhanraya umum yang nampak gayanya hanya akan berlangsung tahun hadapan.

Sabotaj?

Ini membawa kita kepada persoalan seterusnya: Adakah Rais Yatim sedang cuba mensabotaj perancangan Najib Razak?

Kita tahu Rais Yatim pernah dahulu duduk bersama oposisi, di zaman beliau begitu tidak percaya kepada media arus perdana. Pastinya Rais masih ingat kata-katanya di dalam ceramah Semangat 46 dahulu. Katanya, "Tuan-tuan dengar lah. Tapi kalau dengar daripada tivi-tiga, mungkin lain bunyinya. Kalau dengar dari ar-ti-em, jangan katakan lain bunyi, langsung tak berbunyi". Inilah insan yang akhirnya kini menjabat portfolio propaganda dalam pentadbiran Najib Razak.

Apakah Rais Yatim tidak perhati baik-baik senarai tema Hari Merdeka yang ada di Wikipedia (kalau dia cari tak jumpa di pejabatnya itu)? Apakah Rais tidak menilai aspek bahasa dan mesej yang mahu disampaikan kepada sekian banyak pengundi yang mahu ditarbiahnya supaya memangkah logo dacing? Penyudahnya 'Janji Ditepati' dan 'kini masa balas budi' yang dipilih?

Bukankah baik jika mencontohi bahasa yang baik dalam tema tahun 1978 contohnya, "Kebudayaan Sendiri Perpaduan". Atau mengikut trend bermula 1979 sehingga 1982 yang mengekalkan kata 'disiplin' di dalam temanya.

Rais Yatim harus jawab, apa sebenarnya yang sedang cuba beliau lakukan kepada kempen politik Najib Razak.

Apakah beliau juga bertanggungjawab terhadap rekaan kostum hodoh kontinjen Malaysia di sukan Olimpik? Saya harap tidak. – Roketkini.com

Kejayaan buat semua kartunis - Zunar

Posted: 31 Jul 2012 01:33 AM PDT


Jul 31 2012 / Keadilan Daily
(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 31 Julai: Zunar menyifatkan kemenangannya dalam kes saman menentang kerajaan adalah kejayaan buat semua kartunis di Malaysia dan Kumpulan Kartunis Independent (KKI) khasnya.

Berikutan keputusan itu, beliau berharap, tiada lagi penindasan terhadap kartunis pada era pemerintahan Perdana Menteri Najib Razak.

"Sebenarnya, pada era pemerintahan Najib ini, kartunis banyak ditekan dan ia tak pernah berlaku sebelum ini.

"Saya harap dengan keputusan mahkamah tak akan berlaku lagi tindakan seperti yang terjadi pada saya selepas ini," katanya ketika ditemui selepas itu.

"Najib pernah kata akan menggubal Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 yang turut digunakan untuk merampas karya saya, jadi saya harap Perdana Menteri akan tunaikan janji itu, jangan berterusan jadi demokrat palsu," kata Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque.

"Justeru saya harap kerajaan akan patuh dan ikut keputusan mahkamah, pulangkan kesemua koleksi kartun saya secepat mungkin," katanya.

Zunar memfailkan saman sivil itu pada 15 Jun tahun lalu terhadap polis dan empat defendan lain termasuk kerajaan Malaysia.

Ia dibuat ekoran penangkapan tidak sah terhadap beliau dan rampasan 66 naskah Cartoon-O-Phobia serta karya seninya pada 24 September 2010. Beliau turut ditahan di bawah Akta Hasutan.

Dalam saman tersebut, beliau menuntut ganti rugi, perintah supaya buku-buku yang dirampas dikembalikan kepadanya dan perintah supaya lukisan kartun dikembalikan.

Zunar memfailkan saman itu melalui Tetuan Daim & Gamany dan diwakili peguam N Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri.

Dalam keputusannya pagi tadi, Hakim Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan kerajaan membayar ganti rugi dan memulangkan semula buku-buku Zunar yang dirampas secepat mungkin.

Jumlah ganti rugi akan dinilai oleh pendaftar mahkamah.

Agong perkenan batal pelantikan Lajim ke kabinet

Posted: 31 Jul 2012 01:28 AM PDT


Bernama | 3:51PM Jul 31 2012

Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalkan serta merta.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan itu.

Ia adalah mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersama Fasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Kata Duit Tidak Semestinya Kaya Jiwa

Posted: 30 Jul 2012 07:49 PM PDT

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/s720x720/165822_10151061320143886_1719735828_n.jpg

Lagi Gambar Kekejaman Dan Menyanyat Hati Orang Islam Di Burma Dibunuh!

Posted: 30 Jul 2012 06:13 PM PDT

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/182098_3306281226867_1318062398_n.jpg

Biswardi Bin Mohamad Hasbi

Tajuk perbincangan: Umat Islam ditindas dan dizalimi di bumi sendiri, dimana kah peranan OIC, PBB, Pemimpin-pemimpin dunia Islam serta peranan badan-badan bukan kerajaan (NGO) didalam menegakan keadilan kepada umat Islam di bumi bergolak seperti apa yang berlaku di bumi Palestine dan Burma!!!..

Ulasan Penulis: Rata-rata rakyat dunia telah pun mengetahui apa yang berlaku di bumi Palestine dan Burma pada masa sekarang, konvension keselamatan dunia tidak banyak yang membantu untuk menyelesaikan isu-isu sebegini. Dimanakah peranan OIC dan negara-negara Islam lain untuk membantu umat Islam yang dizalimi di bumi Allah SWT? Adakah mereka hanya melihat dari jauh dan hanya menyampaikan rasa simpati kepada mangsa-mangsa?

Perhatian: Tolong jangan keluarkan perkataan yang berunsur lucah semasa perbincangan, kerjasama anda semua amat saya hargai. Terima kasih.. "BBMH"

Menyanyat Hati, Gambar Terkini Kekejaman Di Burma! Kejam!

Posted: 30 Jul 2012 04:45 PM PDT

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/486975_10150967157838404_198444353_n.jpg

Panduan Qunut Nazilah

PANDUAN QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku' untuk 'Itidal.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I'tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:



1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.

2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran

3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:

· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.



· Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

DOA QUNUT NAZILAH

http://www.islam.gov.my/cms/upload/ksm/qunutNazilah1.bmp

Maksudnya: 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah."

Lajim Buat Hal, Najib Rosmah Panas Punggung

Posted: 30 Jul 2012 04:35 PM PDT

Tindakan Lajim letak jawatan panaskan politik negara

KUALA TERENGGANU – Tindakan Datuk Seri Lajim Ukin meletak kesemua jawatan dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) mampu memanaskan lagi suasana politik di negara ini.

Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani tidak menolak kemungkinan besar pemimpin itu akan menyertai pembangkang tidak lama lagi dan mampu mengubah landskap politik di Sabah dan Sarawak, yang didakwa sebagai talian hayat Umno dan BN.

"Beliau merupakan orang lama dalam Umno dan juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Mungkin perubahan dilakukan itu adalah atas kesedaran politik memandangkan BN tiada keyakinan bantu masyarakat di Sabah dan Sarawak," katanya.

Azman Shapawi yang tidak menolak tindakan Lajim itu akan disusuli pemimpin-pemimpin Umno dan BN Sabah yang lain.

Beliau turut menaruh keyakinan bahawa sebahagian penyokong Lajim juga akan mengikuti parti yang menjadi pilihan pimpinan itu nanti.

"Senario ini sebagaimana artis iaitu apabila seorang menyertai pembangkang, yang lain pun akan menyusul. Yang membezakan adalah cepat atau lambat," katanya.

Beliau turut meramalkan keadaan itu akan berjangkit kepada pemimpin di Sarawak, lebih-lebih lagi apabila berlaku kebangkitan terhadap pembangkang sebagaimana ditunjukkan rakyat dalam pilihan raya kecil di Parlimen Sibu yang dianggap kemenangan luar jangkaan di pihak pembangkang.

"Kita lihat apa yang berlaku ini sebagai perkara positif terhadap PR dan landskap politik negara," katanya.

Janji Ditepati, 50 Tahun Tiada Elektrik

Posted: 30 Jul 2012 04:29 PM PDT

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/557967_3267037127923_1773666001_n.jpg

Sungai Butie Baram......no Electricity 50 year Janji Bn Kencing Sarawak

Tiada ulasan: