PANAS! Uncle Seekers Kembali Mengganas! Jom Baca Catatan Pertama Beliau Posted: 28 Jul 2012 04:00 PM PDT Minta maaplah banyak-banyak sebab tiada sebarang kabaran dari aku sendiri. Untuk pengetahuan korang semua selepas saja aku dibebaskan pada 14-7-2012, peguam aku terus bawa lari aku keluar dari wilayah JOHOR. Pemandu peribadi yang bawa kereta jenama 3 bintang tu lari macam pelesit! Sekejap-kejap peguam aku Tanya pemandunya sama ada orang follow tak? Aku plak dok layan ipad dia sampailah Kuala Lumpur. Macam-macam berita dalam akhbar tentang penahanan aku tapi yang paling besh sekali pelbagai komen nakal dari pelbagai forum. Sejak dari dulu lagi aku berpegang kata-kata Imam Ali."Manusia sentiasa bermusuh dengan perkara yang mereka tidak tahu". Untuk mereka yang bersifat begitu, don't worry, aku sentiasa memafkan anda semua. SETERUSNYA |
Lagu Tema Merdeka? Jom Pakat DISLIKE! Posted: 28 Jul 2012 09:44 AM PDT |
Lajim kecewa PM tak layan kata duanya? Posted: 28 Jul 2012 05:48 AM PDT ZAINUDDIN MAIDIN 28 Julai 2012
TERKINI: Anggota Majlis Tertinggi Umno lajim Ukin mengumumkan petang ini peletakan semua jawatannya dalam Umno dan terserah kepada Umno untuk memutuskan keangotaannya dalam parti dan kedudukannya sebagai timbalan menteri.
Sejauh manakah Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membiarkan dirinya diugut oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin dengan ancaman akan keluar Umno dan menyertai Pakatan Pembangkang.
Beliau telah mementaskan berbagai lakonan politik yang sehingga ini tidak menarik perhatian atau tidak mendapat reaksi dari Datuk Seri Najib. Sikap Najib ini menampakkan kepada umum beliau sedang mencari penyelesaian kepada krisis dalam BN Sabah menjelang pilihan raya.
Berita terakhir mengatakan Lajim dan wakil Parlimen BN Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing akan menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melancarkan Barisan Refomasi Sabah. Sebelumnya beliau juga telah menemui Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz.
Apakah yang dikehendaki atau kata dua yang diberikan oleh Lajim kepada Najib sehingga beliau sanggup menimbulkan suatu keadaan yang menggugat BN Sabah dan tentunya juga demoralised BN dalam saat memerlukan perpaduan yang utoh menghadapi pilihan raya.
Khabarnya Lajim mahu mempastikan Najib menyingkirkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dari Sabah, mempastikan beliau tidak lagi akan dipilih sebagai Ketua Menteri Sabah.
Dan, jika ini diterima oleh Najib, maka tentunya Lajim juga kan menghadapi cabaran dari Datuk Seri Mohd Shafei Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang kabarnya, juga berminat sangat mahu menjadi Ketua Menteri Sabah.
Dan, lebih dari itu jika Najib tunduk kepada sebarang tuntutan Lajim yang bersifat mengugut maka tentunya akan menampakkan kelemahan kepimpinan beliau.
Terakhir Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah pun menggesa Lajim supaya menyatakan pendirian yang tegas berhubung dakwaannya mahu meninggalkan Umno. Dalam kata-kata lain - Lajim tamatkan drama!
* Dipetik dari blog Zamkata
|
Timbalan Menteri Lajim letak jawatan Umno, Pengerusi BN Posted: 28 Jul 2012 04:55 AM PDT Oleh: Wartawan Sinar Harian Tarikh: July 28, 2012
KOTA KINABALU - Datuk Seri Lajim Ukin hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa serta-merta.
Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno.
"Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau.
"Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan...kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," katanya.
Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan program khas serta pengisytiharan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas Jaya, dekat sini hari ini.
Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah. - Bernama
|
Karpal Singh mahu MCA berhenti eksploitasi isu hudud Posted: 28 Jul 2012 02:26 AM PDT GEORGE TOWN - Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh hari ini mengingatkan MCA supaya berhenti mengeksploitasi isu hudud dengan mendakwa perbuatan itu hanya membazir masa dan tidak akan mendatangkan sebarang hasil. Beliau mengulas kenyataan anggota Jawatankuasa Pusat MCA Loh Seng Kok yang dipetik sebagai berkata pemimpin-pemimpin DAP, kecuali Karpal Singh, hanya mengikut telunjuk PAS. Loh juga dilaporkan berkata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan anaknya yang juga setiausaha agung DAP Guan Eng patut meletakkan jawatan kerana mereka gagal menghalang PAS daripada meneruskan matlamat untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini. Karpal Singh berkata kenyataan itu tidak adil kerana selama ini pendirian DAP ialah menentang hukum hudud dan penubuhan sebuah negara Islam. Kepada soalan pemberita sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap MCA sekiranya mereka terus memainkan isu itu, Karpal Singh berkata: "Jika mereka tidak berbuat demikian, dengan itu rakyat akan menghentikan anda pada pilihan raya umum akan datang". Katanya pendirian DAP tidak menyokong pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam adalah keputusan parti dan bukannya pandangan individu dan menurutnya bagaimanapun DAP menerima Islam sebagai agama rasmi yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. - Bernama |
Lagi Kenyataan Bangang Menteri Berkaitan Isu Turun Harga Kereta Posted: 27 Jul 2012 11:51 PM PDT Menteri: Ramai muflis jika harga kereta turun seperti disaran Pakatan
TASEK GELUGOR - Negara akan mengalami keadaan ekonomi yang tidak stabil dan ramai yang menjadi muflis jika harga kereta serta duti eksais kenderaan diturunkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Beliau berkata, penghapusan cukai bagi kereta akan mengurangkan cukai negara sebanyak RM7 bilion yang boleh menjejaskan pembangunan infrastruktur negara terutamanya di Sabah dan Sarawak serta pedalaman Semenanjung.
Katanya, jika pembangkang membuat keputusan untuk menghapuskan cukai eksais, rakyat yang hidup dalam keadaan daif tak dapat meningkatkan kehidupan sebab duit tidak ada.
"Bila mereka hapuskan duti eksais harga kereta akan turun, itu betul...tapi kalau tiba-tiba turun (duti eksais) kedai-kedai second hand yang ada banyak kereta memang akan muflis dan orang yang bekerja di kedai itu macam mana?
"Itu akan beri kesan sampingan kepada ekonomi. Nak kurangkan eksais itu boleh tapi kena fikir banyak aspek, keburukan dan kebaikannya," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah Leha Nayan sempena Program Tenaga Nasional Berhad (TNB) Prihatin di sini hari ini.Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli yang berjanji untuk menurunkan harga kereta jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Mohd Rafizi membuat kenyataan itu kerana melihat kononnya harga kereta sekarang ini membebankan rakyat tetapi tidak menyatakan bagaimana kesan penurunan harga kenderaan akan mempengaruhi sektor lain yang berkaitan.
Nor Mohamed berkata janji yang dibuat pakatan pembangkang jelas menunjukkan bahawa mereka kecetekan pemikiran kerana membuat kenyataan tanpa mengkaji dan memikirkan kesan yang akan diterima negara apabila kesemua janji itu dilaksanakan.
Katanya sikap pembangkang itu sangat berlawanan dengan kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa mementingkan kebajikan rakyat dengan membuat keputusan mengikut kebijaksanaan supaya ekonomi dapat dijana dan rakyat mendapat kemakmuran.
Mengenai Program TNB Prihatin, Nor Mohamed, yang juga anggota Parlimen Tasek Gelugor, berkata program itu selari dengan hasrat kerajaan yang mahu memastikan semua rakyatnya mendapat bekalan elektrik yang mencukupi.
Beliau berkata hanya satu peratus penduduk di Semenanjung dan lima peratus di Sabah dan Sarawak yang masih belum mendapat bekalan elektrik. - Bernama |
Asal Usul Logo Mendeka 55. Ni Dia Sebabnya... Posted: 27 Jul 2012 07:52 PM PDT Ini tanggapan positif dari kami. Konon nak bersangka baik la kan.
Yang pasal lirik lagu tu pun kami cuba bersangka baik. Mereka nak untung dan dengan itu bayaran penggubah tidak perlu dikeluarkan.
Ialah kan orang sendiri yang gubahkan.
Kerja kami nak bersangka baik je di bulan baik ini hehehe..
BODEK la engkau Rais! |
Kereta nasional tetap murah tanpa duti eksais Posted: 27 Jul 2012 07:19 PM PDT Oleh: Wartawan Sinar Harian Tarikh: July 28, 2012
SHAH ALAM - PKR menegaskan kereta buatan nasional akan tetap lebih murah berbanding kereta import, walaupun cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk menghapuskan duti eksais dilaksanakan.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, duti eksais adalah cukai menyeluruh yang dikenakan ke atas sekumpulan barangan tanpa mengira ia dihasilkan di dalam atau di luar negeri.
"Ini bermakna, hampir semua kereta dijual oleh Proton atau Perodua, mempunyai sekurang-kurangnya 85 peratus cukai eksais dan cukai jualan,
"Perkara ini sama berlaku terhadap model-model yang dijual oleh Honda, Toyota dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau berkata, sekiranya rombakanstruktur cukai dibuat dan cukai eksais dihapuskan, harga kesemua model kereta termasuk Proton, Perodua, Toyota dan Honda akan turun.
"Oleh yang demikian, harga kereta Proton dan Perodua masih kekal sebagai harga kereta terendah di pasaran pada harga purata di bawah RM30,000 setiap satu model.
"Berbanding kereta- kereta lain (seperti Honda, Toyota dan lainlain) yang harganya akan jatuh sekitar RM50,000 setiap satu model secara purata," katanya.
Beliau berkata, PKR telah kaji secara terperinci mekanisme rombakanstruktur cukai, bagi memastikan penghapusan cukai eksais mampu diganti dengan sumber pendapatan baru.
"Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membentangkan perkara ini minggu depan," katanya.
Sebelum ini, PKR menyenaraikan janji menghapuskan cukai eksais bagi kereta yang dijual di Malaysia sebagai salah satu agenda utama dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) untuk Pilihan Raya Umum ke–13.
|
Kawan rapat Najib akan sertai PAS? Posted: 27 Jul 2012 07:16 PM PDT KUALA LUMPUR: PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila kawan rapat Presiden Umno, Najib Tuan Razak akan mengisytiharkan menyertai parti itu.
Penulis blog politik, Mohd Sayuti Omar menyatakan perkara itu di dalam blognya http://www.msomelayu.blogspot.com/
Berikut adalah tulisan beliau.
PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila seorang lagi orang kuat Umno akan mengisytihar menyertai Pas.
Tokoh itu sudah pun begitu mesra dengan Pas dan menyertai majlis-majlis Pas selama ini tetapi masih belum terbuka menyertai Pas. Namun sempena dengan Ramadhan atas semangat perang Badar, tokoh berkenaan telah mengambil keputusan nekad akan menyertai Pas di dalam Ramadhan ini juga.
Katanya dia telah membuat istikharah akhirnya Tuhan menunjukkan bulan kepadanya.
Satu majlis penyerahan borang Pas akan dilakukan tidak lama lagi.
Dengan penyertaan tokoh ini ia memberi tekanan dan aib besar kepada Umno. Dunia akan melihat Umno sudah tidak dipercayai bukan saja oleh anak-anak muda, golongan cerdik pandai tetapi oleh ahlinya sendiri. Tokoh berkenaan pernah menjawat beberapa jawatan dalam parti dan juga menjadi ahli Parlimen.
Tokoh ini juga sebelum ini merupakan kawan rapat kepada presiden Umno, Ha Najib Razak.
Mudah-mudahan dengan penyertaan tokoh berkenaan ia akan menambahkan kekuatan Pas dan ahli baru itu pula akan mendedahkan lebih banyak lagi kepincangan parti yang disertai sejak lebih 50 tahun itu untuk dijadikan maklumat dan panduan kepada umum.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan