Kerabu Bersuara ® |
- Terkini! Logo Sambutan Hari Kemerdekaan Akhirnya Diubah?
- Ulama Muda Umno Cakap Ketua Pemuda PAS Disolek Oleh Wanita Semasa Debat Sinar? Wow!
- Ustaz Kazim Cakap Artis 2 Hari Hijrah Terus Jadi Ustaz? Jom Baca Apa Yang Ustaz Azhar Ulas
- Pendapatan Isi Rumah Rakyat Tidak Meningkat, Harga Kereta Mahal Jadi Bebanan Utama
- Kurangkan harga kereta jadi manifesto Pakatan
- Mahkamah sahkan Bersih bukan pertubuhan haram
- Kenyataan Berbelit-belit, DAP Cadang Potong Gaji Hishamuddin
- Isu logo kemerdekaan ke-55 tahun 2012. Ulasan Oh Artis!
- Isu Atlet Boleh Tak Berpuasa Semasa Olimpik, Syed Abdul Kadir Aljoofre Mengulas
- Sekatan Mesir ke atas Gaza berakhir
Terkini! Logo Sambutan Hari Kemerdekaan Akhirnya Diubah? Posted: 24 Jul 2012 09:08 AM PDT logo yang bebas bodek membodek tiada unsur politik tiada kata-kata hinaan yang penting asli! kahkahkahkahkahkahkah |
Ulama Muda Umno Cakap Ketua Pemuda PAS Disolek Oleh Wanita Semasa Debat Sinar? Wow! Posted: 24 Jul 2012 05:58 AM PDT Wow Ustazzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz ...... |
Ustaz Kazim Cakap Artis 2 Hari Hijrah Terus Jadi Ustaz? Jom Baca Apa Yang Ustaz Azhar Ulas Posted: 24 Jul 2012 04:18 AM PDT Heboh di blog umno kononnya Ustaz Kazim mengatakan artis yang baru berhijrah baru 2 3 hari terus nak jadi ustaz atau ustazah. |
Pendapatan Isi Rumah Rakyat Tidak Meningkat, Harga Kereta Mahal Jadi Bebanan Utama Posted: 24 Jul 2012 02:14 AM PDT
|
Kurangkan harga kereta jadi manifesto Pakatan Posted: 23 Jul 2012 11:20 PM PDT
|
Mahkamah sahkan Bersih bukan pertubuhan haram Posted: 23 Jul 2012 08:56 PM PDT (Oleh Norutul Ilham) KUALA LUMPUR 24 Julai: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang. Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusannya hari ini berkata, Bersih telah berjaya membuktikan kes dalam mencabar pengisytiharan kerajaan. Beliau juga memutuskan perisytiharan Menteri Dalam Negeri sebagai 'tercemar'. "Oleh itu, kami membenarkan permohonan pemohon (untuk semakan kehakiman perisytiharan kerajaan) dengan tiada perintah tentang kos," katanya. 14 Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih yang diketuai oleh Ambiga Sreenevasan telah menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai responden. Selain dari Ambiga, plaintif termasuk Dr Ahmad Farouk Musa, S Arul Prakkash, K Arumugam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Andrew Khoo Chin Hock, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, SP Subramaniam, Toh Kin Woon, Wong Chin Huat, Yeo Yang Poh, Yeoh Yong Woi dan Zaid Kamaruddin. Pada 1 Julai tahun lalu, Hishammuddin dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan gabungan itu menyalahi undang-undang, sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai. (Laporan menyusul) |
Kenyataan Berbelit-belit, DAP Cadang Potong Gaji Hishamuddin Posted: 23 Jul 2012 08:44 PM PDT Afeeqa Afeera SHAH ALAM 24 JULAI : Gaji Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dicadang dipotong RM10 dalam sesi bajet parlimen pada masa akan datang ekoran kenyataan berbelit-belitnya berhubung soal PAS dan DAP diresapi penganas. Cadangan ini dikemukakan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan media. Ia merujuk kepada kenyataan Hishamuddin yang seakan-akan mempertahankan dakwaan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Cawangan Khas, Sofian Makinuddin bahawa pengganas Jemaah Islamiah (JI) sedang meresap ke dalam PAS dan ancaman komunis ke dalam DAP menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Kit Siang menyifatkan tindakan Hishamuddin itu sebagai tidak relevan apatah lagi beliau langsung tidak menegur atau mendisiplinkan Sofian atas penyalahgunaan jawatannya. Sebaliknya, tegas Kit Siang, Hishamuddin hanya menganggap tuduhan itu hanyalah 'fakta semata-mata' dan tidak mengancam keselamatan negara. "Apakah maksud 'fakta semata-mata' yang Hishammuddin katakan dengan merujuk kepada dakwaan Sofian bahawa pengganas JI sedang meresap ke dalam PAS dan ancaman komunis ke dalam DAP? "Hishammuddin dan Sofian dicabar untuk memberikan nama pengganas JI yang telah meresap ke dalam PAS dan komunis ke dalam DAP, dan sekiranya mereka tidak dapat berbuat demikian, maka dakwaan ini adalah fitnah yang berpucuk daripada imaginasi liar Sofian," selarnya. Tambah Kit Siang, Hishamuddin juga cuba kelihatan seperti 'Menteri serba tahu' sejurus selepas dakwaan liar dan tidak berasas ini dipertikaikan. Menurutnya, Hishamuddin sebelum ini menegaskan beliau 'tidak pasti' berhubung dakwaan resapan pengganas dan komunis ke dalam Pakatan Rakyat dan menganggap ia adalah isu sensitif. Bagaimanapun hanya dalam tempoh 24 jam, Hishamuddin bertindak menukar kenyataannya dengan mengatakan penembusan idelogi (dalam pembangkang) tidak menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara ini. |
Isu logo kemerdekaan ke-55 tahun 2012. Ulasan Oh Artis! Posted: 23 Jul 2012 05:42 PM PDT Pelbagai isu yang timbul dengan logo kemerdekaan Ke-55 untuk tahun 2012. Tak tahu dari mana datangnya, tapi sememangnya design ini menimbulkan rasa tidak senang kepada para designer di luar sana. Ianya tak layak dinamakan "logo" sebenarnya. Logo yang digunakan ini juga mengundang rasa tidak puas hati orang ramai apabila logo ini dikaitkan dengan politik. Semestinya ramai yang mampu menilai apa yang cuba ingin dilakukan. Anda sendiri pun boleh buat dalam masa tak sampai 5 minit. Rasanya masih sempat kalau nak tukar logo lain. Come on lah! Berikut adalah lakaran logo oleh rakan blogger, Abdus Fauzi di mana kami rasakan, jauh lebih baik jika ianya digunakan berbanding logo sekarang. |
Isu Atlet Boleh Tak Berpuasa Semasa Olimpik, Syed Abdul Kadir Aljoofre Mengulas Posted: 23 Jul 2012 05:36 PM PDT Syed Abdul Kadir Aljoofre Kaedah umum dalam Mazhab Syafie adalah: Jika permusafiran bertujuan melakukan maksiat, maka tiada rukhsah yg boleh diambil. Jika permsuafiran tujuannya baik tapi maksiat dilakukan ketika bermusafir itu, maka masih boleh mengambil rukhsah. Itupun kalau boleh namanya rukhsah ya, bukan tangguh puasa. Kalau tangguh kerjakan haji kerana sebab tertentu (seperti perkahwinan, pilihanraya dsb) memang boleh pasal haji ni kewajipannya lapang (muwassa'). |
Sekatan Mesir ke atas Gaza berakhir Posted: 23 Jul 2012 05:35 PM PDT KAHERAH - Pegawai pemeriksa keselamatan lapangan terbang di Mesir, semalam memaklumkan kerajaan kini membenarkan penduduk Palestin untuk memasuki negara itu tanpa memerlukan permit. Keputusan itu bertujuan untuk menamatkan sebahagian daripada sekatan yang dikenakan ke atas Genting Gaza sejak lima tahun lalu. Difahamkan, sekatan tersebut dikenakan selepas kerajaan Hamas menguasai Gaza pada 2007. Bagaimanapun, tiada pengumuman rasmi berhubung perkara itu dibuat |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan