Kelab Greenboc |
- Siapa Yang Terjejas Tanpa Cukai Eksais, Protonkah Atau Perut Tun?
- Salleh Man Terima Surat Perlantikan Sebagai YDP MAINPP, Fitnah UMNO Terkambus
- Dia Tiba Tanpa Dibentangkan Permaidani Kuning
- Aiiik Baru Beberapa hari Dah Lusuh, BNM Perlu Beri Penjelasan
- Sebenarnya, Kaum Cina Pun Tolak BN
- Gobala Didenda RM5,000, Boleh Gugur Jawatan MP Jika Rayuan Ditolak
- [VIDEO] Lagu Propaganda 1Malaysia UMNO BN Jadi Lagu Tema Hari Merdeka
- Pergolakan Sabah Mangkin Kejatuhan BN
Siapa Yang Terjejas Tanpa Cukai Eksais, Protonkah Atau Perut Tun? Posted: 28 Jul 2012 12:38 AM PDT Kereta nasional tetap murah tanpa duti eksais SHAH ALAM - PKR menegaskan kereta buatan nasional akan tetap lebih murah berbanding kereta import, walaupun cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk menghapuskan duti eksais dilaksanakan. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, duti eksais adalah cukai menyeluruh yang dikenakan ke atas sekumpulan barangan tanpa mengira ia dihasilkan di dalam atau di luar negeri. "Ini bermakna, hampir semua kereta dijual oleh Proton atau Perodua, mempunyai sekurang-kurangnya 85 peratus cukai eksais dan cukai jualan, "Perkara ini sama berlaku terhadap model-model yang dijual oleh Honda, Toyota dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan, semalam. Beliau berkata, sekiranya rombakanstruktur cukai dibuat dan cukai eksais dihapuskan, harga kesemua model kereta termasuk Proton, Perodua, Toyota dan Honda akan turun. "Oleh yang demikian, harga kereta Proton dan Perodua masih kekal sebagai harga kereta terendah di pasaran pada harga purata di bawah RM30,000 setiap satu model. "Berbanding kereta- kereta lain (seperti Honda, Toyota dan lainlain) yang harganya akan jatuh sekitar RM50,000 setiap satu model secara purata," katanya. Beliau berkata, PKR telah kaji secara terperinci mekanisme rombakanstruktur cukai, bagi memastikan penghapusan cukai eksais mampu diganti dengan sumber pendapatan baru. "Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membentangkan perkara ini minggu depan," katanya. Sebelum ini, PKR menyenaraikan janji menghapuskan cukai eksais bagi kereta yang dijual di Malaysia sebagai salah satu agenda utama dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) untuk Pilihan Raya Umum ke–13. -SH Perkasa: Lebih banyak wang akan mengalir ke luar jika duti eksais dimansuh |
Salleh Man Terima Surat Perlantikan Sebagai YDP MAINPP, Fitnah UMNO Terkambus Posted: 27 Jul 2012 10:42 PM PDT Georgetown - Kemelut isu jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Mainpp) akhirnya berakhir apabila Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Salleh Man dilantik memegang jawatan itu secara sah hari ini. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, pengesahan itu dibuat susulan daripada penerimaan surat daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang memperkenankan cadangan yang dikemukakan Kerajaan Negeri sebelum ini. "Alhamdulillah, kita sudah terima surat daripada pihak istana yang memperkenankan senarai perlantikan baru ahli majlis yang kita syorkan dulu. Surat bertarikh 23 Julai 2012 ini mengesahkan bahawa YDP MAINPP sekarang adalah (Datuk) Salleh Man dan timbalannya adalah Maktar Shapee berkuat kuasa serta-merta. "Senarai lima Ex-Officio yang lain kekal namun ada tiga muka baru akan dilantik dalam lapan ahli majlis yang sedia ada," katanya kepada media hari ini. Jawatan berkenaan sebelum ini di sandang Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim. "Saya harap, dengan pengumuman rasmi ini, isu ini tidak dipolitikkan dan di manipulasi oleh pihak-pihak tertentu," katanya. Sementara itu, Salleh Man yang diminta mengulas berkata, beliau berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memberi laluan kepadanya untuk menggalas jawatan berkenaan. "Terima kasih atas laluan ini untuk saya terus melaksanakan tugas ini dan ia adalah jawatan berat untuk saya laksanakan namun saya akan laksanakan mandat Kerajaan Negeri yang diberikan ini dengan baik. "Apa yang penting adalah sokongan daripada pelbagai pihak termasuk bekas YDP dan umat Islam di Pulau Pinang," katanya. Sementara itu, Abdul Malik yang turut berada di sidang media yang sama berkata, pertukaran jawatan itu adalah kesinambungan Kerajaan Negeri dalam memartabatkan orang Islam serta meletakkan agama Islam pada kedudukan yang tertinggi. "Pembaharuan ini adalah pembaharuan dalaman dan ia kesinambungan yang biasa. Saya percaya dengan pelantikan ini akan menaikkan lagi martabat umat Islam serta agama Islam itu sendiri. Saya akan memberi sepenuh kerjasama bagi memastikan Islam di Pulau Pinang terus dipelihara," katanya. -SH Ulasan GB Satu demi satu isu untuk UMNO bersorak sorai memburukkan kerajaan PR di Pulau Pinang terkambus. Perlantikan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Salleh Man sebagai YDP MAINPP menamatkan segala kritikan dan cacian puak UMNO yang menyatakan kononnya PAS dipingirkan di dalam kerajaan PR Pulau Pinang. Sebelum ini UMNO mendakwa tindakan Kerajaan Negeri membuat rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Salleh Man dilantik untuk jawatan berkenaan menggantikan Abdul Malik Kassim dilihat cuba mencabar institusi raja. Tetapi ternyata tuduhan itu fitnah semata-mata apabila Ustaz Salleh Man menerima watikah perlantikannya daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang bersetuju dengan rayuan kerajaan Pulau Pinang tersebut. Merapu meraban dan meroyanlah lagi UMNO Pulau Pinang selepas ini., |
Dia Tiba Tanpa Dibentangkan Permaidani Kuning Posted: 27 Jul 2012 08:40 PM PDT Bicara buat seorang sultan kekasih rakyat, berangkat hadir solat Isyak bersama rakyat, memandu sendiri Mercedes tertera ' V محمد ' tanpa dibentang permaidani kuning, hanya ber-Croc memakai sendiri. Berjubah Berkopiah sederhana mungkin, Itulah Sultan yang mengajak rakyat takutkan Allah. Daulat Tuanku kepada الله أكبر Muhammad V, Sultan untuk umat Islam Malaysia. Allahuakbar Tuanku. -fb I ♥ KELANTAN |
Aiiik Baru Beberapa hari Dah Lusuh, BNM Perlu Beri Penjelasan Posted: 27 Jul 2012 05:25 PM PDT Wang kertas baru yang diedarkan sejak 16 Julai lalu kini dipersoalkan pula mutu kertas yang digunakan apabila didapati ia mudah lusuh dan gambar yang tertera di pemukaan kertas itu mudah hilang. Demikian persoalan yang timbul di beberapa laman facebook. Bank Negara Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa bertemakan 'Keunikan Malaysia', ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang kertas terbaru itu. Ia turut menampilkan teknologi wang kertas yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air (watermark) dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna. Namun dengan bukti yang ada, menjelaskan bahawa ciri kualiti tidak diambil berat oleh BNM terhadap pengeluaran wang kertas baru berkenaan. |
Sebenarnya, Kaum Cina Pun Tolak BN Posted: 27 Jul 2012 11:01 AM PDT PRU13: Pengundi Cina tersinggung, BN sukar KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) bakal menghadapi kesukaran untuk menang majoriti dua pertiga termasuk menawan negeri pantai barat berpunca daripada undi daripada kaum Cina dalam pilihan raya umum akan datang. Ahli Panel, Zainon Ahmad (gambar) dari akhbar The Sun berkata, kesukaran ini berlaku akibat kelantangan pemimpin Umno dan BN yang menyatakan mereka boleh mendapat majoriti dua pertiga hanya berbekalkan undi Melayu selepas menang besar dalam pilihan raya umum 2004. Menurutnya, ini membuatkan bangsa lain tersinggung dan mengubah landskap politik negara dalam pilihan raya umum 2008 apabila BN kehilangan empat negeri. "Parti pemerintah harus memberikan perhatian mengenai perkara ini, jika tidak ada negeri yang akan kecundang seperti Negeri Sembilan, Johor dan gagal untuk merampas semula negeri ditawan pembangkang. "Kegagalan ini juga berpunca daripada janji BN tidak ditunaikan, kerana leka dengan kemenangan diperoleh," katanya dalam persidangan Meja Bulat anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) pusingan ketiga yang bertajuk 'Dari PRU-12 ke PRU-13: BN lawan PR, Satu Penilaian'. Sementara itu ahli panel terakhir, Prof Dr Teo Kok Seong berkata, masyarakat Cina sukar untuk menerima perkara berkaitan dengan perkauman ditimbulkan mana-mana pihak sama. Katanya, bagi masyarakat itu, sistem pendidikan bahasa Cina amat dititik beratkan dan harus diberi keutamaan. "Selama ini masyarakat beranggapan bahawa kaum Cina lebih mementingkan ekonomi daripada pelajaran dan ia tidak benar kerana bagi mereka sistem pendidikan Cina harus diberi keutamaan. "Bagi mereka ekonomi adalah keperluan kedua, walaupun banyak pihak menyatakan kaum Cina lebih mementingkan ekonomi," katanya. Kok Seong berkata, perkara ketiga menjadi keutamaan kaum tersebut adalah isu berkaitan dengan perkauman. Menurutnya, walaupun pelbagai sistem diperkenalkan oleh kerajaan yang memperuntukkan pembahagian kepada semua kaum, tetapi masyarakat Cina masih beranggapan ia tidak adil. "Mereka beranggapan sistem yang diperkenalkan itu lebih menjurus kepada Umno kerana majoritinya bangsa Melayu yang menguasainya. "Ini termasuk jawatan di dalam Kabinet, sistem pentadbiran negara atau apa jua jawatan yang diperkenalkan kerajaan," katanya. -SH BN boleh lupakan saja S'gor, kata Liong Sik |
Gobala Didenda RM5,000, Boleh Gugur Jawatan MP Jika Rayuan Ditolak Posted: 27 Jul 2012 08:07 AM PDT N Gobalakrishnan didenda RM5,000 halang tugas penjawat awam BUKIT MERTAJAM: Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan hari ini didenda RM5,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menghalang tugas penjawat awam pada 2009. Majistret Mohd Azhar Hamzah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap fakta kes serta mengambil kira kepentingan awam. Mohd Azhar berkata hukuman yang dikenakan terhadap Gobalakrishnan perlu dijadikan pengajaran oleh tertuduh serta orang ramai. Gobalakrishnan didakwa menggunakan kekerasan menghalang Sub Inspektor M Karunamuthi daripada menjalankan tugasnya di hadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini pada 11 pagi 17 Ogos 2009. Dia dikatakan mengingkari arahan polis dengan menggunakan alat pembesar suara serta melaungkan kata-kata berunsur provokasi termasuk menghambur kata-kata kesat terhadap polis. Dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda. Selain itu, katanya, Gobalakrishnan juga mempunyai rekod kesalahan sama dan dikenakan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Georgetown pada 2010. Sementara itu, Gobalakrishnan yang ditemui di luar mahkamah berkata beliau akan mengemukakan rayuan bagi mengenepikan hukuman itu yang akan difailkan oleh peguamnya, Saiful Ambar Abdullah Ambar hari ini. Ahli Parlimen bebas itu yang mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal tahun lalu juga berkata beliau akan terus berkhidmat untuk pengundi Padang Serai melalui PEKEMAS, sebuah badan bukan kerajaan. - BERNAMA Ulasan GB Mengikut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana Ahli Parlimen yang didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000, boleh dilucutkan jawatannya. Mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, jawatan seseorang sebagai Ahli Parlimen akan terlucut sekiranya mahkamah menolak rayuannya dan mengekalkan hukuman itu. |
[VIDEO] Lagu Propaganda 1Malaysia UMNO BN Jadi Lagu Tema Hari Merdeka Posted: 27 Jul 2012 05:36 AM PDT Selepas kontroversi slogan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 'Janji Ditepati' yang didakwa hanya untuk meraih sokongan kepada Barisan Nasional (BN), kini lagu temanya turut menimbulkan persoalan yang sama. Lagu 'Janji Ditepati' yang dimuat naik dalam laman video sosial YouTube mengandungi lirik 'Janji sudah ditepati, Kini masa balas budi'. Lirik lagu 3:35 minit itu turut memuatkan baris ayat 'Ini janji kita BR1M 1Malaysia', 'Kata kita dikota ', dan 'Kedai 1Malaysia'. Macam malam ikut siang macam bulan ikut matahari 1Malaysia terus berjuang Janji Kita ditepati Kata Kita dikota Janji Kita ditepati Hidup Rakyat Dibela Masa Depan Diberkati Janji sudah ditepati Kini masa balas budi (Chorus) Janji siapa? Janji kita Janji APa? Janji 1Malaysia Janji Siapa? Janji kita Janji Apa? Janji 1Malaysia Ini janji kita BR1M 1Malaysia Ini janji 1Malaysia BR1M 1Malaysia Kata kita dikota Kini 1Malaysia Janji kita ditepati Kedai 1Malaysia Manakala klip video tersebut memaparkan beberapa keping gambar slaid program 1Malaysia termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik Bergerak 1Malaysia, serta Skim Amanah Rakyat (Sara) 1Malaysia. Slogan 'Janji Ditepati' sebelum ini mendapat reaksi negatif terutamanya Pakatan Rakyat yang mendakwa ia tidak menggambarkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia dan hanya untuk meraih undi untuk pilihan raya. Pakatan Rakyat sehubungan itu memberi tempoh masa seminggu kepada kerajaan menukar slogan itu sebelum mencadangkan satu tema lain yang lebih inklusif untuk semua. Namun Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam reaksinya berkata bukan satu kesalahan menggunakan slogan "Janji Ditepati" sebagai tema kerana ia sememangnya mencerminkan komitmen kerajaan BN menunaikan janji-janjinya. -FMT SAMM Cadang Boikot Sambutan Kemerdekaan Edisi Ke-55 |
Pergolakan Sabah Mangkin Kejatuhan BN Posted: 27 Jul 2012 03:40 AM PDT Beberapa hari yang lalu berlaku pergolakan politik di Sabah yang tentunya menarik untuk diperhatikan. Ia menjadi menarik kerana apa yang berlaku di Sabah itu bukan saja memberi kesan kepada politik negeri bawah bayu itu sahaja tetapi juga kepada perkembangan di Malaysia seluruhnya. Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing secara tiba-tiba mengumumkan perletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran dan dijangka akan mengumumkan masa depan politiknya pada Ahad ini. Tetapi ramai pemerhati meramalkan beliau akan keluar dari UPKO dan seterusnya mengisytiharkan dirinya menyokong Pakatan Rakyat. Di masa yang sama, timbul juga desas-desus sebuah parti baru yang dikenali Barisan Pembaharuan Sabah sedang dalam proses penubuhan dan dijangka diumumkan secara rasmi di di Dalit, Tuaran Ahad ini. Di masa yang sama, Anwar Ibrahim juga dikhabarkan akan menghadiri satu perhimpunan rakyat di Tuaran, juga Ahad ini. Berlakunya tiga peristiwa Ahad ini di Tuaran iaitu Wilfred akan mengumumkan masa depan politiknya, desas-desus penubuhan parti baru dan kehadiran Anwar dalam satu perhimpunan khas, tentunya bukan suatu kebetulan atau suratan takdir semata-mata. Ia adalah perancangan untuk mencetuskan tsunami politik di Sabah dan seterusnya membawa perubahan kepada kedudukan UMNO, BN serta Najib. Dalam pada itu, di hari yang sama Wilfred mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi BN Tuaran minggu lalu, seorang lagi pemimpin UMNO Sabah iaitu Lajim Ukim, seorang timbalan menteri kerajaan pusat dan ahli MT UMNO pula mengunjungi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu. Lajim sebelum ini telah pun meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Cawangan dan sudah mengumumkan tidak lagi mahu mempertahankan jawatan Ketua UMNO Beaufort yang disandangnya. Sebagaimana Wilfred, Lajim juga sudah dikaitkan dengan Pakatan Rakyat sejak sekian lama dan mempunyai hubungan yang dingin dengan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Dari segi politiknya, pertemuan seorang timbalan menteri dan ahli MT UMNO dengan Nik Aziz itu pastinya memberi pelbagai makna dan persepsi. Ia bukanlah pertemuan kerana ada program kementerian atau kebetulan ada lawatan rasmi ke Kelantan. Lajim menemui Nik Aziz semata-mata atas kapasiti peribadinya yang ingin berbual dan bertukar-tukar pandangan dengan Mursyidul Am Pas itu. Di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu pula, angin makin kuat bertiup mengatakan bahawa kedua-dua pemimpn itu akan meninggalkan BN dan menyokong PR dalam piliharaya akan datang. Jika Wilfred dikaitkan dengan parti baru, Lajim dikhabarkan kemungkinan akan menyertai Pas atau PKR. Jika penghijrahan kedua-dua pemimpin itu menjadi nyata, ia tentunya boleh mencetuskan tsunami yang bukan saja boleh merubah senario politik Sabah tetapi juga Malaysia kerana berdasarkan pilihanraya lalu, kemenangan BN banyak disumbangkan oleh jumlah kerusi di Sabah dan Sarawak. Kebiasaannya selepas dua pemimpin ini mengumumkan menyertai PR, ia akan disusuli pula pemimpin lain dari pelbagai peringkat pula. Jika ini berlaku, perubahan memang sukar ditahan lagi. Senario di Sabah yang mahu kepada perubahan juga berikutan limpahan maklumat yang diterima oleh rakyat negeri itu. Bersandarkan senario semasa itu, Pengarah UiTM Sabah, Arnold Puyok meramalkan BN Sabah akan tewas lebih daripada 60 peratus kerusi Parlimennya atau sekurang-kurangnya 14 dari 22 kerusi. Ini bermakna kedudukan Sabah sebagai deposit tetap bagi BN akan berubah. Sejarah politik Sabah memang sudah beberapa kali mengalami perubahan daripada USNO, Berjaya, PBS dan kini UMNO. Atas dasar itu, perubahan kepada PR pula bukanlah sesuatu yang mustahil. Cumanya jika selama ini hanya perubahan peringkat negeri, kali ini ia membabitkan Pusat juga. UMMO sendiri menyedari hakikat itu. Sebab itu, sebaik tersebarnya berita Wilfred mengumumkan perletakan jawatannya dan mungkin beralih arah, begitu juga dengan Lajim, segera kedengaran bahawa Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan politik ke Sabah Sabtu ini. Selain meninjau perkembangan semasa politik di negeri itu, tidak mustahil Muhyiddin akan mencari masa berusaha menemui kedua-dua pemimpin itu bagi memujuknya supaya membatalkan segala hasrat untuk bertalak kasih dengan BN itu. Mungkin pelbagai tawaran dan janji akan dilimpahkan supaya kedua mereka terus kekal bersama BN. UMNO tentunya menyedari kehilangan 7 hingga 10 kerusi sahaja di Sabah sudah merupakan ancaman besar baginya. Lebih-lebih lagi jika perubahan di Sabah itu turut pula menjangkit ke Sarawak yang turut menyebabkan BN hilang beberapa kerusi lagi di negeri pimpinan Taib Mahmud itu. Kerana itu kebarangkalian timbulnya elemen yang boleh mencetuskan tsunami di Sabah akan cuba dihalang sedaya upaya sebab kemenangan di Sabah dan Sarawaklah talian hayat terakhir bagi BN untuk mempertahankan kuasa. Jika Wilfred dan Lajim dapat dipujuk, tsunami politik di Sabah mungkin dapat dikurangkan kesannya dan harapan BN untuk terus berkuasa masih ada. Cumanya, adakah masih laku segala pujuk rayu disisi Wilfred dan Lajim yang sudah dikira veteran dalam politik Sabah itu? -Shahbudin Hussin _______________________________ Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan