Sabtu, 28 Julai 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Pakatan sedia PRU-13 September, Najib mungkin tarik diri di saat akhir!

Posted: 27 Jul 2012 11:29 PM PDT

Pakatan Rakyat sudah pun bersedia untuk menghadapi pilihanraya sekiranya Najib membuat keputusan untuk mengadakannya pada saat-saat akhir pada bulan September kelak walaupun hanya tinggal kurang 2 bulan sahaja lagi untuknya.

"PKR memang OK dengan September kerana kita sudah menjangka ia pada Julai lalu. Tetapi kita lihat sahajalah jika ini hanya satu permainan Najib dan UMNO atau suatu fakta kukuh," ujar naib presiden PKR, Ahli Parlimen Batu Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.


Menurut undang-undang, 5 hari berkempun juga sudah cukup sekiranya perlu. Jadi sekiranya Najib benar-benar mahu mengadakan pilihanraya sebelum 16 September, beliau masih boleh menyembunyikan hasratnya sehingga awal September sebelum mengejutkan pihak pembangkang dan orang awam. Kebetulan pula 16 September adalah Hari Malaysia.

Pilihanraya ke 13 secara mengejut tidak beretika?

Tian menegaskan ini adalah perbuatan "tidak beretika kerana biasanya diberi tempoh minima 2 minggu antara tarikh pembubaran parlimen dengan piliharaya dan ia tidak memberi masa yang cukup walaupun sekarang".

Tetapi bersandarkan kepada tindak-tanduk Najib yang seringkali sukar untuk membuat keputusan, kelihatan seperti pembangkang, rakyat Malaysia dan pelabur akan terus berada dalam keadaan berteka-teki sama ada PM akan membubarkan parlimen dalam masa beberapa minggu lagi.

"Dengan melewat-lewatkan pilihanraya, ia akan menjejaskan Najib sendiri. Ia menunjukkan beliau tidak boleh membuat keputusan dan seorang pengecut. Ia merengsakan rakyat yang jelas mahu ia tidak ditangguhkan lagi. Jika pada bulan September kelak pun Najib tetap menarik diri saat akhir, ia akan menjadikan rakyat Malaysia lebih marah terhadapnya," ujar Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad kepada Malaysia Chronicle.

Beliau mahu menghabiskan mandat 5 tahun tetapi orang kuat UMNO mahukan ia SEKARANG!

Baru-baru ini, Najib telah memberi petunjuk bahawa beliau mahu terus berkuasa sehinggalah tamat mandat 5 tahun BN yang mereka menangi pada 2008 dan dijangka tamat pada 28 April 2013.

Menteri beliau, Nazri Aziz memberitahu media bahawa arahan diberi kepada Peguam Negara untuk menyemak sekiranya ada isu perundangan yang timbul sekiranya pelan itu dilaksanakan kerana ia akan menjadi yang pertama kali dilakukan dalam sejarah negara.

"Saya mahu dapatkan nasihat daripada Peguam negara tentang bagaimana ia dapat dilaksanakan dan sama ada adakah perlu Perlembagaan dipinda atau cukup dibawah peruntukan Suruhanjaya Pilihanraya," beritahu Nazri dua minggu lepas.

Dalam pada itu, bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad pula menjangkakan bahawa pilihanraya ke 13 negara bakal diadakan selepas musim haji iaitu dalam bulan Oktober atau November tahun ini.

Mengikuti jejak Dr M pula, timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin beberapa hari yang lepas juga menyeru agar PRU 13 diadakan pada tahun ini – justeru memberi tekanan kepada Najib.

Tiada wang lagi- itukah sebab Najib mahu PRU 13 diadakan sebelum Bujet 2013?

Perdana Menteri Malaysia itu dikatakan berkira-kira untuk melaksanakan pilihanraya semasa musim haji tetapi selepas mendapat tentangan daripada orang Islam, beliau menarik balik cadangan itu.

Yang terbaru, Najib dikatan bersetuju untuk mengadakannya pada bulan September supaya beliau dapat merangka Bujet 2013 yang sudah dijadualkan pada 28 haribulan itu.

Walaubagaimanapun, ini mungkin sesuatu yang tidak begitu baik kerana rakyat boleh menjangka Bujet 2013 yang tidak begitu memberangsangkan disebabkan banyak telah dihabiskan untuk pilihanraya 2012. Ia juga mengukuhkan pendapat bahawa pengurusan kewangan Najib yang lemah itu telah memberi kesan mendalam terhadap perbendaharaan negara.

Hampir 13 juta pengundi layak mengundi. Terdapat 222 kerusi diperingkat persekutuan dan 505 kerusi di 12 negeri (Sarawak sudah pun mengadakan pilihanraya negeri ke 10 pada April 2011).

Perebutan kuasa dalaman masih belum berakhir

Perbalahan dalaman dalam Umno mengenai bila untuk mengadakan PRU 13 belum berakhir. Ini kerana media arus perdana memberi fokus kepada komen yang diberi oleh Abdul Aziz Tapa, veteran Umno yang berusia 89 tahun yang tiada pengaruh dan kedudukan.

"Pilihanraya tidak wajar dilaksanakan pada masa terdekat dan lebih baik diadakan tahun hadapan," Aziz dilaporkan media arus perdana yang dikawal Umno sebagai berkata pada hari Ahad lepas.

Antara sebabnya adalah Najib yang tidak boleh buat keputusan dan kurang keyakinan untuk menang mengatasi kemenangan yang pernah dialami oleh Abdullah Badawi. Abdullah telah buat pertama kalinya dalam sejarah Umno-BN yang telah memerintah selama 55 tahun, hilang majoriti dua per tiga dan juga 5 negeri telah jatuh ke tangan Pakatan yang diterajui Anwar Ibrahim pada pilihanraya 2008.

Walaubagaimanapun, ia juga membuatkan orang-orang besar dalam Umno hilang sabar. Seperti juga pemerhati politik mereka merasakan bahawa dengan menangguhkan pilihanraya, ia akan memberi kelebihan kepada pihak pembangkang. Kerajaan Umno-BN juga terpaksa berhadapan dengan ketidakpuasan-hati pelabur yang tidak suka keadaan yang tidak pasti dan juga rakyat yang sudah semakin bosan.

Suruhanjaya pilihanraya yang pencong adalah harapan Najib?

Kelihatan seperti ramai dikalangan rakyat yang sudah membuat pendirian dan mahu mengundi. Ramai yang melihat Najib sebagai pemimpin lemah yang harus diganti dan mereka juga mahu memberi peluang kepada Pakatan untuk memimpin kerajaan setelah sekian lama bergelumang rasuah dan skandal menteri BN.

Tidak hairanlah Pakatan dibawah Anwar telah menjadi semakin kuat walaupun permulaannya tidak begitu meyakinkan. Pakatan sekarang mempunyai peluang yang cerah untuk menguasai kerajaan persekutuan.

Tetapi ia masih perlu berhadapan dengan Suruhanjaya pilihanraya yang tidak bersih; di mana pengerusi dan timbalannya adalah ahli Umno. Najib juga enggan membuat perubahan yang dituntut untuk membersihkan pilihanraya walaupun sudah dua kali perhimpunan besar-besaran dianjurkan Bersih untuk tujuan itu.

Kita sudah bersedia dan telah pun bersedia sejak akhir tahun lepas lagi. Halangan utama adalah Suruhanjaya pilihanraya. Mereka seakan-akan perisai BN dan boleh sahaja membuat penipuan yang boleh mencemar keputusan undi," ujar Khalid.

Najib masih boleh tarik diri lagi

Berdasarkan bebapa tarikh jangkaan PRU yang telah dibuat dan tidak jadi selepas Najib menarik diri di saat-saat akhir, Pakatan

pasti Najib akan melakukannya lagi. Sekarang semua sedang menunggu samada ada beliau boleh meyakinkan orang-orang kuat UMNO yang sudah tidak sabar untuk PRU13 diadakan tahun hadapan. Pemilihan Umno juga ditunda kepada Oktober 2013 dan ini bermakna kedudukan dalam parti juga adalah 'status-quo' untuk tempoh 5 tahun sehinggalah mandat berakhir pada April.

Walaubagaimanapun, perbalahan dalaman yang sudah berlaku dalam Umno sudah pun memasuki fasa dimana ia sudah sukar dibendung- ini terbukti daripada seruan secara terbuka Mahathir dan Muhyiddin supaya Najib tidak menangguh pilihanraya.

Durian runtuh dan perbicaraan Scorpene

Kepala-kepala besar dalam UMNO mahu PRU 13 dilaksanakan awal dan bukan lambat kerana Najib akan memberi mereka banyak wang untuk kempen dan melancarkan jentera pilihanraya mereka.

Adalah lumrah bahawa dana itu nanti bukan sahaja akan digunakan untuk pilihanraya tetapi untuk tujuan peribadi, kedudukan mereka dan mengkayakan ketua bahagian UMNO.

"Pecakaran dikalangan orang UMNO sekarang adalah secara terbuka dan kemungkinan Najib tidak akan dapat bertahan dengan tekanan daripada partinya sendiri. Bagi Pakatan pula, PRU 13 yang lambat boleh juga memberi kelebihan kepada kita kerana ia membenarkan kita memberi kesedaran yang lebih kepada rakyat tentang banyak lagi isu. Najib juga mungkin sedang mengelak kes Altantuya –Scorpenes yang akan terus galak selepas tamat musim panas nanti.

Pemimpin PKR sedang merujuk kepada pembicaraan kes Scorpenes di Paris di mana vendor senjata, DCNS sedang disiasat kerana memberi rasuah kepada pegawai tinggi Malaysia termasuk Najib untuk membeli dua kapal selam Peranchis pada 2002 yang bernilai RM7.3 billion untuk kerajaan Malaysia.

Malaysia Chronicle


Kompom Aku Jadi Wakil Rakyat Lepas Ni.. Hahaha...

Posted: 27 Jul 2012 07:25 PM PDT

Lihat, siapa lelaki berserban solat tarawih disebelah Najib.


Tak mau nak komen sapa orang tu,,,tapi rasanya benarlah maklumat yang aku dapat bahawa beliau salah seorang calon winnable candidate...

http://manjongmari.blogspot.com/2012/07/lihat-siapa-lelaki-berserban-solat.html

Lot Tanah Rezab Melayu Di Cherating Bertukar Tangan Kepada Bukan Melayu

Posted: 27 Jul 2012 07:16 PM PDT

KUANTAN, 28 Julai - Seorang ahli perniagaan terkejut apabila tiga Lot Tanah Rezab Melayu berhadapan dengan tanah yang beliau beli telah bertukar tangan kepada orang bukan Melayu di pantai Cherating. Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau membeli tanah yang berhadapan dengan pantai menghala ke Laut China Selatan pada tahun 1990. Namun, tujuh tahun kemudian beliau mendapati tiga lot tanah pantai di depan tanahnya itu telah bertukar tangan kepada pihak lain.

"Saya terkejut kerana ia sepatutnya rezab pantai di depan tanah saya itu tetapi telah bertukar milik kepada pihak tertentu. "Padahal semua tanah di kawasan ini adalah tanah rezab Melayu," kata sumber itu.


Tiga lot tanah yang berubah pemilik itu adalah lot 5233, 7058 dan 7059."Salah satu darinya betul-betul di depan Cherating Holiday Villa," katanya lagi. Menurutnya, tanah itu bertukar tangan menjadi milik bukan Melayu atas kerja pihak tertentu dalam parti kerajaan. Bagi mempastikan maklumat ini sahih, beliau meminta pihak PAS dan yang berkepentingan membuat siasatan dan mengenalpasti bagaimana perkara ini boleh berlaku sebenarnya. Sumber

Kedudukan lot-lot 5233,7058 dan 7059 di Pantai Cherating yang kini sudah
bertukar tangan kepada bukan Melayu gara-gara angkara pemimpin Melayu

[Apa yang berlaku ini sebenarnya tidaklah pelik bagi rakyat Pahang kerana memang inilah kerja-kerja terkutuk yang gemar dilakukan oleh pemimpin UMNO untuk mendapat habuan tertentu sejak sekian lama. Tanah Rezab Melayu Transit Kuarters ditengah bandar Kuantan yang sepatutnya dipertahankan itu pun kini sudah terjual ke tangan bukan Melayu. Tambah menyedihkan kebanyakkan tanah tersebut dijual kepada bukan Melayu dari negara jiran Singapura. UMNO sepatutnya membela tanah rezab Melayu tetapi merekalah yang beriya-iya mahu mendapat untung dengan menguruskan penjualan tanah-tanah berkenaan. Tambah menyedihkan perkara ini disedari oleh pemimpin UMNO, namun mereka hanya diamkan diri demi menjaga kepentingan politik masing-masing. Akhirnya, jika dibiarkan lama-lama negeri ini juga akan terus tergadai ke tangan asing. Inilah dia senario yang seringkali berlaku jika rakyat Pahang masih tidak mahu melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang].

Dipetik dari - http://pahangdaily.blogspot.com/


Anak Jadi Towkey Arak Sebab Bapaknya Towkey Judi..

Posted: 27 Jul 2012 07:40 AM PDT

Mahathir Ada Kepentingan 20% Dalam Berjaya Group?

Mahathir Mohamd bekas PM selama 22 tahun yang ditaati dan dianggap tokoh 'syahdu' serta dianggap sebagai mujadid oleh setengah glongan dalam Umno menganggap bekas PM itu sebagai terbaik apabila tidak mengumpul harta untuk dirinya sepanjang berkhidmat sebagai perdana menteri, terdedah akan kemunafikannya apabila seorang ahli korporat memberitahu Mahathir dikatakan mempunyai banyak kepentingan dalam beberapa syarikat tertentu di negara ini.

Kata ahli korport itu Mahathir mengaut keuntungan menerusi komisyen yang diberikan oleh syarikat-syarikat di mana mendapat projek bernilaian billion ringgit yang dianugerahkan olehnya. Mahathir juga mendapat komisyen (saguhati) dari setiap projek mega yang diluluskan bernilai ratusan juta ringgit.


Beliau yang mengakui menjadi senang kerana Mahathir, mendedahkan Mahathir dikatakan mempunyai kepentiungan 20% dalam syarikat Berjaya Group yang turut terlibat dalam perjudian seperti Sport Toto, Magnum dan sebagainya.

"Mungkin ramai orang tidak tahu akan kepentingan Mahathir kerana kebijaksanaan beliau dalam menyembunyikan kepentingan itu," kata ahli korporat itu yang menjadi nomines kepada tokoh perniagaan terkenal dari Umno di zaman Mahathir berkuasa.

Akui beliau yang kini masih menjadi beberapa lembaga pengarah syarikat ada kepentingan dengan Umno, pandangan dan sokongannya kepada Mahathir berubah apabila mengetahui hal itu.

Jelasnya lagi selain Berjaya Group, Mahathir juga mempunyai kepentingan dalam beberapa syarikat gergasi lain. Misalnya syarikat pembinaan (kontrektor) telah menganugerahkan beberap unit banglo untuk Mahathir yang kini hasilnya dikutip dengan menyewakan dengan pendapat RM800,000.00 sebulan.

Paling mengejutkan Mahathir juga dikatakan, mempunyai kepentingan bukan dari syarikat-syarikat besar tetapi syarikat kecil juga beliau mendapat manfaatnya. Di Langkawi katanya Mahathir memiliki beberapa gerai yang disewakan kepada peniaga tempatan dengan kutipan hasil kurang RM1,000 untuk satu unit.

Pendedahan ini menafikan tanggapan seorang wakil rakyat yang menjual kepada orang kampung Mahathir kononnya perdana menteri yang tidak kaya dan paling bersih. Wakil rakyat yang pernah menyatakan kesanggupan untuk mencium punggung Mahathir pernah mendapat imbuhan RM1 juta tunai dari bekas PM itu, bertegas mempertahankan Mahathir paling bersih di antara pemimpin yang lain di negara ini.

Ketidakpercayaan Mahathir adalah PM Malaysia terkaya juga timbul apabila setiap kali ditimbulkan isu pembolotan harta, Mahathir berjaya meragui keyakinan orang ramai dengan jawaban yang bersifat menyinis.Apa-apa sesuatu yang benar mengenai dirinya akan diakui secara sinis menyebabkan orang tidak percaya kepada dakwaan buruk ke atasnya.

Misalnya kalau ada tuduhan mengatakan dia seorang diktator atau tidak amanah akan dijawab; iya saya memang diktator dan tidak amanah. Secara tidak langsung dengan jawaban menyinis itu Mahathir boleh mengelirukan pandangan orang terhadapnya.

Sebenarnya banyak bukti jelas menunjukkan Mahathir banyak membolot harta negara. Contohnya macam mana salah seorang anak lelakinya boleh muncul menjadi orang yang disenaraikan 10 terkaya di negara ini. Apakah perniagaan anak lelaki beliau itu? Tidak pernah terdedah apa-apa perniagaan anak lelakinya itu seperti mana dilakukan Syed Mukhtar Al Bukhari atau orang-rang kaya lain khasnya dari kalangan Cina.

Kekayaan anak Mahathir itu pasti akan menjadi tanda tanya. Kegagalan mencari sumbernya akan menyerlahkan bahawa kekayaan anaknya itu adalah hasil pemberian Mahathir untuk anak-anaknya. Dari mana wang itu diperolehi? Jawablah sendiri. Kata Abdullah Badawi setelah jadi PM baru dia mengetahui bahawa seorang PM mempunyai kuasa besar boleh melakukan apa saja, dan mungkin mengumpulkan harta kekayaan kemudian dicampak kepada anak beranak sendiri. Cis... kepada wakil rakyat yang menjual kononnya Mahathir PM terbersih! [wm.kl.3:48 pm 27/07/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/07/mahathir-ada-kepentingan-20-dalam.html


‘Janji Ditepati’: Adakah Najib PM untuk Umno BN?

Posted: 27 Jul 2012 07:23 AM PDT

Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sedang mempertahankan pihak yang tidak dapat dipertahankan apabila menjawab pertanyaan di Twitter berhubung dengan sebab mengapa tema Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia "Janji Ditepati" tidak patut digunakan bagi sambutan tahun ini.

Pertamanya, dakwaan Rais bahawa "Malaysia sudah mencapai status 'achieving nation' selepas 55 tahun merdeka" merupakan satu komen yang menimbulkan kontroversi dan boleh dipertikaikan, kerana sekiranya ianya benar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan mendapat nama yang buruk sebagai Perdana Menteri yang paling bercelaru dalam sejarah negara ini yang masih menangguh pelan beliau untuk mengadakan pilihanraya umum untuk meraih mandat untuk diri sendiri kerana takut kisahnya akan berakhir dengan pihak beliau sebagai pihak pembangkang atau digulingkan dalam UMNO seperti yang dilakukan kepada Tun Abdullah.


Bahkan, boleh dipahat kisah slogan "Janji Ditepati" yang telah gagal daripada menjadi kisah yang membanggakan selepas 55 tahun Merdeka dan 49 tahun selepas pembentukan Persekutuan Malaysia – sama ada ianya untuk membina negara Malaysia yang bersatu padu, harmoni, berdemokrasi, progresif dan berdaya saing; atau untuk menunaikan janji tiga tahun Najib Program Transformasi Kerajaan 1Malaysia (1Malaysia Government Transformation Programme (GTP) sama ada dalam mengurangkan kadar jenayah, membasmi rasuah, atau melaksanakan tanggungjawab sebagai kerajaan yang beramanah yang merangkumi transformasi kerajaan, ekonomi dan politik supaya negara Malaysia diiktiraf oleh masyarakat dunia dan muncul sebagai negara dengan status negara dengan sistem demokrasi yang normal.

Mengimbas kembali lawatan saya di Sabah pada tahun 1978, di mana saya telah memberi amaran bahawa negeri Sabah sedang menghadapi tiga masalah besar – masalah pendatang asing tanpa izin dalam 140,000 yang telah saya sebut, senario jenayah, dan masalah rasuah yang serius.

Kesemua masalah ini kian membarah dan semakin lama semakin mereput dalam tempoh 4 dekad ini, dengan isu pendatang asing tanpa izin yang telah 'membiak' kepada 1.5 juta dan 1.9 juta yang menjadikan anak kelahiran Sabah kelihatan sebagai warga asing dibumi mereka sendiri, sementara kadar jenayah dan rasuah bermaharajalela dan merebak berleluasa.

Dan rakyat Sabah masih menunggu untuk langkah baru dalam penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung dengan isu pendatang asing tanpa izin walaupun beranggap yang isu yang sudah berpanjangan ini boleh diselesaikan ataupun tidak.

Adakah ini maksud sebenar "Janji Ditepati"?

Walau bagaimanapun, tentangan hebat penggunaan slogan "Janji Ditepati" sebagai tema Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia bukanlah berdasarkan kesahihannya tetapi disebabkan dua unsur yang kukuh: pertamanya, adalah salah dan tidak wajar untuk menggunakan slogan UMNO/Barisan Nasional sebagai tema Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia dan kedunya, ianya berunsur anti-nasional dan memecahbelah daripada menyatukan rakyat, dengan menggambarkan Najib sebagai Perdana Menteri hanya untuk UMNO/BN dan bukanlah untuk semua rakyat Malaysia.

Sambutan Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia merupakan sambutan kebangsaan bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, negeri atau pendirian politik untuk bersatu sebagai satu entiti bangsa Malaysia, dan mana-mana golongan tidak boleh dipinggirkan atau disisihkan kerana UMNO/BN telah merampas identiti dan simbol sebenar sambutan ini dan telah memonopolikan sambutan ini untuk kepentingan UMNO/BN sahaja.

Jika UMNO/BN dibenarkan untuk merampas identiti dan simbol sambutan yang penting ini, adakah Rais mengaku bahawa Najib hanyalah Perdana Menteri bagi UMNO/BN dan bukan untuk semua rakyat Malaysia?

Tidak hairan lagi jika Pakatan Rakyat meraih lebih banyak sokongan dari rakyat apabila mencadangkan bahawa tema Hari Kemerdekaan /Hari Malaysia (serta logo Hari Merdeka yang rojak-hodoh), yang digambarkan dalam tinjauan selidik di laman sesawang Sinar Harian dalam tempoh 48 jam, di mana seramai 2,359 atau 84% daripada 2,811 responden yang menyokong untuk tema ini ditukar dengan hanya 452 atau 16% yang menentangnya.

Ini merupakan satu perbezaan yang ketara yang anak musrid sekolah pun akan faham. Saya masih bingung dan keliru, dan saya pasti semua rakyat Malaysia yang patriotik dan berfikiran matang, mengapa Rais serta Menteri dan pemimpin UMNO/BN masih dalam penafian serta tidak berupaya untuk memahami isu yang begitu mudah ini dan membezakan di antara salah dan betul, nasional dan anti-nasional?

Patutlah Malaysia yang dicengkam oleh jajahan UMNO/BN nampaknya amat bercelaru, tidak kiralah dalam pembangunan negara, politik, ekonomi, pendidikan dan sosial.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11994-janji-ditepati-adakah-najib-pm-untuk-umno-bn


Sempena Merdeka Ni.., Jangan Lupa Balas Budi Ye...

Posted: 27 Jul 2012 05:42 AM PDT




Lagu tema Hari Merdeka meragukan

Posted: 27 Jul 2012 03:32 AM PDT

PETALING JAYA: Selepas kontroversi slogan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 'Janji Ditepati' yang didakwa hanya untuk meraih sokongan kepada Barisan Nasional (BN), kini lagu temanya turut menimbulkan persoalan yang sama.

Lagu 'Janji Ditepati' yang dimuat naik dalam laman video sosial YouTube mengandungi lirik 'Janji sudah ditepati, Kini masa balas budi'.

Lirik lagu 3:35 minit itu turut memuatkan baris ayat 'Ini janji kita BR1M 1Malaysia', 'Kata kita dikota ', dan 'Kedai 1Malaysia'.


Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati
Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi

(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji APa? Janji 1Malaysia
Janji Siapa? Janji kita
Janji Apa? Janji 1Malaysia
Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
BR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia

Manakala klip video tersebut memaparkan beberapa keping gambar slaid program 1Malaysia termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik Bergerak 1Malaysia, serta Skim Amanah Rakyat (Sara) 1Malaysia.

Slogan 'Janji Ditepati' sebelum ini mendapat reaksi negatif terutamanya Pakatan Rakyat yang mendakwa ia tidak menggambarkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia dan hanya untuk meraih undi untuk pilihan raya.

Pakatan Rakyat sehubungan itu memberi tempoh masa seminggu kepada kerajaan menukar slogan itu sebelum mencadangkan satu tema lain yang lebih inklusif untuk semua.

Namun Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam reaksinya berkata bukan satu kesalahan menggunakan slogan "Janji Ditepati" sebagai tema kerana ia sememangnya mencerminkan komitmen kerajaan BN menunaikan janji-janjinya.




www.freemalaysiatoday.com


Kajian Prof. Kangkung UUM Adalah Benar.. BN Dapat Sokongan Kuat Rakyat.. BUBAR SAJALAH PARLIMEN..

Posted: 27 Jul 2012 03:07 AM PDT

Ahmad Bashah: Kajian MPN telus, tidak berat sebelah

Pembentangan hasil kajian oleh beberapa universiti mengenai peluang BN merampas kembali negeri-negeri dikuasai pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak patut dipersoal kerana ia benar dan tidak berat sebelah.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kajian itu, yang dibentangkan Rabu lepas bertajuk 'Prestasi dan Potensi BN di Empat Negeri: Siapa Jadi Pilihan', adalah berdasarkan suara rakyat dan bukan suara BN.

Katanya, apa yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat kepercayaan rakyat yang mahukan sebuah kerajaan yang menjamin kesejahteraan mereka.


"Ini satu kajian baik dan menggambarkan pembaharuan yang dibawa perdana menteri memberi kesan di hati rakyat terutama di empat negeri pembangkang.

"Gambaran ini menunjukkan perubahan pemikiran dan kehendak rakyat terhadap Umno dan BN," kata Ahmad Bashah kepada pemberita selepas merasmikan seminar motivasi pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) di Alor Setar hari ini.

Menyentuh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mempersoal tindakan Majlis Profesor Negara (MPN) menerajui kajian isu PRU, Ahmad Bashah berkata ia membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat merasa tergugat.

Katanya, Azizan mempersoal tindakan MPN kerana mahu mendapat kembali sokongan rakyat negeri ini terhadap PAS yang kini dihantui beberapa isu yang gagal diselesaikan.

Ahmad Bashah yang juga ADUN Bakar Bata berkata rakyat telah menilai dari pelbagai sudut dan mereka mahu sebuah kerajaan yang benar-benar memperjuang hak rakyat dan bukan hanya cakap kosong.

Rabu lepas, tiga universiti - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Univerisiti Islam Malaysia (UIAM) mendedahkan hasil kajian pada sesi pembentangannya yang bertajuk, 'Prestasi dan Potensi BN di Empat Negeri: Siapa Jadi Pilihan anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa MPN di ibu negara.

Kesimpulan kajian itu menunjukkan BN mempunyai peluang cerah untuk memenangi PRU ke-13 termasuk menawan semula Selangor dan Kedah.

Sementara itu, MIC Kedah pula menyokong hasil kajian bahawa Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk menawan semula Kedah dan Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, S. Ananthan berkata pihaknya turut mendapati pengundi India kini khususnya di kawasan yang terdapat ramai masyarakat India seperti di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas dan Bukit Selambau beralih menyokong BN.

"Berlaku pendirian lebih positif di kalangan pengundi yang semakin condong menyokong BN," katanya kepada Bernama.

Belau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Pusat Kajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran UKM, Dr Fuad Mohd Jali bahawa BN dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 termasuk menawan semula sekurang-kurangnya Selangor dan Kedah.

Kajian itu didapati hasil temubual pihaknya dengan 1,400 responden di Kedah dan Selangor dari Mac hingga Mei lalu.

Ananthan yang juga Penyelaras BN DUN Lunas berkata misalnya di Pusat Khidmat DUN tersebut, semakin ramai masyarakat India yang mengunjungi pusat itu.

"Pusat berkenaan yang diwujudkan sebaik BN tewas di DUN Lunas pada 2008, kini menjadi tempat mengadu dan memohon bantuan.

"Lebih-lebih lagi selepas Adun Lunas, Mohammad Radzhi Salleh bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Adun Bebas sejak 2009.

"Begitu juga dengan anggota parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan yang bertindak keluar PKR dan menjadi Anggota Parlimen Bebas pada 2011.

"Sebilangan besar daripada masyarakat India di situ hilang tempat bergantung. Setiap bulan beratus orang datang untuk mendapat pelbagai kemudahan, nasihat dan bantuan yang pihaknya tidak pernah pun menolak tetapi sedia mendengar masalah mereka," kata Ananthan.

-Bernama


Tiada ulasan: