Selasa, 24 Julai 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[BERGAMBAR] Kereta Toyota Vios Mampu Terbang!!

Posted: 24 Jul 2012 12:31 AM PDT


Berdasarkan maklumat, kereta Toyota Vios di atas sebenarnya terbabas dan spin lalu melambung naik atas tembok tersebut, bukan turun dari atas bukit itu.

Di atas bukit itu ialah ladang sawit, kejadian berlaku di Jalan Nitar - Mersing, Johor.

Kakak berbaju hijau itu yang membawa kereta Vios berkenaan...





Mahkamah: BERSIH Sebuah Entiti Sah, Bukan Pertubuhan Haram

Posted: 23 Jul 2012 10:18 PM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.

Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai. -mk

Bersih tidak haram: PM didesak pohon maaf

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dituntut memohon maaf kepada semua peserta perhimpunan Bersih 2.0 ekoran pengisytiharan mahkamah Bersih 2.0 tidak haram.

Desakan ini dibuat pelbagai pihak ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.

Sekiranya kedua-dua mereka menghormati undang-undang serta Perlembagaan negara, maka tindakan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat adalah sesuatu yang wajar dan sangat dialu-alukan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.

Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusannya hari ini berkata, Bersih telah berjaya membuktikan kes dalam mencabar pengisytiharan kerajaan.

Beliau juga memutuskan perisytiharan Menteri Dalam Negeri sebagai 'tercemar'.

"Oleh itu, kami membenarkan permohonan pemohon (untuk semakan kehakiman perisytiharan kerajaan) dengan tiada perintah tentang kos," katanya.

14 Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih yang diketuai oleh Ambiga Sreenevasan telah menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai responden.

Selain dari Ambiga, plaintif termasuk Dr Ahmad Farouk Musa, S Arul Prakkash, K Arumugam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Andrew Khoo Chin Hock, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, SP Subramaniam.

Turut serta adalah Toh Kin Woon, Wong Chin Huat, Yeo Yang Poh, Yeoh Yong Woi dan Zaid Kamaruddin.

Pada 1 Julai tahun lalu, Hishammuddin dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan gabungan itu menyalahi undang-undang, sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.
-HD


Ulasan GB

Menteri KDN, Hishamuddin Tun Hussein, ROS & KPN yang sebelum ini menyatakan BERSIH adalah entiti yang haram sehingga menyebabkan PDRM mengambil tindakan melulu ke atas para peserta BERSIH sepatutnya merasa malu dan dikenakan tindakan.

Macam-macam hal dilakukan untuk burukkan BERSIH, sehingga, khutbah Jumaat, Mufti dan Majlis Fatwa pun diperkudakan untuk menyatakan ia "haram".

Sekarang "haramjadah" menimpa ke atas mereka yang menyatakan haram itu.

Tahniah BERSIH, tahniah rakyat Malaysia.




Berapa Kalikah Kita Sudah Melukakan Hatinya?

Posted: 23 Jul 2012 08:31 PM PDT

Untuk renungan dan pengajaran buat kita semua...

Semasa kita berumur 1 tahun,
Ibu menyuap kita makan & memandikan kita
Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam

Semasa kita berumur 3 tahun,
Ibu menyiapkan makanan istimewa dan
berzat untuk kita
Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai

Semasa kita berumur 4 tahun,
Ibu membelikan kita crayon
Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah

Semasa kita berumur 5 tahun,
Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya
Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak

Apabila kita berumur 7 tahun,
Ibu menghantar kita ke sekolah
Kita membalas budinya dengan menjerit, " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH"

Semasa kita berumur 10 tahun,
Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen,
membawa kita shopping,
menghantar kita ke rumah kawan dll
Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih,
setiap kali Ibu menghantar kita

Apabila kita berumur 11 tahun,
Ibu membelikan kita sebiji bola sepak
Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin
tingkap rumah jiran kita

Semasa kita berumur 12 tahun,
Ibu menasihatkan kita supaya tidak
terlalu banyak menonton TV
Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV,
sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah

Apabila kita berumur 13 tahun,
Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan
Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE"

Apabila kita berumur 16 tahun,
Ibu inginkan dakapan setelah penat
dan baru balik bekerja sehari suntuk
Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di
dalam bilik

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan,
Ibu menangis gembira
Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut
malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan

Apabila kita berumur 19 tahun
Ibu membelanjakan wang yang banyak
untuk menhantar kita ke universiti,
mengangkat beg kita dengan kasih sayang- sampai ke hostel kita
Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm
takut malu dilihat kawan-kawan

Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin-
kita ada boyfriend/girlfriend ke?
Kita membalas budi Ibu dengan berkata--- " Ibu ni kepohlah!!"

Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam
ibu!!"

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan
tinggal dirumah sendiri- Ibu membelikan baju untuk kita memulakan
kerja baru
Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu
tidak cantik kerana Ibu yang belikan

Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga- Ibu menangis
gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita
Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometre jauh dari Ibu

Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat
tentang penjagaan bayi- anak kita

Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain
Ibu..!!!!"

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menelefon dan memaklumkan majlis
kenduri di kampung
Kita membalas budi Ibu, dengan berkata- " saya sibuk!!!!"

Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan
dan kasih saying
Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan
membawa sedikit buah epal dan merungut tentang kesibukan bekerja dan
terpaksa balik segera

Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah
kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.

Ingat--- selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu--- dan
jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.



Suami Mati Setelah Dipaksa Melakukan Hubungan Seks Dengan Enam Isterinya!

Posted: 23 Jul 2012 05:31 PM PDT

Nigeria – Seorang ahli perniagaan meninggal dunia setelah dikepung dan dipaksa melakukan hubungan seks oleh kesemua enam isterinya secara bergilir-gilir dua hari lepas.

Siasatan awal mendapati kes tersebut berlaku disebabkan kesemua isteri ahli perniagaan berkenaan berada dalam keadaan 'marah dan cemburu'.

Menurut polis, kejadian terjadi kira-kira pukul 3 petang sewaktu Uroko Onoja, dari Ugbugbu Owukpa, baru saja pulang ke rumahnya dan hendak beristirahat di bilik isterinya yang paling muda.

Namun, tiba-tiba saja, lima orang isterinya yang lain datang ke bilik tidur mereka berdua sambil membawa pisau.

Mereka menuntut agar Uroko 'melayan' mereka semua secara bergilir-gilir.

Giliran itu juga sudah ditentukan, mereka memaksa Uroko melayan kesemua daripada mereka bermula dari isteri termuda hingga yang tertua.

Menurut polis, pada awalnya semua 'berjalan lancar', tetapi ketika tiba giliran isteri kelima Uroko sudah tidak bernafas.

"Tiba-tiba, suami saya berhenti bernafas, dan mereka (isteri-isteri yang lain) terus ketawa, tapi ketika mereka melihat saya gagal membangunkannya kembali, mereka semua panik dan terus berlari ke dalam hutan, "
kata salah seorang isteri Uroko.

Polis Nigeria sehingga kini telah menahan dua orang isteri Uroko untuk membantu siasatan. (Agensi)

[VIDEO] Selangor Digesa Beli SYABAS

Posted: 23 Jul 2012 07:31 AM PDT

Shah Alam: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menggesa kerajaan negeri mengambil alih pengurusan dengan membeli saham-saham Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berikutan 'krisis air' yang dipercayai telah dicipta oleh pihak tertentu.

Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimie Shafie mendakwa syarikat itu cuba mensabotaj kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan mewujudkan krisis air bagi menakut-nakutkan rakyat negeri ini.

"Kita minta kerajaan negeri suntik wang dan beli Syabas. Tindakan segera perlu diambil kerana Syabas cuba mensabotaj dan memburuk -burukkan kerajaan negeri," katanya di hadapan kira-kira 100 demonstran yang berkumpul di Wisma Rozali di sini tengah hari tadi.

Mereka yang berkumpul sejak jam 12.00 tengah hari bergerak ke pintu utama Wisma berkenaan untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap cadangan Syabas untuk mencatu air di beberapa kawasan di Selangor.

Memorandum itu diserahkan kepada Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail melalui Pengarah Eksekutif Pengurusan dan Sumber Manusia, Ismail Hashim.

Demonstrasi yang diadakan pada hari ketiga Ramadhan ini dianjurkan bersama AMK Selangor dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Selangor.

Kerajaan negeri sebelum ini bercadang untuk memecat Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Syabas kerana gagal memberikan penjelasan berhubung catuan air yang diumumkan syarikat itu baru-baru ini.

Selain Shuhaimie, mereka yang turut serta bagi menyerahkan memorandum itu ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Timbalan Presiden PKR Selangor, Zuraida Kamarudin; Naib Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri dan exco kerajaan negeri, Ronnie Liu. -FMT

Pakatan berhimpun sokong ambil alih SYABAS

Sekumpulan lebih 100 orang penyokong kerajaan negeri Selangor berhimpun di hadapan pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) di Shah Alam hari ini sebagai sokongan kepada kerajaan negeri untuk mengambil alih pemegang konsesi air tersebut.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei dan MP Shah Alam Khalid Samad memimpin perhimpunan yang bermula jam 12 tengahari itu.

Selain pemimpin parti Pakatan Rakyat, turut hadir dalam perhimpunan itu adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri, wakil Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan pemimpin Gabungan NGO Selangor.

Kumpulan berkenaan membawa kain rentang dengan slogan "Kembalikan air kepada rakyat", "Hentikan catuan air", dan "Pecat Tan Sri Rozali Ismail".

Sebelum itu, Khalid ketika berucap di hadapan bangunan SYABAS itu meminta agar Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB), Tan Sri Rozali Ismail supaya tidak bermain politik dan menjaga air Selangor dengan baik.

"Dia dibayar gaji yang tinggi tetapi tidak jalankan tugas dengan baik. Sebagai (pengerusi eksekutif) SYABAS, perlu menjaga air di Selangor. Jangan main politik. Tunaikan amanah dengan baik. Alasan nak bawa air mentah dari Pahang terbukti alasan tak berasas," katanya.

Lima memorandum turut diserahkan kepada wakil SYABAS dalam perhimpunan berlangsung selama kira-kira 45 minit itu.

Memorandum tersebut, yang diterima oleh pengarah eksekutifnya Ismail Hashim, menggaris tujuh perkara yang antara lainnya membantah cadangan SYABAS untuk mencatu bekalan air.

Memorandum itu juga menuntut supaya SYABAS berhenti daripada mensabotaj kerajaan negeri Selangor dalam isu bekalan air dan turut menyatakan bantahan keras ke atas pembinaan Loji Langat 2.

Memorandum daripada AMK Selangor itu membantahan catuan air di beberapa kawasan di negeri Selangor kerana menyebabkan kesusahan kepada penduduk di kawasan berkenaan dan mengganggu aktiviti kehidupan harian.

Ia turut menuntut supaya SYABAS berhenti daripada mensabotaj kerajaan negeri Selangor dalam isu bekalan air. Hal ini kerana, SYABAS dilihat tidak profesional dan tidak mengutamakan keperluan pengguna.

"SYABAS dilihat tidak profesional dan tidak mengutamakan keperluan pengguna yang lebih bersifat kepada tindakan sabotaj kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menjelang pilihan raya umum ke-13 bagi mengikis keyakinan rakyat terhadap kerajaan pakatan.

"Selangor kehilangan 60 projek pelaburan akibat perkhidmatan bekalan air yang tidak memuaskan. Sebanyak 162 buah projek pembangunan di Selangir tidak diluluskan SYABAS dan membuktikan SYABAS tidak layak menguruskan air di negeri ini," memorandum itu dipetik.

Memorandum berkenaan juga menyatakan bantahan keras ke atas pembinaan Loji Langat 2. Menurut memo itu, projek Langat 2 dilihat akan membebankan rakyat dengan kenaikan tarif air sehingga 70 peratus.

Kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan pembinaan Langat 2 menelan perbelanjaan RM8.65 bilion itu akan 'dipaksakan' ke atas rakyat Selangor, memorandum itu dipetik.
-mk






[GEMPAR] Di Parlimen Ahmad Maslan Penduduk Sudah Tunggu 30 Tahun Air Paip

Posted: 23 Jul 2012 04:49 AM PDT


Gempar! 30 tahun menanti kemudahan asas air paip! Abd Hamid Eiman menagih janji pemimpin Barisan Nasional. Lokasi Kampung Sri Tanjung Benut. Parlimen Pontian, Wakil Rakyatnya adalah YB Ahmad Maslan.

Ahli keluarga berkenaan menyatakan beliau terpaksa bergantung kepada air hujan selama ini.

Saksi dan dengarkan sendiri keluhannya.




Tiada ulasan: