Isnin, 9 Julai 2012

JEBAT_BERANI

JEBAT_BERANI


SOI LEK CACING KEPANASAN,UMNO & PERKOSA KEBISUAN

Posted: 09 Jul 2012 02:59 AM PDT

Wa talak helan ini olang takut hudud ma-Ini penzina ma..Bukan ustaz ma
Jebat Berani:Gamaknya apa surat khabar dan media elektronik tulis kalau inilah yang berlaku,"Chua Soi Lek menyarankan pelaksanaan undang-undang hudud di Malaysia"?!..Haha sesuatu yang hampir mustahil keluar dari mulut seorang yang pernah terbabit dengan skandal video seks(bukan tomahan sebaliknya pengakuan 'ikhlas' dari tuan empunya badan..

Jadi kerana itu kita tidak heran mengapa Chua Soi Lek mengeluarkan kenyataan berikut mengenai hudud,

"pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan 'kemusnahan diri' jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia"

"sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa"

"Apabila rekod hak asasi kita tidak baik dan hukuman pula dianggap sebagai kejam, kedudukan global Malaysia akan merosot"

  "Maka kita akan ada kesukaran untuk menarik pelaburan, malah pelabur-pelabur sedia ada juga kemungkinan keluar"

  "Apabila kesemua sektor ekonomi berhadapan dengan kesan, semua rakyat Malaysia tidak kira agama akan mengalami kesannya" Ini bercanggah dengan agenda hudud pembangkang, yang boleh membawa Malaysia ke arah "binasa diri"

Kata kata Chua Soi Lek ini jelas mengambarkan ketakutan beliau terhadap hukum hudud yang mana beliau merasakan beliau juga mungkin 'dijatuhkan' hukuman berdasarkan hukum hudud kerana berzina dengan pasangan yang tidak sah.Hahaha sungguh mengelikan hati...takut ma...wa ingat lu talak takut punya olang..Lu kata lu tera..hahaha

Dan apabila Adun Umno Johor di dalam Sidang Dun Johor, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan agar Johor melaksanakan hudud mendahului Kelantan serta mencabar PAS menyokong hukum hudud itu walaupun datang dari Umno si Soi Lek nie jadi cacing kepanasan apabila berkata,"ADUN Umno Johor yang mencadangkan supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan Islam di negeri itu "hilang akal" kerana mengemukakan perkara tersebut"....

Takpe la kalau Si Soi Lek nie melatah mengenai hudud..Nak pelik apa..Die bukan Islam dan sudah tentu beliau tidak faham apa itu hukum hudud..Cuma yang menjadi persoalannya apabila para ilmuan agama atau ustaz dan uztazah "bertauliah' nie membisu tanpa kata.Seolah olah tidak berani untuk membetulkan salah tanggap Si Soi Lek terhadap hukum hudud dan seolah olah tidak ada apa2 perasaan terhadap penghinaan yang Si Soi Lek buat terhadap hukum hudud ini.

Malah pemuda UMNO dan Perkosa eh silap,Perkasa yang sebelum ini begitu lantang kononnya membela Islam juga diam seribu bahasa...Menyokong YB Ayub Rahmat juga tidak,menyokong atau menentang si Soi Lek juga tidak..Jadi apakah sebenarnya pendirian mereka?Adakah mereka takut nak bersuara? Atau mereka dilarang bersuara...Kalau begini sikap mereka,janganlah kita nak mengharapkan mereka akan membela Islam dan mempertahankan kedaulatan Islam.ADA MATA TENGOK..ADA TELINGA DENGAR..DAN ADA MULUT SUARAKANLAH KEBENARAN....

Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar SAMAN TV3 suku!!!

Posted: 09 Jul 2012 02:22 AM PDT

(Nizar tunjuukan surat peguam kepada Utusan dan TV3 sebelum ini)

KUALA LUMPUR: Berikutan fitnah Utusan dan TV3 terhadapnya, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin akan memfailkan samannya di Mahkamah Tinggi Jalan Duta esok. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, beliau dijangka akan memfailkan kes jam 11 pagi esok.

"Sidang media akan diberikan selepas menfailkan saman yang akan diketuai oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Badan Perhubungan PAS Perak itu.

Sebelum ini, Nizar beberapa kali mendakwa Utusan dan TV3 memfitnah beliau berikutan kenyataannya mengenai plat kereta WWW 1. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan Sultan Johor telah mendapat plat nombor itu apabila menang bidaan dengan harga tertinggi iaitu RM520,000. Ekoran itu pelbagai pihak mempertikaikannya termasuk Nizar.

Nizar telah membuat laporan polis (gambar) terhadap TV3 yang menuduh beliau mendakwa Sultan Johor, Sultan Ibrahim menggunakan wang rakyat untuk membida nombor pendaftaran WWW 1 bernilai RM520 ribu.

"Ia adalah tidak benar kerana saya tidak pernah sama sekali membuat komen di Twitter saya bahawa 'Sultan Johor, Sultan Ibrahim menggunakan wang rakyat untuk membida nombor pendaftaran WWW 1," kata Nizar, bekas MB Perak itu dalam laporan polisnya.

Jebat Berani : TV3 suku nie kalau tak putar belit statement orang memang tak sah...DAh jadi trademark kot..Ingat la sikit weii...Setiap satu perbuatan itu dicatat dan akan diadili di akhirat kelak...Semoga Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Beroleh keadilan

ABBY ABADI-JADI BUALAN ANAK MUDA DI FACEBOOK

Posted: 08 Jul 2012 11:08 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kata-kata pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah binti Abdul Manan yang tidak takut lagi menyokong parti pembangkang kini menjadi hiasan Facebook anak-anak muda Malaysia.

Kata-katanya disebarkan merata-rata dan memberikan ispirasi kepada pelbagai pihak dalam menuntut hak mereka. Kata-kata Abby bahawa dia tidak takut lagi sokong parti pembangkang setelah mendapat hidayah Allah dikongsi (share) oleh 467 pengguna facebook dan disukai (like) oleh 1,952 pengguna. 248 pengguna pula membuat komen sehingga kini selepas mula dibuat naik ke facebook semalam.

"Dulu saya takut kalau sokong parti pembangkang. Tak dapat masuk Ttelevision. Tapi bila dapat hidayah Allah, saya tak takut pada sesiapa. "Saya tak tau dari mana dapat keberanian tu, tak masuk television pun tak per. Dah lama sangat dah saya kat television tu. Banyak dah dosa dalam tu," kata Abby Abadi pelakun yang popular dengan filem dan drama TV Gerak Khas.

Abby kini bergerak dari satu pentas ceramah ke satu pentas di seluruh negara Semasa ke Kelantan, beliau turut mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz. Ucapan beliau yang mahu mencari seorang 'ustaz' untuk membimbingnya telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif dan positif.

Pendek kata, Abby telah banyak bergerak dari pentas ke pentas ceramah. Sebahagian aktivis Pakatan tidak senang dengannya kerana orang semacam Abby tidak sepatutnya menghabiskan masa dengan ceramah sahaja.Ini kerana, bakat sebenar mereka bukannya berceramah tetapi aktiviti seni yang sudah sebati dengan mereka sebelum ini. Antara yang menyuarakan rasa tidak senang itu adalah kartunis Zunar.

Zunar sudah tentu faham dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini beliau yang sepatutnya aktif sebagai kartunis juga pernah terseleweng sekejap apabila beliau menjadi Ketua Pengarang Akhbar PKR, Suara Keadilan. Kini Zunar memperkuatkan kembali bidangnya iaitu kartunis dan berjaya membuat pameran solo ke seluruh dunia termasuk London.(harakahdaily)

Jebat Berani : Lepas sorang sorang...Awat mereka nie tak sayang karier mereka ke??!!..Awat mereka tak takut ke nanti kena boikot dengan media 'tali barut' UMNO/BN..Mereka tak tahu ke UMNO/BN yang memberikan rezeki pada ummat manusia??!!..

Hahaha dan yang paling kelakor adalah seorang Ustazah 'bertauliah' pi bising plak bila artis2 ini berubah dan menyokong Pakatan Rakyat...Adoi Ustazah 'bertauliah' weiii..Apalah hang dok merepek 'kalau Ustaz jadi rocker takpe la nie rocker jadi ustaz'....Ko nie ustazah ke apa??

Bukan ke Rasulullah S.A.W pernah bersabda:-

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Maksudnya : "Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

So apakah ilmu ilmu Allah ini hanya layak disampaikan oleh para Ustaz dan Ustazah yang bertauliah sahaja??.Kasihan sungguh aku dengan Ustazah 'bertauliah' ini..Kerna UMNO/BN beliau sanggup mengadaikan agamanya sendiri..Orang berubah kearah kebaikan ko perlekehkan...Yang ko bulu kening makin nipis apa cite??!!

Apa pon aku ucapkan tahniah kepada Abby Abda dan artis2 lain yang melakukan penghijrahan ini..Pedulikan mereka2 yang tidak senang dengan perubahan anda..Yang penting Allah meredhai mu..Insyaallah

HASSAN OWH HASSAN ALI-MAU DEBAT KA??!!

Posted: 08 Jul 2012 10:03 PM PDT

PAS Selangor meminta ahli-ahlinya supaya menumpukan kepada usaha menghadapi pilihan raya umum daripada melayani karenah Presiden NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali yang menurutnya 'telah terpinggir'.

Dalam satu kenyataan semalam, ia mendakwa Dr Hasan mengadakan cerita kononnya akan ada debat di antara beliau dengan pesuruhjaya PAS Selangor Rabu ini (11 Julai).


PAS Selangor menganggap tindakan Dr Hasan itu "jelas menunjukkan gerakan JATI semakin hilang pedoman dan kini Dr Hasan mahu mencari populariti melalui PAS. Menurut kenyataan itu, lagi, PAS Selangor telah bersetuju agar pesuruhjaya Selangor serta ahli-ahlinya tidak melayani karenah Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri itu. Sebaliknya, tegas kenyataan itu lagi, tumpuan parti itu adalah kepada pilihan raya umum akan datang.

"Mengapa Dr Hasan mahu berdebat dengan kita? JATI bukan parti politik. "Bukankah masalah yang ada di Selangor adalah masalah yang di timbul dan ditinggalkan oleh beliau sendiri sewaktu menjadi pesuruhjaya PAS dulu?" tambah kenyataan itu.

Menurutnya, prestasi PAS Selangor sekarang jauh lebih baik daripada zaman Dr Hasan menjadi pesuruhjaya. "Kini beliau mahu berdebat. PAS Selangor dan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam keputusannya, tidak melayani karenah bekas exco kerajaan negeri itu kerana dia pernah diberi peluang untuk berjuang dalam pasukan kerajaan negeri, tetapi gagal," tambahnya.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/203043

Jebat Berani : Manusia kalau dah tewas dengan kehendak dan kepentingan pribadi memang meroyan la jadinya..Hang nak debat bukan tak boleh..Tapi apakah kepentingan berdebat dengan hang Dr Hassan Ali...Orang macam hang nie semua orang dah kenal la..

Dari isu nak bergabung dengan UMNO untuk mewujudkan kerajaan perpaduan yang lebih kepada kepentingan dan keinginan untuk memegang kuasa dan kini hang melantun sana sini plak mengadu domba berkaitan PAS dan Pakatan Rakyat yang akhirnya memberikan keuntungan kepada  UMNO/BN yang hang tentang dulu(tak tahu la tentang betul2 ke olok a.k.a drama sandiwara)

LOYA YANG MELOYAKAN-DAP TANDING 90 KERUSI?

Posted: 08 Jul 2012 08:37 PM PDT



Jebat Berani: Puiii...memang akhbar Utusan Meloyakan la...Kalau tak buat fitnah memang tak sah...Apa ko ingat DAP pelahap sangat sampai nak 90 kerusi parlimen..Habis PAS dan Keadilan macam mana?...Adoi kalau nak buat fitnah pon biarlah logik dek akal...

Dah kehabisan modal sangat kot Utusan Meloya nie nak buat orang melayu benci pada Pakatan Rakyat...Ingat rakyat nie bodoh sangat barangkali...Tak boleh nak membezakan kebenaran atau sebaliknya...Nie zaman IT la weiii..Utusan Meloya ni aku buat bungkus najis kucing kat umah jerk...Orang dah tak baca akhbar berat sebelah macam nie...haiiiikkkk puiiii

Tiada ulasan: