Isnin, 9 Julai 2012

.

.


Hasan Akidah Sudah "Gemulah" Dalam Pas

Posted: 08 Jul 2012 09:36 PM PDT

Cerita Tengahari

Bukan saja para pemimpin Pas terkhususnya Khalid Samad, Dr Rani Othman ataupun Dzulkefli Ahmad, ahli dan penyokong Pas Selangor juga tidak perlu mengenang, mengingat bahkan menyebut nama Hasan Ali atau Hasan Akidah lagi. Biarlah nama itu buruk dan mereput bersama berlalunya musim dan zaman. Jangan merasa kesal dan hiba kalau nama itu subur dalam Umno atau apa-apa Ngo kerana semangnya Umno wajar menjadi baja kepada orang seperti Hasan Akidah.

Hasan Ali
Jadi kalau ada desas desus mengatakan Hasan Akidah hendak berdebat dengan Pesruruhjaya Pas Selangor Dr Ab Rani Othman atau sesiapa usah dilayan, dan anggaplah kerenah Hasan itu bak si ayam iseng yang gilakan sangkak. Begitulah dalam dunia ayam.... apabila seekor ibu ayam hilang kuasa, hilang kudrat dan hilang peluang untuk mengeramkan telornya dia akan menjadi iseng dan tidak waras, berak dan kencingnya juga tidak lawas. Dia akan menyebut-nyebut kepada sangkak dan bekasnya. Perjalanan dan pergerakannya macamlah ayam gila. Kata Mohd Amar Nik Abdullah ayam gila tidak boleh disembelih apa yang boleh diharapkan biarlah ia dilanggar lori begitu saja.

Dia teringat apa yang ada di dalam sangkak atau hidup sebagai seekor ibu ayam yang sedang mengeram telor (kuasa) yang mana banyak keistimewaan dan kuasanya. Ayam di atas sangkak berada di tempat tinggi berbanding dengan ayam-ayam lain, yang tidur dalam reban secara semula jadinya. Ibu ayam mengeram di bawah perutnya ada puluh telor yang boleh dianggap sebagai zuriat dan kuasa kepada statusnya sebagai ibu ayam. Bapak ayam juga tidak akan terliur untuk mengusik ayam yang sedang mengeram kerana menghormati ia sedang mengerjakan amanah mulia sebagai ayam, bagi meneaskan generasi penerus.

Namun seperkara perlu diingatkan mengenai perangai ayam menyeram ini ia memiliki tahi yang besar dan busuk, keras dan liat. Di masa kecil dulu saya selalu melihat bagaimana jijik dan peritnya kawan-kawan yang terpijak tahi ayam mengeram! Hehe...

Jadi kalau Hasan Akidah ada menyebut keinginan hendak berdebat dengan pemimpin Pas, itu bermakna dia terkenang kepada musim-musim percintaanya di dalam Pas dan kekuasaanya sebagai ahli Parlimen dan anggota Exco. Kononnya perdebatan itu untuk mencari jalan penyelesaian, adalah bohong sama sekali.

Kalau pun hendak memperbetulkan kesalahan Pas juga bohong sama sekali. Perdebatan itu tidak lebih dan tidak kurang bagi Hasan menunjukkan kebijaksanaannya dalam berpidato, bercakap menggunakan bahasa bambastik dan penuh retorik sedangkan ia tidak lebih dari jalak yang berkokok atas jemburan - kokok berderai-derai ekor dan sayap bergelumang tahi. Dan kalau Hasan 'tergehan' hendak berdebat juga bagi mengilang air liur ajaklah Khir Toyo untuk beradu mulut, rasanya Khir adalah regu terbaik kerana kedua mereka merupakan orang 'mengulatkan' diri dalam politik partian masing-masing.

Nasihat kepada Hasan dia tidak perlu menyentuh dan terkenang kepada Pas lagi. Dia tidak ada kena mengena apa dengan Pas. Dia sudah memilih jalan baru menyokong Umno atas prinsi-prinsip yang dijalurkan dalam Ngonya. Perjuangan Hasan serasi dengan Umno. Aspirasinya sama dengan Umno. Matlamatnya sama dengan Umno. Nah... elok kalau Hasan menumpukan tenaga dan usaha kepada memastikan Umno menang di Selangor. Terbaik buatnya kemenangan itu akan membawa tuah kepadanya.

Terlanjur bercakap fasal Hasan, saya teringat kata-kata Hasan kepada saya di Legend Hotel Kuala Lumpur pada suatu hari. Katanya; berikan saya tiga bulan (sebagai MB) saya akan dapat menyelesaikan banyyyakkkkk... masalah di Selangor. Tiga bulan sheikh, tiga bulan saja, katanya sambil mengangkat tiga potong jari, jari manis, jari tengah dan jari telunjuk. Bergetar-getar dengan mimik muka dan mencebek mulut macam punggung kerbau hendak beranak songsang.

Saya memahahami konotasi dan irama kata-kata itu menujukkan Hasan seorang yang kelas dan profesional dalam pentadbiran. Dia ingin mengatakan dia adalah pakar segala-galanya. Dia membayangkan dia lebih bijak dan mampu dari Khalid Ibrahim MB Selangor kini. Tetapi....

Dalam pertemuan itu saya ada bertanya kepadanya apa akan jadi kalau Datuk tidak akan dilantik menjadi Pesruhjaya Pas Selangor. (Saya sudah tahu yang dia tidak akan dilantik). Apakah Datuk kecewa? Oh tidak... saya redha... kalau ada orang berkampuan dari saya, kalau ada orang lebih bijak dari saya... saya sedia melepaskan jawatan itu... Itulah jawaban Hasan Akidah yang ketika itu meletakkan harapan dan penghormatan tinggi saya kepadanya. Saya mengira dia akan menterjemahkan kesucian dan keikhlasan tutur bicaranya.

Tetapi apabila beliau telah membuat seribu onar yang bertolak setelah tidak dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor diikuti dengan tindakan beliau seperti hari ini - menjadi persis ibu ayam mengeram, segala penghormatan itu hilang bahkan timbul rasa sedih dan hiba kerana begitu jadinya nasib seorang fasalitator terhebat dan terhandal di negara ini yang telah khatam Quran dalam usia 12 tahun. Sungguh tidak sangka sejauh itu walaupun kesetiaannya sudah dijangka sejak awal-awal lagi.

Sekali lagi diulangi, permintaan atau cabaran Hasan Akidah itu jangan dijawab oleh sesiapa di Selangor. Biarlah dia berkokok sendiri seperti burung ketuk (pungguk) di pelepah nyiur.... kerana ia akan berhenti bergeduk (berkokok) apabila hari menjelang siang. Burung ketuk (alis hantu dan sama specis dengannya nya ) hanya galak di malam hari terutamanya di malam samar-samar diterang bulan dan akan diam bila mentari sudah menglalahi hari. Hassan kini merindui semula bulan yang pernah jatuh ke atas ribanya. [wm.kl.12:32 t/hari 09/07/12]

Jershima Integrated Perkenal Skim Khairat Kematian Untuk Pelangganya

Posted: 08 Jul 2012 07:18 PM PDT

Rencana Khas 

Jershima Integrated Sdn Bhd syarikat yang mengeluarkan produk Jerslin teristimewannya Jerslin Oil yang dianggap minyak 1001 kegunaan telah melangkah setapak lagi dengan memperluaskan skop kebajikan syarikat berkenaan dengan memperkenalkan skim khairat kematian.

Norshima Abdul Aziz
Skim ini lebih merupakan komitmen dan aktiviti kebajikan syarikat berkenaan yang berasaskan kepada kebajikan dan perniagaan untuk orang ramai. Jershima Integrated sejak awal penubuhannya (2009) lagi dikenali sebagai sebuah syarikat yang beroretasikan Islam – berkebajikan dan menjalinkan ukhwah Islamiyyah dengan semua isan tanpa ada sekatan sempadan.

Tanpa disedari berbagai pihak telah menerima bantuan kebajikan dari syarikat yang beroperasi di Johor Baharu yang berasaskan kepada herba dan mementingkan kesucian ini, termasuklah anak-anak yatim, ibu tunggal, badan-badan kebajikan, Ngo, badan-badan sukan dan lain-lain. Jershima Integrated didalam menyampaikan bantuan dan kebajikan yang dituntut Allah s.w.t. tidak gemar menguar-uarkan bantuan yang dihulurkan seperti mana kebanyakan syarikat perniagaan lain yang lebih untuk menunjuk-nunjuk apabila berbuat sedikit kebajikan.

Prinsip tangan kanan memberi tangan kiri tidak mengetahuinya benar-benar diamalkan oleh Jershima Integrated. Bahkan pengasasnya sendiri (Puan Norshima Abdul Aziz) jarang sekali muncul di mana-mana media bahkan penggunannya sendiri belum mengenali kerana semua kerja-kerja promosi dilakukan para pengurus dan pegawainya.

Mengenai penglibatan dan ehsan syarikat ini memberi bantuan kebajikan baik produk-produk keluaran syarikatnya maupun kewangan bukan saja terbatas kepada kelompok, badan dan individu di negara ini saja tetapi turut sama menghulurkan bantuan untuk negara luar termasuk Aceh Indoensia, Thailand, Palestin, India dan sebagainya.

Mengenai skim khairat kematian ini merupakan skim insuran tanpa faedah ataupun tanpa dikenakan apa-apa premium tertentu walaupun satu sen. Ia diperkenalkan kepada setiap pelanggannya yang membeli satu pakej produk syarikat itu bernilai RM100.00. Pembelian produk syarikat berkenaan bernilai RM100 secara automatik akan didaftarkan sebagai ahli tetapi dengan syarat mendapat persetujuan pembeli menerusi pengisian borang khas disediakan.

Pekej atau khairat kematian ini akan dilancarkan tidak lama lagi dan buat masa sekarang pihak syarikat berkenaan sedang menyusun dan memperkemaskan pengoperasiannya.

Menurut jurucakap Jershima Integrated skim ini walaupun pelancaran ramsinya belum dilakukan tetapi proses mengambil atau mendaftar pelanggan Jershima Integrated telah pun dilakukan sebagai percubaan dan alhamdulilah sambutan menggalakkan.

Ditanya lanjut mengenai kebaikan menyertai pakej khirat itu, beliau menjelaskan, setiap penggan yang menjadi ahli khairat tidak akan mengalami apa-apa kerugian sebaliknya mereka akan mendapat keuntungan (sedekah) RM500 secara automtik kerana mereka tidak perlu membayar premium tertentu.

Setiap pembeli akan mendapat RM500.00 yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun skim dan setiap yang mendaftar sebagai ahli automatik mendapat saham (faedah) sebanyak RM500.00 bersama barangan keluaran Jershism Intergrated bernilai RM100.00 Feadah itu menurutnya dapat diambil (dituntut) bila-bila masa tanpa menunggu tahap matang tertentu tidak seperti mana skim-skim khairat atau insuran lain.

Lebih menarik lagi mengenai skim ini kadar faedahnya ini tidak hanya terhad kepada kadar faedah pokok (RM500.00) yang dihadiahkan oleh syarikat tetapi nilainya akan ditasfirkan mengikut budibicara syarikat. Misalnya kalau ahli terlibat dalam kemalangan; jalan raya, kematian, mala petaka dan sebagainya mereka sudah tentu akan mendapat faedah asas RM500.00 tetapi syarikat akan menambah mengikut kadar atau tahap kemalangan dan penderitaan yang dialami ahli.

Salah page dari website Jershima Integrated.
"Skim ini bukan perniagaan tetapi satu kebajikan yang ditawarkan syarikat kami atas nawaitu untuk membantu sesama manusia," jelas jurucakap berkenaan.

Dalam perkembangan lain minggu lepas Jershima Integrated telah mengorak langkah memperluaskan aktiviti kebajikan dan niagannya ke selatan Thailand. Pengembangan ke selatan Thailand menurut jurucakap itu lebih kepada usaha untuk membaiki taraf hidup masyarakat Islam di sana yang realtif masih ketinggalan.

"Alhamudilah sambutan menggalakkan dan kami melihat masyarakat di sana berpotensi untuk lebih maju menerusi kerja-kerja atau bantuan kebajikan seperti yang kami lakukan," jelas jurucakap syarikat berkenaan. Masyarakat Islam di sana yang hadir pada majlis perlancaran dan perasmian pejabat perniagaan dan khidmat masyarakat Jershima Integarated terletak di pusat bandar Yala itu juga didaftar sebagai ahli skim khirat kematian Jershima. 

Untuk mendapat keterangan lanjut berhubung skim dan juga produkt Jerslin ini bolehlah telefon di nombor berikut: 07 3515040 atau Hp 017 7278021.

[wm.kl.10:01 am 09/07/12]

Awas Klik Video Lucah Siap Untuk Diedar?

Posted: 08 Jul 2012 05:27 PM PDT

Susupan Pagi

Maklumat awal untuk sekalian orang politik! Beberapa klik vido yang akan mendedahkan keburukan para pemimpin Pakatan Rakyat sudah pun siap untuk diedarkan kepada umum. Pembikinan kilik video berkenaan dilakukan sejak beberapa bulan lalu. Ia adalah lanjutan kepada kilik vido yang didedahkan manusia digelarkan Datuk T tidak lama dahulu.

Klik video ini semuanya untuk mencemar dan memburukkan imej pemimpin tertinggi PR. Ia akan diedar sebaik sahaja parlimen dibubarkan. Kilik video ini juga akan disiarkan menerusi televisyen dan media massa PB. Pendedahan klik video ini seperti biasa akan dibuat menerusi blog-blog terpilihan yang tidak berhati perut peliharaan UBN.

Rahsia ini terdedah apabila salah seorang produksi di bahagian editing (penyunting) yang terlibat dengan penerbitan itu menceritakan secara tidak langsung kepada salah seorang anggota keluarganya dua minggu lalu. Kebetulan pula anggota keluarga penyunting itu adalah kawan lama saya, dan cerita ini terdedah dalam perjalanan saya bersamanya ke Pasir Putih malam kelmarin.

Menurut sumber ini di antara pemimpin tertinggi yang terlibat dalam klik video terbaru ini ialah Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Mohamad Sabu, Husam Musa. Katanya nama Nurul Izzah Anwar juga turut sama disebut.

Mencerita lanjut menurut rakan raya itu, sub editor itu mengakui klik video membabitkan Anwar Ibrahim yang kononya melayan pelacur disebuah bilik yang telah didedah kepada umum beberapa bulan lalu adalah bikinan dan palsu seribu peratus, pembikinan melibatkan team produksinya. "Dia mengakui dia dan teamnya terlibat dalam membikin video mengenai Anwar itu kerana diarah," jelas kawan itu.

Katanya penyunting itu yang juga anak saudaranya, menceritakan dia (penyuting) diarah oleh orang atasannya dan termasuk seorang menteri. "Dia kata dia dipanggil dan di arah menyiapkan video berkenaan... salah seorang yang berbincang dan membuat arahan ialah menteri, dia dipanggil ke bilik menteri berkenaan," tutur kawan saya lagi.

Jelas kawan itu, sub-editor (penyunting) itu juga sepatutnya satu lagi klik video memburukkan Anwar dengan pelacur didedahkan sebaik saja video pertama itu dilancarkan tetapi kerana silap teknik ia ditarik balik. Kesilapan dimaksudkan ialah dari segi tarikh dan masa yang tunjukkan dalam video itu tidak sama dengan kronologi atau jadual perjalanan harian Anwar. Perkara paling ketara sekali ialah masa yang kononnya Anwar bermaksiat seperti mana dipaparkan di dalam klik video itu tidak benar sama sekali kerana hakikat pada masa dan tarikh itu Anwar bersama presiden Pas, Abdul Hadi Awang.

"Kerana kesilapan itu video berkenaan ditangguhkan," jelasnya.

Sebagai rekod team produksi yang terlibat dengan pembikinan video celaka itu adalah milik sebuah penerbit tv yang akan didedahkan kemudian. [wm.kl.8:48 am 09/07/12]

Tiada ulasan: