Era Pasca |
- EDISI LANUN: Misteri Amuk Di Putrajaya
- EDISI LANDASAN PAIP: Najib, Tukang Paip & Projek LRT Ampang
- video ceramah Pelakon Hairie Othman di Teluk Intan 26-06-2012
- Parti Gerakan berbohong seperti UMNO! Wajib share
EDISI LANUN: Misteri Amuk Di Putrajaya Posted: 10 Jul 2012 10:40 PM PDT Seorang lelaki yang dikatakan kurang siuman bersenjatakan pedang samurai menyerang Jabatan Perdana Menteri, JPM bersama seorang wanita yang dipercayai isterinya. Blogger Umno sehabis boleh cuba mengaitkan kejadian itu dengan Pakatan Rakyat terutama Parti Islam, PAS. Darah tu macam darah dlm org berlakon drama / filem jer.. Katanya ditembak kat ari2... ari2 tu belah mana yer? kat peha ke ke kat tangan? Dari info media UMNO jugak, pengamuk umur 47 tahun.. bapak dia umur 55 taun. Beza umur dia ngan bapak dia 8 tahun je. Maknanya bapak dia kawen (kalau dia anak pertama) pada umur 7 tahun. Orang putus tangan tak jugak mati. Yang ni baru kena tembak tangan dah mati..... aduhhhhh..... Lagi... kalau anak umur 47 bapa 55 tahun, takkan bapa dia kahwin masa umur 7 tahun? Mana ada oang nak jihad gaya lanun sesat mana macam ini dengan tak berbaju? Kalau nak serang, serang la cara rambo ke, cara jamesbon ke. Serang la pengkalan tentera ke, ni JPM.. hahahaha.. baik pegi serang @ amuk kat alamanda, sure gempak! Laaaaaa.. Punya la media dan blogger UMNO duk ngutuk siap ngata itu penyokong Pakatan Rakyat. Last last rupanya penyokong setia Mahathir.. Dipujinya Mahathir melanton lanton, dikejinya pulak Tuan guru Nik Aziz. Macamana ni? Mahathir tak tau ke atau dah lupe? Patut la mahathir marah kat Najib akhir2 ni.. kih kih kiiihh Antara komen komen yang mempertikaikan drama dan kematian tersebut.. Korang nilai le sendiri ye? Teringat kisah Al Mau'nah di Sauk satu ketika dulu. Cubaan nk rampas kerajaan. Sketsa demi sketsa. Nk gerunkan rakyat la konon. Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
EDISI LANDASAN PAIP: Najib, Tukang Paip & Projek LRT Ampang Posted: 10 Jul 2012 10:41 AM PDT Ini Dia Dokumen Sahkan Najib Campurtangan Projek LRT Ampang. Dokumen itu adalah minit mesyuarat kelima Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) pada 21 Jun, yang mempengerusikan Najib kerana beliau juga merupakan menteri kewangan. Ini membuktikan bahawa jawatankuasa peringkat tinggi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada konsortium yang diketuai oleh George Kent Bhd. Pelik kerana George Kent dianggap sebagai "pembida lebih tinggi tidak berpengalaman" dalam tender tersebut. Kepakaran yang George Kent ada ialah mengilang meter air dan syarikat itu sebelum ini ditolak kerana ia tidak memenuhi keperluan minimum teknikal bagi kerja tersebut. Pada 21 Jun 2012, Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) telah mengadakan mesyuarat kelima bagi tahun 2012 (Bil 5/2012). JPMK adalah jawatankuasa tertinggi yang menentukan anugerah tender projek-projek besar kerajaan. Keanggotaannya adalah seperti berikut: 1. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato' Ser Najib Tun Razak selaku pengerusi, 2. Menteri Kewangan II, Dato' Seri Husni Hanadzlah, 3. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abd Aziz Wan Abdullah, dan 4. Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Nozirah Bahari Mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk melantik Tukang Meter Paip sebagai kontraktor bagi kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang pada harga RM1,180,037,624. Pendedahan keputusan JPMK ini mengesahkan bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak telah campur tangan di dalam proses penilaian dan penganugerahan tender kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang. Sesiapa yg ada dokumen ni boleh kena dakwa bawah OSA. Nampak gayanya penuhlah mahkamah dengan jutaan rakyat Malaysia yg akan didakwa.. Waaaakakakaakaakaaa!!! Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
video ceramah Pelakon Hairie Othman di Teluk Intan 26-06-2012 Posted: 10 Jul 2012 08:54 AM PDT @hairieothman Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
Parti Gerakan berbohong seperti UMNO! Wajib share Posted: 10 Jul 2012 03:47 AM PDT "Dakwaan Pemuda Gerakan Negeri Kedah, Tan Keang Liang, salah dan tidak berasas sama sekali. "Kerajaan negeri tidak mengeluarkan polisi seperti yang didakwa oleh beliau dan exco berkenaan juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu," tegas Menteri Besar, YAB Dato'Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak kepada pemberita semasa sidang media, di sini. Jawapan tersebut diutarakan bagi menjawab tohmahan kononnya kerajaan negeri akan mengeluarkan polisi baru hanya membenarkan anak kelahiran Kedah membeli dan memiliki rumah di sekitar Sungai Petani dan Kulim. " Di bawah exco baru portfolio berkenaan, kerajaan negeri akan membina rumah kepada rakyat dan mengambil kira semua golongan. Kita melaksanakan konsep adil kepada rakyat, bina rumah kos sederhana dan mampu milik," jelasnya lagi. Sambungnya, beliau tidak mahu terjadi di negeri-negeri lain, sebahagiannya tinggal di rumah mewah dan yang susah dan miskin tinggal di jambatan dan di tepi jalan keretapi. Kerajaan negeri sentiasa mengambil berat hal kepentingan rakyat. "Kita tidak menyekat orang luar membeli rumah di Kedah tapi keutamaan akan diberi kepada rakyat Kedah. Contoh di Langkawi, orang luar nak beli rumah perlu kelulusan dulu. Keputusan ini dibuat untuk menjaga kepentingan rakyat. Kita tak mahu, orang luar dapat rumah, rakyat sendiri tak ada rumah. "Saya rasa kerajaan mana-mana pun akan membuat polisi mengutamakan rakyat negerinya. Semua itu bertujuan menjaga hal rakyat negeri dia,"katanya. Jelasnya lagi, di Malaysia lebih dari 500 ribu nilai porperty untuk orang luar dan semua itu tidak perlu approval atau pengesahan dari Majlis Kerajaan Negeri. "Dia muda lagi, lawyer pula, ada potensi jadi menteri. Nanti dia jadi menteri buatlah apa yang dia nak buat, "katanya sambil berseloroh. Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan