. |
Musafir Umrah Ke Tiga Masjid Suci Posted: 10 Jul 2012 06:29 PM PDT Catatan Peribadi Insya-Allah esok kalau tidak ada arang melintang saya akan berrmusafir sambil mengerjakan umrah di tiga buah masjid suci, Masjid Al Aqsa di Baitumaqdis, Masjid Al Haram di Makkah al Mukarramah dan Masjid Nabawi di Madinahtu Munawarah. Perjalanan saya akan bermula ke Baitulmaqdis kemudian ke Makkah dan Madinah.
Menurut tentatif musafir saya akan berada selama tiga malam empat hari di Baitulmaqdis selepas itu akan ke Makkah. Besar kemungkinan saya akan memegang puasa, permulaan ibadat puasa Ramadhan di Makkah sebelum bergerak ke Madinah sebelum kembali ke tanah air. Insya-Allah sekiranya ada kemudahan internet saya akan membuat catatan perjalanan ke tempat-tempat suci yang penuh bersejarah sangat didambakan ini. Paling merujakan dan mendebarkan saya ialah untuk melihat masjid Al Aqsa di mana di sinilah menjadi tempat Rasulullah melancarkan projek naik ke langit - Israk Mikraj demi umatnya yang disayangi.Di siratul mutha Nabi berjumpa dengan para Nabi dan mengambil syariat sembayang untuk umatnya. Selain itu seperti sedia maklum bumi Jurusalam atau Baitulmaqdis tempat yang penuh bersejarah dan permulaan ketamadunan (agama) manusia di atas muka bumi ini. Di bumi itulah tempat tumbuh dan membiakknya tiga agama samawi, Islam, Kristian dan Yahudi. Di sinilah tapak penyatuan manusia dan di sinilah juga menjadi medan perebutan, pertentangan dan sebagainya. Pendek kata di sinilah segala-galanya bermula dan berakhir bersesuaian ia dianggap sebagai pusat dunia. Di sini terdapat kesan-kesan sejarah termasuk makam para nabi dan wali. Antara makam-makam terkenal kedapatan di sini, Nabi Ibrahim, isterinya Siti Sara, Nabi Musa, sekandi waliyullah Adawiyah, Nabi Ishak, Rifqah dan lain-lain. Bangunan bersejarah berusia ribuan tahun atau tapak pembinaan yang beribuan abad juga masih dapat disaksikan sebagai bukti kekuasaan Allah. Kerana inilah kunjungan pertama saya ke bumi dianggap suci selepas dua tanah haram; Makkah dan Madinah, sudah pasti keghairahannya menyelimputi diri menyebabkan rasa tidak sabar untuk memijak bumi itu dan mengenali sejarah dan ketamdunannya. Doakanlah agar saya diberikan kesihatan dan kegagahan fizikal dan minda luar biasa untuk membolehkan saya mencatat dan merakam setiap apa yang saya temui, rasai dan hayati di sana nanti. Paling penting dan utama semoga saya mendapat umrah yang mabrur dan Nabi kita Muhammad s.a.w. menerima saya sebagai umatnya. [wm.kl.9:12 am 11/07/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan