DUNIACACAMARBA |
- Pelajar IPTA Dicekup dengan Duda
- Penari Gelek Melayu Tidak Kisah Mata Lelaki Jamah Tubuh
- AC Mizal Cabar, Abby Sahut...Bila Mahu Debat?
Pelajar IPTA Dicekup dengan Duda Posted: 14 Jul 2012 05:03 AM PDT [SH] AMPANG - Helah seorang lelaki mengaku sudah berkahwin dengan kekasihnya, seorang penuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) kepada pemilik kediaman disewanya, terbongkar selepas pasangan itu dicekup bersedudukan awal pagi, semalam. Duda berusia 35 tahun itu didakwa menipu pemilik rumah tersebut dengan menyatakan dia sudah berkahwin, namun sebenarnya dia tinggal bersama teman wanitanya berusia 21 tahun di bilik sewa rumah berkenaan sejak seminggu lalu. Pasangan itu dicekup kerana disyaki berkhalwat di rumah berkenaan pada jam 2.30 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah. Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuainya memeriksa kediaman berkenaan. "Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju serta berseluar pendek sedang berselimut di atas tilam dalam bilik berkenaan," katanya. Pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Balai Daerah Ampang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum siasatan lanjut. |
Penari Gelek Melayu Tidak Kisah Mata Lelaki Jamah Tubuh Posted: 13 Jul 2012 07:11 PM PDT [HM] KUALA LUMPUR: "Saya tidak malu melakukan aksi gelek kerana pendapatan yang saya terima cukup lumayan," kata penari gelek berbangsa Melayu yang bekerja di sebuah restoran Arab di ibu kota. Pekerjaan sebagai penari gelek yang sebelum ini asing bagi masyarakat Melayu dan hanya boleh ditonton di kaca televisyen dan di negara Asia Barat, kini menjadi punca pendapatan lumayan bagi segelintir penduduk di Malaysia. Difahamkan kemunculan penari gelek Melayu berikutan peningkatan pelancong dari Timur Tengah yang mengunjungi Malaysia sama ada untuk melancong atau urusan perniagaan. Putri (bukan nama sebenar) berkata, dia seronok melakukan pekerjaan sebagai penari gelek untuk menghiburkan pengunjung yang majoriti terdiri daripada masyarakat Timur Tengah. Malah, dia tidak kisah tubuhnya dijamah mata lelaki yang asyik memandang lenggok pinggul dan dada separuh bogelnya. P/s: Aduhai! Apa sebab gadis Melayu ini tidak kisah menari gelek? Cuba baca pendapatannya: Duit punya fasal, orang lupa harga maruah diri dan batasan agama! |
AC Mizal Cabar, Abby Sahut...Bila Mahu Debat? Posted: 13 Jul 2012 05:49 PM PDT AC Mizal, saudagar gelang kontroversi yang sebelum ini "dibelasah" oleh sebuah blog berkaitan dengan gelang megnetiknya baru baru ini mencabar Abby Abadi untuk berdebat berkaitan dengan isu ISA & Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kata saudagar gelang yang juga ahli UMNO di Twitternya: Abby pula menjawab: Yang paling menarik, Abby dalam kirimannya di Twitter membayangkan bahawa beliau menyahut cabaran saudagar gelang. Katanya: Bila mahu berdebat? Seluruh Malaysia mahu menontonnya. Saudagar gelang, berani? |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan