DIALOG RAKYAT |
- Bergolak, ketua pemuda Umno Johor tersingkir
- Memo bantah penyenaraian FGVH diserah kepada istana
- GSF junjung kasih Agong berkenan terima memorandum
- 'Bebas tahanan ISA atau berdepan perhimpunan besar'
- Pemuda PAS berang dengan karikatur 'lanun'
- Muhyiddin: Sistem pendidikan negara dirombak tahun depan
- Nik Aziz timbang banglo untuk qari Malaysia juara Tilawah Al-Quran
- Polis iring Himpunan Oren serah memo
- Kenderaan Istana jemput wakil Himpunan Oren
- Zulkurnain Kamisan dilantik Ketua Pemuda Umno Johor
- Bapa Altantuya ragui Najib yang tidak membantu siasatan Scorpene
- Ahli Majlis MBPJ tidak dengar berita Latheefa digugur
- Gambaran negatif, PAS NS lapor polis
- "Hak berhimpun lebih penting daripada hak shopping!"
- Beng Hock jadikan nyawa sebagai batu untuk mengalas pendemokrasian Malaysia
- Uncleseekers.blogspot.com 2012 : Blog Disekat TM. Apakah Kebenaran Dakwaan Penyelewengan Kerabat Sultan Johor?
- Kenapa Umi Hafilda Yang Mengaku Simpan 18 Klip Video Seks Tidak Ditahan?
- NGO mahu buku komik 'rasis' diharamkan
- MP kecewa polis tak muncul selepas aduan
- Wartawan Utusan ajar 'putar' fakta
- Peserta Himpunan Oren mula berarak
- Hakim mesti bebas, dilihat bebas
- Jenayah: Hishammuddin kena debat dengan Musa
Bergolak, ketua pemuda Umno Johor tersingkir Posted: 14 Jul 2012 06:59 AM PDT
Beliau digantikan oleh Ketua Pemuda Umno bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkurnain Kamisan. Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian Pulai di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat di Johor Bahru hari ini. "Pelantikan ini adalah rombakan kecil yang saya janjikan sebelum ini sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. "Saudara (Mohd) Fadil akan menjadi pegawai khas bagi membantu saya di Sekretariat Pemuda BN," katanya. Sebelum ini, Pemuda PAS Johor mendakwa Pemuda Umno negeri itu sedang bergolak kerana desakan dari 16 Pemuda bahagian supaya ketuanya Mohd Fadil Muskon meletakkan jawatan. Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat mendakwa, antara alasan penolakkan Mohd Fadil kerana dikatakan beliau ini orang Ketua Pemuda Umno Pusat, Khairy Jamaluddin. Manakala 16 orang Ketua Pemuda Umno Bahagian yang didakwa terbabit adalah daripada kumpulan Timbalan Ketua, Datuk Razali Hj Ibrahim, kata beliau dalam satu kenyataan media. "Selain daripada itu terdapat juga pandangan menyatakan bahawa Sdr Mohd Fadil Muskon yang disifatkan sebagai 'budak baik' kurang senang dengan Pemuda-pemuda Umno Bahagian yang mengambil kesempatan daripada projek-projek kerajaan untuk kepentingan peribadi pemimpin tertentu. "Sifat ini telah mengurangkan peluang-peluang pemimpin-pemimpin tertentu mendapat habuan mereka. Keadaan ini telah digunakan oleh seteru politiknya untuk membangkitkan isu bahawa saudara Mohd Fadil tidak menjaga kebajikan pemuda-pemuda Umno bahagian. "Ada juga Ketua Bahagian Umno Johor yang tidak berpuas hati dengan perkembangan yang berlaku disebabkan pilihanraya sudah terlalu hampir dan dengan berlakunya perpecahan hanya akan mengundang kejatuhan Johor dari tangan Umno", kata Suhaizan sebelum ini. | ||
Memo bantah penyenaraian FGVH diserah kepada istana Posted: 14 Jul 2012 06:52 AM PDT
KUALA LUMPUR: Enam orang dibenarkan memasuki Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. Mereka terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Tamrin Ghafar, Dr Rosli Yaacop, wakil peneroka, Tanggam dan Siti Halijah Mohamad. (Tuan Ibrahim berucap di perhimpunan Oren dari atas sebuah lori) Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan seorang peguam yang disenaraikan untuk menggantikan dua lagi yang tidak dihadir bagaimanapun tidak dibenarkan masuk. Ini kerana pihak istana hanya merujuk kepada senarai asal. (Mohamad Sabu menaiki kereta menuju ke Istana Negara di Jalan Duta untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung) Mereka dibawa dengan kendera polis dan pihak istana kira-kira jam 3.20 oetang. Penyerahan memorandum itu hanya sekitar 10 minit sahaja dan mereka kemudian menuju ke tempat para peserta Himpunan Oren berkumpul selepas perarakan, kira-kira 600 meter dari pagar Istana Negara. Perarakan sempena Himpunan Oren itu bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan kira-kira jam 2.15 petang diketuai Mohamad Sabu. (Sebahagian peserta Himpunan Oren bagi membantah penyenaraian FGVH di bursa saham kerana ia merperjudikan nasib peneroka) | ||
GSF junjung kasih Agong berkenan terima memorandum Posted: 14 Jul 2012 06:49 AM PDT
KUALA LUMPUR: Gerakan Selamatkan Felda (GSF) menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana berkenan menerima memorandum bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) ke Bursa Malaysia hari ini. Koordinator GSF, Mazlan Aliman berkata, penerimaan baik memorandum peneroka itu membuktikan isu peneroka bukan 'isu jalanan' tetapi mendapat pengiktirafan Yang di-Pertuan Agong. "Terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana hari ini detik yang paling bersejarah kerana selama lapan bulan kita berhubung dengan perdana menteri bagi menyatakan pandangan kita tapi langsung tak ada respons. "Tapi hari ini pegawai perhubungan awam istana bersedia terima memorandum seperti yang dijanjikan, ini menandakan keyakinan Yang di-Pertuan Agong dalam mengambil kira isu penyenaraian FGVH," kata beliau pada sidang media selepas penyerahan memorandum ke Istana Negara, petang tadi. Terima kasih polis Mazlan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak polis yang memberikan kerjasama penuh dalam memantau perhimpunan dan perarakan yang bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta. "Kita nyatakan penghargaan kepada PDRM yang beri kerjasama bukan sahaja dalam memantau pergerakan peserta himpunan namun mereka mengiringi sampai ke pintu istana bagi memudahkan kami menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong," kata beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak). Namun tegasnya, memorandum tersebut tidak akan berakhir di setakat ini sahaja tetapi tindkan undang-undang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan diteruskan kerana berhubung kenyataannya yang menggelarkan 'haram jadah' kepada peneroka. "GSF selepas ini akan mulakan beberapa prosiding penting iaitu menyaman Najib yang menyabut 'haram jadah' dan berada di peringkat akhir untuk mengemukakan tuntutan di mahkamah terhadap suruhanjaya sekuriti kerana tidak memberi respons terhadap aduan kita," katanya. Tunggu campurtangan Agong Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, pihaknya menunggu tindakan daripada Yang di-Pertuan Agong kerana penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia disifatkan sebagai bahaya kepada aset bumiputera. "Kita harap Agong dapat membuat sesuatu untuk menyelamatkan tanah peneroka dalam jangka masa panjang kerana kita amat bimbang aset peneroka tergadai. "Sekarang hak rakyat mahu disenaraikan dalam senarai bursa saham. Ini satu penyenaraian yang berbahaya dan kepada peneroka," tegasnya. Enam orang dibenarkan masuk menyerahkan memorandum ke istana kira-kira jam 3.20 petang. Kenderaan mereka daripada jalan Dutamas 1 diiringi kenderaan polis masuk ke kawasan istana. | ||
'Bebas tahanan ISA atau berdepan perhimpunan besar' Posted: 14 Jul 2012 06:43 AM PDT Pemuda PAS hari ini memberi kata dua kepada kerajaan persekutuan supaya membebaskan baki tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) September ini atau berdepan dengan satu lagi perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur. Ketuanya, Nasrudin Hasan (kanan dalam gambar) berkata sempena bulan Ramadan yang mulia, mereka akan berkempen untuk pembebasan 45 baki tahanan ISA di Kamunting. Beliau menjangka perhimpunan tersebut akan diadakan September ini jika semua usaha mereka untuk pembebasan tahanan ISA itu, tidak diendahkan. Bercakap dalam sidang media di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur petang ini, Nasrudin berkata, sebagai permulaan, parti itu telah menggerakkan hampir seribu ahlinya untuk mengadakan bantahan di Kamunting esok. Walaupun ISA telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma), tetapi undang-undang baru yang diwartakan pada 22 Jun lalu, masih membenarkan penahanan berterusan tahanan ISA yang sedia ada. | ||
Pemuda PAS berang dengan karikatur 'lanun' Posted: 14 Jul 2012 06:42 AM PDT Dewan Pemuda PAS berang dengan penerbitan satu buku karikatur yang menjadikan Pakatan Rakyat dan gabungan BERSIH 2.0 sebagai sasaran. Karikatur dalam buku berkenaan antara lainnya menggambarkan pengerusi bersama BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga memegang pedang manakala presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu serta ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim digambarkan dengan berpakaian seperti lanun. Karikatur tersebut disertakan dengan tulisan: "Pirates of Kuala Lumpur, perompak warna diraja" yang mengkritik BERSIH yang menggunakan warna kuning. "Kami mengutuk tindakan tidak bertamadun ini," kata ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan yang menyifatkan penerbitan berkenaan sebagai satu perbuatan fitnah. "Jika anda tidak bersetuju dengan Pakatan Rakyat, kita boleh berdebat atau mengadakan dialog, tidak perlu karikatur menghina seperti ini," katanya lagi dalam satu sidang media hari ini. | ||
Muhyiddin: Sistem pendidikan negara dirombak tahun depan Posted: 14 Jul 2012 06:37 AM PDT SINAR HARIAN JOHOR BAHRU - Sistem Pendidikan Negara dijangka mengalami rombakan besar-besaran dan proses transformasi bermula tahun hadapan dengan mengambil kira hasil dapatan Dialog Nasional Pendidikan Negara yang dijalan sejak April lepas. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata transformasi itu akan dijalankan mengikut fasa dengan mendahulukan perkara-perkara yang boleh dilaksana dengan segera tanpa melibatkan perkara besar. "Kami harapkan satu anjakan berganda dan semua pandangan daripada siri dialog ini telah dicatat, dikaji dan dianalis untuk mendapatkan intipatinya dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan dalam tempoh 15 tahun dan Pelan Strategik Pendidikan bagi tempoh tiga tahun. "Jadi ia ada pelan jangka pendek, jangka sederhana, dan panjang iaitu selama 15 tahun supaya bidang yang perlu kita perbaiki dapat dilaksanakan kerana ini satu perkara yang besar dan kalau hendak lihat satu perubahan kita kena mengambil kira banyak perkara dan pandangan untuk pastikan kualiti pendidikan kita setanding negara maju," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Dialog Nasional Pendidikan Negara Kementerian Pelajaran Malaysia 2012 di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud. - Bernama | ||
Nik Aziz timbang banglo untuk qari Malaysia juara Tilawah Al-Quran Posted: 14 Jul 2012 06:36 AM PDT KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk menghadiahkan sebuah banglo kepada anak kelahiran Kelantan, Muhammad Anuar Ghazali, 36, yang dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa ke-54 malam tadi. Menteri Besar Kelantan berkata, perkara itu akan dibincangkan agar dapat meraikan kejayaan wakil Malaysia, yang telah mengharumkan nama negara di peringkat dunia. "Insya-Allah saya akan minta mereka beri hadiah berupa sebuah banglo, kepada qari itu (Anuar) seperti yang pernah kita berikan dulu kepada penjaga gawang gol negara, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) kerana mengharumkan negara Malaysia dan negeri Kelantan. "Dia merupakan anak Kelantan dan perlu diberi pengiktirafan kerana dapat menjuarai pertandingan itu, yang melibatkan wakil luar negara, dan dia sudah membuktikan kemampuannya dengan menyandang gelaran johan," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra saudara baru 'Demimu Palestin' di Dewan Jubli Perak, Panji di sini hari ini. | ||
Polis iring Himpunan Oren serah memo Posted: 14 Jul 2012 03:34 AM PDT Seramai lebih 5,000 peserta Himpunan Oren berarak daripada pintu Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara petang ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Kumpulan berkenaan antara lainnya diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub. Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib. Peserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia. Tidak lama selepas itu, kumpulan berkenaan bagaimanapun disekat oleh sepasukan anggota polis yang membuat rintangan di persimpangan Jalan Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1. Sekatan itu dibuat pada jarak dianggarkan 600 meter daripada Istana Negara, seperti yang dipersetujui dalam perbincangan penganjur dengan polis semalam. Dalam ucapannya di lokasi tesebut, Mohamad Sabu berkata Yang di-Pertuan Agong boleh campurtangan dalam isu bekenaan demi "mempertahankan kepentingan orang Melayu." Mazlan Aliman pula dalam ucapannya berkata pihaknya akan "melawan habis-habisan" walaupun FGVH telah disenaraikan ke Bursa Malaysia. "Selagi BN tidak batalkan (penyenaraian) FGVH, kita tetap lawan habis-habisan," katanya. Perjuangan itu masih belum berakhir dan barisan peguam ANAK juga akan mengemukakan saman ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini menyifatkan sekumpulan peneroka sebagai "haram jadah." Lapan peneroka berkenaan yang disifatkan demikian oleh Najib, akan mengemukakan saman sebanyak RM80juta ke atas perdana menteri itu. Selain itu, pihaknya akan menyaman Suruhanjaya Sekuriti kerana membenarkan penyenaraian dilakukan. Bahkan, kata Mazlan, pencarum KWSP, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera turut akan mengambil tindakan yang sama selepas simpanan mereka didakwanya dilaburkan di FGVH. Sementara ketua penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapannya di situ turut mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad meletak jawatan kerana rakyat "hilang kepercayaan" kepadanya. "Kita minta kerajaan beri perhatian kepada tuntutan rakyat. Dengar cakap rakyat atau kami tumbangkan kerajaan yang ada," katanya. Beberapa pemimpin lain dalam kumpulan itu kemudiannya meneruskan ucapan kepada para peserta sementara lapan wakil berkenaan menaiki kenderaan yang diiringi polis ke kawasan Istana pada kira-kira jam 3 petang. Lapan wakil tersebut, termasuk Mohamad Sabu dan Mazlan Aliman, membawa memorandum bagi memohon Yang di-Pertuan Agong masuk campur dalam isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings. Bagaimanapun, hanya enam orang sahaja dibenarkan menyerahkan memorandum tersebut kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Khairi Abdul Rahman. Wakil Himpunan Oren, yang diiringi kenderaan polis, kembali menyertai kumpulan besar yang disekat di persimpangan berkenaan kira-kira setengah jam kemudian selepas menyerahkan memorandum tersebut. Mazlan dalam sidang medianya selepas itu antara lainnya mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis atas kerjasama yang diberikan kepada mereka dalam perhimpunan hari ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan dalam sidang medianya petang ini berkata, pasukan tersebut menganggarkan jumlah peserta hanyalah 1,000 hingga 2,000 orang. Katanya, keseluruhan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman dan para peserta bersurai tepat jam 4 petang. | ||
Kenderaan Istana jemput wakil Himpunan Oren Posted: 14 Jul 2012 12:58 AM PDT Seramai kira-kira 5,000 peserta Himpunan Oren berarak daripada pintu Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara petang ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Kumpulan berkenaan antara lainnya diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub. Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib. Peserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia. Tidak lama selepas itu, kumpulan berkenaan bagaimanapun disekat oleh sepasukan anggota polis yang membuat rintangan di persimpangan Jalan Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1. Sekatan itu dibuat pada jarak dianggarkan 2 kilometer daripada Istana Negara. Pemimpin kumpulan itu bagaimanapun meneruskan ucapan kepada para peserta sementara sebuah kenderaan Istana tiba ke kawasan tersebut pada kira-kira jam 3 petang untuk menjemput lapan wakil kumpulan berkenaan. Lapan wakil tersebut, termasuk Mohamad Sabu dan Mazlan Aliman, membawa memorandum untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang menganjurkan perhimpunan tersebut semalam dilaporkan berkata polis memberi kebenaran untuk mengadakan perarakan tersebut. Koordinatornya Mazlan Aliman berkata peserta dibenarkan untuk berbuat demikian sehingga jarak 600 meter daripada pintu Istana Negara. GSF merancang perhimpunan tersebut bagi menyerahkan memorandum untuk memohon Yang di-Pertuan Agong campurtangan berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings. | ||
Zulkurnain Kamisan dilantik Ketua Pemuda Umno Johor Posted: 14 Jul 2012 12:54 AM PDT "Pelantikan ini adalah rombakan kecil yang saya janjikan sebelum ini sebagai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan datang," kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dipetik Bernama. Beliau mengumumkan perkara itu selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Pulai di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat di sini hari ini. "Saudara (Mohd) Fadil akan menjadi pegawai khas bagi membantu saya di Sekretariat Pemuda Barisan Nasional," katanya. Pada majlis itu, Khairy turut menyaksikan pelancaran sistem aplikasi pangkalan data mudah alih pengundi muda Parlimen Pulai yang dikenali sebagai I-Pulai oleh Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed. Sistem aplikasi itu memudahkan proses penyemakan dan pencarian nama pengundi muda kawasan Parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang. Mengambil masa selama tiga bulan untuk dibangunkan, sistem aplikasi itu mesra pengguna dan boleh diakses melalui semua jenis peranti seperti komputer peribadi, komputer riba, tablet dan telefon pintar yang mempunyai perkhidmatan jalur lebar. Khairy turut melancarkan Skuad Bermotor Pemuda Barisan Nasional Pulai yang bertujuan menjalankan aktiviti-aktiviti kempen dari rumah ke rumah untuk menemui dan mendekati pengundi di kawasan parlimen itu. | ||
Posted: 14 Jul 2012 12:50 AM PDT Najib 'ditelanjangkan' akhbar antarabangsa: Juara 'double-talk' kepada 'DEMOKRAT PALSU'Wong Choon Mei, Malaysia ChronicleJika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpendapat dia telah berjaya ,meyakinkan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa pembaharuan yang telah didakwa para pengkritik sebagai "penipuan", "tidak ikhlas" dan "jahat", dia memang sudah tersilap. Dan seperti dongeng Maharaja yang telanjang, pemimpin Malaysia yang berusia 58 tahun kini telah didedahkan tentang kepura-puraan yang didakwa melindungi maksud jahat untuk kekal berkuasa dengan menggunakan kekerasan seperti kebanyakkan pemerintah-pemerintah hina yang jahat di dunia ini. Hanya beberapa bulan lalu, Najib telah dinobatkan sebagai juara "Double-talk" oleh Washington Post, akhbar berpengaruh yang dibaca oleh orang-orang seperti Presiden Obama dan pemimpin lain di AS. Washington Post membidas dalam editorial berbisanya selepas Najib dihantar pulang wartawan kontroversi Saudi Hamza Kashgari untuk menghadapi hukuman dan mungkin juga kematian. Bahasa kasar yang digunakan oleh akhabr AS menjadikan ramai yang mengangkat kening dan menyebabkan perasaan cemas di Putrajaya, pusat pentadbiran Malaysia. Tetapi tidak, Najib dan penasihatnya tidak menghiraukan dan cuba sekalipun untuk membersihkan nama mereka. Dengan degilnya, mereka berpegang kepada kepercayaan bahawa mereka menguasai media arus perdana tempatan, mereka mempunyai kelebihan. Jika mereka berdusta dengan lebih kerap, rakyat Malaysia, malah di serata dunia akan percaya kepada mereka! Walau bagaimanapun, ia tidak berkesan. Bukan sahaja Najib cuba menggunakan undang-undang zalim untuk mengukuhkan cengkaman kuasanya bertopengkan 'transformasi' malah dia telah diselar rakyat tempatan dan akhbar bereputasi tinggi di Kanada kini mengkategorikannya sebagai " demokrat palsu". "Demokrasi palsu memberi gambaran bahawa sesebuah negara itu bebas tetapi sebenarnya mereka jarang menghadapi tekanan antarabangsa seperti rejim jahat yang lain," kata artikel yang disiarkan dalam The Globe and Mail pada 8 Jun. Seperti Mubarak & Co, Najib akan buat apa sahaja cara untuk berkuasa Bertajuk 'Satu senarai semak abad ke-21 para autokrat baru', artikel itu juga meletakkan Najib setaraf dengan autokrat yang paling teruk di dunia. Pengarang Mark MacKinnon telah mengkategorikan autokrat kepada empat kumpulan - demokrat palsu, egotists gila, populis ganas dan kapitalis kapalan. Najib telah dimasukkan ke dalam kategori yang pertama, bersama-sama dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, Perdana Menteri Ethiopia Meles Zenawi dan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen 'bekas ahli' kelab adalah bekas Yugoslavia PresidenSlobodan Milosevic dan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak. MacKinnon berkata pemimpin itu "mengadakan pilihan raya tetapi tidak mempunyai niat untuk memberi kuasa" dan "pesaing kuat politik mereka dipenjarakan dan parti mereka diharamkan melalui undang-undang". Menurut ikon pembangkang Lim Kit Siang, Najib jelas kecewa dengan artikel itu. Tetapi penafian tidak akan mengubahnya melainkan jika Najib berikrar di hadapan semua bahawa dia dan parti Umno akan melakukan peralihan kuasa secara aman jika mereka kalah pada pilihanraya, Lim berkata sebagai reaksi kepada berita bahawa Kementerian Hal Ehwal Luar Malaysia telah mencabar artikel Kanada itu. "Seminggu yang lalu, saya telah meminta Najib untuk mengisytiharkan secara terbuka sama ada dia bersedia untuk menerima keputusan pengundi bagi memastikan peralihan kuasa yang aman untuk kerajaan persekutuan jika Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum yang akan datang," kata Kit Siang, yang juga Ahli Parlimen bagi Ipoh Timur. "Ia adalah penting bahawa selepas persidangan media Majlis Tertinggi UMNO pada Jumaat lepas, Najib dengan teliticuba mengelak utnuk menjawab soalan ini apabila telah dikemukakan oleh para wartawan. Oleh itu, soalan yang mahu ditanya rakyat Malaysia dan dunia adalah sama ada Najib benar-benar merupakan seorang demokrat palsu yang mengadakan pilihan raya tetapi tidak mempunyai niat untuk menyerahkan kuasa. " Najib dalam galeri penyangak antarabangsa: PRU ke-13 akan jadi "menarik" Untuk MacKinnon, ada harapan bagi negara-negara yang ditadbir oleh pemimpin mengamalkan "demokrasi palsu" kerana ia boleh juga mewujudkan kemungkinan perubahan. " Milosevic dan Mubarak telah digulingkan kerana rakyat menggunakan ruang politik yang dibenarkan dalam negara demokrasi palsu ... pilihan raya di Malaysia yang akan datang bakal menjadi menarik," kata MacKinnon. Walau bagaimanapun, dalam bangkangan yang disiarkan pada hari ini, Kementerian Luar Malaysia telah memberi senarai terperinci tentang pembaharuan yang diadakan oleh Najib dalam tempoh tiga tahun yang lalu, menggambarkan ini sebagai "rekod kerja yang hebat mengikut piawaian bagi sesiapa sahaja". Pembaharuan termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang berakhir setelah 60 tahun digunkan, langkah-langkah untuk meningkatkan kebebasan media, pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti, enakmen Akta Perhimpunan Aman, pengumuman untuk mengkaji semula Akta Hasutan,pemansuhan Akta Buang Negeri dan Akta Kediaman Terhad, serta pelaksanaan reformasi pilihanraya. "Pandangan ini tidak sama dengan hakikat bahawa pembangkang telah berjaya meraih jumlah kerusi yang banyak dalam pilihan raya yang lalu. Tidak lama lagi rakyat Malaysia akan bebas untuk memilih siapa yang mereka mahu untuk memimpin negara dan apabila Perdana Menteri tidak bersikap leka, dia berharap akan diberi mandat untuk sekali lagi meneruskan agenda transformasi Malaysia, " selar Kementerian Luar di bawah setiausahanya Ahmad Rozian.Malaysia Chronicle | ||
Bapa Altantuya ragui Najib yang tidak membantu siasatan Scorpene Posted: 14 Jul 2012 12:44 AM PDT Wong Choon Mei, Malaysia ChronicleBapa Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang telah dibunuh di Malaysia telah mempersoal kenapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak begitu keberatan untuk mengambil bahagian dalam perbicaraan rasuah Scorpenes di Perancis. Ini menandakan masa untuk Najib sebagai pemimpin negara untuk bangkit dan membersihkan namanya dan kerajaan Malaysia di mata dunia. Kata-kata Setev bukan sahaja terang dan jelas untuk semua tetapi mempunyai implikasi yang mendalam bagi Malaysia sendiri, yang telah diheret ke dalam skandal yang sudah berlaku sejak 6tahun tahun yang lalu. Jika Najib tidak berani untuk mempertahankan namanya sendiri, pasti dia menyembunyikan sesuatu atau memang sebenarnya bersalah atas dakwaan yang dibuat keatasnya. Inilah yang dikatakan oleh Setev. Dan jika ini adalah benar, maka rakyat Malaysia mungkin terpaksa menuntut perletakan jawatan daripada perdana menteri yang terpalit skandal ini jika dia enggan membersihkan namanya dan bertanggungjawab kepada mereka yang menjadi mangsa dan masyarakat global. Diam tanda bersalah? Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan kepada media di Malaysia pada hari Khamis dan dibaca pada sidang media oleh Ahli parlimen PKR Kelana Jaya, Loh Gwo-Burne, Setev berkata, amat mengejutkan apabila pentadbiran Najib tidak mengambil apa-apa tindakan untuk membantu atau turut serta dalam siasatan Scorpenes '. Anak perempuannya yang berusia 28 tahun itu dipercayai telah dibunuh kerana pengetahuannya tentang urus niaga kapal selam Scorpene, di mana DCNS, pembekal senjata Perancis telah dituduh merasuah pegawai Malaysia termasuk Najib untuk membolehkan penjualan sejumlah RM7.3bil kepada kerajaan Malaysia. Setev juga menyatakan bahawa dia terkejut apabila Parlimen Malaysia - yang akan dikawal oleh parti Umno Najib - telah menolak usul baru-baru ini untuk membahaskan bukti baru dalam perbicaraan di Perancis yang menunjukkan rakan rapat Najib yang juga perunding bagi Scorpenes, Razak Baginda mungkin telah menjual maklumat rahsia ketenteraan kepada DCNS. "Oleh kerana ia melibatkan pembunuhan anak perempuan saya, saya mengikuti perbicaraan kes Scorpene di Mahkamah Perancis dengan teliti. Perkembangan terkini memberitahu maklumat mengenai sebuah syarikat di Hong Kong yang dinamakan Terasasi dimana Razak Baginda adalah pengasas dan juga pengarahnya, terbabit dalam menjual rahsia ketenteraan kepada sebuah syarikat Perancis, "kata Shaariibuu. Menyembunyikan bukti DCNS kini dalam perbicaraan di Paris atas tuduhan rasuah dalam pembelian Scorpenes oleh Malaysia. Polis Perancis telah menemui beratus-ratus dokumen yang masih lagi diteliti oleh mahkamah Perancis. Setakat ini, wang yang digunakan untuk pembayaran rasuah Scorpenes telah mengarah kepada Baginda, ramai yang menyifatkannya sebagai orang kuat Najib dan Umno. Namun demikian, pihak berkuasa Malaysia termasuk Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi dan pegawai tentera telah menafikan rahsia tentera laut telah dijual. Dan walaupun perbuatan itu adalah pengkhianatan yang tinggi, tiada seorang pun dalam kerajaan Malaysia berani untuk menggesa agar suatu penyiasatan dibuat. Gaya bersahaja mereka 'menyapu kotoran di bawah karpet' telah mencetuskan kemarahan rakyat. Beberapa pemerhati politik berkata Najib dan Umno akan terus menutup mata dan mengulangi penafian mereka kerana pilihan raya umum ke-13 negara akan diadakan tidak lama lagi. Kepada ayah Altantuya, ia mungkin nampak seperti mereka memperlekehkan kes pembunuhan anak perempuannya, tetapi bagi Najib, kedua-dua kes Scorpene dan Altanutya akan mendatangkan masalah yang serius dan boleh mengakibatkan kehilangan keyakinan pengundi dan integriti peribadinya. Kami ada bukti Altantuya pergi ke Perancis Setev juga menyangkal dakwaan yang diputar belit oleh media Umno bahawa Altantuya tidak pergi ke Perancis antara tahun 1999 dan 2007. Scorpenes telah dibeli pada tahun 2002 dan Altantuya pula dibunuh pada tahun 2006. "Kami mempunyai bukti bahawa dia telah pergi ke Perancis dan akan mengemukakan bukti kami dikehendaki berbuat demikian. Saya berharap melalui kes ini dan usaha mereka di Perancis dan Malaysia, kita akan menemui kebenaran dan berharap perancang sebenar di sebalik pembunuhan anak perempuan saya akan dijumpai, "kata Setev. Setev, juga menambah bahawa beliau bersedia untuk membantu dalam siasatan Scorpene dan boleh memberikan maklumat yang berguna yang akan membawa memberi maklumat yang berkemungkinan besar akan membantu siasatan kes. Dia juga sudah berada dalam senarai saksi untuk memberi keterangan di hadapan mahkamah Perancis. Ada kaitan- Altantuya dan Scorpenes Sengaja membuat laporan yang salah, media Malaysia telah memetik rekod imigresen Perancis dan menegaskan bahawa ia menunjukkan dia tidak pernah memasuki Perancis. Walau bagaimanapun, dokumen-dokumen mahkamah yang terbaru menunjukkan bahawa dia telah berbuat demikian, mengukuhkan dakwaan Setev. Terdapat juga testimoni rasmi pegawai DCNS yang berkata bahawa dia telah bertemu dan dia telah diperkenalkan kepadanya sebagai penterjemah Baginda. Ada sebab-sebab yang jelas mengapa Najib dan Umno akan bersungguh-sungguh menjauhkan kes pembunuhan Altantuya daripada kes Scorpenes. Dalam kes Scorpenes, sekurang-kurangnya Najib dan Umno hanya didapati bersalah kerana rasuah sahaja. Bagaimanapun, apabila hubungan antara pembelian Scorpenes dan Altantuya dibuat, ia akan menjadi sukar bagi mahkamah Malaysia untuk menolak agar kes dibuka semula. Bahkan perbicaraan semula apabila bukti baru terbongkar di Perancis dianggap penting dan menjadi motif utama di sebalik pembunuhan itu. Najib dan pegawai tertinggi Umno mungkin mendapati diri mereka dalam senarai suspek baru. Berikan kerjasama penuh kepada pasukan penyiasat Mongolia Setev juga merayu kepada pentadbiran Najib untuk "tulus dan ikhlas" dalam memberi bantuan kepada pasukan Mongolia yang akan tiba di Kuala Lumpur untuk menyiasat kes pembunuhan Altantuya. Altantuya, yang boleh bercakap dalam 4 bahasa, termasuk Bahasa Rusia, telah ditembak di hutan di Shah Alam oleh dua bekas pengawal peribadi Najib. Mereka juga meletupkan tubuhnya dengan bahan letupan C4 untuk mencegah pengenalan mayatnya. Walaupun kedua-dua polis telah dikenakan hukuman gantung kerana membunuh, rakyat ternyata tidak puas hati dengan penghakiman ini. Pertamanya, Baginda telah dibebaskan dengan penuh kontroversi apabila bersubahat dalam pembunuhan itu. Dia dilihat telah dilepaskan dengan mudah, tanpa mendapat tahu perkara sebenar dari dirinya sendiri mahupun diperolehi polis atau pihak pendakwa. Kedua, kebanyakan mereka yang mengikuti kes itu percaya bahawa perancang sebenar di sebalik pembunuhan itu masih belum didedahkan. "Saya harap demi keadilan dan saling hubungan antara Mongolia dan Malaysia, kerajaan Malaysia akan memberi bantuan penuh ikhlas kepada pasukan Mongolia yang akan tiba di Malaysia Ogos ini untuk menyiasat pembunuhan anak perempuan saya."Malaysia Chronicle | ||
Ahli Majlis MBPJ tidak dengar berita Latheefa digugur Posted: 14 Jul 2012 12:38 AM PDT Khairul Anwar yang mengetuai ahli majlis dari PKR Selangor turut menjelaskan bahawa semua ahli majlis bebas membuat kritikan terhadap dasar kerajaan negeri dalam mesyuarat. PETALING JAYA: Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dari PKR Khairul Anwar Ahmad Zainuddin menyatakan beliau tidak mendengar sebarang berita mengenai kemungkinan rakan sejawatnya Latheefa Koya akan digugurkan. "Saya tidak dengar sebarang berita sebegini," kata beliau ketika diminta mengulas laporan FMT semalam yang memetik sumber menyatakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu menggugurkan Latheefa dari jawatan ahli MBPJ kerana mengkritik dasar kerajaan negeri. Sumber yang juga merupakan exco kerajaan negeri menyatakan perkara tersebut dibincangkan dalam mesyuarat kerajaan negeri tetapi tiada keputusan dibuat setakat ini. Latheefa ialah seorang peguam dan juga Ketua Penerangan PKR Pusat. Khairul yang mengetuai ahli majlis dari PKR Selangor turut menjelaskan bahawa semua ahli majlis bebas membuat kritikan terhadap dasar kerajaan negeri dalam mesyuarat. "Kita membahas dasar kerajaan negeri dan terbuka untuk memberi kritikan membina dalam mesyuarat," kata Khairul yang juga lebih dikenali sebagai Jonah. Beliau menambah budaya kritikan membina ini terserlah setelah Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan dalam tahun 2008. Lihat juga: MBPJ councillor Latheefa to be axed? | ||
Gambaran negatif, PAS NS lapor polis Posted: 14 Jul 2012 12:35 AM PDT Penolong Setiausaha MCA Negeri Sembilan, Jason Lee dalam Twitternya menyifatkan hudud sebagai hukum agama yang melampau. SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan hari ini membuat laporan polis terhadap MCA negeri kerana mendakwa parti perkauman Cina itu memberi gambaran negatif terhadap agama Islam dan PAS. Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata beberapa aktiviti parti dan kepimpinan MCA Negeri Sembilan berusaha untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina tentang PAS. "Dalam satu majlis bersama rakyat pada malam 19 Jun lalu kepimpinan MCA telah menganjur ceramah dan tayangan multimedia yang memberi gambaran buruk tentang undang-undang Islam termasuk hukum hudud kepada masyarakat bukan Islam. "Penolong Setiausaha MCA Negeri Sembilan, Jason Lee dalam Twitternya cuba mengaitkan kejadian amuk di Putrajaya baru-baru ini dengan agama Islam dan sekaligus cuba mengaitkan PAS dengan kejadian tersebut. "Kami ingin tegaskan bahawa kedua-dua tindakan tersebut amat tidak bertanggungjawab dan boleh menyentuh sensitiviti umat Islam. Tarik balik "Lantaran itu kami mendesak kepimpinan MCA Negeri Sembilan menarik balik semua kenyataan yang menghina undang-undang Islam termasuk kenyataan Jason Lee dalam Twitternya. "Kami juga menuntut mereka memohon maaf kepada umat Islam terhadap apa yang telah berlaku dalam akhbar harian Melayu dan Cina", kata Mohd Taufek. Mohd Taufek yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, berkata PAS mahu MCA menghentikan semua aktiviti, ucapan dan tulisan yang menghina Islam dan undang-undang Islam. "Jika pihak MCA negeri tidak berbuat demikian, PAS negeri tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap parti itu dan pemimpin yang terbabit termasuk Jason Lee. "PAS negeri juga akan menghadap ke bawah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhkriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, selaku Ketua Agama Islam Negeri Sembilan bagi memaklumkan tindakan menghina agama Islam tersebut. Jalan penyelesaian "Namun PAS sedia untuk mengadakan perbincangan dengan pihak MCA bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung hal tersebut dan juga berbincang sebarang masalah dan pertanyaan mereka berhubung dengan agama Islam. " PAS bersedia memberi penerangan dan taklimat berkaitan hukum hudud dan apa juga perkara berkaitan agama Islam jika MCA tidak memahaminya," jelas Mohd Taufek. Mohd Taufek memberikan mesej Twitter Jason Lee yang beliau telah fotostat kepada FMT. Mesej Twitter tersebut dihantar oleh Jason Lee dalam Bahasa Mandarin. Bagaimanapun Mohd Taufek turut menberikan salinan mesej yang telah dialih bahasa kepada Bahasa Melayu. Mesej Twitter tersebut berbunyi "Keadaan huru-hara akibat daripada mentadbir negara berdasarkan hukum agama yang melampau seperti PAS dalam Pakatan Rakyat". | ||
"Hak berhimpun lebih penting daripada hak shopping!" Posted: 14 Jul 2012 12:20 AM PDT Cara polis mengendali perhimpunan secara bertamadun bukan sekadar teori atas kertas, ideal dalam buku, ataupun kata-kata di tepi bibir. Rombongan kami dibawa untuk menyaksikan satu perhimpunan Anti ACTA, yang berlangsung pada jam 2 petang, 9 Jun, di depan Dewan Bandaraya, Hamburg. ACTA (Anti-Counterfeiting Trade Agreement) adalah Perjanjian Perdagangan Anti-Pemalsuan, yang menetapkan piawai antarabangsa bagi penguatkuasaan undang-undang terhadap hak cipta harta intelek. Untuk negara Eropah seperti Jerman, ACTA dilihat memihak kepada kepentingannya. Penyokong ACTA mendakwa bahawa kebanyakan negara Eropah seperti Jerman, tidak memiliki bahan mentah sumber semulajadi, di samping tidak menikmati kos buruh yang rendah seperti sesetengah negara dunia ketiga. Pembangunan ekonomi mereka telah memasuki peringkat penghasilan produk intelek. Seandainya cetak rompak dibenarkan bermaharajarela atau perkongsian maklumat dibiarkan bebas di ruang internet, maka kepentingan mereka (yang bergantung kepada penghasilan produk intelektual) akan terjejas. Namun demikian, mereka yang membantah ACTA menganggap bahawa penguatkuasaan undang-undang ini bakal menyekat kebebasan pengaliran informasi. Golongan ini menganjurkan pandangan bahawa industri penghasilan produk intelek perlu menyesuaikan diri dengan langkah perkembangan teknologi maklumat. Hujah mereka, penciptaan jentera juga menjejaskan peluang pekerjaan ratusan ribu buruh, tetapi akhirnya masyarakat itu berjaya menyesuaikan diri dengan model industri yang baru. Bagaimanapun, yang pastinya, anti-ACTA bukan pandangan sebulat suara masyarakat Jerman, mahupun di Eropah. Eropah masih kesangsian, sama ada untuk menandatangani ACTA atau tidak. Golongan anti-ACTA mengadakan perhimpunan untuk kali ketiga pada 9 Jun, sebagai desakan agar kerajaannya tidak menandatangani perjanjian tersebut. Buka jalan untuk demonstran Sekali imbas, mereka yang datang untuk menyatakan bantahan terhadap ACTA terdiri daripada golongan dengan latar belakang yang pelbagai. Golongan Punk dengan rambut yang tajam di tengah, mereka yang bertatoo pada lengan, orang kurang upaya yang datang dengan kerusi roda, malah budak-budak sekolah menengah. Ada yang membawa kanak-kanak, ada pula yang membawa binatang kesayangan... dengan kehadiran kira-kira 350 orang ketika ia bermula. Sebuah lori diubahsuai untuk dijadikan pentas bergerak, dilengkapi dengan pemasangan pembesar suara. Seperti di Malaysia, penganjur mempunyai sukarelawan yang bertugas untuk menjaga keadaan perhimpunan. Mereka dilantik dari kalangan sahabat penganjur, atau kenalan sahabat penganjur, dikenalpasti identitinya dengan lilitan kain pada lengannya. Menurut penganjur, sukarelawan ini akan menegur individu yang membuat kacau, dan selalunya individu yang ditegur akan mengawal diri sendiri kemudiannya. Seperti di Kuala Lumpur, pihak polis akan ditempatkan di depan dan belakang peserta perhimpunan. Bezanya, polis di Jerman berperanan sebagai pengiring kepada perhimpunan, dan memastikan kelancaran lalu lintas. Polis di depan sentiasa berkomunikasi dengan penganjur sepanjang perhimpunan berlangsung, memastikan kenderaan disekat untuk memberi laluan kepada peserta perhimpunan. Bukan kesemua laluan dalam bandar disekat, tetapi polis membuat sekatan di mana yang perlu hanya apabila peserta yang berarak mendekati. Oleh itu, kesesakan jalan raya tidak akan berlaku terlalu lama seandainya bilangan peserta perhimpunan tidak ramai. Jikapun bilangannya ramai, dan diadakan ketika musim membeli-belah menjelang hari krismas, ia semestinya mencungkil rungutan peniaga. "Sudah tentu peniaga akan pening kepala dan buat bising..." kata pengamal media Jerman yang memberi penerangan kepada kami, sebelum menambah secara berseloroh, "Tapi apa boleh buat? Hak asasi untuk kebebasan berhimpun kan lebih penting daripada hak asasi untuk shopping (beli-belah)?" Hak asasi berhimpun warga Jerman termaktub dalam Artikel 8 perlembagaan, berbunyi "Semua warga Jerman memiliki hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata, dan tanpa perlu pemberitahuan atau kebenaran sebelumnya. Dalam kes perhimpunan luar bilik (outdoor assemblies), hak ini boleh terbatas atau tertakluk kepada undang-undang." Menurut Philipp Schlager, seorang peguam hak asasi, jikapun perhimpunan yang berlangsung di dataran awam yang berbumbung, ia dianggap perhimpunan terbuka. Sebaliknya, seandainya perhimpunan diadakan di dalam stadium tanpa bumbung, ia bukan "perhimpunan terbuka". Demonstran Malaysia jauh lebih beradab Kami berarak bersama-sama demonstran. Lagu disiarkan melalui pembesar suara. Seorang penyanyi rock berada di atas pentas, dengan tali pinggannya yang berupa "deretan peluru". Bayangkan, seandainya peserta perhimpunan di Malaysia berpakaian dengan hiasan sedemikian rupa, apakah yang akan terjadi? Jika dirujuk kepada beberapa perhimpunan seperti BERSIH dan Himpunan Hijau di Malaysia, pemerhatian wartawan MerdekaReview mendapati bahawa peserta perhimpunan di Malaysia jauh lebih beradab berbanding demonstran dalam perhimpunan anti-ACTA di Hamburg itu. Misalnya, mereka meludah pada sticker "anti-ACTA" dan dilekatkan pada cermin kereta di tepi jalan. Ia boleh dikategorikan sebagai "vandalisme", tetapi masih dalam lingkungan toleransi masyarakat setempat. Selain itu, mereka tidak teragak-agak untuk menggunakan kata kesat ketika melaungkan slogan, contohnya "Fuck ACTA", sepanjang demonstrasi. Tiada yang akan dituduh berkelakuan tidak senonoh atau biadap. Polis tunjukkan jalan yang menarik perhatian umum Jelas, demonstrasi telah diiktiraf sebagai hak asasi dan diterima sebagai saluran menyuarakan pandangan di masyarakat Jerman. Aktivis perjuangan anti-ACTA, Elmar Lecher, dari Chaos Computer Club ketika berkongsi pengalamannya bersama kami, berkata polis pernah mencadangkan kepadanya laluan yang harus diambil ketika mengadakan perhimpunan. "Polis bertanya kepada saya, tujuan kamu (mangadakan perhimpunan) untuk menarik perhatian? Kalau begitu, ambil jalan ini. Lebih ramai orang yang berulang-alik di situ," katanya menggelakkan kami. Pada hakikatnya, perhimpunan sedemikian adalah sesuatu yang biasa dan tidak sukar untuk dikendali. Bagi pihak polis, situasi hanya sukar apabila berlaku pertembungan dua demonstrasi, yang saling bertentangan pendapat. Maka, polis akan terperangkap di tengah-tengah, antara dua kelompok manusia ini. Tugas mereka bertambah rumit seandainya kedua-dua pihak saling membaling batu atau menyerang sesama lain. Dalam satu sesi perbincangan yang berlainan, Ketua Bahagian Jenayah di Berlin, Oliver Tolle mengakui, sesungguhnya polis perlu menjawab kepada Kementerian Dalam Negeri, tetapi polis terpaksa bertugas berlandaskan undang-undang. "Bagaimana jikalau terdapat demonstrasi menentang Menteri Dalam Negeri (atau pihak kerajaan)?" tanya kami. "Menteri Dalam Negeri bagaimanapun tertakluk kepada perlembagaan," Oliver Tolle jawab dengan begitu saja. Sebenarnya, apa yang lebih mencabar adalah, bagaimana untuk menangani keadaan apabila perlembagaan menjamin hak berhimpun untuk "semua", termasuk mereka yang berbeza pandangan. Dalam sesi perbincangan "Kebebasan berhimpun: Hak asasi di Jerman", seorang pengamal media menjelaskan, seandainya sekumpulan berfahaman perkauman bermesyuarat dalam satu bilik di sebuah hotel, dan mengundang bantahan sekumpulan lagi orang, untuk berdemo di depan hotel tersebut, polis terpaksa melindungi orang yang berada dalam hotel. Ini kerana perhimpunan kedua adalah respon kepada perhimpunan pertama (dalam bilik hotel). Oleh yang demikian, hak berhimpun untuk kumpulan pertama perlu dijamin terlebih dahulu, selagi apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan perlembagaan. Dan lebih penting, atas nama "hak asasi" dan "demokrasi", polis terpaksa melindungi mereka yang berbeza pendapat dengan masyarakat arus perdana. Persoalan pokoknya, hak asasi. Apabila hak ini diiktiraf, maka sebarang soalan teknikal atau pertikaian yang menyusul, akan ditangani sebaik mungkin. Ianya menjadi kayu ukur sejauh mana tekad politik untuk pertahankan hak ini. Persoalan seperti kesesakan jalan raya, gangguan perniagaan, demonstrasi tidak mendukung pandangan arus perdana dan sebagainya, terlalu bodoh jikalau diajukan di Jerman. (Bahagian kedua, tamat) Bahagian pertama: "Ini bukan perang, demonstran akan kembali..." *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview (edisi Bahasa Malaysia), mengambil bahagian dalam program "Anjakan Paradigma: Kebebasan berhimpun dan penyertaan warga negara", dianjurkan oleh International Media Alliance (IMA), berlangsung dari 6 hingga 11 Jun 2012, di Berlin. | ||
Posted: 14 Jul 2012 12:14 AM PDT Lim Kit Siang Peguam Negara Gani Patail patut menggugurkan dakwaan hasutan terhadap Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pemimpin Parti Human Rights Party (HRP) P. Uthayakumar untuk membuktikan keikhlasan dan niat baik (bona fide) Perdana Menteri Najib Razak apabila mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 yang akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baru Akta Keharmonian Nasional. Dalam ucapan Najib (gambar kiri) semalam, beliau telah berkata bahawa keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan adalah untuk mencari satu mekanisme yang dapat menjamin kebebasan bersuara bagi setiap rakyat Malaysia dan keperluan untuk mengendalikan kekompleksan kepelbagaian yang wujud di negara ini. Kata beliau lagi, dengan Akya Keharmonian Nasional ini, negara ini akan "lebih dilengkapi untuk mengendalikan ketidaksahihan nasional" dan untuk "membantu meneguhkan kepaduan nasional dengan melindungi perpaduan kebangsaan dan memupuk keharmonian perkauman". Sejarah Akta Hasutan Malaysia merupakan satu sejarah pahit yang tidak berdemokrasi, drakonian, kuno, autoritarian dan undang-undang menindas yang digunakan dalam keadaan yang selektif dan diskriminasi oleh puak-puak yang berkuasa, bukan sahaja untuk menumpas kebebasan bersuara dan ekspresi dengan melabelkan apa-apa bentuk penentangan sebagai satu jenayah tetapi juga dengan menjadikan personaliti pihak pembangkang sebagai satu sasaran. Dengan pemansuhan Akta Hasutan yang diterima dengan baik, dan telah dijadikan sasaran bagi tuntutan pendemokrasian selama beberapa dekad, rakyat Malaysia kian berwaspada dengan pengumuman Najib itu sebagai satu janji "transformasi politik" oleh Najib dalam ucapan Hari Malaysia beliau tahun lepas untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, pindaan kepada Akta Polis dan Akta mesin Cetak dan Penerbitan, pelulusan Akta Perhimpunan Aman dan revokasi Proklamasi Darurat, tidak melibatkan pendemokrasian penuh hak-hak rakyat Malaysia yang dilihat daripada aksi keganasan pihak polis terhadap peserta-peserta perhimpunan aman BERSIH 3.0 dan kempen fitnah selepas 28 April yang telah dilancarkan terhadap penganjur BERSIH 3.0 dan peserta-pesertanya. Apa yang membimbangkan kepada rakyat Malaysia yang patriotik adalah budaya "lepas tangan" oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengapi-apikan kebencian di antara kaum dan memecah-belahkan perpaduan di antara kaum melalui kempen kejam yang berbaur fitnah dan pembohongan untuk memastikan UMNO/Barisan Nasional kekal berkuasa dalam pilihanraya yang akan datang ini. Persoalan yang mesti ditanya adalah samada pengumuman terbaru Najib di atas pemansuhan Akta Hasutan dan penggantiannya dengan Akta Keharmonian Nasional merupakan sebahagian daripada program Perdana Menteri yang direka untuk menjadikan Malaysia sebuah negara dengan "sistem demokrasi terbaik di dunia" dan jika benar, mengapa beliau tidak bersedia untuk memberikan komitmen penuh, bahawa UMNO/BN dan beliau sendiri akan menerima dengan baik dan memudahkan peralihan kuasa di peringkat persekutuan jika ianya pilihan pengundi Malaysia dalam pilihanraya yang akan datang? *Lim Kit Siang (gambar kanan) ialah Ketua Parlimen DAP dan ahli parlimen Ipoh Timur. | ||
Beng Hock jadikan nyawa sebagai batu untuk mengalas pendemokrasian Malaysia Posted: 14 Jul 2012 12:08 AM PDT Sejak DAP diasaskan pada tahun 1966, tidak kurang pemimpin yang mengalami penindasan politik, dan ramai juga anggota parti yang dipinggirkan dari segi ekonomi dan sosial. Rakan seperjuangan yang menyertai DAP sedikit sebanyak telah membuat persediaan dari segi mental. Namun, Teoh Beng Hock adalah satu-satunya rakan seperjuangan yang meninggal kerana ini. Ia menjadi kepiluan buat selama-lamanya dalam hati kita. Kematian Teoh Beng Hock, menjadi kepiluan dalam hati yang sukar diredakan untuk setiap warga Malaysia yang menghambat keadilan. Dari inkues ke Suruhanjaya Diraja, kebenaran sukar dicari. Namun, dua hakikat yang paling asas, Teoh Beng Hock disoal-siasat sebagai seorang saksi, malah bukan sebagai seorang suspek. Hakikat yang satu lagi, Teoh Beng Hock mati dalam tahanan (custodial death). Dalam sesebuah negara demokrasi, kedua-dua perkara ini memadai untuk menuntut agar menteri atau pegawai dari unit berkenaan meletakkan jawatan. Untuk memahami pengorbanan Teoh Beng Hock, kita perlu meneliti senario politik sejak tsunami politik pada 8 Mac 2008. Barisan Nasional hampir tenggelam di Semenanjung Malaysia, memenangi 85 daripada 165 kerusi, dengan 49% undi popular. Malah, BN hanya memenangi 51% undi popular di seluruh Malaysia. Antaranya, tsunami politik di negeri Selangor amat mengejutkan. Dalam PRU 2004, hanya dua orang ADUN pembangkang di Selangor. Menteri Besar ketika itu, Khir Toyo mendakwa BN Selangor mahu mencapai "sifar-pembangkang" dalam PRU akan datang. Keputusan PRU 2008 memperlihatkan Pakatan Rakyat memenangi 36 kerusi, dengan BN 20 kerusi sebagai pembangkang. Sejak pasca PRU 2008, sehinggalah Khir Toyo meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang lantaran pendakwaan atas tuduhan penyalahgunaan kuasa pada tahun 2010, Khir Toyo cuba menggunakan pelbagai cara untuk menggulingkan kerajaan negeri Selangor. Orang di sisi bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi pernah memberitahu saya, beberapa hari selepas 8 Mac 2008, Khir Toyo asyik mengharapkan lampu hijau daripada Abdullah untuk merampas kuasa di Selangor dengan menimbulkan huru-hara. Berkali-kali Khir Toyo cuba berunding dengan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Ali untuk menubuhkan kerajaan gabungan UMNO-PAS di Selangor. Rampasan kuasa Perak pada Februari 2009 telah memberangsangkan panglima-panglima BN Selangor, menaruh harapan untuk merampas kuasa di Selangor dengan meniru "model Perak", iaitu melalui pembelian dan penganiayaan (dalam kes Perak, dua orang ADUN yang mengkhianati PKR disiasat Badan Pencegah Rasuah). Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim pernah disiasat dalam isu lembu korban (isu lembu kondominium yang membabitkan Shahrizat Abdul Jalil kini menjadi sindiran kepada diri BN yang menuntut siasatan terhadap MB Khalid Ibrahim ketika itu), siasatan terhadap EXCO Ean Yong Hian Wah dalam kes peruntukan RM2000 yang disyaki ada unsur penyelewengan - boleh dibaca dalam konteks ini. Namun, kematian Teoh Beng Hock telah mematahkan kemaraan "model Perak" yang cuba diulangi BN di Selangor. Untuk makna tertentu, politik demokrasi di Malaysia berkembang, tsunami 308 tidak ditelan sepenuhnya "model Perak" - adalah disebabkan nyawa Beng Hock. Beng Hock menjadikan nyawa dirinya sebagai batu untuk mengalas jalan pendemokrasian Malaysia. Kesemua kita terhutang budi kepada Beng Hock. Tsunami politik 308 sebenarnya menjadi peluang untuk BN mereformasikan dirinya dan kemajuan Malaysia ke arah yang lebih baik. Masyarakat Malaysia telah menghampiri tahap sebagai masyarakat demokrasi yang selesa dengan senario 50-50, di mana sokongan untuk pemerintah dan pembangkang tidak jauh berbeza. Seandainya BN menerima hakikat bahawa Malaysia sebenarnya sama seperti negara demokrasi lain, yang boleh menyaksikan pertukaran kerajaan, sistem semak dan imbang yang sempurna, wujud rundingan antara pemerintah dengan pembangkang - Teoh Beng Hock semestinya masih hidup. Namun, BN menjadikan keputusan pilihan raya umum pada tahun 2004 sebagai kayu ukur, mencuba sedaya upaya untuk mengekalkan senario pendominasian sesebuah parti. Malangnya, Teoh Beng Hock terkorban lantaran daripada terdesaknya regim yang sedang meronta-ronta ini. Sesungguhnya orang yang mati tidak boleh hidup semula. Memahami era di mana Beng Hock meninggal, dengan harapan kita melangkaui kepiluan individu, cuba sedaya-upaya untuk membina sistem demokrasi di Malaysia. Membina sebuah negara yang menjadi kebanggaan kita, agar kita dengan lega berkata, tiada lagi Teoh Beng Hock kedua dalam negara kita. Jikapun satu hari kemudian apabila kami memegang tampuk kuasa di peringkat persekutuan, wajib untuk kami memperingati bahawa hasil pendemokrasian masih kekal, tidak ditelan kesemuanya dengan "model Perak", ini kerana Teoh Beng Hock telah membentengkan kami dengam nyawa beliau. Pengorbanan Teoh Beng Hock adalah kesedihan keluarga Teoh, DAP dan rakyat Malaysia buat selama-lamanya. Tiga tahun telah berlalu. Semoga kita melangkaui kepiluan inidividu, keluarga dan saudara-sahabat Teoh, menggunakan kekuatan dalam diri kita untuk memperjuangkan pendemokrasian Malaysia. *Tulisan ini dipetik dari buku untuk memperingati Teoh Beng Hock sempena ulangtahun ketiga kematian mendiang (gambar kiri). Ditulis oleh Liew Chin Tong sebagai ahli parlimen Bukit Bendera dalam bahasa Cina, diterjemah dan disunting MerdekaReview dari teks asal. | ||
Posted: 14 Jul 2012 12:06 AM PDT Uncleseekers.blogspot.com : Selepas menggemparkan negara dengan pelbagai liputan siri demi siri mengenai dakwaan yang dilemparkan melibatkan antara pemimpin peringkat tertinggi negara termasuklah Sultan Johor, Sultan Ibrahim, blog Uncleseekers.blogspot.com telah mula disekat oleh Telekom Malaysia (TM) untuk terus diakses oleh rakyat Malaysia…. Ya…kami sendiri telah membaca pendedahan dan dakwaan yang dikeluarkan melalui blog Uncleseekers.blogspot.com daripada PART 1 sehinggalah laporan yang terakhir iaitu siri yang ke 64. Kami membaca pendedahan liputan dan laporan yang dikeluarkan daripada blog Uncleseekers.blogspot.com yang mana telah disertakan dengan rujukan termasuklah bukti-bukti dan dokumen sokongan dengan harapan memberikan keyakinan pada pembacanya.
Tetapi semua orang boleh menilainya dengan menganalisis maklumat daripada pelbagai sudut….. Kandungan Blog Uncleseekers.blogspot.com Menipu VS Penyelewengan Kerabat Johor? Mana Satu?Yang mana menyebabkan kami meninggalkan di sini beberapa persoalan di sebalik kontroversi melibatkan laporan blog Uncleseekers.blogspot.com ini. Antara lainnya termasuklah :
Tiada masalahnya sebenarnya jika penangkapan Uncleseekers berhubung dengan isu blog Uncleseekers.blogspot.com boleh membantu menyelasaikan pelbagai laporan yang tersebar kepada umum ketika ini kerana sememangnya ia sudah menjadi hak pihak berkuasa yang menyiasat terhadapnya. Sudah semestinya pihak PDRM sedar akan kesalahan Uncleseekers yang mungkin perlu didakwa atau mungkin juga tidak pada awalnya….. PP/S : Apa pandangan anda pula (rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Johor amnya) disebalik kontroversi kandungan blog Uncleseekers.blogspot.com mengenai kerabat Sultan Johor. Apa yang ingin anda perkatakan ketika ini? | ||
Kenapa Umi Hafilda Yang Mengaku Simpan 18 Klip Video Seks Tidak Ditahan? Posted: 14 Jul 2012 12:02 AM PDT KELAB GREENBOC Anda boleh mengaku simpan video seks dan beritahu semua orang anda tahu siapa dalang membuat video seks, anda tidak akan didakwa atau dijatuhkan hukuman - HALAL dari UMNO (Umi Hafilda mengaku menyimpan 18 video klip DSAI) Tapi AWAS!!! jika anda ditangkap oleh polis, dan dalam telefon anda ada video seks, anda akan didakwa!!! (seorang pemandu lori dihukum denda RM1,500 kerana didapati klip video lucah di dalam telefon bimbitnya) Tahniah.... inilah keadilan didalam sistem 1Malaysia - Apek — | ||
NGO mahu buku komik 'rasis' diharamkan Posted: 13 Jul 2012 11:55 PM PDT MALAYSIA KINI Satu gabungan NGO menuntut kerajaan mengambil tindakan ke atas satu buku komik didakwa bersifat "rasis dan xenophobik" yang dilaporkan diedarkan di satu majlis anjuran kerajaan.Gabungan NGO yang mempromosi kempen Meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) itu mahu pengedarannya disekat dan penerbit buku komik itu dikenakan tindakan. Lapan NGO yang menganggotai jawatankuasa kerja itu termasu jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam, Saya Anak Bangsa Malaysia dan Institute of Ethnic Studies. Mereka menyifatkan buku tersebut sebagai satu penerbitan yang memalukan Malaysia. "Sikap xenophobia atau ketakutan atau kebencian yang tidak munasabah ke atas warga asing ini jelas memalukan negara dan rakyat pelbagai kaum kita," kata kumpulan tersebut dalam satu kenyataan. The Malay Mail dalam laporannya semalam menyebut, buku 'M1 Malaysia - Majalah Untuk Rakyat' itu diedarkan di program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) pada 24 Jun yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Satu komik bertajuk '1Malaysia vs 1Pati' dalam buku itu antara lainnya memaparkan seorang kanak-kanak menghayati masyarakat berbilang kaum Malaysia dan seterusnya memaparkan satu kumpulan masyarakat berkulit hitam. "Ha... Nik bukan 1Malaysia tapi 1Pati nak jahanamkan negara. Jauhkan diri anda dari Awang Arang ni," dialog komik tersebut dipetik. "Pati" merupakan akronim bagi pendatang asing tanpa izin. The Malay Mail juga melaporkan bahawa penganjur program tersebut, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri tidak menyedari mengenai penerbitan tersebut. Setiausaha bahagian KDN itu Abd Aziz Md Nor dipetik sebagai berkata, kementerian itu akan mendapatkan penjelasan penerbit, Blue Pipe Studio Enterprise dan mengharamkan penerbitan berkenaan sekiranya perlu. | ||
MP kecewa polis tak muncul selepas aduan Posted: 13 Jul 2012 11:52 PM PDT MP Serdang Teo Nie Ching mendakwa beliau terpaksa menunggu lama untuk mendapat bantuan polis apabila keretanya dipecahkan dalam satu insiden pada malam tadi di Kajang. Teo berkata, polis bagaimanapun tetap tidak muncul selepas beliau menunggu sehingga satu jam. Katanya, beliau kemudiannya melihat sehingga lima orang anggota polis Cawangan Khas di program ceramah Pakatan Rakyat yang dihadirinya selepas itu. "Kami panggil polis, mereka beritahu kami supaya tunggu di lokasi kejadian. Tapi mereka tidak muncul selepas satu jam, jadi kami panggil lagi. Kali ini (polis) suruh kami pergi terus ke balai. "Kita perlukan lebih ramai polis untuk mengawal jalan, (bukan) menyelia ceramah Pakatan," katanya dalam satu tulisan di Twitter pada malam tadi. | ||
Wartawan Utusan ajar 'putar' fakta Posted: 13 Jul 2012 11:49 PM PDT Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak. Menurutnya, langkah itu adalah "serangan berhemah" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN "dibicarakan" dalam ruang politik negara. "Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan). "Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan. "Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK," kata Zaini. Beliau turut mengakui kelebihan kini berpihak kepada pembangkang dalam perang psikologi politik menerusi media sosial. "Kalau kita lihat sebelah sana, media (mereka) tidak tengok duit. "Di sana mereka kerja dengan hati, perasaan, dan fisabilillah (di jalan Allah). "Tetapi kita di sini, minta maaf kalau saya cakap, tidak ada duit tak jalan (jentera)," kata Zaini sewaktu bercakap pada forum Media Sosial: Mengurus Isu, Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat di Kuala Lumpur. Zaini yang popular dengan kolum Cuit dalam akhbar Utusan Malaysia turut mengakui bahawa media kini memainkan peranan yang jauh lebih penting berbanding faktor wang dan jentera dalam memenangi pilihan raya. "Dalam konteks Malaysia, media dah jadi tempat pertama (dalam memenangi pilihan raya)," kata Zaini. Ketua Sekretariat Himpunan Ulama Muda Umno, Fathul Bahari Mat Jahaya yang turut menjadi panelis forum pula menggesa pengamal media sosial agar memeriksa fakta di sebalik sebarang dakwaan yang bersifat politik. "Islam dan agama lain ajar kita kalau ada tohmahan, kita kena ada bukti sama ada ia benar atau tidak benar," katanya. Pada masa yang sama, beliau juga menggesa pengamal media sosial pro-BN supaya mengamalkan "muslihat" dalam perang psikologi terhadap pembangkang. Menurutnya, Nabi Muhammad turut mengamalkan muslihat dalam peperangan dengan menghitamkan rambut tentera Islam yang berusia agar kelihatan muda dan gagah pada mata musuh. | ||
Peserta Himpunan Oren mula berarak Posted: 13 Jul 2012 11:46 PM PDT Ribuan peserta Himpunan Oren mula berarak daripada pintu Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Kumpulan berkenaan antara lainnya diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub. Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib. Peserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia. | ||
Hakim mesti bebas, dilihat bebas Posted: 13 Jul 2012 11:44 PM PDT
SAYUGIA masyarakat seluruhnya menyokong dan memberi kepercayaan kepada Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria di Kota Bharu tentang mahkamah kita adalah bebas dari campur tangan eksekutif, renggang dari orang-orang politik dan golongan peniaga. Kira-kira seperti yang dikatakannya, itulah sikap dan telah diamalkannya sejak menjadi hakim tertinggi sejak September lalu. Apa yang beliau kata itu adalah betul dan itulah sifat yang patut ada pada mahkamah kita. Mahkamah dan hakim bukan saja mesti bebas, tetapi ia mesti dilihat bebas dan berusaha menjadi bebas dan meningkatkan taraf kebebasan itu setiap masa, dari semasa ke semasa. Apa yang mendorong Tun Ariffin membuat penegasan yang terpuji itu tidak perlu dipersoal. Apa yang dikehendaki ialah mahkamah kita adalah tidak sekadar bebas dan ia juga mesti adil. Betapa keadilan itu sesungguhnya mulia dapat dilihat dari beberapa contoh dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, kiranya puterinya mencuri, nescaya baginda akan potong tangannya. Saidina Umar al-Khatab menjatuhkan hukuman rejam terhadap anaknya atas kesalahan minum arak. Dan beliau juga membebaskan orang lapar yang miskin yang diadukan mencuri makanan si pengadu kaya yang berjiran dengannya, sebaliknya beliau memberi amaran kepada pengadu, jika berulang aduan yang serupa, bukan tangan pencuri lapar itu yang dipotong, tetapi tangan pengadu itu yang dipotong. Seorang hakim telah menolak tuntutan Amirul Mukminin Ali bin Abu Talib tentang baju besinya yang dicuri oleh seorang Yahudi. Ia ditolak kerana Amirul Mukminin itu gagal membuktikan baju besi itu miliknya. Melihat betapa bebasnya hakim brhadapan dengan aduan ketua negara dan betapa adilnya undang-undang Islam, maka Yahudi itu mengaku bahawa baju besi yang dituntut oleh Saidina Ali adalah dicurinya dari beliau dan dia menerima Islam justeru keadilannya. Sekalipun Ketua Hakim Tun Ariffin menjamin kebebasan yang dibayangkannya belum terjejas dan berazam supaya terus tidak terjejas di bawahnya, maka beliau dipercayai berdepan dengan cabaran yang besar tentang keyakinan masyarakat telah alam kejaksaan negara sekurang-kurangnya tiga dasawarsa yang terakhir. Selain daripada peristewa hitam sekumpulan hakim didahului Ketua Hakim Negara (KHN) ketika itu, Tun Salleh Abbas yang ditribunal dan dipecat, banyak kejadian yang menyebabkan orang ramai sangsi akan sistem kebebasan mahkamah kita. Terlalu banyak cerita mempersoal dan melibatkan imej beberapa KHN selepas itu, dikuti pula oleh cara mahkamah mengendalikan antara Speaker beberapa DUN dengan SPR menyebabkan orang tertanya-tanya tentang sejauh mana indahnya sistem kehakiman kita. Kejaksaan negara gagal menyelesaikan isu penyiasat bebas mengenai Altantuya yang hilang setelah memfailkan saman bersumpah dan sehari kemudian membatalkannya. Hingga ini dia tidak ditemui. Adakah misteri itu dia tidak dicari atau tidak selesainya kes itu elok pada kejaksaan dan negara? Mungkin kesangsian orang ramai itu justeru persepsi silap masing-masing terhadap hakim dan mahkamahnya, tetapi tidaklah bijak bagi mana-mana pihak khususnya jabatan kejaksaan tidak sensitif terhadap persepsi umum itu. Institusi kehakiman wajar meremehkan para penegurnya di kalangan rakyat adalah gara-gara kerakusan sang politkus dan golongan desperado. Kiranya kesangsian kepada sistem kehakiman itu gara-gara persepsi salah orang-orang yang tidak tahu cara hakim dan mahkamah bekerja, ia tidak cukup bagi dijadikan hujah bahawa rakyat salah beranggap serong terhadap kehakiman. Mahkamahlah yang perlu mengambil langkah dan tindakan bagi meyakinkan wibawa hakim dan mahkamah kita. Orang luar tidak jamin dan bela imej guru itu elok kiranya guru-guru tidak mengambil langkah bagaimana guru harus berterusan dihormati. Suara Tun Ariffin di Kota Bharu itu adalah mencerminkan rintihannya tentang apa orang kata tentang badan kehakiman, dan beliau seperti menyampaikan mesej kepada pemegang institusi itu betapa para hakimlah yang dapat menentukan ia bebas, tidak diganggu gugat oleh pihak luar jika ia mahu dihormati. Cabaran Tun Ariffin adalah besar dan berat. Selepas Tun Salleh Abbas belum ada hakim yang sebebasnya. Tun Ariffin perlu diberi sokongan bagi mengembalikan zaman kebebasan gemilang alam kehakiman. Tun boleh pulihkan imej itu tanpa kerajaan digantikan. | ||
Jenayah: Hishammuddin kena debat dengan Musa Posted: 13 Jul 2012 11:40 PM PDT
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hendaklah berani berdebat dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengenai kadar jenayah untuk membuktikan kerajaan tidak berbohong. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, rakyat kini mendapat gambaran bahawa kerajaan berbohong apabila mendakwa indeks kadar jenayah negara berjaya diturunkan sebanyak 10.1 peratus bagi tempoh Januari hingga Mei 2012 berbanding tempoh sama tahun lalu. "Bila perkara itu diumumkan, Musa terus kata, kadar jenayah dalam negara ini semakin meningkat dan bukannya semakin berkurangan. "Beliau juga mengingatkan kerajaan supaya tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai. "Sebagai bekas Ketua Polis Negara, Musa mempunyai autoriti untuk bercakap mengenai perkara itu dan apabila beliau menafikan, itu dengan sendirinya memberi pengertian bahawa kerajaan berbohong," katanya. Jika Hishammuddin berani berdebat dengan Musa, kata Mahfuz, rakyat boleh membuat penilaian sipakah yang bercakap benar. "Bukan itu sahaja, perdebatan itu juga memberi peluang kepada rakyat untuk mengetahui keadaan sebenar mengenai indeks kadar jenayah negara ini, sama ada betul-betul turun atau tidak," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Rakyat juga, katanya lagi, boleh menilai sama ada Hishammuddin seorang ahli politik yang bercakap benar atau tidak. "Musa pula bukan ahli politik dan tidak seperti Hishammuddin, beliau dilihat tidak mempunyai kepentingan politik," kata Mahfuz. Beliau berharap Hishammuddin mempunyai keberanian untuk menghadapi Musa dalam perdebatan mengenai indeks kadar jenayah itu dan membuktikan bahawa kerajaan yang diwakilinya tidak berbohong semata-mata untuk bermain politik dalam perkara itu. "Jika indeks kadar jenayah negara tidak turun seperti yang didakwa oleh kerajaan melalui kenyataan polis dan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) itu, pada masa itu rakyat bolehlah mengukuhkan lagi keputusan mereka bahawa kerajaan Umno dan Barisan Nasionallah yang mesti diturunkan," tegas Mahfuz. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan